Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Monday, December 17, 2018

Sebelum berakhirnya tahun 2018 ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt,

Ingin mencoret sedikit cerita di sini yang tanpa sedar banyak perkara penting umu biarkan berlalu tanpa dicatat buat kenang-kenangan.

24 Disember 2016
Hari duka buat umu sekeluarga.
Allah SWT menjemput kembali arwah abah (al-fatihah buat mu abah) ke pangkuanNya.
Setelah 62 tahun abah bermusafir di bumi Allah SWT dengan kudrat dan keringat yang tidak sedikit di tumpahkan untuk keluarga dan agama.
Semoga Allah SWT terima amalan baik sepanjang hidup abah.
Allahumma amin...
Ingatan buat arwah mak & abah akan sentiasa kuat di hati umu.


25 Ogos 2017
Hari bahagia menatap zuriat ke 4 bagi umu dan suami.
Ahmad Yusuf bin Muhammad Ishak.
Kehadirannya mengubati kesedihan umu atas kehilangan arwah datuknya
Tiada jodohmu wahai anak bertemu atuk janggut.
InsyaAllah, semoga kita dapat berkumpul & berjumpa di syurga Allah SWT kelak.
Allahumma amin...
Alhamdulillah, Yusuf sudah pun berusia 1 tahun 5 bulan.


18 Disember 2018
Menjejak 8 tahun pernikahan bersama suami, Allah swt memberikan amanah 2 putera & 2 puteri untuk kami didik dengan amalan agama. 
Bukan mudah. 
Kerana dengan suasana sekarang, fitnah dunia hanya di hujung jari sahaja. Wasiat Rasulullah SAW, bukan sahaja berpegang teguh pada sunnahnya malahan Baginda tekan kan lagi dengan menggigitnya dengan garham. 
Allahu.. 
Semoga dengan limpah kurnia dan keizinan dari Allah swt jualah tempat kami memohon pertolongan.

  “Dan (hamba-hamba ar-Rahman adalah) mereka yang mengatakan: ‘Ya Tuhan kami! Anugerahkan kepada kami, isteri-isteri dan keturunan kami yang akan menjadi penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami sebagai pemimpin untuk orang-orang yang bertakwa’. Al-Furqaan: 74



1 comment: