Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Monday, December 21, 2015

2015 Yang Kian Berlalu~


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt :)
Alhamdulillah.. masih kembali menulis di blog yang terkadang sengaja di lupakan. Dalam tidak sedar, tahun 2015 sudah hampir melabuhkan tirainya dan tahun 2016 nanti..umu serta keluarga masih perlu berada di Semporna.  iya..rezeki kami masih Allah swt tetapkan di sini :)


18/12/2015..

Genap 5 tahun perkahwinan umu dan suami..dan hampir genap 5 tahun juga la kami berada di perantauan Semporna ini. Alhamdulillah...Allah  swt kurniakan kepada kami 3 orang anak yang kesemuanya di lahirkan di Sabah..
2010- Berkahwin
2011- Ummu Asma'
2013- Ahmad Umar
2015- Ummu Maryam

Semoga rumahtangga yang di bina, di kurniakan mawaddah dan rahmah dari  Allah swt. Kekal hingga ke syurga.. Allahumma amin..



Walaupun Ummu Maryam baru memasuki usia 4bulan...  umu sudah berkira-kira dan berfikir, adakah anak ke 4 nanti kami masih di bumi Semporna ini @  sudah memulakan kehidupan baru di Semenanjug..hmmm.. rasa hati bagai sudah berat mahu sahaja duduk  berdekatan dengan keluarga. Rasa lelah mengenangkan perjalanan yang jauh untuk  menatap wajah-wajah  mereka yang tersayang :')

*Allahuu...sedang  menaip entry ni..terasa rumah bergegar.. buka facebook... memang sudah di jangka berlaku gempa.. Allahu Allah.. gempa skala 6.1 di Kalimantan Indonesia..tapi kami yang berjiran ini pasti juga terasa gegarannya.. Semoga Allah swt lindungi kami dan abi yang sedang khuruj 40H di kawasan Semporna juga..amin.

Cuti sekolah akhir tahun kali ini, kami hanya balik semenanjung selama 2 minggu lebih sahaja. Menghadiri 2 aktiviti besar..iaitu kenduri kahwin adik perempuan ke 11 umu dan Hari Keluarga di sebelah suami.


Mibahuddin & Umu Sakinah
(kidnap gambar dari group whatsapp family, pengantin bagi report sedang berbulan madu..hihi)
Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair.

Jika ada yang kenal dengan adik ipar umu ini jangan terkejut kerana dia juga merupakan seorang blogger. Tidak di sangka,  sudah 2 orang blogger yang menjadi adik ipar umu  yang mana satu ketika dahulu blog mereka di antara blog yang umu selalu  baca. Kecilnya dunia :')


 Hari Keluarga sebelah arwah ayah suami :)
Di tengah itu moyang perempuan kepada  anak-anak umu :)


(kidnap gambar dari blog mak busu :))
Arwah mertua anak ke 2 dari 6 orang adik beradik. 
Pangkat pak ngah dalam family
Di tengah itu family kami. kelihatan kecil sekali :')
Semoga tahun hadapan, ahli kami semakin bertambah memandangkan awal tahun ini 2 orang adik suami telah berkhwin.
insyaAllah.

 Owh tidak lupa pencapaian pada tahun ini, umu berjaya mendapatkan lesen kereta... ketika mengandungkan ummu maryaam..hehee
Bila la agaknya nak memberanikan diri drive kereta di Semporna ni ye..hmm 

Doakan kami sekeluarga yang masih di perantauan :)
jazakumullahukhoir.
Hingga bertemu lagi...
.