Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Thursday, February 6, 2014

Masih di sini ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... masih mampu menghidupkan kembali blog yang kian lama di tinggalkan. Jika dahulu.. untuk cerita suka, duka... semua umu akan coretkan di dalam ini..

Segala apa yang terjadi... yang ingin umu berkongsi cerita dengan pembaca, akan lekas-lekas umu karang dan publish. 

Tapi sekarang.... umu ada sempadan yang tidak boleh umu langkaui untuk di khabarkan. Harus ada cerita yang perlu di tutup rapi walau tersangat ingin luahkannya di sini seperti dulu-dulu :)

Dan juga.. kekangan masa yang sangat terbatas menjadi faktor utama kenapa dan mengapa ... jari jemari tidak bisa menari seperti dahulu ~~



------------@@@------------


Sudah hampir sebulan sejak balik dari bercuti akhir tahun di semenanjung, rumah kami di landa masalah air.. nampaknya bukan sahaja rumah kami, tapi seluruh Semporna di catu kuantiti air..

Allahu Allah... Jika inginkan bekalan air, haruslah umu menadahnya sekitar 2-4 pagi.. Itu pun aliran air yang halus hanya di toilet.. tidak di sinki dapur...huhu

Dan..pada masa 2-4 pagi lah umu bersilat mencuci pinggan mangkuk yang telah di gunakan sepanjang hari, membasuh baju sebanyak mana yang boleh, menadah bekalan air bersih untuk memasak dan bekalan air untuk aktiviti di dalam toilet serta yang paling penting menyimpan air mutlak untuk berwudhuk....heeee

Dan natijahnya...sekarang umu sudah alah bisa tegal biasa terbangun sekitar 2-3pagi dan berjaga menguruskan keperluan rumah sehingga pukul 8pagi..

Mungkin barangkali Allah swt nak tarbiah umu dalam menjaga solat malam dan pagi :) :)

Inilah hikmahnya juga umu tidak bekerja di luar rumah kerana kerja-kerja di dalam rumah termasuk mengasuh anak-anak dan memenuhi keperluan suami saja membuatkan umu tidak kecukupan masa serta kehabisan tenaga...huhuuuu 


------------@@@------------


 Alhamdulillah... Asma' dan Umar membesar di depan mata dengan sihat :)
Cepatlah Umar membesar...
Tak sabar Ummi hendak keluar menyambut takaza yang di bentangkan
Sementara menunggu ummi cukup syarat untuk keluar masthurat, Semoga Allh swt pilih rumh kami untuk menerima jemaah..



 Umar bersama sepupunya Muhammad Al-Fateh
Lahir pada tahun yang sama..
kali ini Umar keluar dulu beberapa minggu


Ini kakak-kakak mereka
Asma' dan Safiyyah
Yang ini Asma' keluar kemudian beberapa minggu



Nampaknya Umu dan kakak yang tua setahun seakan selalu berjanji pula...
Bernikah pada hari, masa dan tempat yang sama..
Melahirkan anak perempuan pada tahun yang sama
Dan mendapat zuriat ke dua berjantina lelaki pada tahun yang sama juga...

Kita tengok je lah nanti aturan Allah swt untuk zuriat yang ke 3 kami nanti bagaimana...heeee. 

InsyaAllah... lain kali umu bercerita lagi ye. Sehingga berjumpa lagi :)

.
.

2 comments:

  1. Assalamualaikum adindaku Umu,terlerai rasa rindu membaca luahan rasa satu orang Ummi....maaf tak berkesempatan nak berjumpa umu semasa umu balik ke semenanjung, Allah! terlalu banyak takaza....khidmat jaga emak,khidmat jaga anak sedara...dalam masa yang sama menguruskan rumahtangga sama juga situasinya seperti Umu,apatah lagi anak2 akak sudah ada yang bersekolah....MasyaAllah kadang-kadang keletihan sampai tertidur2 dalam kereta ketika menunggu abang nasuha,n kak nisak keluar dari class....tapi macam Umu cakap kepenatan itu rasa terbayar bila melihat anak2 membesar depan mata,makan,minum serta pakaian mereka alhamdulilah semua terjaga....Akak rasa apa yang umu rasa :'(,Hidup di perantauan banyak cabarannya,tapi tak kisah sebab kita yakin kita dihantar kesana kerana Agama....Salam sayang buat Umu,Asma dan Umar....

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam kak..hihi, baru umu sebut2 nama akk depan suami.. tgok2, ada komen akk d blog. x pe kak, umu d semenanjung haritu pn klm kbut brulg alik phng-n.9. mmg penat sgt tp Alhmdulillah dpt ikram fmly.. kak, rse rindu plk nk brcerita pnjg2 ngn akk d email mcm dulu2. kdg2 ada luahan perasaan yg sesuai d dgri oleh wanita jge..kn kak..hihi... tp apekn daya, nk mnaip tu mcm dh x ckup tgn ble ada ank 2 ni.. akk doakn moga umu kuat menunaikn tngujwb sbg istri, ummi, anak, mnantu, ummat nabi dan hamba kpd yg menciptakan umu... slm syg utk akk sefmly :)

    ReplyDelete