Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Monday, September 9, 2013

Alhamdulillah...~ Orang baru :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. masih boleh menitipkan entry terbaru untuk blog kesayangan ni. Berbulan lamanya blog di tinggal sepi. Kata suami yang selalu memerli kerana seakannya umu tidak lagi perduli dan sudah tidak mahu berblog lagi...huhuu

Umu akui...blog iman&amal ni ada sentimental value yang tinggi dalam sejarah hidup umu. Sebagai peneman ketika umu mula menyambung belajar di peringkat ijazah. Dan paling penting.. asbab blog ini la, Allah swt "jumpakan" suami dengan umu..hehee..

X sangka betul.. melalui tulisan sahaja boleh menjadi asbab kepada sebuah perkahwinan. 

Jazakallahukhoir kepada suami yang menjadi peminat senyap-senyap dan selalu mengintip di lewat penulisan umu di dalam blog iman&amal ni :) ...hohohoo. 

(iye la..tiba-tiba pulak umu dapat surat lamaran dari orang tengah. x ke musykil tu orang yang tidak kita pernah tahu kewujudannya di dunia ini datang merisik)

 ~abg jangan x ngakuuuu~ meh sini syg bg sain istimewa sebagai tanda penghargaan :p

Dan asbab kejelesan melihat suami tetap mengupdate entry di blognya lah, lalu umu pun meringankan jari di atas keybord nak mengupdate tak mahu kalah :p :p


Alhamdulillah wa syukurillah~
Diam umu berbulan lamanya mungkin kerana pembawakan bakal orang baru dalam keluarga :)

Ahmad Umar bin Muhammad Ishak

 25/08/2013
 4.45 pagi
 Ahad
 3.5kg
 Hospital Besar Tawau, Sabah

Genap hari ini, sudah 2 minggu kak long mendapat adik :)
Allah swt bagi seorang bakal daie kali ini.

Nampaknya, kedua-dua zuriat umu, Allah swt takdirkan lahir di Tawau, Sabah. 
Jadi anak negeri Sabah ler nampaknya...huhuu


 Beriadah di pantai ketika menunggu hari kelahiran bakal daie :)


InsyaAllah.. dah besar kelak..semoga Allah swt pilih mereka keluar ke hujung-hujung dunia menyambut takaza-takaza agama yang di bentangkan. 

Allahumma amin.

Pastinya pengalaman berpantang kali ini lebih mencabar buat umu dan suami kerana sudah ada 2 zuriat yang perlu di beri perhatian. Nampaknya, pengalaman pertama dahulu mematangkan suami untuk lebih bersedia menjaga umu dan anak-anak ketika berpantang kali ini. Berjauhan dari kaum keluarga setiap kali melahirkan, menjadikan kami sekeluarga...ummi, abi, kak long dan adik lebih pandai berdiri di atas kaki sendiri...hihii

Minta doa para sahabat semua agar Allah swt memberikan kami sekeluarga kesihatan yang baik dan umu dapat menamatkan sesi berpantang kali ini dengan jayanyaaaa... heee :)

Sehingga bertemu lagi~
.