Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Friday, November 8, 2013

Jika isterimu menangis....~

Bismillahirrahmanirrahim...

Umu kira pesanan ini penting buat suami dan kepada mereka yang bakal bergelar suami. Supaya nanti bila sudah berumahtangga, para suami ini faham dan mengerti sifat dan perasaan halus isteri-istteri mereka.

Wahai suami, bacalah pesanan ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada :)

Jika isteri menangis di hadapanmu..
"Hargailah mereka sebelum terlewat"

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bermakna dia tidak dapat menahannya lagi..
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan menjadi dirinya seperti dulu untuk selamanya..!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali dihadapan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyanyangimu,
dia akan menurunkan rasa egonya..

Wahai suami..
Jika seorang isteri itu pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu,
sepanjang hidupmu...
saat kau terperuk terlalu dalam!!

Wahai suami...
Jika seorang isteri itu pernah menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakan dia.
Mungkin kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya...

Saat dia menangis dihadapanmu,
Saat dia menangis keranamu,
lihatlah jauh ke dalam matanya...
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan bertapa sakitnya...
yang disebabkan perbuatanmu?



Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik kelembutannya, dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat!

Tutur katanya merupakan kebenaran

Senyumannya adalah semangat bagi orang yang di cintainya

Pelukan dan ciumannya bisa memeberi kehangatan bagi kamu dan anak-anakmu

Dia tersenyum apabila melihat temannya tertawa

Dia terharu dan menangis apabila melihat kesengsaraan pada orang-orang yang dikasihinya

Di mampu tersenyum dibalik kesedihannya

Dia sangat gembira melihat kelahiran

Dia begitu sedih melihat kematian

Titisan air matanya bisa membawa perdamaian

Tapi dia sering dilupakan oleh suami kerana 1 perkara

Bahawa bertapa berharganya dia...



.

5 comments:

  1. Assalamualaikum kak umu. Moga kak diberi sabar dan kuat dalam proses kehidupan:)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam wbt f :)
    allahumma amin. jzkilhukhoir ats doanye .. err yg pesanan ats tu akk ambil entah dr mne. sje kongsikn d sni sb sgt sesuai skli klu suami2 d luar sne baca dan hadam...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkongsian yang best.
      Saya rasa sy ayat sy buat akak serba salah. Hehe. Kita kena sentiasa berdoa dan berharap agar diberi sabar yang tinggi kan?kan?

      Sy juga harap benda yang sama. Moga diberi kuat dan sabar dalam mengharungi proses kehidupan yang kadang buat rasa nak lari ke kutub utara. (sebab merasakan kat kutub utara tiada tekanan:))

      Delete
  3. Assalamualaikum kak...
    ooh mcm tu ya...
    semoga saya dapat sampai dan amalkan... :-D
    doakan saya..

    ReplyDelete
  4. Fam,
    haaa..tau x pe, ayat yg boleh mengundang kontroversi tu..hihi... lama tak dengar cerita dari f, dulu ada juga berkirim email. sekarang senyap je.. meh la update perkembangan terbaru dekat akk :)

    huszaimi,
    amboi... nk amal belum boleh lagi tu. Allah tak hantar lagi ahlianya. kalau sampaikan..boleh :)

    ReplyDelete