Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Wednesday, October 23, 2013

Pstttt.....Cerita PizZa :)

Bismillahirrahmanirrahim...   

Assalamualaikum wbt..  
Jom .... semangat kembali ingin berblog tiba2 menguasai diri..hee..

Jazbahnya datang apabila melihat abi berkreativiti menghias blognya.. 


Hmm cantik!!! 
> bisik ummi dalam hati je la sebab x mau abi rase bangga...kehkeh :p  

Blog ummi?
X pe la..ummi masih setia dengan background yang ada ni.


Bukan x mahu berubah, pernah ummi cuba menukar layout blog iman & amal ni, dan bila di review...hmm seakan masuk ke dalam bog orang lain. Bak kata orang, x ada feel macam blog sendiri... 

Makanya, ummi kembalikan rupa asalnya seperti mana kelahirannya 5 tahun dahulu... :)
  
Wahhh..5 tahun tu.. Lama sudah rupanya blog ni wujud. Moga-moga, kelahiran blog ini menjadi asbab kebaikan dan manfaat kepada mereka yang membaca.:)

Allahumma amin :)
  
Okey... 
Kembali kepada tajuk asal.... PiZzA

Terlerai rindu bila dapat baca celoteh kak marina ali di blognya.. 
Pokok utama nak bagi resepi pizza, tapi sekali jadi bayan daaa... panjang ceritanya .. hoho :p

Tapi Alhamdulillah, celoteh kak marina sentiasa berisi dengan perkara agama dan peringatan buat pembacanya... Terutama kepada ummi ler:)   
Jazakillahukhoir kak :).

Oleh kerana nak kembalikan keceriaan bila berblog, makanya cabaran membuat pizza ummi sambut dengan penuh semangat waja :p
  
Walaupun ummi tidak ikut resepi 100%, tapi yang penting.... Semangat mempizza di petang hari datangnya daripada entry pizza kak marina..hee


 Jom layan...... ~  



Dulu pernah juga ummi buat pizza dan ummi menggunakan keju mozarella, tapi bila melihatkan kak marina menggunakan keju keping-keping tu, jadi kali ini ummi ikutkan aje laa...hihii
  
Dan perbezaannya...
kalau mahu bermain tarik tali keju semasa makan....elok gunakan keju mozarella. Kalau keju keping-keping ni..ummi letak banyak-banyak pun x bertali gak..,huhuu :'(




Okey .. Untuk toppingnya pula... Ummi menggunakan
- isi udang dan ayam > di tumis dengan mentega, bawang besar, serbuk kari, serbuk lada hitam dan garam.
- cendawan butang
- lada benggala hijau
- bawang besar
- nenas
- sos tomato dan sos cilli 



 err...abaikan keju yg dh hangus2 di tepi tu.. tamak benar, konon nak makan bertali-tali.. sekali masa bakar dia melimpah ruah dan jatuh ketepi daa... :p


Sebenarnya, ummi menggunakan apa yang ada aje dalam peti ais. Jadi x ada la pelbagai sangat topping nya tu. Tapikan, ummi memang paling suka nak letak nenas. Rasa x lengkap kalau pizza x ada nenas...hihi..
  
Dan untuk dohnya, kebetulan ummi ada stok tepung roti, jadi ummi tak guna tepung gandum la..

Tapi step nak menguli tu, betul-betul ikut yang macam kak marina ajar :)   
Kalau kak marina boleh dapat 2 keping pizza yang besar, ummi pula dapat 5 keping pizza sederhana kecil untuk sukatan doh dalam resepi..

Dan Alhamdulillah, Abi makan banyakkk (sedap la tuu..kan abi??) dan sekeping pizza telah selamat sampai ke rumah jiran yang suka menghantar juadah ke rumah kami :)


Di pengakhiran ceritaaa.....  
 

1. Kalau makan di pizza hut kenyang makan rotinya aje, jadi bila buat sendiri..roti di nipiskan dan topping di banyak-banyakkkan..heee. Puas hati den :p

2. Kak long yang tak puas hati..bawa lari dulang pembakar..huhuu

3. Dalam hati > "apa laa yang hangus-hangus kat tepi-tepi ni"  

4. Dalam hati lagi... > "pastikan line clear dulu"

5. Ummi menjerit... > "Ummu Asmaaaaaaaaaa'......... kak long ni kannn...."
Kak long.....> "nyum..nyum...nyummm"


Sila anda bayangkan sendiri adegan seterusnya yang berlaku antara ummi dan kak long :p 
kalau mak-mak mesti tahu apa yang telah berlaku..hahaa

okey, penat mengarang...kak marina sila bagi markah...hikhik


*Tiba-tiba entry kali ni umu nak bahasakan diri ummi..hohoho
.

4 comments:

  1. Assalamualaikum...akak yang pertama ker? komen...hah kan dah kata menjadikan,puas tak makan? mestilah puaskan...alhamdulillah...ummi Asma dah berjaya..yeh!...memang terbaeklah Umu...alamak mesti ustaz makan banyak eh...hehe jaga2 Umu...lucu bebonor tgk Asma...

    ReplyDelete
  2. Waalaikimsalam wbt.. yeay, tuan punya resepi dh mai...heee.. jazakillahukhoir kak resepinya. bahagian pling penting bg umu tang dohnye tu. alhamdulillah mnjadi. lps ni nk try wat guna tepung gandum lak.. ble dh jd ummi ni, cerita ttg d dapur bab masak memasak mmg x bleh nk di elakkan...hihii. nnt bkongsi plk resepi mknn arab kak :)

    ReplyDelete
  3. mestilah oleh dek kerana sibuk menguruskan keluarga,memang tak berkesempatan nak pegang laptop,nak kongsi resepi boleh jer....nanti umu roger2 jer..

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak, walaupun jadi suri hidup cik suami dan anak2 je tapi sibuknya mngalahkn gabenor bank negara...hihi. insyaAllah nnt umu roger n out :)

    ReplyDelete