Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Friday, November 8, 2013

Jika isterimu menangis....~

Bismillahirrahmanirrahim...

Umu kira pesanan ini penting buat suami dan kepada mereka yang bakal bergelar suami. Supaya nanti bila sudah berumahtangga, para suami ini faham dan mengerti sifat dan perasaan halus isteri-istteri mereka.

Wahai suami, bacalah pesanan ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada :)

Jika isteri menangis di hadapanmu..
"Hargailah mereka sebelum terlewat"

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bermakna dia tidak dapat menahannya lagi..
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan menjadi dirinya seperti dulu untuk selamanya..!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali dihadapan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyanyangimu,
dia akan menurunkan rasa egonya..

Wahai suami..
Jika seorang isteri itu pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu,
sepanjang hidupmu...
saat kau terperuk terlalu dalam!!

Wahai suami...
Jika seorang isteri itu pernah menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakan dia.
Mungkin kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya...

Saat dia menangis dihadapanmu,
Saat dia menangis keranamu,
lihatlah jauh ke dalam matanya...
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan bertapa sakitnya...
yang disebabkan perbuatanmu?



Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik kelembutannya, dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat!

Tutur katanya merupakan kebenaran

Senyumannya adalah semangat bagi orang yang di cintainya

Pelukan dan ciumannya bisa memeberi kehangatan bagi kamu dan anak-anakmu

Dia tersenyum apabila melihat temannya tertawa

Dia terharu dan menangis apabila melihat kesengsaraan pada orang-orang yang dikasihinya

Di mampu tersenyum dibalik kesedihannya

Dia sangat gembira melihat kelahiran

Dia begitu sedih melihat kematian

Titisan air matanya bisa membawa perdamaian

Tapi dia sering dilupakan oleh suami kerana 1 perkara

Bahawa bertapa berharganya dia...



.

Wednesday, October 23, 2013

Pstttt.....Cerita PizZa :)

Bismillahirrahmanirrahim...   

Assalamualaikum wbt..  
Jom .... semangat kembali ingin berblog tiba2 menguasai diri..hee..

Jazbahnya datang apabila melihat abi berkreativiti menghias blognya.. 


Hmm cantik!!! 
> bisik ummi dalam hati je la sebab x mau abi rase bangga...kehkeh :p  

Blog ummi?
X pe la..ummi masih setia dengan background yang ada ni.


Bukan x mahu berubah, pernah ummi cuba menukar layout blog iman & amal ni, dan bila di review...hmm seakan masuk ke dalam bog orang lain. Bak kata orang, x ada feel macam blog sendiri... 

Makanya, ummi kembalikan rupa asalnya seperti mana kelahirannya 5 tahun dahulu... :)
  
Wahhh..5 tahun tu.. Lama sudah rupanya blog ni wujud. Moga-moga, kelahiran blog ini menjadi asbab kebaikan dan manfaat kepada mereka yang membaca.:)

Allahumma amin :)
  
Okey... 
Kembali kepada tajuk asal.... PiZzA

Terlerai rindu bila dapat baca celoteh kak marina ali di blognya.. 
Pokok utama nak bagi resepi pizza, tapi sekali jadi bayan daaa... panjang ceritanya .. hoho :p

Tapi Alhamdulillah, celoteh kak marina sentiasa berisi dengan perkara agama dan peringatan buat pembacanya... Terutama kepada ummi ler:)   
Jazakillahukhoir kak :).

Oleh kerana nak kembalikan keceriaan bila berblog, makanya cabaran membuat pizza ummi sambut dengan penuh semangat waja :p
  
Walaupun ummi tidak ikut resepi 100%, tapi yang penting.... Semangat mempizza di petang hari datangnya daripada entry pizza kak marina..hee


 Jom layan...... ~  



Dulu pernah juga ummi buat pizza dan ummi menggunakan keju mozarella, tapi bila melihatkan kak marina menggunakan keju keping-keping tu, jadi kali ini ummi ikutkan aje laa...hihii
  
Dan perbezaannya...
kalau mahu bermain tarik tali keju semasa makan....elok gunakan keju mozarella. Kalau keju keping-keping ni..ummi letak banyak-banyak pun x bertali gak..,huhuu :'(




Okey .. Untuk toppingnya pula... Ummi menggunakan
- isi udang dan ayam > di tumis dengan mentega, bawang besar, serbuk kari, serbuk lada hitam dan garam.
- cendawan butang
- lada benggala hijau
- bawang besar
- nenas
- sos tomato dan sos cilli 



 err...abaikan keju yg dh hangus2 di tepi tu.. tamak benar, konon nak makan bertali-tali.. sekali masa bakar dia melimpah ruah dan jatuh ketepi daa... :p


Sebenarnya, ummi menggunakan apa yang ada aje dalam peti ais. Jadi x ada la pelbagai sangat topping nya tu. Tapikan, ummi memang paling suka nak letak nenas. Rasa x lengkap kalau pizza x ada nenas...hihi..
  
Dan untuk dohnya, kebetulan ummi ada stok tepung roti, jadi ummi tak guna tepung gandum la..

Tapi step nak menguli tu, betul-betul ikut yang macam kak marina ajar :)   
Kalau kak marina boleh dapat 2 keping pizza yang besar, ummi pula dapat 5 keping pizza sederhana kecil untuk sukatan doh dalam resepi..

Dan Alhamdulillah, Abi makan banyakkk (sedap la tuu..kan abi??) dan sekeping pizza telah selamat sampai ke rumah jiran yang suka menghantar juadah ke rumah kami :)


Di pengakhiran ceritaaa.....  
 

1. Kalau makan di pizza hut kenyang makan rotinya aje, jadi bila buat sendiri..roti di nipiskan dan topping di banyak-banyakkkan..heee. Puas hati den :p

2. Kak long yang tak puas hati..bawa lari dulang pembakar..huhuu

3. Dalam hati > "apa laa yang hangus-hangus kat tepi-tepi ni"  

4. Dalam hati lagi... > "pastikan line clear dulu"

5. Ummi menjerit... > "Ummu Asmaaaaaaaaaa'......... kak long ni kannn...."
Kak long.....> "nyum..nyum...nyummm"


Sila anda bayangkan sendiri adegan seterusnya yang berlaku antara ummi dan kak long :p 
kalau mak-mak mesti tahu apa yang telah berlaku..hahaa

okey, penat mengarang...kak marina sila bagi markah...hikhik


*Tiba-tiba entry kali ni umu nak bahasakan diri ummi..hohoho
.

Monday, September 9, 2013

Alhamdulillah...~ Orang baru :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. masih boleh menitipkan entry terbaru untuk blog kesayangan ni. Berbulan lamanya blog di tinggal sepi. Kata suami yang selalu memerli kerana seakannya umu tidak lagi perduli dan sudah tidak mahu berblog lagi...huhuu

Umu akui...blog iman&amal ni ada sentimental value yang tinggi dalam sejarah hidup umu. Sebagai peneman ketika umu mula menyambung belajar di peringkat ijazah. Dan paling penting.. asbab blog ini la, Allah swt "jumpakan" suami dengan umu..hehee..

X sangka betul.. melalui tulisan sahaja boleh menjadi asbab kepada sebuah perkahwinan. 

Jazakallahukhoir kepada suami yang menjadi peminat senyap-senyap dan selalu mengintip di lewat penulisan umu di dalam blog iman&amal ni :) ...hohohoo. 

(iye la..tiba-tiba pulak umu dapat surat lamaran dari orang tengah. x ke musykil tu orang yang tidak kita pernah tahu kewujudannya di dunia ini datang merisik)

 ~abg jangan x ngakuuuu~ meh sini syg bg sain istimewa sebagai tanda penghargaan :p

Dan asbab kejelesan melihat suami tetap mengupdate entry di blognya lah, lalu umu pun meringankan jari di atas keybord nak mengupdate tak mahu kalah :p :p


Alhamdulillah wa syukurillah~
Diam umu berbulan lamanya mungkin kerana pembawakan bakal orang baru dalam keluarga :)

Ahmad Umar bin Muhammad Ishak

 25/08/2013
 4.45 pagi
 Ahad
 3.5kg
 Hospital Besar Tawau, Sabah

Genap hari ini, sudah 2 minggu kak long mendapat adik :)
Allah swt bagi seorang bakal daie kali ini.

Nampaknya, kedua-dua zuriat umu, Allah swt takdirkan lahir di Tawau, Sabah. 
Jadi anak negeri Sabah ler nampaknya...huhuu


 Beriadah di pantai ketika menunggu hari kelahiran bakal daie :)


InsyaAllah.. dah besar kelak..semoga Allah swt pilih mereka keluar ke hujung-hujung dunia menyambut takaza-takaza agama yang di bentangkan. 

Allahumma amin.

Pastinya pengalaman berpantang kali ini lebih mencabar buat umu dan suami kerana sudah ada 2 zuriat yang perlu di beri perhatian. Nampaknya, pengalaman pertama dahulu mematangkan suami untuk lebih bersedia menjaga umu dan anak-anak ketika berpantang kali ini. Berjauhan dari kaum keluarga setiap kali melahirkan, menjadikan kami sekeluarga...ummi, abi, kak long dan adik lebih pandai berdiri di atas kaki sendiri...hihii

Minta doa para sahabat semua agar Allah swt memberikan kami sekeluarga kesihatan yang baik dan umu dapat menamatkan sesi berpantang kali ini dengan jayanyaaaa... heee :)

Sehingga bertemu lagi~
.


Sunday, April 14, 2013

Setahun 3 bulan menjadi seorang UMMI :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua :) :) :) < bagi senyuman lebihhh sikit untuk cover tidak perlu bagi alasan kenapa dan mengapa pemalas sesangat mahu update blog :p

Lihat sejarah blog iman dan amal ni, rerasa kali inilah kelihatan tuan punya blog macam lupa @ buat lupa @ sengaja terlupa bahawasanya beliau mempunyai blog. huhuu

Jazakumullah laa kepada peminat blog ni yang mendesak siap memarah lagi minta tuan tanah update blog secepat mungkin. Banyak kali datang singgah katanya tapi blog bagaikan rumah tinggal. Mana tidaknya, hampir 7 bulan rumah di tinggalkan sepi..agak-agak bukan sahaja berhabuk dan bersawang.. rumput pun boleh dah menjalar hingga ke atap..hekhek :p :p

Okey.. sesambil tuan tanah nak bersihkan ape yang patut....... kalian layan kan aje la gambar bawah ni yeee...


kak long @ kakak @ ayong
atau bila ummi sedang marah....
UMMU ASMAAAAAAAAA'
dan bila darah makin meninggi menahan marah...
anak dara si ishak ni kannnn.....


Macam mana la umminya tak naik darah..
elok-elok ummi dan abi beratur di kaunter nak buat pembayaran..
toleh-toleh je tengok dia dah buat aksi meniarap nak mewarna kat lantai depan kaunter...haiiiissshhh


maluuu ummi tau tak k.long!!
abi siap gelak-gelak dan sempat ambik gambar lagi!!
bertambah-tambah la naik darah ummi ni..


Mungkin kak long terlalu excited sebab umur dia hampir 1 tahun 3 bulan ni la baru ummi mahu belikan pensil warna dan buku bergambar
kalau tidak sebelum-sebelum ni cuma bagi main pen @ pensil untuk di conteng atas kertas A4 terpakai abi yang berlambak di rumah tuuu...huhuu


Itu pun time nak membayar, just bagi dekat cashier tu kotak pensil tak cukup isi dan kulit buku bergambar je.. sebab awal-awal lagi helaian bergambarnya sudah di leraikan oleh kak long. adoyai... diorang yang memula pelik pun boleh tersengih-sengih bila meninjau di bawah kaunter melihatkan kemana ghaibnya isi kotak dan buku bergambar yang hendak di bayar. 


Malamnya terus mulakan projek....


 jangan percaya sangat itu adalah hasil 100% dari air tangan kak long :p

Dan ketika umur kak long genap 1 tahun 3 bulan ini juga la maka genapnya 4 bulan bakal adik kak long berada di dalam kandungan ummi :)


Alhamdulillah wa syukurillah
Tidak lama lagi kak long ada kawan mengubat kesunyian menjalani kehidupan sehari-harian memandangkan sepupu-sepapat jauh nun di semenanjung sana~


Mohon di doakan....
# ummi kak long di kurniakan kesihatan yang baik dalam bermujahadah mengandung zuriat ke 2.

# abi kak long dan rakan seusaha di berikan kekuatan dan ketabahan meneruskan kerja agama walaupum keadaan masih "panas" asbab pencerobohan di Lahad datu dan Semporna baru-baru ini.

# kak long membesar menjadi anak yang solehah serta taat pada ummi abi :)

hingga bersua kembali.... salam~