Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, January 29, 2012

Kasihnya Ummi & Abi ~

Bismillahirrahmanirrahim...


Kasihnya Ummi....


 Genap sebulan selepas kak long di lahirkan ummi berjaga malam
 Dan malam ini
ummi berjaga malam dengan penuh kerisauan
pelbagai ikhtiar ummi lakukan
(masih kurang ilmu menghadapi situasi begini sebagai ummi)

tentu sahaja runtun hati ummi
melihat kak long merengek sepanjang malam kerana tidak selesa
mengalir air mata ummi 
ikhtiar menyedut selsema kak long di hidung juga tidak mendatangkan hasil
(pernah tengok kakak buat kat anaknya menjadi..huhu)

Ya Allah, sembuhkan derita anakku...
sungguh
tidaklah ummi tahan melihat mata kak long yang penuh kesayuan
menahan letih menarik nafas


Kasihnya Abi....?


Abi pergi malam markaz la ummi...... :')
 dugaannnn.... :"))


owh...okey.
Jadi, kak long minta dengan Allah bagi kak long cepat sihat ye
kerana yang beri kak long sakit, Allah!
dan yang akan mendatangkan kesembuhan juga adalah Allah!

Dengan izin Allah,
Jika kak long dah sihat, pagi nanti ummi bawa ke majlis taklim masthurat 
buat pertama kalinya selepas keluar dari perut ummi :)
< selalu sebelum ni kak long duk dalam perut >



*********


Jadinya baru umu tahu kenapa Rasulullah saw melebihkan wanita / ummi dalam beberapa hal....

Rasulullah saw bersabda:

~ Doa perempuan lebih makbul dari pada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari pada lelaki. Ketika di tanya oleh Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia"

~ Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

~ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu lebih dahulu.

 .

Saturday, January 21, 2012

Kronologi Kelahiran Ummu Asma' Muhammad Ishak :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Selamat berpantang dari menulis blog..hehee. Tapi berpantang perkara lain, belum selamat lagi. Perjuangan masih di teruskan terutama bab air sejuk yang menggoda ketika panas terik melanda Semporna....adusss!

Rasanya ramai yang dah sedia maklum, umu selamat melahirkan anak sulung pada hari jumaat bersamaan 30 disember 2011 melalui blog suami dan blog rakan-rakan yang lain. Jika siapa yang berkawan di facebook umu dan suami, InsyaAllah akan dapat melihat berpuluh gambar perkembangan bayi kami yang diambil oleh abinya tanpa jemu pada setiap hari hoho :p

Oleh kerana, setiap orang yang datang ziarah sibuk bertanya akan soalan yang bermula dengan.. apa, bagaimana, kenapa, siapa dan sebagainya sehingga berulang kali umu bercerita perkara yang sama termasuk pertanyaan secara panggilan telefon dan sms.. rasanya baik umu kongsikan sahaja di blog akan kronologi kelahiran puteri sulung umu ni.hehee

Jommm... 
(Banyak masa ni sebab suami keluar 3hari meninggalkan umu dan baby buat pertama kalinya)

30 Dis 2011

1.32 am 
- Umu selamat berkarkuzari di blog akan persoalan "bila agaknya umu nak bersalin" kerana tiada langsung tanda-tanda nak bersalin..huhuu. surat dari doktor dah di keluarkan memandangkan kandungan sudah melebihi tarikh jangkaan 10 hari.

5.30 am
- Selepas solat subuh, bersiap sedia menunggu kepulangan suami yang tangguh dari khuruj 40 hari. Kata suami dalam sms, lepas tangguh terus balik rumah dan bawa umu pergi hospital pagi tu juga. huhu...

12.15 pm
Tunggu punya tunggu punya tungguuu.. suami x sampai-sampai lagi. ishhh... geram jeeee. Nak je call tapi takut urusan khuruj suami x selesai lagi. Jadi sabarrrrr je duduk di rumah diam-diam. Nasib la tanda nak bersalin x muncul lagi. 

Bila suami sampai rumah terus serang tanya suami "abang kata tangguh lepas subuh. kenapa lambat balik?"  < ayat macam dah berangin-angin cikit di situ. "Abang terus pergi tinted cermin kereta tadi. Nanti syg nak menyusukan bayi dalam kereta x lah orang dari luar terus nampak dalam kereta"

err...okaylah. terus nyaman hati dengar alasan suami. Terus x jadi perang berangin.

12.30 pm
Suami terus bersiap untuk pergi solat jumaat. Sebelum tu sempat tanya.. "syg dah sakit-sakit belum?" . "Belum".

1.45 pm
Suami balik. Dan umu terus kata "Bang, jom la pergi hospital. Dah turun darah ni. Doktor kata kalau turun darah walaupun x sakit, pergi terus hospital". Sebenarnya ada rasa sakit dekat perut tapi umu confuse betul ke tu sakit nak beranak. hehee

2.00 pm
Bertolak ke hospital yang perjalanannya x sampai 7 minit dari rumah. Terus ke kaunter emergency. Di arah ke wad bersalin. Para nurse membuat pemeriksaan dan bukaan sudah 2cm rupanya. Doktor pun pelik bila umu kata x ada rasa sakit di pinggang. cuma perut rasa sakit sikit. Tu pun sekejap-sekejap je.

Bila mereka rujuk surat doktor yang mengarahkan umu bersalin di Hospital Tawau, terus doktor kata.. 
"okay, puan akan di hantar ke Tawau untuk di berikan ubat supaya ada kontraksi".
"x boleh ke saya bersalin di sini aje?" . 
"Di sini kami hanya di benarkan untuk handle bersalin normal sahaja. kalau memerlukan induce atau caesar perlu di Tawau.  Sekejap lagi puan akan di hantar oleh ambulan". 
"x boleh ke saya naik kereta sendiri. Lagipun saya x rasa nak bersalin sekarang".
"eh, x boleh, nanti bersalin dalam kereta pula. Akan ada nurse yang mengiringi puan nanti di dalam ambulan. Sementara menunggu persiapan, puan boleh berehat di atas katil di wad"

Jumpa suami sekejap dan bagi karkuzari apa yang patut. Suami balik rumah buat persiapan barang2 keperluannya sebab pergi hospital tadi bawa keperluan umu dan bayi aje. X sangka pula kena ke Tawau. huhuu..

Dalam wad, sambil menunggu..umu di interview oleh 3 orang kakak yang menunggu masa untuk bersalin.
Kakak 1 - Kenapa dik? Nak bersalin dah ke?
Umu - Iye. tapi nak di hantar ke Tawau.
Kakak 2 - Biasa kalau di hantar ke Tawau untuk di masukkan ubat tu. (Sambil buat muka sangat risau)
Umu - Kenapa kak? Sakit ke kena masukkan ubat?
Kakak 3 - Ini anak keberapa?
Umu - Pertama. Kenapa kak?
Kakak 1 - isshh..x payah la bagitahu dia. (Lepas tu kakak 1,2,3 buat muka mengerikan). Bagus lagi kalau bersalin normal dik.

Aduhai... memang risau umu di buatnya. Terus doa sungguh-sungguh dengan Allah nak bersalin normal.Sambil tu umu melarikan diri ke taman sebelah wad. Jalan pusing2 taman nak bagi cepat rasa kontraksi. Melayan kakak bertiga tu buat umu tertekan je..huhuu

3.45 pm
Nurse suruh duduk atas kerusi roda untuk di bawa ke ambulan.
"eh, x apa la. saya x sakit. saya boleh berjalan sendiri. Lagipun senang nak bersalin kalau banyak berjalankan?"
"eeehhh...x boleh puan. kami kena ikut prosedur. Nanti kalau jadi apa2 pada puan, kami pula akan di saman"

pulak dah....duduk je lah. Lagipun seumur hidup x pernah duduk atas kerusi roda ni. Siap ada orang tolakkan lak tu.hehe...tapi yang malunya masa lalu kawasan farmasi, ramai yang pandang. Mesti diorang fikir ..aikk okay je budak ni. nampak sihat jee. mengada-ngada nak kena sorong. Maka terpaksa la umu buat2 muka sakit dan pegang kepala tunduk bawah berlakon sakit...hahaa

Naik ambulan nurse bagi pilihan nak duduk ke baring. Mesti la baring... x pernah naik ambulan kan..hahaa. Dah siap-siap peralatan semua maka kedengaran siren ambulan di bunyikan dan terus pemandu memecut... -begini rupanya perasaan naik ambulan- 

Sambil baring2 teringat pesan kakak umu supaya minta maaf dengan suami bila nak bersalin. Terus main sms dengan suami..hehee. Karang ayat dengan perasaan  sayu dan bila dapat balasan sms dari suami terus mengalir air mata. Pandai betul suami buat umu rasa terharu..huhuu

Nurse yang nampak kejadian air mata menitis tu terus risau "dah rasa sakit sangat ke? sabar ye. tarik nafas panjang-panjang". Tetiba rasa nak gelak pulak sebab nurse dah salah anggap. hikhik...

Terus pesan pada nurse ..
"Boleh x sampai di hospital nanti tolong saya minta nurse dan doktor perempuan je yang merawat saya"
"InsyaAllah, semua nurse di sini perempuan. Kalau doktor, nanti saya mintakan".. Nasib baik suami yang ingatkan, kalau x umu pun lupa nak pesan....huhuu..

5.15 pm
Sampai di Hospital Tawau. Laju betul kalau naik ambulan ni. Kalau naik kereta, 2 jam baru sampai. Terus di cek oleh doktor dan bukaan sudah 6cm. Asbab melambung-lambung dalam ambulan tadi kut buat umu mula rasa kontraksi. hihii... mana x nye, habis semua lubang sepanjang perjalanan ambulan tu langgar.

Terus di pecahkan air ketuban dan menunggu bukaan sehingga 10cm. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa. X sempat nak guna ubat @ induce.Dan 2 doktor yang merawat umu sepanjang umu berada di hospital adalah perempuan seperti yang di minta :)

7.10 pm
Alhamdulillah wa syukurillah.. Allah swt permudahkan...Umu selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.9kg yang sihat secara normal.

Ummu Asma' Muhammad Ishak
Sebelum di iqamat dan di tahniqkan oleh abinya


 Kak Long, Kakak @ Asma'?
Banyak betul nama panggilannye..


 Hari ke 7 selepas di cukur rambutnya :)

Jazakumullah buat keluarga, rakan-rakan dan pembaca blog yang banyak mendoakan dan memberikan nasihat kepada umu sejak dari awal kandungan hinggalah di saat umu hendak melahirkan zuriat pertama ini. Sesungguhnya, keperihatinan kalian dengan izin Allah banyak memberi semangat kepada umu menghadapi saat-saat bergelar seorang ummi.

X lupa juga tahniah di ucapkan kepada Ummu Hani yang terlebih dahulu sebulan menjadi ummi kepada seorang puteri, Kak Aliazuan yang turut melahirkan seorang puteri sehari awal dari umu. Pasti sahaja puteri yang di tunggu sekian lama bakal menjadi penyeri rumah tangga akak dan suami :)

Juga kepada kawan sekampung dan sekelas waktu sekolah rendah, Suzilah yang melahirkan seorang putera 4 hari setelah umu dan Nur, rakan seusaha yang umu kenal melalui blog juga yang turut melahirkan seorang putera 17 hari kemudian. Tahniah, semoga kita semua menjadi seorang ummi yang mampu mendidik zuriat menjadi soleh dan solehah. Allahumma amin :)

Dan kepada pqa serta Ummu Humaira... teruskan perjuangan menjaga kandungan kalian. Semoga Allah swt memudahkan urusan kalian juga InsyaAllah!
.