Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Tuesday, May 22, 2012

Persediaan Ijtimak & Cuti.. yeay!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Allah swt bagi kesempatan untuk update cerita di sini sebelum kami.. Ummu Asma' sekeluarga balik bercuti di semenanjung bersempena cuti sekolah pertengahan tahun 2012. Lagi 3 hari nak naik belon..Permudahkanlah Ya Allah, musafir kami :).

InsyaAllah sepanjang cuti ini kami akan berada di Pahang, Negeri Sembilan Dan Melaka.. Dan mungkin juga di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor :)


K.Long hampir berusia 5 bulan baru dapat berjumpa family di Semenanjung :'(
Harap sesangat k.long x takut nak kenal-kenal dengan oyang, wan enab, atuk anggut dan nek omel < ummi pepandai bagi nama manja mereka setiap kali bercakap-cakap dengan K.Long. hahaa


Dan atuk anggut kata nak ikut kita balik Sabah nanti. Nak jenjalan dengan nek omel la tuu..yeay!!

Alhamdulillah wa Syukurillah, walaupun umu berada di hujung-hujung Sabah..namun Allah swt punya kuasa.. umu dapat mengikuti bayan di Ijtimak Kuala Lumpur melalui Radio Islam Nusantara.. :)

Dan Alhamdulillah lagi dan lagi kerana persediaan untuk Ijtimak bagi Sabah Timur di Lahad Datu sedang rancak di lakukan oleh para karkun yang di pilih Allah swt. Karkuzari dan beberapa keping gambar persediaan ijtimak boleh di ikuti di blog suami di sini :)

Sudah 2 minggu berturut iaitu pulang sahaja dari sekolah hari jumaat, abi terus bersiap-siap ke tapak ijtimak dan hanya pulang ke rumah, malam hari ahad bagi sama-sama mengembleng tenaga untuk memastikan ijtimak kelak dapat di anjurkan dengan sempurna :)

Terasa sungguh, abi selalu tinggalkan kita kan K.Long? Sebab minggu sebelumnya tu abi khuruj 3 hari. Jadinya, bulan ni abi sangat sibuk dengan fikir ummat...huhuuuu




ish..ishh..punya panas Lahad Datu sampaikan abi balik dari khidmat jadi hitam logam!
Tengok perbezaan kulit ummi & abi :'(
Kesian abi kan k.long, time nak balik semenanjung ni la abi jadi golap..hohoo
Moga Allah swt terima pengorbanan para karkun yang bersusah payah hanya semata-mata kerana agamaNya..



Bila ummi tengok gambar-gambar yang abi ambil sepanjang berada di tapak ijtimak, rasa terharu tengok kesungguhan para karkun berpanas memanjat dan menukang.
Bila tiba part makan.. Allahu, terus hiba ummi di buatnya bilamana makanan di atas menjadi santapan mereka..huhuuu. Bergenang air mata ummi :'(



Tidaklah ummi hairan dan sedih jika abi yang menjamu hidangan di atas sebab di rumah abi dah selalu makan sedap-sedap :p

Tapi bagi karkun tempatan di Sabah ni, rata-rata kehidupan mereka sangat zuhud lagi-lagi yang datang dari Semporna. Makanya, hidangan sebegini tidak langsung memberi kesan mudharat kepada mereka untuk mengerah tenaga sepanjang hari dari pagi ke malam di tapak ijtimak. Allahuakhbar!!

Tapi abi kata..kadang-kadang, Allah swt hantar kambing untuk mereka. Subahanallah.. kagum ummi :)




Ya Allah, 
Kau pandanglah pengorbanan mereka. Mereka tidak berharta tetapi mereka menyumbang tenaga dan masa. Meninggalkan anak, isteri dan keluarga tercinta bukan untuk mencari wang dan harta tetapi mencari redha..


Ya Allah, 
Kau pandanglah hamba-hambaMu yang berkumpul semata-mata kerana fikir risau mereka terhadap agama. Maka Ya Allah, Kau campakkanlah hidayah ke dalam hati-hati mereka, anak isteri mereka, keluarga mereka dan manusia seluruh dunia.

Ya Allah,
Kurniakanlah hidayat kepada kami
Dan kurniakanlah hidayatMu dengan perantaraan kami
Dan jadikan kami asbab hidayat kepada sesiapa yang Engkau mahu kurniakan hidayat

Allahumma Amin..
.

6 comments:

  1. huhuhu.....doa banyak untuk ijtimak ye kak long....huhuhu..pak cik jabbar x dapat nak turun padang sama2 buat persiapan tuk ijtimak....tgh wat preparation tuk final exam...ijtimak kat kuantan pun x dapat gi..masa tuk ada paper...adess...sedih giler kot...

    ReplyDelete
  2. sedih betul....
    nanti masa kanda balik semenanjung,
    dinda x ada di gemas.
    Exam di Pineng ni.
    Kita Jumpa Raya. InsyaAllah.
    Kalau x da jodoh, kita doa mintak jumpa di syurga ye kak long.
    :)

    ReplyDelete
  3. pngrbnn dlm mncri krdhan allah,hnya insn trplh yg mmpu mlkukn nya.moga asma,sklrga slmt smpai d smnnjng.

    ReplyDelete
  4. semoga kegelapan kulit di dunia, dibalas dengan chaya yg sempurna pada kehidupan akhirat.. (",)

    p/s: sy syak, mungkin bahagian lengan dan muka je hitam, yg lain putih lagi, lebih2 lagi boleh dikatakan hati bertambah putih... (",)

    ReplyDelete
  5. ya Allah,,,moga Allah terima usaha kite sume,,,terima kasih la bg karkuzari sikit,boleh gak sy thu info2 dan perkembngan msia,,nnt suh k long dtg sini lak,,:),,
    sunburn ek?,,nnt putih balik tu,walaupon kulit sedikit gelap,muka masih tampan di sisi Allah malah di sisi kak umu gak,,hihi,,:)

    ReplyDelete
  6. salam

    Terima kasih byk2 kerana umu sekeluarga sudi dtg rumah akak. Terharu. Ni la baru boleh sembang lama dgn umu. sian k long dok merengek sbb kepenatan. minta maafla akak tak dpt pi umah umu kat Lanchang sebab mak akak dari kelantan datang... Moga ketemu lagi ya

    ReplyDelete