Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, April 29, 2012

Pantai Pekalangan yang BERSIH !

Bismillahirrahmanirrahim...

Pantai Pekalangan Semporna...

Sejak akhir ini semakin kerap kak long, ummi dan abi mengambil udara yang BERSIH di sini..
tidak kira pagi hari mahupun petang :)
perjalanan dari rumah hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja.


 Subahanallah..
Kak Long sedang bersantai di waktu petang !
Beralaskan tilam nipis jahitan ummi < bangga la tu :p
amboih kak long..kaki x tahan :p
di hujung sana kelihatan kelibat abi yang sedang berkira-kira samaada nak berenang ke tidak..hee


 Turn ummi pula melihat paras air laut yang sedang surut.
Rasa-rasanya jika berjalan boleh sampai ke pulau hujung sana tanpa perlu berenang.
Tapi jika air pasang, boleh tenggelam seluruh badan ummi jika berdiri di situ.


 
 Kak Long dan abi menikmati bekalan sambil memerhatikan anak-anak tempatan di situ bermain air :)


 Anak-anak yang berani bermain dengan tapak sulaiman!
First time ummi belajar bahawa "star fish" ini tidak berbahaya untuk di pegang.
Tetapi melihat kekakinya yang halus mengemit-ngemit membuatkan ummi geli seluruh badan.
huhuhuuu....


 Dan kami akan beransur pulang apabila melihat sang matahari sedang bertukar shift dengan sang bulan :)
Subahanallah....


Kedengaran salah seorang anak tersebut berkata kepada yang lainnya..
"mari kita pulang makan. hendak malam suda ni"

- amboih....ingat nak balik rumah bila fikir makan aje? Seronok betul jadi budak-budak ye - hehee... tersengih ummi mendengarnya sambil memandang kak long, nanti kak long dah besar merayau sampai x ingat rumah memang nak kena tarik telinga la jawabnya!!

InsyaAllah, atuk janggut dulu didik ummi adik beradik sememangnya tegas. Jangan harap la walau hendak melangkah ke halaman jiran sebelah untuk bermain. Cukup bermain di kawasan rumah sendiri bersama adik beradik 14 orang tu. 

Terlebih cukup anggota sampai ada pemain simpanan jika menubuhkan 2 kumpulan untuk bermain seladang, baling tin, sorok selipar, bola beracun, rounders dan terlalu jenuh hendak mencari setiap orang jika bermain sorok-sorok sehingga terpaksa mewartakan kawasan-kawasan larangan agar memasing tidak menyorok sesuka hati memilih kawasan yang tidak tercapai dek akal pencari..hohooo

Kak long harus bersyukur kerana di kala kita sedang menikmati suasana yang bersih, tenang dan damai ini, ketahuilah di hujung semenanjung sana ada segolongan manusia di dalam keadaan huru hara hati mereka kerana inginkan keBERSIHan..huhuuuuuu.

.

21 comments:

  1. Dan kak long juga kena risau sbb dihujung2 sana ramai lagi org dahagakan hidayah n taufik Allah...erm2x...kak long jgn lupa suru abi kak long pg khususi dorng tau...ijtimak dah dekat dah...n bg tau kat ummi doa tuk ijtimak...woha...kak long nampak mcm lelaki bila botak ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, ummi kak long sedang usaha tanamkan sifat risau kak long untuk ummat :)

      Dan abi kak long juga sedang sibuk menyambut takaza berkaitan persediaan menyambut ijtimak di Lahad Datu nanti. Minta Pak cik Abdul Jabbar doakan kami.

      err..pak cik x balik sabah ke ijtimak nanti?

      Delete
    2. pak cik jabbar tak dapat balik la....sedih giler kot...mak dah nangis2 dah suruh balik....but apakan daya....cuti sem nie kena pula praktikal kat pekan,pahang...sedih kot....

      Delete
    3. Tangisan mak tu perlu di ambil perhatian uncle jabbar -pesanan ummi asma' :)

      Delete
  2. memori y xkan berulang kembali.
    dah berlalu zaman tu.
    Cucu abah pun, x main mcm tu lg.
    :)
    comel kak long, dah mcm bby Saad aka Co'od.
    Atok Janggut y pggil gtu.
    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh..boleh je kita ulang dinda...

      Ingat bila kanda dah jadi ummi, x boleh ke kanda mengejar dan melemparkan selipar di belakang badan dinda, mengawal seladang yang lincah seperti dinda dan mencari tempat persembunyian dinda yang senang nak di baca?hahaa..

      jom balik nanti kita main rounders :p

      cucu tok janggut sekarang pandainya main lappy dan melancar dialog upin ipin je..huhuu

      x sabar kak long nak jumpa sepupu2nya di semenanjung..tunggu kami ye :)

      Delete
  3. salam....
    hi3 seronoknye gi bekelah.... nak ikut
    kat kedah nie tak dapek nak gi berkelah
    takut sebab tak de org dewasa yg awasi hi3
    k.umu bila balik semenanjung?
    Rindu...............................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt adik kinah ku sayang :)
      meh la jejalan ke sabah
      lama kita x berkelah di PD kan. Tempat berkelah time kekecik dulu.
      InsyaAllah, 25/5 ni flight ke semenanjung. Tapi habiskan cuti seminggu di Pahang dulu baru balik n.9. Flight balik sabah 10/6.

      Boleh ke kita jumpa time tu :'(

      Delete
    2. hme...... nampaknye tak do rezeki nak jumpo sbb msa tu dah mula exam final..... mohon doakan ye.... terima ksh
      insya'allah kta jumpa msa cuti rayo...
      sedihnye..............

      Delete
    3. emm..agak dah. Memang x jumpa la anak dara abah 3orang yg di utara sana..huhuu. InsyaAllah, panjang umur jumpa la time raya nanti.. Time tu korang jumpa asma' yang dah nak hampir usianya setahun. kelakar la pulakkan dari lahir sampai sekarang x jumpa2 lagi..hukhuk

      Delete
  4. OK BALIK NANTI KITA MAIN BALING SELIPAR..CUCU ABAH JADI BUDAK MELO..TUKANG KUTIP SELIPAR....YE LAH..BUDAK U JUMPA ASMA MASA HARI RAYA NANTI..MASA TU ASMA DAH PANDAI MINTAK DUIT RAYA....KAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi..ibu si sulaim dah semangat nak sambut takaza ni.. takut selipar entah ke mana orangnya entah ke mana bila atuk janggut jerit "MasyaAllah..hidayat betul!!" hahaaa

      Delete
  5. salam adinda sklrga d sabah, comel asma,inshaallah dlm prncngn memng nk smbt asma d kg tpi kta tk thu prncngn allah mcm mna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt..
      haa..ni kanda yang mana satu pulak ni. Amboi, memasing dah berkumpul kat sini pulak. Meh la balik kampung time cuti sekolah..waa sedih betul kalau balik bercuti tapi x ada yang balik kampung sama..huhuu. Moga Allah swt pertemukan kita :)

      Delete
  6. ranck sgguh adinda2 semua brcrita d blog ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi..Puan seri Banting pun dah mendarat di sini..heee. Mementang memasing x ada FB, blog umu pun jadi la tempat bercerita. Meh la bawa iman balik kmpung k.ayu, agak2 msti asma' lebih tombam dr iman ni.. x sabar nak tengok sepupu 6orang sebaya berkumpul :)

      Delete
  7. Salam..
    Amboi rancaknya bersembang...tompang semangkuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt kak..
      haaa.. kalau dah jadi kaum ibu ni fefaham je la kak. Lelagi duduk jauh. Memang banyakkk benda nak di ceritakan lelagi hal anak2 :)

      Delete
  8. best betul asma'...

    berbaring2-baringan di atas jeti

    abang pun.. eh silap.. pakcik pun belum pernah berbaring atas jeti.. (",)

    baru tau jugak tapak sulaiman tu tak merbahaya.. agak2 boleh dibuat makan tak.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu..orang sabah terlalu banyak ikan dan makanan laut fresh terhidang di depan mata sampai x terfikir mereka nak makan star fish tu PAK CIK..:p

      di sini tenang, x ramai orang.. kalau PAK CIK nak berguling2 atas jeti ni pun x ada yang kisah..hohoo :p

      Delete
  9. subhnaAllah,,seronok kan kehidupan bermahligai,di temani kak long tu,,:),,moga Allah mudahkan,,,best la sabah,nk g la nnt,,kat sini pon org dahaga kan hidayat,cepat2 kuar masturat kat sini,,nnt boleh sy nusrah,,:),,,

    ReplyDelete