Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Tuesday, February 7, 2012

Nusrah dan Pantai Serina :)

Bismillahirrahmanirrahim...


- Salam Mauliddurrasul -
Semoga kita dapat mengamalkan sunnah Nabi saw dalam kehidupan seharian sehingga akhir hayat kita. Allahumma amin.


Alhamdulillah, hari ahad lepas Allah swt pilih umu sekeluarga (kena guna sekeluarga sekarang sebab merangkap suami dan baby..hehe) untuk nusrah jemaah masthurat dari Semporna yang keluar 3hari di Kunak. Jarak ke dua buah pekan ini adalah kira-kira 56km.

Jemaah masthurat yang terdiri dari 4 couple ini telah di hantar ke rumah Cikgu Aslam (saja linkkan ke blog anaknya..hihi) dari hari jumaat dan tangguh pagi isnin.

Ahad pagi nak pergi umu dah start masak kuih cara berlauk buat orang kunak. Dan lepas zuhur kami bertolak. Perancangan nak pergi bersama secara konvoi dengan seorang kakak masthurat tetapi oleh kerana anaknya 3 orang dan memerlukan masa yang lebih untuk bersiap, makanya kami jalan dulu dan menunggu mereka di Pantai Serina iaitu kira-kira 6km sebelum sampai pekan Kunak :)

First time sebenarnya kami sampai di pantai ni. Tu pun kena bertanya orang baru Allah bagi sampai..

Jom layannn....

 Abi teruja dengan kejernihan Pantai Serina
~ namanya sangat menggoda :p


 Risau betul ummi bila abi panjat bebatu tu.
err..bukan risau dengan abi, tapi dengan baby..hohoo


 Tengok air di cecelah bebatu tu. Jernihkan? 
Rasa nak terjun jee.. 


Ok, next time..
InsyaAllah bila kak long dah besar sikit kita pergi berkelah di sini.
X sabar ummi nak berendam.
Hari ni x boleh lelama sebab tujuan sebenar kita nak g nusrah jemaah :)


Sebenarnya risau juga nak bawa kak long ke rumah orang buat pertama kalinya ni. Di rumah pun kerjanya nak melekat je. Takut kak long meragam dan menganggu majlis. Dan lagi takut kalau - kalau umu x dapat nak pujuk kak long. maklum la baby bukannya faham dengan kata-kata kita.

Jadinya malam sebelum nak tidur, umu zihin dulu...
"kak long, esok ummi nak bawa kak long jalan-jalan. kita nak pergi rumah orang. nanti kak long jangan nangis-nangis ye. kak long pandaikan. anak yang cerdik x meragam"

Sepanjang perjalanan dalam kereta pun zihin benda yang sama. Berulang kali secara bersungguh-sungguh.

Dan Alhamdulillah, yang bagi fahamkan Allah.....sepanjang bacaan taklim, bayan dan menghadap hidangan, sedikit pun kak long x meragam. Sampai pelik ummi di buatnya. Lagi pelik, keluar dari rumah tersebut baru ummi perasan kak long b***k. Terus ummi di bantu abi menyalin pampers kak long di kereta sebelum bertolak balik..hehee

Punyala teruja sebab kak long x meragam, bersungguh-sungguh ummi bercerita dengan abi kat dalam kereta..kehkeh


kak long anak yang cerdik
dengar cakap ummi abi
sampaikan pampers penuh pun x nangis...hehee


Okey, esok nak ke hospital untuk dapatkan 2 suntikan lagi. Apalagi, jom kita menzihin lagi dan lagi. 

Sakit datangnya dari Allah tau kak long. Bukan dari jarum. Dan bukan suntikan tu yang buat kak long demam. Kalau Allah x bagi kak long demam, maka cucuk berapa banyak jarum pun, kak long tak kan demam. kak longkan kuat. Jangan menangis tau esok. Budak cerdik x suka menangiskan..kan?

*Tapi takut esok umminye je yang nangis tengok kak long kena cucuk...huhuuuu
.

14 comments:

  1. kak long memang comel...huhuhu....ramput dah x ada...x nampak mcm kak long....tapi nampak cam abg long pula....

    kak long jgn nangis tau bila kena suntik...nanti pakcik belikan gula2 lolipop...okai..hehehe

    terbaek....saya pun x sampai lagi kat pantai serina...nampak mcm lawak saja...balik nanti nak gi..insyallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh...tu KAK LONG laa..baby girl. memang nak kena pak cik abd jabbar ni.

      Ummi kata x boleh makan gegula ni jd asbab kerosakan gigi..hoho. Jadi bagi benda lain yg lebih munasabah :p

      aihh..org sabah x sampai lg? nampak sangat x berjalan ni. Sibuk buat usaha agama je ni..huhuu

      Delete
  2. lawak pun ade tp itulah hakikatnya dalam kta mengajar anak2 kan..kalau dari kecik kta dah ckp mcm tu nnti dah besar dia pun yakin dengan sungguh2 ALLAH yg bg segala2nya...tnpa ALLAH mahkluk memg tk blh buat ape2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, bila kita didik anak tentang iman yakin..benda ni akan masuk kat dalam hati kita juga. Moga seluruh keturunan saya nanti ada sifat seperti para sahabat r.hu. Minta doanya ye.

      Delete
  3. ok.. kak long dah kena zihin.. meh uncle zihin mak kak long pulak.. (",)

    yang umminya, kenapa pulak nak menangis?? bukankah lebih baik menangis ketika menadah tangan memohon keampunan Allah swt.. jangan dibazirkan air mata tu.. membazir bukan amalan yang baik.. (gurau2, jgn marah naaa..)(",)

    p/s: sat lagi, ceq kena zihin dengan ustaz ishak, tau la nasib.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey..pak cik fuad (uncle kunun :p) dah mula la tu nak pancung ummi.

      Sedangkan fikir sakit kak long kena jarum ummi dah nagis, apa lg bila memikirkan azab seksa neraka. Berkali ganda ummi sudi tumpahkan air mata untuk kak long di dalam setiap doa ummi :D

      *heh, benda baek2 ni suami okey jer :p

      Delete
  4. kak long anak solehah....Allah bagi izin,

    rasanya, tak sampai lagi 40hari untuk berpantang kan? wah...dah jauh berjalan...Alhamdulilah, Allah yg bagi sehat untuk kak umu sekeluarga...hikhik...
    best la plak guna word 'sekeluarga' ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..Allahumma amin. Moga kak long ada sifat solehah seperti mak cik F jge :)

      amboih..berkira tu hari akak berpantang. Untuk usaha agama x ada pantang tau..hikhik

      Bestkan work sekeluarga tu. meh la cepat2 bina "sekeluarga" awak :)

      Delete
  5. owh umah sahabat pikirman kampus saya,suffiyan eddie..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahhh... moga "kepikirmannye", di bawa balik ke kampung di kunak. Dengan izin Allah, kena juga tempiasnya di Semporna ni...huhuu

      Delete
  6. Aslm! Kak long doakan nanee dpt dtg ke sana yea...nnti boleh cubit pipi kuih pau tu!!! hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumslaam wbt nanee :)
      Amboi, nanee datang nak honeymoon tu kak long. kita x leh kacau sangat nanti kalau nanee dan atuk jadi datang..hikhik

      Delete
  7. owh...nenek umu yang buat kuih ada lauk kat tengah tu...pertama kali dalam sejarah saya makan kuih spesis mcm tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elleh..sedap cakap je la :p
      (walaupun adunan kuih tu x berapa menjadi pada hari kejadian..hoho)

      Pergi la cari masthurat semenanjung, Dengan izin Allah..lagi banyak spesis kuih muih boleh PAK CIK makan > kata kak long :p

      Delete