Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Saturday, January 21, 2012

Kronologi Kelahiran Ummu Asma' Muhammad Ishak :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Selamat berpantang dari menulis blog..hehee. Tapi berpantang perkara lain, belum selamat lagi. Perjuangan masih di teruskan terutama bab air sejuk yang menggoda ketika panas terik melanda Semporna....adusss!

Rasanya ramai yang dah sedia maklum, umu selamat melahirkan anak sulung pada hari jumaat bersamaan 30 disember 2011 melalui blog suami dan blog rakan-rakan yang lain. Jika siapa yang berkawan di facebook umu dan suami, InsyaAllah akan dapat melihat berpuluh gambar perkembangan bayi kami yang diambil oleh abinya tanpa jemu pada setiap hari hoho :p

Oleh kerana, setiap orang yang datang ziarah sibuk bertanya akan soalan yang bermula dengan.. apa, bagaimana, kenapa, siapa dan sebagainya sehingga berulang kali umu bercerita perkara yang sama termasuk pertanyaan secara panggilan telefon dan sms.. rasanya baik umu kongsikan sahaja di blog akan kronologi kelahiran puteri sulung umu ni.hehee

Jommm... 
(Banyak masa ni sebab suami keluar 3hari meninggalkan umu dan baby buat pertama kalinya)

30 Dis 2011

1.32 am 
- Umu selamat berkarkuzari di blog akan persoalan "bila agaknya umu nak bersalin" kerana tiada langsung tanda-tanda nak bersalin..huhuu. surat dari doktor dah di keluarkan memandangkan kandungan sudah melebihi tarikh jangkaan 10 hari.

5.30 am
- Selepas solat subuh, bersiap sedia menunggu kepulangan suami yang tangguh dari khuruj 40 hari. Kata suami dalam sms, lepas tangguh terus balik rumah dan bawa umu pergi hospital pagi tu juga. huhu...

12.15 pm
Tunggu punya tunggu punya tungguuu.. suami x sampai-sampai lagi. ishhh... geram jeeee. Nak je call tapi takut urusan khuruj suami x selesai lagi. Jadi sabarrrrr je duduk di rumah diam-diam. Nasib la tanda nak bersalin x muncul lagi. 

Bila suami sampai rumah terus serang tanya suami "abang kata tangguh lepas subuh. kenapa lambat balik?"  < ayat macam dah berangin-angin cikit di situ. "Abang terus pergi tinted cermin kereta tadi. Nanti syg nak menyusukan bayi dalam kereta x lah orang dari luar terus nampak dalam kereta"

err...okaylah. terus nyaman hati dengar alasan suami. Terus x jadi perang berangin.

12.30 pm
Suami terus bersiap untuk pergi solat jumaat. Sebelum tu sempat tanya.. "syg dah sakit-sakit belum?" . "Belum".

1.45 pm
Suami balik. Dan umu terus kata "Bang, jom la pergi hospital. Dah turun darah ni. Doktor kata kalau turun darah walaupun x sakit, pergi terus hospital". Sebenarnya ada rasa sakit dekat perut tapi umu confuse betul ke tu sakit nak beranak. hehee

2.00 pm
Bertolak ke hospital yang perjalanannya x sampai 7 minit dari rumah. Terus ke kaunter emergency. Di arah ke wad bersalin. Para nurse membuat pemeriksaan dan bukaan sudah 2cm rupanya. Doktor pun pelik bila umu kata x ada rasa sakit di pinggang. cuma perut rasa sakit sikit. Tu pun sekejap-sekejap je.

Bila mereka rujuk surat doktor yang mengarahkan umu bersalin di Hospital Tawau, terus doktor kata.. 
"okay, puan akan di hantar ke Tawau untuk di berikan ubat supaya ada kontraksi".
"x boleh ke saya bersalin di sini aje?" . 
"Di sini kami hanya di benarkan untuk handle bersalin normal sahaja. kalau memerlukan induce atau caesar perlu di Tawau.  Sekejap lagi puan akan di hantar oleh ambulan". 
"x boleh ke saya naik kereta sendiri. Lagipun saya x rasa nak bersalin sekarang".
"eh, x boleh, nanti bersalin dalam kereta pula. Akan ada nurse yang mengiringi puan nanti di dalam ambulan. Sementara menunggu persiapan, puan boleh berehat di atas katil di wad"

Jumpa suami sekejap dan bagi karkuzari apa yang patut. Suami balik rumah buat persiapan barang2 keperluannya sebab pergi hospital tadi bawa keperluan umu dan bayi aje. X sangka pula kena ke Tawau. huhuu..

Dalam wad, sambil menunggu..umu di interview oleh 3 orang kakak yang menunggu masa untuk bersalin.
Kakak 1 - Kenapa dik? Nak bersalin dah ke?
Umu - Iye. tapi nak di hantar ke Tawau.
Kakak 2 - Biasa kalau di hantar ke Tawau untuk di masukkan ubat tu. (Sambil buat muka sangat risau)
Umu - Kenapa kak? Sakit ke kena masukkan ubat?
Kakak 3 - Ini anak keberapa?
Umu - Pertama. Kenapa kak?
Kakak 1 - isshh..x payah la bagitahu dia. (Lepas tu kakak 1,2,3 buat muka mengerikan). Bagus lagi kalau bersalin normal dik.

Aduhai... memang risau umu di buatnya. Terus doa sungguh-sungguh dengan Allah nak bersalin normal.Sambil tu umu melarikan diri ke taman sebelah wad. Jalan pusing2 taman nak bagi cepat rasa kontraksi. Melayan kakak bertiga tu buat umu tertekan je..huhuu

3.45 pm
Nurse suruh duduk atas kerusi roda untuk di bawa ke ambulan.
"eh, x apa la. saya x sakit. saya boleh berjalan sendiri. Lagipun senang nak bersalin kalau banyak berjalankan?"
"eeehhh...x boleh puan. kami kena ikut prosedur. Nanti kalau jadi apa2 pada puan, kami pula akan di saman"

pulak dah....duduk je lah. Lagipun seumur hidup x pernah duduk atas kerusi roda ni. Siap ada orang tolakkan lak tu.hehe...tapi yang malunya masa lalu kawasan farmasi, ramai yang pandang. Mesti diorang fikir ..aikk okay je budak ni. nampak sihat jee. mengada-ngada nak kena sorong. Maka terpaksa la umu buat2 muka sakit dan pegang kepala tunduk bawah berlakon sakit...hahaa

Naik ambulan nurse bagi pilihan nak duduk ke baring. Mesti la baring... x pernah naik ambulan kan..hahaa. Dah siap-siap peralatan semua maka kedengaran siren ambulan di bunyikan dan terus pemandu memecut... -begini rupanya perasaan naik ambulan- 

Sambil baring2 teringat pesan kakak umu supaya minta maaf dengan suami bila nak bersalin. Terus main sms dengan suami..hehee. Karang ayat dengan perasaan  sayu dan bila dapat balasan sms dari suami terus mengalir air mata. Pandai betul suami buat umu rasa terharu..huhuu

Nurse yang nampak kejadian air mata menitis tu terus risau "dah rasa sakit sangat ke? sabar ye. tarik nafas panjang-panjang". Tetiba rasa nak gelak pulak sebab nurse dah salah anggap. hikhik...

Terus pesan pada nurse ..
"Boleh x sampai di hospital nanti tolong saya minta nurse dan doktor perempuan je yang merawat saya"
"InsyaAllah, semua nurse di sini perempuan. Kalau doktor, nanti saya mintakan".. Nasib baik suami yang ingatkan, kalau x umu pun lupa nak pesan....huhuu..

5.15 pm
Sampai di Hospital Tawau. Laju betul kalau naik ambulan ni. Kalau naik kereta, 2 jam baru sampai. Terus di cek oleh doktor dan bukaan sudah 6cm. Asbab melambung-lambung dalam ambulan tadi kut buat umu mula rasa kontraksi. hihii... mana x nye, habis semua lubang sepanjang perjalanan ambulan tu langgar.

Terus di pecahkan air ketuban dan menunggu bukaan sehingga 10cm. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa. X sempat nak guna ubat @ induce.Dan 2 doktor yang merawat umu sepanjang umu berada di hospital adalah perempuan seperti yang di minta :)

7.10 pm
Alhamdulillah wa syukurillah.. Allah swt permudahkan...Umu selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.9kg yang sihat secara normal.

Ummu Asma' Muhammad Ishak
Sebelum di iqamat dan di tahniqkan oleh abinya


 Kak Long, Kakak @ Asma'?
Banyak betul nama panggilannye..


 Hari ke 7 selepas di cukur rambutnya :)

Jazakumullah buat keluarga, rakan-rakan dan pembaca blog yang banyak mendoakan dan memberikan nasihat kepada umu sejak dari awal kandungan hinggalah di saat umu hendak melahirkan zuriat pertama ini. Sesungguhnya, keperihatinan kalian dengan izin Allah banyak memberi semangat kepada umu menghadapi saat-saat bergelar seorang ummi.

X lupa juga tahniah di ucapkan kepada Ummu Hani yang terlebih dahulu sebulan menjadi ummi kepada seorang puteri, Kak Aliazuan yang turut melahirkan seorang puteri sehari awal dari umu. Pasti sahaja puteri yang di tunggu sekian lama bakal menjadi penyeri rumah tangga akak dan suami :)

Juga kepada kawan sekampung dan sekelas waktu sekolah rendah, Suzilah yang melahirkan seorang putera 4 hari setelah umu dan Nur, rakan seusaha yang umu kenal melalui blog juga yang turut melahirkan seorang putera 17 hari kemudian. Tahniah, semoga kita semua menjadi seorang ummi yang mampu mendidik zuriat menjadi soleh dan solehah. Allahumma amin :)

Dan kepada pqa serta Ummu Humaira... teruskan perjuangan menjaga kandungan kalian. Semoga Allah swt memudahkan urusan kalian juga InsyaAllah!
.

20 comments:

  1. Assalamualaikum umi Umu,wah panjang lebar karkuzarinya,betul kata kakak ipar akak rasa2nyer umu akan dihantar ke hospital Tawau,mengikut pengalaman dia,coz kelengkapan lengkap sikit kat sana.Seronokkan dah jadi umi,mase yang lapang dah semakin bzzzzz...n menjadi semakin bzzz bila Asma'dah pandai merangkak,tarik tu tarik ini nanti...hehehe,nanti 30/12/2012 sambut birthday sama2 dengan uncle Saleh ek..ramai karkunah yg bersalin bulan Disember tu ari,n ramai pulak yg dapat baby girl.Syukur2!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaimusalam wbt kak...

      amboih, sedap betul dengar ble org start panggil ummi ni..hehe

      Ye la kak, masa lepas bersalin duk dalam wad semuanya lahirkan baby boy. Umu sorang baby girl. Bestnye hasrat nak dapat baby girl, Allah swt tunaikan.

      InsyaAllah, tahun depan Asma' dah boleh claim hadiah befday dari uncle saleh dari Srwak..hikhik

      Delete
  2. assalammualaikum..

    alhamdulillah...

    tersnyum pagi2 ini baca kisah yang akak nukilkan.

    -betul kata akak,prjalann kalau naik ambulan kejap je rasa..patut naik kete dlm sejam smpai tp klu ambulan dlm stgh jam:-).melambung2 dlm van..dh penah rasa..tp bukan masuk sbb nk brsalin.ade operation.

    ok kak,selamat berpantang(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt noor :)

      Asbab sekejap tu sebab semua kereta ketepi bagi laluan pada ambulan. Terus akak rasa macam vvip..hehee

      Jazakillah, doakan akak ye :)

      Delete
  3. Assalam kak Umu~

    Sakit peyut pqa gelak part ni: "Maka terpaksa la umu buat2 muka sakit dan pegang kepala tunduk bawah berlakon sakit." Also yang kak umu terharu whilst crying baca sms suami kak umu, tapi nurse ingat kak umu sakit:'D

    Alhamdulillah.. Barakallah kak umu..
    Bam2 nye baby~ Geram dengan pipi Asma'!!!

    3.9kilos and despite the indications they planned you to have, kak umu was blessed to deliver her normally~ Patut la Asma' keluar lambat, nak dapat full energy takmo bebankan ummi.. Subhanallah:')

    Pqa nak tanya banyak sebenarnya, tapi pqa email, lah.. Tak pe k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt pqa :)

      Alhamdulillah, Allah swt permudahkan. Doc pun terkejut tengok baby keluar besar sebab predict 3.3kg aje.

      Mesti nak tanya bab bersalin ni ye tak? InsyaAllah, mana yang akak boleh jawab, semampunya akak jawab. email la :)

      Delete
  4. Assalamualaikum..

    haaaa, detail je kak umu cerita satu-satu,..
    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt..

      Sebenarnya, cerita ni untuk orang2 perempuan. Mereka yang suka tanya satu-satu..haih!

      Delete
  5. ingatkan suami balik, puan umu nak tolong bukakkan kipas angin.. rupanya nak perang beringin.. mujur tak jadi.. (",)

    tahniah buat puan umu sekeluarga.. tak sunyi dah la rumah lepas ni kan kalaupun ustaz ishak keluar jemaah.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eee...memancung je kejenye. Sebenarnya ada part menyambut suami dari khuruj cuma x cerita je :p

      iye, first time ni suami khuruj, puan umu ada teman di bawak bercakap..hoho

      Delete
  6. assalamualaikum wbt..

    kak umu syg..

    tahniah... kak long comei sgt.. nanti dah balik semenanjung nak tgk boleh x?? hehe..
    bestnya ada baby...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt Salwa :)

      ishh..mesti la boleh. tp tunggu bulan 5 insyaAllah baru kami balik semenanjung. Besar dh k.long waktu tu..hee

      Delete
  7. Assalamualaikum Asma'!

    Teruja :)
    Moga jadi yang solehah amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt cik As < jawab Asma'..hehe
      Jazakillah atas doanya :)

      Delete
  8. Tahniah dari saya dan isteri untuk ishak dan umu, semuga anak yang di kurnia allah itu akan menjadi sebagaimana nama ikutannya Asma` r.ha
    pakcik baru seminggu pulang dari auetralia nanti karguzari bila pakcik lapang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakumullah tuan musa :)
      MasyaAllah.. tentu sahaja kami yang tinggal di tanah air ini ingin sangat mengetahui karkuzari usaha di luar negara sana. Dengan izin Allah, boleh jadi asbab jazbah kami dalam usaha semakin meningkat :)

      Delete
  9. Selamat2 buat Puan Ummu...
    Hari ke 7 paling comel!

    "Moga Allah kasih"

    ReplyDelete
  10. salam kak umuu....
    dah jadi ummie, alhamdulillah....comel betol bocah cilik ni....ALLAH yg bg comey...geram tengok pipi asma'....

    mudah-mudahan kak long jadi asbab kegembiraan kak umu dan keluarga...:)

    ReplyDelete
  11. salam...tahniah kak ummu,comel baby akak....sori la lambat sgt nak wish...baru tangguh nie....semoga bahagia dan hormoni bersama org baru...hehehe...

    ReplyDelete