Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, January 29, 2012

Kasihnya Ummi & Abi ~

Bismillahirrahmanirrahim...


Kasihnya Ummi....


 Genap sebulan selepas kak long di lahirkan ummi berjaga malam
 Dan malam ini
ummi berjaga malam dengan penuh kerisauan
pelbagai ikhtiar ummi lakukan
(masih kurang ilmu menghadapi situasi begini sebagai ummi)

tentu sahaja runtun hati ummi
melihat kak long merengek sepanjang malam kerana tidak selesa
mengalir air mata ummi 
ikhtiar menyedut selsema kak long di hidung juga tidak mendatangkan hasil
(pernah tengok kakak buat kat anaknya menjadi..huhu)

Ya Allah, sembuhkan derita anakku...
sungguh
tidaklah ummi tahan melihat mata kak long yang penuh kesayuan
menahan letih menarik nafas


Kasihnya Abi....?


Abi pergi malam markaz la ummi...... :')
 dugaannnn.... :"))


owh...okey.
Jadi, kak long minta dengan Allah bagi kak long cepat sihat ye
kerana yang beri kak long sakit, Allah!
dan yang akan mendatangkan kesembuhan juga adalah Allah!

Dengan izin Allah,
Jika kak long dah sihat, pagi nanti ummi bawa ke majlis taklim masthurat 
buat pertama kalinya selepas keluar dari perut ummi :)
< selalu sebelum ni kak long duk dalam perut >



*********


Jadinya baru umu tahu kenapa Rasulullah saw melebihkan wanita / ummi dalam beberapa hal....

Rasulullah saw bersabda:

~ Doa perempuan lebih makbul dari pada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari pada lelaki. Ketika di tanya oleh Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia"

~ Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

~ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu lebih dahulu.

 .

12 comments:

  1. Begitulah pengorbanan seorang ibu, kakak biasanya 2 bulan pertama tidur 1-2 jam aje sehari. Kalau suami khuruj, kena handle sendiri semua masaalah anak, pernah sekali anak kakak terkepit jari kat pintu sampai kena bawa hospital , masa tu suami keluar 40 hari di bulan puasa, Allah sentiasa bersama kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh..memang biasa ye kak tidur 1-2jam je sehari? umu ingat umu aje dlm situasi ni..huhu. sampai sakit kepala di buatnye. InsyaAllah, sebulan berlalu ni umu dah dpt biasakan diri. lgpn kasih syg seorang ibu tu lain sikit. x rasa susah nak berkorban utk anak :)

      Delete
  2. nak jadi ibu jugaklah kalau macam ni.. (gurau2) (",)

    kecik2 Allah dah latih dengan ujian.. manakan tidak, dah besar nanti nak jadi daieyah.. (",)

    itulah tu.. husna pun selalu nangis kalau hidung tersumbat.. ye lah kan, budak2 tak pandai dan tak biasa bernafas guna mulut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboih..nak rebut jawatan ummi husna nampak? jgn risau, setiap jawatan ada ganjaran yg Allah janjikan jika kita ikhlas :)

      Mesti abi dan ummi husna dah pakar menghadapi situasi mcm ni kan? untung la husna :D

      Delete
  3. Tahniah!!

    Bukan jaga malam..isap susu je.. .nanti anak demam, naik campak, selesema, chicken pop...bla2.... masa anak2 kecil ni mcm2 ada... semua tu dah di lalui....

    semoga Ummi baru ni... Tabah mengahadapinya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jazakallah cikgu :)

      wahh..ngerinye dengar list ujian kat atas tu. Moga2 umu dan suami kuat nak hadapinya sama seperti ibu bapa yang lain.

      Delete
  4. tahniah atas kelahiran permata sulong.
    anak yg comel,barangkali hasil mix mak ayahnya..
    ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Allah bagi pandangan mata kita lihat jadi comel. InsyaAllah, mix selatan-selatan pun dah jadi comel. Agaknya kalau mix utara-selatan lagi comel ye tak? hehee

      Delete
  5. MasyaAllah. Kuat dik, kuat. Semoga Allah ajar dia macam mana nak sedut hingus sendiri. Hehe. Tak payah maknya nak menyedut.

    Mak saya pun ada cerita. Waktu kecik2, ayah saya yang sedutkan hingus, kunyahkan kacang, dodoikan waktu tidur (ini saya suka). Sekarang pun dengar je dia tasbih, tahmid semua, jadi mengantuk dah. Hehe. Sebab tu orang pesan baca doa jangan panjang2 kut. Lain jadinya. Hee.

    Oooops, pendek2, tapi selalu. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. err...akak penchenta mesti kuat orgnye nih..hehe. Tengok, kasih syg ibu bapa ni org lain x dapat nak tanding la. Ntah nape la budak2 zaman sekarang lebih ikut cakap kawan2 n kekasih dari ibubapa sendiri..huhuu. x faham betul!

      Moga kak penchenta jadi anak yg taat.hihii. Doakan utk asma' sekali :)

      Delete
  6. itu baru sikit ujian yg ALLAH bagi...panjang lagi perjalanan hidup yg mana ALLAH akan uji seteguh mana iman kita...minat la kak ngi dgn patung asma...nak tempah dua bolih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahh..ni org yg dah 7 tahun kawen bagi naasihat. jgn memain..kena ambik perhatian!

      aikk..kan ke bebe dah ada si kuning? InsyaAllah, bleh. k.ngi nak bentuk ape n nak yg macm ne bagitahu la nanti eh.

      Delete