Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Saturday, September 29, 2012

Dengan izin Allah...bertemu kembali~

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah.. setelah 3 bulan umu perasan sibuk dengan urusan dunia hingga blog kesayangan iman&amal ini terbiar tidak terisi makanya malam ni Allah izinkan umu duduk di depan lappy mengupdate perkara yang menjadi asbab umu tak menyempat-nyempat bercerita sepanjang 3 bulan menghilang..heee

Kenapa ummi ada banyak masa mengupdate blog sekarang??

Sebab kak long dah nyenyak tidur :))

dan... abi kak long?? baru sahaja tadi melangkah keluar rumah menyertai kem motivasi pelajar tingkatan 4 seluruh Semporna. Abi tidur di kem :)

Okey, jom layan karkuzari yang di nanti-natikan ni...hohoo. perasan!!


Terima Jemaah

Alhamdulillah, setelah beberapa kali rumah kami, Allah swt pilih sebagai tempat bayan hidayat dan ad-hoc, akhirnya seminggu sebelum menyambut Ramadhan lepas, buat pertama kalinya umu dan suami menjadi tuan rumah menerima jemaah masthurat 3 hari :)

Makanya sibuk la umu dan suami membuat persiapan di antaranya membeli kain untuk di jahit tabir 2 lapis, saprah dan sarung bantal. eehh..jahit kain-kain buruk pun iya juga untuk kegunaan di dapur :)

Selain tu beli set taam, tambah 1 set dapur gas dan menambah itu ini di dalam rumah dengan harapan tetamu-tetamu yang bakal datang nanti akan selesa sepanjang berada di rumah kami :)

Segala puji bagi Allah, yang melancarkan perjalanan program yang di atur dan menghantar tetamu untuk nusrah tuan rumah dan jemaah tanpa henti sehingga rumah sentiasa penuh dengan tetamu yang keluar masuk..

Para sahabat masthurat juga kuat ikram sehingga kerja tuan rumah hanya menunjuk barang dan menyambut tetamu sahaja..kihkih. Hinggakan, kak long pun ada yang tolong jagakan dan hanya di hantar ke umminya untuk menyusu, mandi, makan dan tidur...heheee.

Jazakumullahukhoir ye semua :))
Ni yang bertambah-tambah sayang dengan makcik2, akak2 dan adik2 masthurat di Semporna ni..hiks


Ramadhan & Pindah Rumah

Seminggu selepas menyambut jemaah, umu dan suami telah bermesyuarat untuk berpindah ke rumah baru... err tapi masih menyewa lagi laa. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki duduk di rumah yang lebih selesa dan di harapkan lebih banyak jemaah masthurat yang akan dapat kami terima kelak.

Allahumma amin...

Oleh kerana kami berpindah di kala bulan puasa makanya proses perpindahan mengambil masa berminggu juga. Allahuakhbar.. mujahadah sungguh!

Jazakumullahukhoir kepada rakan-rakan karkun yang membantu. Walaupun rasa barang x banyak, tapi bila di susun atur, terisi juga barang di setiap ruang rumah..heheeeee


Sambutan Aidilfitri

 Sekitar sambutan raya di kampung abi, Pahang

2 hari sebelum raya, kami telah pulang ke semenanjung bagi meraikan hari kemenangan ni dengan keluarga tercinta di Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Allahu.. program yang terisi sungguh padat hingga ada rakan taulan yang tidak sempat kami ziarah :'(

Tapi yang pasti, sempat juga kami mencuri masa ziarah Ummi Ali sekeluarga. Jazakumullahukhoir menyambut kami sekeluarga dengan hidangan kuih muih dan capati yang sedap..hihii

Dan, tentunya pengalaman pertama kalinya beraya seumur hidup buat kak long jadi tambah meriah dengan pendapatan terkumpul duit raya mencapai ratusan ringgit...hohoho. kayo.kayo :p


Rumah Terbuka

Setelah berpesta menghadiri rumah terbuka rakan-rakan di sekitar Sabah, kini giliran kami pula menjamu mereka :)

Alhamdulillah, tetamu yang hadir silih berganti dari pagi hingga ke malam, antaranya guru2 rakan sekerja abi, anak2 murid ummi dan abi, jiran2 baru dan rakan seusaha para karkun dan masthurat.

Antara menu yang ummi sediakan....Mee Rebus Jawa, air bandung, kuih cara berlauk, agar2 coklat, kuih raya dan tembikai susu. Walaupun list menu kedengaran agak simple tapi macam nak patah pinggang juga ummi menyediakan juadah ni untuk sepanjang hari. Lelagi aksesori bagi mee rebus tu..banyak betul!!

Jazakumullahukhoir kepada kakak2 masthurat yang membantu mengemas rumah dan mencuci pinggan mangkuk setelah habis majlis. Kebetulan, jemputan untuk rakan seusaha di khaskan bermula selepas isyak jadinya sebelum balik, kakak2 masthurat dengan sifat ikram yang tinggi meringankan tugas tuan rumah. Segan sungguh umu..hikss


Sandakan & Walimah Puan Baya

Puan Baya bertudung putih :)
Lemah lembut dan comel orangnya...
Bertuah en.herman...hiks

Gambar yang lainnya tu ketika melawat taman buaya Sandakan
Ala mini zoo kerana selain buaya pelbagai spesis dan saiz,
terdapat banyak juga haiwan lain yang di pelihara.


Setelah bertahun berkenalan dan berhubung melalui alam maya, Alhamdulillah.. Allah temukan umu dengan tuan punya blog Suara Bisu di hari walimahnya :)

Jazakallahukhoir kepada suami yang sudi meng"offer" ummi dan kak long bercuti di Sandakan sambil meraikan pengantin baru, Tuan Herman dan ahlia...heee. Dah jadi ahlia orang rupanya Baya ni ye.

Barakallahu Laka wa Baraka 'alaika wa Jama'a Bainakuma Fii Khair

Dan Alhamdulillah, seminggu selepas walimah... kedua pengantin baru ini terus menyambut takaza 3 hari masthurat. MasyaAllah... berbulan madu di jalan Allah lagi tu.. Tahniah :)


Dan kepada yang lainnya.. sila berlumba-lumba memenuhi takaza yang di bentangkan dan insyaAllah, akhir tahun 2013 umu dah boleh sambut takaza. Abi azam mahu keluar masthurat 40hari di india. Jadinya ummi kena lebih tawajuh jaga amal dari sekarang dan doa sungguh2, moga Allah swt pilih kami. X mau kuat main lagi~

Doakam kami yeee :))

Jazakumullahukhoir!!!
.

Monday, June 11, 2012

`kePENATan` ~

Bismillahirrahmanirrahim...

- penat - penat - penat -

.
ummi kak long perasan sibuk!!
Ijtimak Sabah Zon Timur di Masjid Nur Imam Kg Sepagaya Lahad Datu semakin hampir...
Doa...doa...doa!!!

err..jaga amalan ye kaum masthurat semuaaa :)
ingat kat diri sendiri nieee..uhukk..uhuukkk!
.

Tuesday, May 22, 2012

Persediaan Ijtimak & Cuti.. yeay!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Allah swt bagi kesempatan untuk update cerita di sini sebelum kami.. Ummu Asma' sekeluarga balik bercuti di semenanjung bersempena cuti sekolah pertengahan tahun 2012. Lagi 3 hari nak naik belon..Permudahkanlah Ya Allah, musafir kami :).

InsyaAllah sepanjang cuti ini kami akan berada di Pahang, Negeri Sembilan Dan Melaka.. Dan mungkin juga di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor :)


K.Long hampir berusia 5 bulan baru dapat berjumpa family di Semenanjung :'(
Harap sesangat k.long x takut nak kenal-kenal dengan oyang, wan enab, atuk anggut dan nek omel < ummi pepandai bagi nama manja mereka setiap kali bercakap-cakap dengan K.Long. hahaa


Dan atuk anggut kata nak ikut kita balik Sabah nanti. Nak jenjalan dengan nek omel la tuu..yeay!!

Alhamdulillah wa Syukurillah, walaupun umu berada di hujung-hujung Sabah..namun Allah swt punya kuasa.. umu dapat mengikuti bayan di Ijtimak Kuala Lumpur melalui Radio Islam Nusantara.. :)

Dan Alhamdulillah lagi dan lagi kerana persediaan untuk Ijtimak bagi Sabah Timur di Lahad Datu sedang rancak di lakukan oleh para karkun yang di pilih Allah swt. Karkuzari dan beberapa keping gambar persediaan ijtimak boleh di ikuti di blog suami di sini :)

Sudah 2 minggu berturut iaitu pulang sahaja dari sekolah hari jumaat, abi terus bersiap-siap ke tapak ijtimak dan hanya pulang ke rumah, malam hari ahad bagi sama-sama mengembleng tenaga untuk memastikan ijtimak kelak dapat di anjurkan dengan sempurna :)

Terasa sungguh, abi selalu tinggalkan kita kan K.Long? Sebab minggu sebelumnya tu abi khuruj 3 hari. Jadinya, bulan ni abi sangat sibuk dengan fikir ummat...huhuuuu




ish..ishh..punya panas Lahad Datu sampaikan abi balik dari khidmat jadi hitam logam!
Tengok perbezaan kulit ummi & abi :'(
Kesian abi kan k.long, time nak balik semenanjung ni la abi jadi golap..hohoo
Moga Allah swt terima pengorbanan para karkun yang bersusah payah hanya semata-mata kerana agamaNya..



Bila ummi tengok gambar-gambar yang abi ambil sepanjang berada di tapak ijtimak, rasa terharu tengok kesungguhan para karkun berpanas memanjat dan menukang.
Bila tiba part makan.. Allahu, terus hiba ummi di buatnya bilamana makanan di atas menjadi santapan mereka..huhuuu. Bergenang air mata ummi :'(



Tidaklah ummi hairan dan sedih jika abi yang menjamu hidangan di atas sebab di rumah abi dah selalu makan sedap-sedap :p

Tapi bagi karkun tempatan di Sabah ni, rata-rata kehidupan mereka sangat zuhud lagi-lagi yang datang dari Semporna. Makanya, hidangan sebegini tidak langsung memberi kesan mudharat kepada mereka untuk mengerah tenaga sepanjang hari dari pagi ke malam di tapak ijtimak. Allahuakhbar!!

Tapi abi kata..kadang-kadang, Allah swt hantar kambing untuk mereka. Subahanallah.. kagum ummi :)




Ya Allah, 
Kau pandanglah pengorbanan mereka. Mereka tidak berharta tetapi mereka menyumbang tenaga dan masa. Meninggalkan anak, isteri dan keluarga tercinta bukan untuk mencari wang dan harta tetapi mencari redha..


Ya Allah, 
Kau pandanglah hamba-hambaMu yang berkumpul semata-mata kerana fikir risau mereka terhadap agama. Maka Ya Allah, Kau campakkanlah hidayah ke dalam hati-hati mereka, anak isteri mereka, keluarga mereka dan manusia seluruh dunia.

Ya Allah,
Kurniakanlah hidayat kepada kami
Dan kurniakanlah hidayatMu dengan perantaraan kami
Dan jadikan kami asbab hidayat kepada sesiapa yang Engkau mahu kurniakan hidayat

Allahumma Amin..
.

Sunday, April 29, 2012

Pantai Pekalangan yang BERSIH !

Bismillahirrahmanirrahim...

Pantai Pekalangan Semporna...

Sejak akhir ini semakin kerap kak long, ummi dan abi mengambil udara yang BERSIH di sini..
tidak kira pagi hari mahupun petang :)
perjalanan dari rumah hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja.


 Subahanallah..
Kak Long sedang bersantai di waktu petang !
Beralaskan tilam nipis jahitan ummi < bangga la tu :p
amboih kak long..kaki x tahan :p
di hujung sana kelihatan kelibat abi yang sedang berkira-kira samaada nak berenang ke tidak..hee


 Turn ummi pula melihat paras air laut yang sedang surut.
Rasa-rasanya jika berjalan boleh sampai ke pulau hujung sana tanpa perlu berenang.
Tapi jika air pasang, boleh tenggelam seluruh badan ummi jika berdiri di situ.


 
 Kak Long dan abi menikmati bekalan sambil memerhatikan anak-anak tempatan di situ bermain air :)


 Anak-anak yang berani bermain dengan tapak sulaiman!
First time ummi belajar bahawa "star fish" ini tidak berbahaya untuk di pegang.
Tetapi melihat kekakinya yang halus mengemit-ngemit membuatkan ummi geli seluruh badan.
huhuhuuu....


 Dan kami akan beransur pulang apabila melihat sang matahari sedang bertukar shift dengan sang bulan :)
Subahanallah....


Kedengaran salah seorang anak tersebut berkata kepada yang lainnya..
"mari kita pulang makan. hendak malam suda ni"

- amboih....ingat nak balik rumah bila fikir makan aje? Seronok betul jadi budak-budak ye - hehee... tersengih ummi mendengarnya sambil memandang kak long, nanti kak long dah besar merayau sampai x ingat rumah memang nak kena tarik telinga la jawabnya!!

InsyaAllah, atuk janggut dulu didik ummi adik beradik sememangnya tegas. Jangan harap la walau hendak melangkah ke halaman jiran sebelah untuk bermain. Cukup bermain di kawasan rumah sendiri bersama adik beradik 14 orang tu. 

Terlebih cukup anggota sampai ada pemain simpanan jika menubuhkan 2 kumpulan untuk bermain seladang, baling tin, sorok selipar, bola beracun, rounders dan terlalu jenuh hendak mencari setiap orang jika bermain sorok-sorok sehingga terpaksa mewartakan kawasan-kawasan larangan agar memasing tidak menyorok sesuka hati memilih kawasan yang tidak tercapai dek akal pencari..hohooo

Kak long harus bersyukur kerana di kala kita sedang menikmati suasana yang bersih, tenang dan damai ini, ketahuilah di hujung semenanjung sana ada segolongan manusia di dalam keadaan huru hara hati mereka kerana inginkan keBERSIHan..huhuuuuuu.

.

Sunday, April 15, 2012

Bila abi khuruj...~

Bismillahirrahmanirrahim....



Abi keluar khuruj 3 hari..


Apa yang ummi dan kak long buat di rumah?

Malam tiba...
Set up tempat tidur di ruang tamu... 
on internet.. 
dan cari movie china. 


Best pulak tengok cerita Jet Li dengan abi hari tu. 
Cari punya cari di youtube...

Ummi ternampak dokumentari ini....

Khusyuk menonton dalam gelap sambil menyusukan kak long terus terlintas di fikiran... 
Agaknya pernah sampai ke jemaah di sini..
x pernah dengar karkuzari pulak!


 Habis je terus mata ternampak yang ini pulak..
Sambung menonton. 
Kak long pun dah join sekali. 
Macam faham je kak long ni.
Siap lutut goyang-goyang lagi tanda senang hati..
hikhik

 
Leka menonton..
Tiba-tiba kak long mendongak melihat ummi.
Mata bertentang mata dalam gelap..
Terus ummi cakap..
Nanti ummi hantar kak long ke Perancis ye..
hahahaaa..


*MasyaAllah, kagum dengan wanita -wanita yang mempertahankan hijab mereka di sana*


Lepas rasa best tengok 2 dokumentari atas tu..
Rasa nak sambung tengok yang lain pulak
Lelagi mata x mengantuk lagi!


Terus mata tertarik untuk menonton yang ini
Time ni kak long macam dah x berminat.
Sibuk pulak dia bermain dengan si Choko
Ummi layan sorang-sorang...

Time study dulu pernah kekawan bagi movie-movie berkaitan yakuza ni
Jadi tahu la sedikit sebanyak apa itu yakuza.
hohohooo
Jika ada yang nak menonton sila tundukkan pandangan yeee!


Bila termenung melihatkan mereka-mereka dalam video ini..
Terus hati terdetik
Kalau Allah swt bagi hidayah kepada diorang
Agak-agaknya mesti diorang akan jadi macam Umar al-khattab r.hu
Mohon hidayah untuk mereka ya Allah....


err..
Lepas tu hati nakal berbisik
Agak-agak, 
karkun-karkun ni berani x nak pergi jumpa yakuza?
kihkihkih..... :))
.
.
.

Teringin pulak nak tengok yakuza yang dah dapat hidayah
Allahumma amin. amin, amin Ya Allah..


Tengok kat sebelah
kak long nyenyak dah tidur memeluk ekor si choko
okey..ummi join!
Doa!!
.

Monday, April 9, 2012

Dalam meniti usia kedewasaan~

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah...

9 april 2012
pada tarikh ini...
27 tahun dahulu pada tahun 1985
abang bergelar anak kepada ma dan abah
dan kemudiannya abang bergelar suami kepada sayang
dan dalam meniti usia 27 ini.. 
abang sudah pun bergelar abi kepada kak long :)


(ummi solat, abi bergambar dengan kak long di tangga surau)


Semakin abang meniti usia kedewasaan..
Semakin berat tanggungjawab yang perlu abang galas.
Semoga kehadiran sayang menjadikan abang kuat
dalam memikul amanah!
Dan 
Semoga kehadiran kak long menjadikan amanah itu suatu nikmat buat kita!

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 27.
Semoga redha Allah swt sentiasa bersama abang :)


 errr...
nak tunjuk hadiah yang x seberapa dari sayang ni...
sebelum tu...
(nak bagi abang terharuuu..)
 step: melakar, mengukur
jangan x percaya, 
punyala susah nak menjahit ni sampai sayang kena keluarkan kalkulator! huhuu
dedulu untuk aktuari sekarang untuk jahitan..hahaa

 
step: memotong
pilihan kain keras seperti seluar sekolah
supaya tahan lasak kerana nak di pakai selalu


 step: menjahit
 Banyak jahitan di buat double line
Dengan izin Allah, x ada la mudah nak koyak nanti. hihiii
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


dan... taraaaaa....




"Seluar gantung" hasil jahitan pertama sayang menggunakan mesin jahit yang baru di beli buat hari lahir abang :)
(rasanya karkun2 aje yang suka pakai seluar gantung ni kan?)
fuuhh..siap juga 
abang tengah tidur nyenyak time ni. 
siap aje(mengambil masa beberapa hari sebenarnya), 
terus buka blog dan update..hohooo

dan...
nak pergi kejutkan abang sekarang untuk ucapan selamat
jam pun dah menunjukkan angka 0012 ni

Semoga abang sukaaaaa dan terharuuuu dengan usaha gigih sayang ni ye..heee
*jazakallah khoir belikan robot atas tu :))
.

Wednesday, April 4, 2012

- Agg' gah - (ALLAH) !! :)

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum semua :))

Sebenarnya memalu nak mulakan entry baru..hihii. < asbab lama bonar x update :p

Segala puji bagi Allah, rupanya peranan sebagai ahlia kepada seorang daie dan ummi kepada seorang bakal daieyah, bukanlah calang-calang tugas yang mampu dipikul oleh sesiapa sahaja. Umu pun masih dalam proses belajar dan berusaha agar tanggungjawab yang Allah swt beri ni dapat umu lunaskan dengan sempurna saban hari.

Jadinya, keutamaan pada blog tidaklah cocok bagi orang yang perasan sibuk seperti umu. Namun alangkah terharunyeeee (hahaa) umu, apabila ada silent readers yang menghubungi dan membebel "asyik-asyik buka blog, cerita si choko tu je. nape lama x update?". Jadinya umu pun mengupdate lah blog pada hari ini sebab nak  ikram kepada mereka-mereka yang sudi mendarat di sini berkali-kali walaupun tanpa kehadiran entry baru.

Sila la kalian terharu dengan keperihatinan tuan tanah ye...kehkeh

Memula sekali nak update cerita perihal kak long laaaa....


Berklinik 4/4/2012 
- kak Long berusia 3 bulan
- berat 5.6kg
- tinggi 60cm

Alhamdulillah, tidak mengalami demam kesan dari suntikan imunisasi :)


Hampir genap mencapai usia 3 bulan, kak long sudah boleh...

- menyebut kalimah Allah. Paling jelas bunyi nye "Agg' gah".... inilah kalimah pertama dari lidah kak long. Alhamdulillah. .. sekarang sangat kerap dia menyebutnya lelagi bila nak menarik perhatian umminye... :)

- beralih dari tempat pembaringan (dengan cara mengensot..hihii) untuk mengapai objek yang menarik perhatiannya.

- meniarapkan badannya sekali sekala dengan tidak sengaja...hohoo. Pastu mula la menjerit minta tolong...hahaa (err..janganlah la kalian berfikir kak long menjerit "tolong..tolong").


bakso!!

Jangan di tanya kenapa bebola dagingnya sebesar bola golf..hahaa. Oleh kerana ini kali pertama umu menghasilkan bebola daging sendiri iaitu dari fresh meat, makanya umu tidak tahu bahawa apabila bebola daging tersebut sudah masak, saiznya akan naik hampir 2 kali ganda..huhuuu


Lain kali kena take note!!

Dan kepada masthurat-masthurat yang membaca blog ini, boleh bagi syor tak bagaimana mahu menghidupkan taklim mingguan yang sudah "lemau"? kena selalu iklan ke?

Kak ain ahlia Cikgu Makmur (tuan rumah taklim halakah markaz Tawau sila bagi syor. Jangan senyap2 je baca blog umu ehh)

Kak Yen ahlia Nizan dari Marotai pun sama.... umu perlukan syor kalian :)

>> saja sebut nama mereka berdua di atas sebab baca blog umu sesenyap jeeee. meh bagi sumbangan sikit mehh :p. Yang lelain pun meh la menyumbang buah fikiran kalian. Jazakumullah :)

.

Sunday, February 26, 2012

Kak Long & Si Choko :p

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, sempat juga update blog ni..

Nak tunaikan permintaan family di semenanjung yang mahu mengikuti perkembangan kak long di seberang laut china selatan ni.
> pandai dah semuanya mencari blog umu ye..huhu

Maklumlah sejak kak long lahir x berkesempatan lagi mereka nak tengok depan-depan. InsyaAllah balik bercuti bulan 5 nanti, kak long pulak dah besar..hehee > dah 5 bulan!

Okey, kerana sebelum kahwin dulu umu sukaaa sangat-sangat bermain dengan anak-anak buah perempuan dan buat kat diorang macam-macam, makanya bila ada anak perempuan sendiri.. faham-faham laaa eh..hohoo



 Ini kes ummi x sabar nak belikan kak long tudung ni :)


Bila abi yang memandikan dan menyarungkan baju kak long......

 
 "Abi, kak long masthurat laaa.. 
x payah lipat kaki seluar sampai macam ni sekali!"


Dan apabila kak long hampir genap berusia 2 bulan makanya ummi mengambil keputusan untuk menurunkan "harta" ummi pada kak long... "si choko"..heheee

Harap sudi la kak long menerima dan berkawan dengan si choko kesayangan ummi ni yee~


"haipp..sekarang saya yang menjadi kesayangan ummi....bukan awak!"
 dusshhh!


eehh..jangan la macam ni
Jom kita muzakarah dulu~


 
 aikk..nak muzakarah 6 sifat ke 6 pesanan :p
 hahahaa


eeee..bukan laaa
macam ni...psstt..pssttt
> kak long khusyuk mendengar ~


hohoo..kelakar la awak ni choko
Patut la ummi sayang kat awak :)
Okey.. Mulai sekarang kita geng!


Dahh..dah... kak long.... choko.... pergi masuk tidur!

Esok ummi nak bawa pergi taklim mingguan dan ziarah isteri kawan abi yang baru bersalin. Kena tidur awal!

err...tapi choko tinggal rumah eekkk esok.. ummi bawa kak long sorang jekkk..huhuu :)

Ummi pun nak masuk tidur jugak ni. Esok nak tebar murtabak. Mahu bawa ke rumah taklim. Semoga menjadi lah doh yang ummi tengah eram tuuu. Kalau menjadi baru ummi cerita resepinye di sini. Kalau x menjadi...ummi diam-diam jer laaaa...hahaaa :p
.

Tuesday, February 7, 2012

Nusrah dan Pantai Serina :)

Bismillahirrahmanirrahim...


- Salam Mauliddurrasul -
Semoga kita dapat mengamalkan sunnah Nabi saw dalam kehidupan seharian sehingga akhir hayat kita. Allahumma amin.


Alhamdulillah, hari ahad lepas Allah swt pilih umu sekeluarga (kena guna sekeluarga sekarang sebab merangkap suami dan baby..hehe) untuk nusrah jemaah masthurat dari Semporna yang keluar 3hari di Kunak. Jarak ke dua buah pekan ini adalah kira-kira 56km.

Jemaah masthurat yang terdiri dari 4 couple ini telah di hantar ke rumah Cikgu Aslam (saja linkkan ke blog anaknya..hihi) dari hari jumaat dan tangguh pagi isnin.

Ahad pagi nak pergi umu dah start masak kuih cara berlauk buat orang kunak. Dan lepas zuhur kami bertolak. Perancangan nak pergi bersama secara konvoi dengan seorang kakak masthurat tetapi oleh kerana anaknya 3 orang dan memerlukan masa yang lebih untuk bersiap, makanya kami jalan dulu dan menunggu mereka di Pantai Serina iaitu kira-kira 6km sebelum sampai pekan Kunak :)

First time sebenarnya kami sampai di pantai ni. Tu pun kena bertanya orang baru Allah bagi sampai..

Jom layannn....

 Abi teruja dengan kejernihan Pantai Serina
~ namanya sangat menggoda :p


 Risau betul ummi bila abi panjat bebatu tu.
err..bukan risau dengan abi, tapi dengan baby..hohoo


 Tengok air di cecelah bebatu tu. Jernihkan? 
Rasa nak terjun jee.. 


Ok, next time..
InsyaAllah bila kak long dah besar sikit kita pergi berkelah di sini.
X sabar ummi nak berendam.
Hari ni x boleh lelama sebab tujuan sebenar kita nak g nusrah jemaah :)


Sebenarnya risau juga nak bawa kak long ke rumah orang buat pertama kalinya ni. Di rumah pun kerjanya nak melekat je. Takut kak long meragam dan menganggu majlis. Dan lagi takut kalau - kalau umu x dapat nak pujuk kak long. maklum la baby bukannya faham dengan kata-kata kita.

Jadinya malam sebelum nak tidur, umu zihin dulu...
"kak long, esok ummi nak bawa kak long jalan-jalan. kita nak pergi rumah orang. nanti kak long jangan nangis-nangis ye. kak long pandaikan. anak yang cerdik x meragam"

Sepanjang perjalanan dalam kereta pun zihin benda yang sama. Berulang kali secara bersungguh-sungguh.

Dan Alhamdulillah, yang bagi fahamkan Allah.....sepanjang bacaan taklim, bayan dan menghadap hidangan, sedikit pun kak long x meragam. Sampai pelik ummi di buatnya. Lagi pelik, keluar dari rumah tersebut baru ummi perasan kak long b***k. Terus ummi di bantu abi menyalin pampers kak long di kereta sebelum bertolak balik..hehee

Punyala teruja sebab kak long x meragam, bersungguh-sungguh ummi bercerita dengan abi kat dalam kereta..kehkeh


kak long anak yang cerdik
dengar cakap ummi abi
sampaikan pampers penuh pun x nangis...hehee


Okey, esok nak ke hospital untuk dapatkan 2 suntikan lagi. Apalagi, jom kita menzihin lagi dan lagi. 

Sakit datangnya dari Allah tau kak long. Bukan dari jarum. Dan bukan suntikan tu yang buat kak long demam. Kalau Allah x bagi kak long demam, maka cucuk berapa banyak jarum pun, kak long tak kan demam. kak longkan kuat. Jangan menangis tau esok. Budak cerdik x suka menangiskan..kan?

*Tapi takut esok umminye je yang nangis tengok kak long kena cucuk...huhuuuu
.

Sunday, January 29, 2012

Kasihnya Ummi & Abi ~

Bismillahirrahmanirrahim...


Kasihnya Ummi....


 Genap sebulan selepas kak long di lahirkan ummi berjaga malam
 Dan malam ini
ummi berjaga malam dengan penuh kerisauan
pelbagai ikhtiar ummi lakukan
(masih kurang ilmu menghadapi situasi begini sebagai ummi)

tentu sahaja runtun hati ummi
melihat kak long merengek sepanjang malam kerana tidak selesa
mengalir air mata ummi 
ikhtiar menyedut selsema kak long di hidung juga tidak mendatangkan hasil
(pernah tengok kakak buat kat anaknya menjadi..huhu)

Ya Allah, sembuhkan derita anakku...
sungguh
tidaklah ummi tahan melihat mata kak long yang penuh kesayuan
menahan letih menarik nafas


Kasihnya Abi....?


Abi pergi malam markaz la ummi...... :')
 dugaannnn.... :"))


owh...okey.
Jadi, kak long minta dengan Allah bagi kak long cepat sihat ye
kerana yang beri kak long sakit, Allah!
dan yang akan mendatangkan kesembuhan juga adalah Allah!

Dengan izin Allah,
Jika kak long dah sihat, pagi nanti ummi bawa ke majlis taklim masthurat 
buat pertama kalinya selepas keluar dari perut ummi :)
< selalu sebelum ni kak long duk dalam perut >



*********


Jadinya baru umu tahu kenapa Rasulullah saw melebihkan wanita / ummi dalam beberapa hal....

Rasulullah saw bersabda:

~ Doa perempuan lebih makbul dari pada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari pada lelaki. Ketika di tanya oleh Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia"

~ Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

~ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu lebih dahulu.

 .

Saturday, January 21, 2012

Kronologi Kelahiran Ummu Asma' Muhammad Ishak :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Selamat berpantang dari menulis blog..hehee. Tapi berpantang perkara lain, belum selamat lagi. Perjuangan masih di teruskan terutama bab air sejuk yang menggoda ketika panas terik melanda Semporna....adusss!

Rasanya ramai yang dah sedia maklum, umu selamat melahirkan anak sulung pada hari jumaat bersamaan 30 disember 2011 melalui blog suami dan blog rakan-rakan yang lain. Jika siapa yang berkawan di facebook umu dan suami, InsyaAllah akan dapat melihat berpuluh gambar perkembangan bayi kami yang diambil oleh abinya tanpa jemu pada setiap hari hoho :p

Oleh kerana, setiap orang yang datang ziarah sibuk bertanya akan soalan yang bermula dengan.. apa, bagaimana, kenapa, siapa dan sebagainya sehingga berulang kali umu bercerita perkara yang sama termasuk pertanyaan secara panggilan telefon dan sms.. rasanya baik umu kongsikan sahaja di blog akan kronologi kelahiran puteri sulung umu ni.hehee

Jommm... 
(Banyak masa ni sebab suami keluar 3hari meninggalkan umu dan baby buat pertama kalinya)

30 Dis 2011

1.32 am 
- Umu selamat berkarkuzari di blog akan persoalan "bila agaknya umu nak bersalin" kerana tiada langsung tanda-tanda nak bersalin..huhuu. surat dari doktor dah di keluarkan memandangkan kandungan sudah melebihi tarikh jangkaan 10 hari.

5.30 am
- Selepas solat subuh, bersiap sedia menunggu kepulangan suami yang tangguh dari khuruj 40 hari. Kata suami dalam sms, lepas tangguh terus balik rumah dan bawa umu pergi hospital pagi tu juga. huhu...

12.15 pm
Tunggu punya tunggu punya tungguuu.. suami x sampai-sampai lagi. ishhh... geram jeeee. Nak je call tapi takut urusan khuruj suami x selesai lagi. Jadi sabarrrrr je duduk di rumah diam-diam. Nasib la tanda nak bersalin x muncul lagi. 

Bila suami sampai rumah terus serang tanya suami "abang kata tangguh lepas subuh. kenapa lambat balik?"  < ayat macam dah berangin-angin cikit di situ. "Abang terus pergi tinted cermin kereta tadi. Nanti syg nak menyusukan bayi dalam kereta x lah orang dari luar terus nampak dalam kereta"

err...okaylah. terus nyaman hati dengar alasan suami. Terus x jadi perang berangin.

12.30 pm
Suami terus bersiap untuk pergi solat jumaat. Sebelum tu sempat tanya.. "syg dah sakit-sakit belum?" . "Belum".

1.45 pm
Suami balik. Dan umu terus kata "Bang, jom la pergi hospital. Dah turun darah ni. Doktor kata kalau turun darah walaupun x sakit, pergi terus hospital". Sebenarnya ada rasa sakit dekat perut tapi umu confuse betul ke tu sakit nak beranak. hehee

2.00 pm
Bertolak ke hospital yang perjalanannya x sampai 7 minit dari rumah. Terus ke kaunter emergency. Di arah ke wad bersalin. Para nurse membuat pemeriksaan dan bukaan sudah 2cm rupanya. Doktor pun pelik bila umu kata x ada rasa sakit di pinggang. cuma perut rasa sakit sikit. Tu pun sekejap-sekejap je.

Bila mereka rujuk surat doktor yang mengarahkan umu bersalin di Hospital Tawau, terus doktor kata.. 
"okay, puan akan di hantar ke Tawau untuk di berikan ubat supaya ada kontraksi".
"x boleh ke saya bersalin di sini aje?" . 
"Di sini kami hanya di benarkan untuk handle bersalin normal sahaja. kalau memerlukan induce atau caesar perlu di Tawau.  Sekejap lagi puan akan di hantar oleh ambulan". 
"x boleh ke saya naik kereta sendiri. Lagipun saya x rasa nak bersalin sekarang".
"eh, x boleh, nanti bersalin dalam kereta pula. Akan ada nurse yang mengiringi puan nanti di dalam ambulan. Sementara menunggu persiapan, puan boleh berehat di atas katil di wad"

Jumpa suami sekejap dan bagi karkuzari apa yang patut. Suami balik rumah buat persiapan barang2 keperluannya sebab pergi hospital tadi bawa keperluan umu dan bayi aje. X sangka pula kena ke Tawau. huhuu..

Dalam wad, sambil menunggu..umu di interview oleh 3 orang kakak yang menunggu masa untuk bersalin.
Kakak 1 - Kenapa dik? Nak bersalin dah ke?
Umu - Iye. tapi nak di hantar ke Tawau.
Kakak 2 - Biasa kalau di hantar ke Tawau untuk di masukkan ubat tu. (Sambil buat muka sangat risau)
Umu - Kenapa kak? Sakit ke kena masukkan ubat?
Kakak 3 - Ini anak keberapa?
Umu - Pertama. Kenapa kak?
Kakak 1 - isshh..x payah la bagitahu dia. (Lepas tu kakak 1,2,3 buat muka mengerikan). Bagus lagi kalau bersalin normal dik.

Aduhai... memang risau umu di buatnya. Terus doa sungguh-sungguh dengan Allah nak bersalin normal.Sambil tu umu melarikan diri ke taman sebelah wad. Jalan pusing2 taman nak bagi cepat rasa kontraksi. Melayan kakak bertiga tu buat umu tertekan je..huhuu

3.45 pm
Nurse suruh duduk atas kerusi roda untuk di bawa ke ambulan.
"eh, x apa la. saya x sakit. saya boleh berjalan sendiri. Lagipun senang nak bersalin kalau banyak berjalankan?"
"eeehhh...x boleh puan. kami kena ikut prosedur. Nanti kalau jadi apa2 pada puan, kami pula akan di saman"

pulak dah....duduk je lah. Lagipun seumur hidup x pernah duduk atas kerusi roda ni. Siap ada orang tolakkan lak tu.hehe...tapi yang malunya masa lalu kawasan farmasi, ramai yang pandang. Mesti diorang fikir ..aikk okay je budak ni. nampak sihat jee. mengada-ngada nak kena sorong. Maka terpaksa la umu buat2 muka sakit dan pegang kepala tunduk bawah berlakon sakit...hahaa

Naik ambulan nurse bagi pilihan nak duduk ke baring. Mesti la baring... x pernah naik ambulan kan..hahaa. Dah siap-siap peralatan semua maka kedengaran siren ambulan di bunyikan dan terus pemandu memecut... -begini rupanya perasaan naik ambulan- 

Sambil baring2 teringat pesan kakak umu supaya minta maaf dengan suami bila nak bersalin. Terus main sms dengan suami..hehee. Karang ayat dengan perasaan  sayu dan bila dapat balasan sms dari suami terus mengalir air mata. Pandai betul suami buat umu rasa terharu..huhuu

Nurse yang nampak kejadian air mata menitis tu terus risau "dah rasa sakit sangat ke? sabar ye. tarik nafas panjang-panjang". Tetiba rasa nak gelak pulak sebab nurse dah salah anggap. hikhik...

Terus pesan pada nurse ..
"Boleh x sampai di hospital nanti tolong saya minta nurse dan doktor perempuan je yang merawat saya"
"InsyaAllah, semua nurse di sini perempuan. Kalau doktor, nanti saya mintakan".. Nasib baik suami yang ingatkan, kalau x umu pun lupa nak pesan....huhuu..

5.15 pm
Sampai di Hospital Tawau. Laju betul kalau naik ambulan ni. Kalau naik kereta, 2 jam baru sampai. Terus di cek oleh doktor dan bukaan sudah 6cm. Asbab melambung-lambung dalam ambulan tadi kut buat umu mula rasa kontraksi. hihii... mana x nye, habis semua lubang sepanjang perjalanan ambulan tu langgar.

Terus di pecahkan air ketuban dan menunggu bukaan sehingga 10cm. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa. X sempat nak guna ubat @ induce.Dan 2 doktor yang merawat umu sepanjang umu berada di hospital adalah perempuan seperti yang di minta :)

7.10 pm
Alhamdulillah wa syukurillah.. Allah swt permudahkan...Umu selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.9kg yang sihat secara normal.

Ummu Asma' Muhammad Ishak
Sebelum di iqamat dan di tahniqkan oleh abinya


 Kak Long, Kakak @ Asma'?
Banyak betul nama panggilannye..


 Hari ke 7 selepas di cukur rambutnya :)

Jazakumullah buat keluarga, rakan-rakan dan pembaca blog yang banyak mendoakan dan memberikan nasihat kepada umu sejak dari awal kandungan hinggalah di saat umu hendak melahirkan zuriat pertama ini. Sesungguhnya, keperihatinan kalian dengan izin Allah banyak memberi semangat kepada umu menghadapi saat-saat bergelar seorang ummi.

X lupa juga tahniah di ucapkan kepada Ummu Hani yang terlebih dahulu sebulan menjadi ummi kepada seorang puteri, Kak Aliazuan yang turut melahirkan seorang puteri sehari awal dari umu. Pasti sahaja puteri yang di tunggu sekian lama bakal menjadi penyeri rumah tangga akak dan suami :)

Juga kepada kawan sekampung dan sekelas waktu sekolah rendah, Suzilah yang melahirkan seorang putera 4 hari setelah umu dan Nur, rakan seusaha yang umu kenal melalui blog juga yang turut melahirkan seorang putera 17 hari kemudian. Tahniah, semoga kita semua menjadi seorang ummi yang mampu mendidik zuriat menjadi soleh dan solehah. Allahumma amin :)

Dan kepada pqa serta Ummu Humaira... teruskan perjuangan menjaga kandungan kalian. Semoga Allah swt memudahkan urusan kalian juga InsyaAllah!
.