Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Wednesday, May 25, 2011

Takaza - KK~Kundasang -

Bismillahirrahmanirrahim...

 kundasang 1 -google-


Alhamdulillah, suami sudah selamat di tafakut minggu lalu.. Dengan izin Allah, kami di pilih  sekali lagi untuk belajar-belajar buat usaha agama cara Nabi SAW di Kota Kinabalu - Kundasang cuti sekolah yang bakal tiba ni. -lagi 3 hari lagi nak bertolak- minta doa ye~

Memula umu ingat, perjalanan ke KK nanti naik flight sebab anggaran perjalanan dari Semporna ke KK mengambil masa 8-10 jam. Bila suami kata konvoi naik kereta....berkerut-kerut dah dahi ni..huhuu. 


 kundasang 2 -google-


Kalau umu x pregnant pun dah boleh muntah-muntah bagi perjalanan yang lama seperti itu, apatah lagi keadaan umu yang sedang morning sickness ni... pesan kepada suami >kena banyak bersabar dengan umu nanti< saje ingatkan awal-awal...hoho.

Tapi InsyaAllah, umu bersangka baik dengan Allah. Bukankah Allah itu  akan melakukan sesuatu terhadap hambaNya mengikut sangkaan hambaNya terhadapNya?

InsyaAllah, jemaah yang akan umu sertai nanti 2couple dari Semporna dan 3couple dari Tawau. Selebihnya mungkin couple dari KK sendiri.. -tapikan, yang buat umu sedikit gementar bila suami bagitahu dalam jemaah  kami nanti ada 4syura-

Nasib la umu kenal ahlia syura Semporna ni > satu-satunya ahlia yang umu kenal dalam jemaah. Lain-lain nanti baru berkenalan selama 10hari hidup bersama... makan setalam, tidur sebedding > err..umu ,x mau dah tumpang bedding orang..g beli bedding sendiri :p

 kundasang 3 -google-

Lepas tu kan, oleh kerana perasaan gementar nak keluar dengan orang-orang lama dalam usaha ni (dah tentu suami diorang syura..orang yang banyak korban untuk usaha, tentu sahaja ahlia mereka korban lagi tinggi..kan), umu pun sibuk buat ulang kaji. Baru nak baca itu ini dan hafal itu ini > kes x amal, tu yang x hafal :p

Siap suami tegur.."buat apa nak baca-baca. bukan ke keluar untuk belajar kan?" > itu ayat perli umu tuu..huhu. Dalam hati umu menjawab "elleh...kalau time di U dulu pun sebelum g kuliah syg  kena gak baca buku dulu. Nanti time proses pembelajaran lagi senang nak faham. Lagi2 lec suka bertanya" > terer x umu menjawab? tapi dalam hati je tuu..hohoo :p

 kundasang 4 -google-

hmm..dan umu juga dengar, akan ada 2 jemaah dari semenanjung akan keluar masthurat di Semporna ni time umu khuruj ke KK nanti. x dapat la umu nusrah masthrat2 dari semenanjung tu.. x pe, umu pas kat kekawan masthurat yang ada. Walaupun masthurat2 ni sedih sebab x dapat sambut takaza, tapi bila dengar  akan ada jemaah semenanjung datang ke Semporna, mereka jadi teruja..terus naik jazbah untuk menyambut dan ikram jemaah semenanjung ni nanti..hehee

Kepada teman-teman yang turut khuruj time cuti nanti seperti kak Marina Ali yang sangat excited nak belajar2 usaha masthurat tuu.. Minta doakan umu sekali ye nanti..hehee < mesti akak senyum2 baca statement umu kan?

 kundasang 5 -google-


Okey la...umu nak g kemas baju tebal-tebal.. Dengar-dengar nanti kami ini 1 route di KK, dan 2 route di Kundasang. Dan dengar kata lagi, Kundasang tu kawasannya berhawa sejuk. Pergunungan mungkin.. Dan tambahan ahlia syura semporna ni lagi, kita nanti keluar khuruj merangkap honeymoon sekali...hohohooo > umu dengar macam x sabar nak ajak berjalan je..

Umuuu.....betulkan niattt!!

Tapi suami siap tambah lagi..
"macam banyak tempat je nak singgah dalam perjalanan nanti"...sambil senyum-senyum....

Abanggg.....betulkan niaatttt!!!

Minta doakan kami yeee...biar niat tu betul-betul kerana LILLAHI TAALA... :)


*heh..sesaja tunjuk gambar-gambar di Kundasang tuu.. :)
.

Wednesday, May 18, 2011

Bila anda seorang GURU............~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..hari guru telah selamat di sambut 2 hari lalu. Umu aje yang lambat nak update..hehee..

Di kesempatan ini..ingin umu mengucapkan SeLaMaT HaRi GuRu buat mereka-mereka yang bergelar guru secara formal mahu pun tidak...err maksud umu, bagi mereka yang sememangnya bergelar guru di sekolah-sekolah mahupun intitusi pendidikan yang tinggi mahupun tidak tinggi serta mereka-mereka yang turut menyumbangkan ilmu bermanfaat buat orang lain :)

Alhamdulillah... tahun ini umu sudah boleh melihat sendiri bagaimana kerjaya seorang guru itu secara peribadi..hehee > bertemu jodoh dengan seorang guru lerrr~

Selama ini hanya melihat gerak geri cikgu hanya di sekolah. Pernah juga terdetik di hati time jadi student dulu "agaknya cikgu ni kalau kat rumah macam mana ye"... naahhh.. sekarang dah tahu bagaimana sebenarnya cikgu ini apabila di rumah..hohoho :p

Isnin lalu, suami balik dari sekolah.. umu sambut melalui pandangan mata melihat di tangannya ada hadiah dan kad ucapan.. umu pulak yang teruja sebab sebelum ni bila jadi student, umu yang bagi cikgu hadiah dan kad ni..hihiii..

Terus belek-belek barang-barang tu semua dan tertarik dengan satu hadiah ni berdasarkan apa yang tertulis di atasnya... > sampaikan suami suruh umu yang buka hadiah2nya..hehee > x malu nie...


Guru paling prihatin?

Lepas tu sedap je mulut tanya..
"eh..macam mana abang boleh dapat anugerah ni?" > soalan macam nak mempersoalkan je kenapa..hahaha
"cikgu yang bagi ke @ murid-murid yang pilih?" tanya lagi sebab macam x percaya je suami boleh dapat sedangkan suami baru je mengajar di sekolah tu..

"Murid-murid la.. dah seminggu borang di edarkan. Abang pun terkejut nama abang di panggil tadi"

heh...bila fikir balik.. dalam hati cakap macam ni.. "err...boleh la kut abang dapat anugerah ni memandangkan  dari apa yang syg boleh lihat, abang mempunyai sifat yang perihatin pada ummat, isteri dan keluarga abang"

jadi, mungkin juga abang ada sifat perihatin pada anak-anak murid abang kat sekolah tuu...~

"lagi, anugerah apa lagi yang ada bang?"

"paling tegas, penyayang,..." yang lain x ingat dah tapi ada 5sifat yang di jadikan anugerah..

-macam x sangka je masih lagi ada anugerah yang semacam ini. Sebab time umu sekolah dulu pun ada juga kami buat anugerah khas sebegini..tujuan selain untuk suka-suka memeriahkan sambutan hari guru, anugerah ini juga sebagai masej halus dari para pelajar kepada guru mereka bahawa para pelajar ini sebenarnya, selalu memerhatikan sifat seorang guru itu sepanjang masa walaupun di luar waktu pembelajaran-

Jadinya tidak hairanlah ada yang menjadikan guru mereka sebagai contoh mahupun idola.. Adalah sangat mengecewakan jika seorang guru itu menunjukkan tauladan yang tidak baik dan tidak sihat kepada pelajar mereka sebagai contoh mengeluarkan kata-kata tidak elok, berpakaian tidak sesuai dengan peranannya sebagai guru dan sebagainya...

-err..tetiba umu teringat akan guru di sekolah dulu merokok di kawasan sekolah, memilih kasih secara keterlaluan di antara pelajar dan ada juga yang tidak menjaga kata-kata yang tidak sepatutnya di keluarkan oleh seorang guru..huhuu...

~Semoga mereka-mereka yang bergelar guru dapat menitik beratkan hal agama dalam diri anak-anak murid mereka walaupun mereka adalah guru matematik, bahasa melayu, sejarah, kimia dan sebagainya kerana hal mendidik agama ini tidak tergantung tugas hanya pada bahu ustaz dan ustazah sahaja~

Ya Allah, Engkau rahmatilah guru-guruku kerana susah payah dan ikhlas nya mereka memberikan ilmu yang bermanfaat kepadaku...
amin.....
.

Saturday, May 14, 2011

Lakaran cinta di Pantai Pantau-pantau ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Dari rumah menaiki kereta dan parking di pekan. Naik bot terus ke Pulau Bum-bum. Perjalanan dari jeti Pulau Bum-bum ke Pantai Pantau-pantau mengambil masa setengah jam. Kami menaiki prebet/kereta sapu > pengangkutan yang popular di Semporna dan pulau-pulaunya..

Jom layannn.....

Selamat datang ke Pantai Pantau-Pantau :)

Bersama bebudak pulau ~ diorang malu nak tangkap gambar sama..huhuu
(Di belakang tu prebet yang kami naik)
Sempat juga bersolat asar di Surau tuu...

 Bebudak pulau bermain pasir dan kekaca yang di kutip di pantai
bahaya dik oii memain kekaca niee..

err..nak tahu diorang tengah main ape?
main jolok-jolok anjing lerr...huhuu
>sila abaikan gambar 18x tuu
(Kelihatan tanah perkuburan di tepi pantai)

 Subahanallah...indah betul pantainya..
Kelihatan perkampungan atas air di hadapan sinun.....

 Mencari dan terus mencari..."err..apa yang abang cari?"


 
           proses menulis...                                               siap dah!

err...sila abaikan bentuk tulisan
yang penting, apa yang di tulis.. :)

 Tandatangan di atas pepasir
habis kemulusan pepasir tu kami conteng-conteng hohoo  :p

melakar cinta di atas pepasir~
x ada keja niee...


Kekonon nak habiskan masa di pantai sejam jer... Terleka main conteng-conteng sampai la kami tidak sedar yang kami dah terlajak masa hingga bergegas ke perebet dan mengejar bot di jeti untuk pulang ke tanah besar!

*err...dalam bot sempat berkenalan dan bertukar no fon dengan sorang kakak semenanjung yang bertugas sebagai guru di pulau tersebut. Perkenalan terjadi asbab kasut crocs....heheee :)
.

Monday, May 9, 2011

~Luahan hati bagi yang MengerTi!

Bismillahirrahmanirrahim...


Jazakumullah khairan katira buat...


X pernah jumpa buah kedondong sebesar ini :)
Besarnya seperti buah mangga.
Terkejut dan kepelikan umu di buatnya..

-Kakak masthurat yang mengikram umu dengan seplastik buah kedondong dan mangga muda.Tidak berhabis umu makan sehinggakan....


umu boleh buat sebalang jeruk kedondong,
sebagai bekalan masa hadapan...hohoo.


********************

-Suami yang sentiasa memenuhkan air soya di dalam peti ais. err...sebenarnya bukan air soya aje, memenuhkan dapur dan peti ais dengan makanan yang boleh menjadi pembangkit selera untuk umu makan..huhuuu


Pada mulanya umu berfakta bahawa, kerap minum soya maka anak nanti kuar jadi "orang putih"..hohoo
dan akhirnya, air soya menjadi makanan minuman ruji umu apabila nasi dan makanan berat lain tidak boleh di terima perut..huhuuu. Sebulan lebih dah ni. Kurus la umuuu..uhuk!



Susu ini hanya diminum ketika excited sahaja. 
Sekarang ini, hanya di pandang sepi sebab x lalu  dah nak telan!



 Asam-asaman yang kureng rasanya peneman ketika loya-loya..huhuu
Hanya di capai apabila dalam keadaan terpaksa :p



 Biskut yang x ada rasa dan perasaan
hanya menjadi santapan ketika perut terlalu kosong 
dan tidak boleh menerima sebarang makanan
yang mempunyai bau dan rasa.



err..ini boleh di katakan pembangkit selera untuk mengisi perut!



Omega3 yang di syorkan oleh doktor tidak luak barang sebiji 
suami memaksa berkali-kali menelan barang sebiji
isshhh.. sapa yang tahan dengan baunya yang cukup hanyir ni.. 


Suami berfakta..
"Puding mangga adalah sama rasanya dengan buah mangga ori"
umu berkata "tidak sama sekali"
~abang aje la yang habiskan semua puding di dalam peti ais niee!

 

Mahu makan ini lagi dan lagi
Bagus untuk bakal ummi dan baby
Ikut sunnah Nabi
jika x ikut sangat ler rugi ~


Hari ni umu mengalirkan air mata lagi. 
Perut betul-betul kosong tapi x boleh di isi. 
Takut bila makan, muntahnya berkali-kali. 
Suami memandang penuh kasih dan simpati
Selalu sedaya upaya menjaga kebajikan diri
Buat umu rasa betul-betul di sayangi... :)


err...saja cerita kat sini
bagi suami baca sendiri
Sebab selalu suami suka baca sembunyi-sembunyi :p
lepas ni boleh tingkatkan lagi ikram pada isteri
nanti umu up lagi cinta di hati
hikhik


Ni cara suami bagi umu hilangkan "morning whole day sickness"
Berjalan ke pulau menikmati udara segar di pantai
Jazakallah abang :)
.

Wednesday, May 4, 2011

- Cerita LahaD DaTu -

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah.. Balik dari Lahad Datu hari tu macam x ada mood pula nak menulis. Karang kalau di paksa-paksa juga untuk mengupdate blog, dengan izin Allah swt semua tu akan jadi sia-sia je.. > err..macam la sebelum-sebelum ni penulisan di sini bagi manfaat..huhuu... istighfar la umu! > moga ada manfaat!


Pekan Lahad Datu


- Hari-hari yang berlalu kebelakangan ini umu rasakan bagai ada salji yang sentiasa turun di sekeliling umu. Dingin dan nyaman! > err...x pernah rasa pun pergi tempat bersalji. umu pura-pura rasa je..hehee :) -

Segala puji bagi Allah, pemergian umu ke Lahad Datu menjadi asbab perkenalan dengan seorang lagi masthurat.. Subahanllah...walaupun umur muda 2 tahun dari umu, tapi bila bercakap.. berkali-kali ganda matured dari umu sendiri, sampaikan umu pulak x bercakap. Lebih banyak mendengar! > kejadian yang aneh ni..hohoho

 Lahad Datu Centre Point > bukti LD lebih besar dari Semporna :)


errr..mungkin asbab dia dah ada 2 orang anak, berkahwin dalam usia yang muda dan sudah mula terjun ke dalam dunia pekerjaan seawal usia 13 tahun..err dan lagi seawal usia 19 tahun sudah menjadi sayap kiri suami dalam usaha dakwah... > patut la pun. Umu umur tu, masih duduk di bawah ketiak abah lagi..hikhik :p

Di Lahad Datu, umu menginap di rumahnya..rumah taklim masturat mingguan. MasyaAllah, bila dengar karkuzari dari masthurat sorang ni...naik tercengang asbab kekaguman dengan usaha masthurat yang boleh dikatakan berkali ganda maju dari usaha di tempat umu ni... > jadi kena la korek kan apa yang menjadi asbab hal ini boleh terjadi..huhuu

Setelah penat mengorek dan bertapa selama 1 malam 1 hari (sebab sampai rumahnya malam dan balik tengahari keesokannya), umu rasa masih x cukup masa untuk berguru... dan 'guru baru' umu ni pun rasanya x puas lagi nak bagi petua dan nasihat kepada umu sehinggalah perkara ini di bawa ke dalam telefon... >hahaa...orang perempuan, pantang betul bila dah berkenalan..banyak betul benda yang nak di muzakarahkan :p


Jalan-jalan di LD sedang di naik tarafkan... > terseksa betul!


Alhamdulillah..selang seminggu dari lawatan ke LD, umu dan suami menerima kunjungan orang LD pula di Semporna :).... makanya, cerita yang tidak berhabis di LD dan di telefon, kami sambung pula la di rumah Semporna..hohoo > moga-moga, sembang-sembang kami ada manfaat untuk ummat. amin.


Konon-konon mahu ke Lembah Danum di LD


Tapi memandangkan jalannya sebegini untuk jarak 63km,
patah balik la jawabnya..huhuuu
(jalan berbatu-batu)


Jazakumullah pada tuan rumah yang sudi menerima kehadiran umu dan suami. InsyaAllah, layanan baik kalian sekeluarga x akan kami lupakan. Meh la jalan-jalan di Semporna lagi. Tapi kena jalan-jalan atas usaha lerr~
 hohoho

Dalam perjalanan balik ke Semporna dari LD hari tu, kami kena lalu di Kunak... Dan ternampak  la pemandangan yang cantik dari jalan. Berhenti di tepi. Tangkap gambar dan posing. Lalu meneruskan perjalanan pulang..hehee

 Pemandangan dari atas bukit.


Dan kami juga TERjumpa satu perkampungan di Kunak yang cantik bagai dalam lukisan je...

 Subahanallah..

Dulu-dulu selalu nampak dalam lukisan je pemandangan begini :)

Jika di pilih Allah swt, insyaAllah...umu nak belajar- belajar buat usaha masthurat ni dengan masthurat-masthurat  di LD dan sekitar Sabah (Kerana lain tempat, lain juga mujahadahnya). Sementara Allah masih menetapkan rezeki kami di Sabah, kena la cepat-cepat rebut peluangkan? Kelak jika sudah pulang ke Semenanjung, sudah tentu sukar hendak ke Sabah lagi..huhu

Minta doa semua ye :)
.