Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Wednesday, April 27, 2011

~MeLihat-LiHaT budaYa oRang-

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...pagi tadi hujan di pekan Semporna ni..makanya..hawa sejuk sedang menguasai diri umu lantas dengan semangat yang membara umu mahu memulakan entry baru..hohoo

Okeylah..entry lepas dah kata mahu cerita berkenaan sambutan Regatta Lepa bagi tahun 2011 ni kan? jom..start sekarang..huh!

Selama 3 hari berturut-turut iaitu bermula hari jumaat dari siang hari hinggalah ke malam hari, dari tingkap dapur rumah umu... pemandangan seperti ini boleh di lihat...


 Deretan kereta yang tidak putus-putus menuju ke arah pekan. 
Gigih betul para pengunjung mengharungi kesesakan ni..
(ini jalan utama menuju ke pekan Semporna, dalam 5 minit lagi leh sampai)


Keadaan ini berlarutan sehinggalah ke malam harinya di mana, sebelum-sebelum ini adalah sangat jarang pekan Semporna ini berlaku kesesakan melainkan time bebudak balik sekolah..


malamnye pun sangat-sangat ler sesak.. 
x tahu la macamne pakcik polis trafik mengawal keadaan pekan Semporna yang kecil tu..huhuu


Bersempena dengan sambutan Regatta Lepa ni, makanya seluruh pekan Semporna di isytiharkan cuti pada hari jumaat..hehee. Jadi, petang selepas asar...suami terus suruh umu bersiap untuk ke pekan. Kami naik motor laa...kalau naik kereta, alamatnya perjalanan 5 minit bisa menjadi setegah jam ataupun lebih...huhuu

iye..ini la bendera Regatta Lepa ataupun nama popularnya Sambulayang! 
Sambulayang dalam bahasa bajau bermaksud bendera.
Penuh satu pekan Semporna di pasang bendera ni..
berwarna warni dan besar-besar!


Bila sampai di pekan, kesian tengok pakcik polis trafik berpeluh-peluh buat sekatan jalan. Kejap suruh masuk jalan ini...kejap masuk jalan itu. Tapi kalau naik motor, boleh parking dalam..hehee. x perlu berjalan jauh menuju ke pusat gerai jualan dan pameran :)


Antara gerai jualan yang menarik perhatian suami kerana ukiran kapalnya :)
Banyak juga gerai yang didirikan.
Para penjual dari semenanjung pun ada yang membuka gerai di sini..


Dari pusat jualan kami dah mendengar seakan-akan bunyi-bunyian irama lagu tradisional Bajau sedang di mainkan..err..tapi saling bertingkah-tingkah sampai naik pening mendengarnya..huhuuu


Ramai sangat pengunjung. 
Umu sedang berdiri di atas laluan yang menghubungkan pusat jualan dengan tempat di mana kapal berhias di adakan.



Deretan kapal yang di hias dengan Sambulayang.

Apabila sampai di tempat deretan kapal berhias diadakan, makanya baru umu tahu bunyi yang bertingkah itu rupanya datang dari setiap kapal. Di sini, setiap anak kapal akan memukul gendang dan akan ada seorang  atau lebih penari yang akan menari tarian tradisional kaum Bajau ni di hadapan dek kapal...

tu la tuuu...salah seorang yang menari di atas kapal.
Letih pulak umu tengok bila diorang menari hanya menggerakkan jari je..huhuu


ni time umu dan suami nak balik
tapi nampaknya para pengunjung masih belum mahu balik
nak tido kat situ apa..huhuu..


Penat juga la berjalan walaupun kami berkeliaran di sana makan masa 2 jam je..huhu. Maksud dan tujuan utama lain tidak bukan hanya sekadar ingin mengenali budaya orang di sini InsyaAllah. Kata orang, tak kenal maka tak cinta... Jadi bila dah kenal ni..boleh la bercerita..hehee..

Owh..iye, InsyaAllah, esok umu dan suami akan bertolak ke Lahad Datu dan akan berada di sana selama 2 hari.. hmm, selepas selesai tugas suami di sana, katanya nak bawa berjalan-jalan.. yeay, sangat seronok..

Tengok brochure yang suami bawa balik pun rasa macam best je nak berjalan ke sana.. err..sesiapa pernah ke Lahad Datu boleh la kongsi tempat-tempat yang menarik untuk kami lawati nanti..

Minta doakan perjalanan kami selamat dan di permudahkan ye...

Owh..iye, minta di doakan juga umu tidak muntah-muntah sepanjang perjalanan sebab kata suami perjalanannya jauh dan umu sangat alergi ni duduk dalam kenderaan lama-lama ..huhuu

InsyaAllah, jika ada kesempatan umu akan bercerita pulak apa yang ada di Lahad Datu.. :)

Berjalan aje la keja budak sorang ni..hohoho ~
.

Thursday, April 21, 2011

-sTory moRy laGi dan laGi :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Allah swt pilih kami lagi dan lagi untuk menyambut takaza > yang sememangnya x akan pernah berhenti sehinggalah tiba hari penghisaban kelak!

Rasa umu, baru 2 minggu lepas umu bercerita berkenaan jemaah pedal dari Pakistan berada di marhalah kami dan umu nusrah membuat kuih muih untuk jemaah ni kan. Ingat lagi x?

Dan 1 minggu lepas, suami pula menyambut takaza, khuruj selama 3 hari.. > entry yang lepas!

Maka minggu ini kami berpeluang untuk nusrah menyediakan ta'am selama 2 hari bagi jemaah pedal yang datang dari semenanjung.. > err..suami la paling excited sebab dalam jemaah tu ada bekas lecturer di universiti suami belajar dulu..hehee

Sebenarnya jemaah ini menjadikan masjid berdekatan rumah kami sebagai tempat transit selama 2 hari sebelum bergerak ke pulau-pulau yang terdapat di Semporna ni. > mujahadah tu bila nanti diorang sampai ke pulau-pulau!

Okey lah..rasa umu suami pasti akan memberi karkuzari berkenaan usaha yang di buat oleh jemaah ini di tempat kami di dalam blognya kelak, jadinya umu hanya akan memberi karkuzari dari dalam rumah je la iaitu persiapan untuk menjamu para daie ini ...hohoo 

Hari pertama nak nusrah, pagi-pagi lagi suami dah mengajak pergi ke jeti tempat ikan-ikan dari laut di naikkan.. bukan di pasar yang kami selalu pergi tau. Kata suami, kalau nak dapat ikan yang lebih fresh dengan harga yang murah, di jeti tu la tempatnya > info dari seorang karkun peraih ikan..hehee

Jadi..bila sampai je kat jeti tu... MasyaAllah, banyaknye ikan-ikan besar bersesuaian dengan kapal-kapal ikan yang besar-besar tersusun di jeti tersebut. First time berada di tempat sebegini jadi agak gayat teruja banyak sikit..hoho


besarkan?
sekarang bulan terang dan air pasang
jadi banyak nelayan tidak ke laut kerana kurang ikan
jadi banyak lerr kekapal berlabuh di jeti...


Oleh kerana di jeti tersebut ramai kaum lelaki, jadinya umu menunggu di tebing sahaja sambil melihat dari jauh suami tawar menawar (dengan bantuan seorang karkun di sini) dengan seorang nelayan..

Dalam masa 15minit kelihatan di tangan suami ada beg plastik besar yang kelihatan ekor ikan terkeluar dari plastik tersebut. Dalam hati berkata "mesti besar ikan tuu"... rupa-rupanya 2 ekor ikan tuna yang besar..


Ini la rupa ikan tuna... -credit google-


Kemudian, karkun tersebut membawa kami ke sebuah jeti yang berdekatan kerana suami nak mencari ikan kerapu pula. Kata suami, oleh kerana ikan di sini sangat fresh, jadinya selama 2 hari ini kami akan menghidangkan ikan-ikan sahaja kepada jemaah semenanjung nie.. :)
> fakta suami, orang semenanjung dah bosan makan ayam dan jarang makan ikan fresh!

Jadinya setelah bermesyuarat, umu mengesyorkan kepada suami supaya ikan tuna tersebut di masak lemak cili api di campur sayur kambas..hehee > boto-boto ohang nogori..lomak cili api ajoo..hoho 

err..sebenarnya x pernah masak ikan tuna dan rasanya ini first time umu melihat ikan tersebut. Tengok rupa bentuk macam tongkol pun ada..macam tenggiri pun iya juga (cuma saiz lebih besar)..jadi, masak lemak cili api lah yang bersesuaian denagan struktur daging ikan tersebut..hehee > umu memandai!

Alhamdulillah..ada juga karkun tempatan yang tahu kami akan nusrah, jadinya dia menyumbangkan udang galah sebagai hidangan tambahan dan suami syor supaya udang yang fresh ini di goreng.. syedaappp!
(Pernah juga dulu karkun ini menghadiahkan kami seplastik udang galah...punya banyak sampai boleh buat 4kali makan..hehee)



udang yang fresh adalah manis rasanya :)


Dan hari kedua, iaitu hari ini... suami pula yang mengsyorkan agar ikan kerapu di masak 3 rasa.. aduhai.. 3 rasa lagiee.. suami umu memang peminat nombor 1 masakan ikan 3 rasa umu..hohoho

Dah dapat arahan...jadi terus capai sayur mayur untuk menu ini antaranya....nenas, tomato, lobak, timun, daun sup dan lada benggala :)


err..tabur banyak-banyak sayur sampai tertutup sos dan ikannye :)


Oleh kerana semalam suami kata orang yang makan menu ikan tuna masak lomak cili api tu kata sedap.. makanya hari ni sebelum suami bawa hidangan kerapu 3 rasa ni kepada jemaaah, umu sempat berpesan...

"Bang, kalau hari ini mereka puji lagi masakan sayang sedap, minta jemaah doakan sayang...........ye" :)
minta doakan apa?? rahsiaaaaa...hohoho. Lepas tu suami senyum-senyum pulak :p

Owh iye.. Mulai hari jumaat hingga ahad, terdapat satu pesta tahunan di Semporna ini yang di namakan Regatta Lepa. Umu pun mesti la teruja nak pergi... (suami dah janji nak bawa).hehee di sebab kan dari rumah umu sudah kelihatan bendera pesta tersebut tersusun di sepanjang jalan raya..


bendera seperti ini la..besar-besar lak tu!
mano la den x terujo!hoho


Kalau nak tahu berkenaan pesta ini...kena la google. Besar-besaran juga... sampai kan satu pekan Semporna di jalan-jalannya penuh di pasang gerai-gerai jualan sejak hari rabu lagi. Dan dengar cerita dari anak-anak yang belajar iqra' mengenai pesta ni pun, umu dah merasai kemeriahannya.

InsyaAllah, nanti umu bagi karkuzari berkaitan pesta ini di next entry ye :)
Sehingga bertemu kembali.... InsyaAllah!
.

Monday, April 18, 2011

- Hidup dan Mati kerana AgamaMu -

Bismillahirrahmanirrahim...


Dengan izin Allah swt..esok pagi suami tangguh dari khuruj 3 hari. Aisshh...x sabar la pula nak menunggu si daie tercinta pulang ke istana.....hehee. 

> ishhh..ishhhh.... umu ini...jauh sungguh dari sifat para Sahabiah r.ha yang tidak mahu para suami mereka kembali ke rumah apabila pergi berjihad mahupun keluar dakwah kerana ingin kan suami mendapat title "syahid". Istighfar la umuu....!


 persalinan untuk suami selama 3 hari khuruj :)


Pernah suatu ketika kami melalui suatu perkuburan islam di kawasan Semporna. Terus tercetus idea nak bertanya suami....err..kekonon nak dengar perkataan yang memanis ler dari suami kan... 

"Bang, jika syg meninggal di Semporna ni.. abg bawa balik x jenazah syg untuk di kuburkan di Gemas, rumah abah..?"

Dalam hati dah berbunga-bunga je fikir suami akan kata begini....

Mesti laaa. Abang bukan nak tinggal lama di sini. Pasti akan pulang ke semenanjung juga. Mana boleh nak kuburkan syg di sini. x sanggup abg.... > tanda cintakan!

hihiii..senyum-senyum je bila merancanakan jawapan suami mengikut kemahuan sendiri... tapi.. tiba-tiba rasa  sesak nafas bila suami jawab......

X. Abg kebumikan di sini saja.. di Semporna nie.. InsyaAllah!

waaaa.... terasa bagai suami seorang yang tidak bertimbang rasa je nak buat macam tu kan. Atau entah-entah suami saja je ni nak cari gaduh... siap la niee...

"eeee...x mahu. Syg nak di Semenanjung. Di rumah abah. Ini wasiat syg tau. Abg kena bawa balik juga. takut la syg tinggal di sini sorang-sorang nanti!" > hah..tetiba pulak keluar statement yang ni..hohoo. Ada pulak dah meninggal siap kata takut tinggal sorang-sorang ...

Lepas tu x puas hati lagi tengok suami dengan muka relak mendrive kereta sambil menahan senyuman... eee..saja la tuuu. Pastu terus ada idea nak mengenakan balik...

"Kalau macam tu, kalau abg meninggal di sini syg kebumikan di sini la ye? x payah bawa balik semenanjung ye?"

"a'ah..iye. betul la tu".... jawab suami dengan yakin.

eeee....cari gaduh x menjadi lagi... terus cakap lagi dan lagi.. "alaaa...tetap syg x mahu! syg nak semenanjung jugak!" > aiihh macam menu pulak main pilih-pilih.

haaa...sekali suami cakap macam nie...

"emm..syg x mahu ke di hadapan Allah swt kelak, tempat kuburan syg menjadi saksi syg berhijrah kerana usaha agama. Ya Allah, saya lahir di Gemas negeri Sembilan Ya Allah, tetapi meninggal dan di kuburkan di Semporna Sabah kerana buat kerja untuk agama Mu.." > err...ni kira hujah la ni time di bicarakan kelak...huhuu. semuanya dengan izin Allah swt.
 
Sambung suami lagi....

"Kalau di Semenanjung, Alhamdulillah...hidup kita senang .. tapi kerana agama Allah swt, kita berhijrah ke tempat yang mujahadah sikit ni (Semporna). Pasti dan pasti Allah swt akan pandang pengorbanan kita  yang sedikit ini jika kita ikhlas..."

Pastu terus umu rasa nak garu kepala..sambil fikir nak teruskan ke x permintaan tadi ...huhuu...

nak je jawab..."tapi............> ada je tapi-tapi tuuu.. tapi x jadi nak teruskan..tersekat kat kerongkong lerr..huhuu 


 Langit yang sama....!
(masjid pekan Semporna)
tepi laut......cantik!

Terus duduk diam-diam sambil memandang kearah luar tingkap memandang langit Semporna. sambil bermuhasabah apa yang suami katakan tadi. Di dalam hati berbisik.. jika berada di Gemas pun..umu melihat langit yang sama juga...hmmmm~

Rerasakan...apa la keputusan umu?hihiii.... =)
Dan jika anda pula .....bagaimana anda jika berada di tempat umu?
.

Thursday, April 14, 2011

- Sedangkan lidah lagi tergigit....uhuk!

Bismillahirrahmanirrahim...

Lepas zuhur tadi umu melipat kain sambil menonton "3 Abdul", lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di lappy.. maklum ler x ada televisyen kat rumah..huhuu..

Bila tiba part Abdul Wahub kena tidur di kandang kuda dan di temani isterinya Ghasidah.. terus je umu tersenyum-senyum dengar dialog diorang..heheee

Ghasidah "kanda, ada ke di dalam dunia ini..suami isteri yang hidupnya aman? Tidak pernah bergaduh, tidak pernah bertengkar..ada ke kanda?"

Abdul Wahub "Dinda, sedangkan lidah lagi tergigit..apapula suami isteri"

Ghasidah "Kalau macam tu macam mana rumahtangga nak tenteram?"

Abdul Wahub "Senang sahaja, buang yang keruh dan ambil yang jernih. Barulah teguh peribadi"..

Pastu terus la Abdul Wahub tu menyanyi...hohoho > x dapat umu nak tulis lirik kat sini. tengok sendiri la yee.. > bagus juga ayat-ayat yang di tuturkan dalam lagu tu..banyak nasihat untuk pasangan suami isteri.. :)


kek beli untuk suami :)


 Kek buat sendiri juga untuk suami.. 
walaupun rupanya x cantik..
tapi lebih sedap dari kek beli tu tau..hihii > umu perasan!


Jika di tanya kepada umu..pernah x tergigit lidah.. errr... jangan di tanya hal suami isteri.. itu adalah rahsia rumah tangga... :p. Alhamdulillah... tidak pernah. merajuk tu biasa lerr..hikhik :)

Masa hari lahir, suami buat permintaan nak makan ikan kerapu 3 rasa. Tapi mahu yang stim..

"ishhh..x sedap la bang. syg rasa goreng lagi sedap" >hoho...melawan tuu.. mahu ikut cita rasa sendiri. Tukang masakkan..heheee :p

Akhirnya...umu masak 2 jenis, satu berstim dan satu lagi bergoreng. cuma sosnye aje sama..


Ikan kerapau stim 3 rasa


ikan kerapu goreng 3 rasa :)

Dan suami mengakui..yang bergoreng lebih sedap... :) > yessss!! hahaaa... > nie kes saja nak cari gaduh apa..hohoho

Owh..iye, umu kira kisah Khalifah Umar di bawah ini mampu memberikan kita beberapa siri teladan di dalam hidup berumah tangga..jom layann...

      Suatu hari seorang sahabat ke rumah Sayidina Umar al-Khattab untuk mengadukan masalah isterinya yang suka merungut atau dalam erti kata yang lain suka membebel.
      Ketika sahabat itu tiba di perkarangan rumah Khalifah Umar, beliau terdengar suara seorang wanita (isteri Khalifah) sedang bercakap dalam nada merungut dan di dapatinya suara Khalifah Umar langsung tidak kedengaran. Beliau hanya berdiam diri sahaja.
      Maka, melihatkan keadaan isteri Khalifah itu, sahabat itu berpatah balik dengan tujuan untuk pulang sahaja.
      Namun Sayidina Umar terlihat akan dia, lalu memanggilnya dan bertanya apa hajatnya. Dia terus bercerita keinginannya untuk mengadu hal isterinya. Tetapi lantaran mendengar bebelan isteri Umar, dia membatalkan niatnya.

Apa jawab  Sayidina Umar?

"Isteriku adalah orang yang telah memasakkan makanan untukku, membasuh pakaianku dan mendidik anak-anakku. Lalu apalah salahnya aku bersabar dengan kerenahnya yang sedikit itu"


Wahh..kira-kira, teladan ini di ikut dari siapa? Sudah tentu dari Nabi SAW sendirikan? jadi... siapa nak ikut cara Nabi SAW...??? Sila angkat tangannn....... > bahagia ler para isteri kat luar sana :)
.

Saturday, April 9, 2011

~ moGa di berkaTi umuR mu ~

Bismillahirrahmanirrahim...


- Dengan kata-kata ku menuturkan cinta -

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya …



Alhamdulillah... sudah umu ketemui lelaki idaman umu :)
Lelaki idaman ini yang telah di lahirkan oleh ibunya sejak 26 tahun yang lalu..
-9 april 1985-
Walau apa jua catatan sejarah hidupnya..
sememangnya, catatan di luh mahfuz...
dia adalah untuk umu pada
18 disember 2010
Alhamdulillah....
segala puji-pujian bagiMu Ya Allah..
 
 
 
Selamat hari Lahir abanG
Semoga di berkahi umurmu di dunia ini
bagi kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat kelak
amin.

maka, nikmat Allah swt yang manakah kami cuba dustakan??
.

Friday, April 1, 2011

Wasiat buat sang puteri...~

Bismillahirrahmanirrahim...


Semalam umu pergi bersilaturahim dengan  seorang kakak masthurat ni..err, merangkap jiran setaman..hehee. Tengah rancak berborak bermuzakarah, tiba-tiba kakak tu hulurkan beberapa buah buku yang katanya amat menarik untuk di baca..

Time umu belek-belek sebuah buku ni..tertarik umu akan wasiat Ummamah kepada puterinya yang akan berkahwin dengan Al-Harith bin Amru..

Katanya.."Wahai puteriku, ada 10 perkara yang ingin ku beri pedoman kepadamu dan sebagai panduan kepadamu dalam kehidupan berumah tangga"



Pertama
Jalinkan hubungan dengan suami mu dengan penuh ketaatan. Perhatikan kesukaannya  dan jangan sampai dia melihat sesuatu yang buruk darimu dan tercium sesuatu yang tidak enak darimu.
 nahh...ni la antara hikmah masuk dapur pakai tudung, x lah kita sambut suami kita pulang kerja dengan rambut yang berbau haruman dari dapur..huhuu. Pakai apron pun di galakkan..jadi x adalah minyak dan bahan-bahan masakan terpercik di baju hingga baju menjadi comot dan momot...hihii > amalkan adab masuk dapur eh.


Kedua
Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu
ada yang mahu beri penjelasan tentang ini?? mungkinkah dengan masakan kita yang sedap akan membuatkan suami bertambah kasih kepada kita? ada seorang kakak ni bagitahu, suaminya kata "perempuan ibarat restoran. antara restoran yang cantik tetapi masakannya tidak sedap dengan restoran yang biasa-biasa saja tetapi masakannya sedap maka mereka yang lelaki ini akan memilih restoran yang kedua" ooohhhh... > peribahasa apakah itu?


Ketiga
Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya (selagi tidak bertentangan dengan syariat) nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.
aiihh..ni yang lemah niiee.....azam..azammm..hehee... errr....tapi bermuzakarah bolehkan jika x puas hati sikit-sikit?? > aihhh..ada tapi-tapi tuuu.. :D


Keempat
Uruskanlah rumahtangganya dengan baik dan sempurna.
 Sedia menggalas tanggungjawab dengan redha dan riang gumbira...InsyaAllah..! Tapi kena la bagi upah dengan memuji selaluu   sekali sekala atas hasil usaha penat lelah isteri..kan? kan? > nak pujian aje perempuan niee...


Kelima
Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.
Dengan izin Allah swt..minta doa dari teman-teman juga ye :) ini harus diutamakan lagi-lagi apabila sudah memegang status ahlia orang.. jaga.jaga...! > ingatan untuk semua ekk!


Keenam
Simpanlah rahsianya dengan baik, jangan sesekali kamu membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
Hatiku jua turut terluka jika permintaanku x mahu di tunaikan..hehee..gurau je bang :p . apaaa? nak suruh ggosokkan stokin? siaaappp! > x lah sampai maacam ni sekali..


Ketujuh
Jagalah waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik dan tidur yang tidak cukup, akan menimbulkan keletihan.
waahh..itu sudah tentuuu...waktu solatnya juga perlu awal waktu....bannnggg..bangunuuunn...azan dah tuuu...! udah-udah la tidur tuuu..hahahaa :p > situasi ini tidak pernah wujud!


Kelapan
Jika dia sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan. Kamu mesti pandai mengikut suasana hatinya.
oohh...gembiramu gembiraku juaaa... tawamu pengubat dukaa..waaaa ;( . err..hari ni abg tengah gembira x? apa? gembira? kalau macam tu jom kita g shopping... ho ho ho. > mau pandai ambik kesempatan!!


Kesembilan
Hiasilah dirimu agar dia gembira memandangmu.
err...jika di luar rumah kita berpakaian seperti minah arab maka jika di dalam rumah, x ada salahnya kita berpakaian macam minah omputih ..x gituu? > tidak di galakkan bila dah ada anak..hikhik


Kesepuluh
Jadikan dirimu itu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia akan menjadi penolong pula pada dirimu.
betul.betul.betul tuuu...sayang dah masak abg kemas dapurrrr....cuci toilet..buang sawang...sapu sampah...hahaa. > kalau macam ni kan besttt...



hah. banyak dah merepek ni.. sila beri perhatian kepada wasiat tersebut dan abaikan tulisan senget di bawahnya ye..hihii..

opsss.......pagi tadi ada jemaah pedal dari Pakistan telah sampai di halakah kami. kata suami nak nusrah...insyaAllah kami mesyuarat malam nantilah nak masak apa. Tapi tadi dah janji dengan suami nak buatkan dulu kuih penderam...errr tahu x kuih apa tu? alaaa..kuih telinga tuuuu.. g search di google kalau mahu lihat gambarnya eh.

k..k..nak out dulu ye. nak masuk dapurrr... nanti dah masak umu snap tunjukkan kat anda semua apakah itu kuih penderam! > kalau x cantik rupanya x mau la snap. buat-buat lupaaa..hohoho
.