Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Tuesday, March 29, 2011

-jom... kuih cara berlauk!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Percubaan pertama kalinya memasak kuih cara berlauk ni telah di laksanakan dengan jayanya..dengan izin Allah swt :)

Balik cuti hari tu..berjalan dengan mertua di bandar Temerloh. Jumpa pulak acuan ni.. terus teringat kuih cara berlauk (pernah belajar masak time sekolah dulu..). jadi, beli dan bawa balik ke Sabah.. owh ye..sempat juga umu mencapai acuan untuk roti jala.hihii... Lama dah mencari di sabah, x jumpa-jumpa..huhuu

Bila agaknya nak buat roti jala eh? tunggu ler episod akan datang ... tu pun jika Allah swt izinkan..huhuu.

okey la..nak kongsi resepi.. mudah pulak bila dah buat. cuba la ye :)


susun cantik-cantik sebab nak masuk blog..hohoho



Bahagian lauk:

Cincang daging halus-halus 


Cincang bawang besar + bawang putih halus-halus juga :)

Potong lobak + lada besar kecil-kecil (macam confuse pulak kan?)

- Tumis bawang yang di cincang
-masukkan daging
-letakkan sedikit sos tiram
-masukkan serbuk kari yang dah di bancuh dengan sedikit air
-letakkan garam + gula sesuka rasa..hehee
-Pastikan airnya kering dan tutup api
-gaulkan lobak tadi di dalam daging > nak bagi lobak tidak layu daa


Bahagian tepung:

Bancuh di dalam jug bagi memudahkan kerja-kerja menuang di dalam acuan :)
-tepung gandum
-sebiji telur
-santan
-garam
-serbuk kunyit sedikit

Kesemua bahan di atas di pukul (kejam la pulak....) sehingga sebati...pastikan tepung tidak berketul ye :)


Cara-caranya....

-panaskan acuan dengan api yang kecil..tidak perlu di sapu minyak ye
-masukkan adunan tadi secara berhati-hati. tak mahu tumpah-tumpah. 
-setelah itu terus letakkan daging + taburkan lada di atasnya. Kalau nak pedas letak banyak-banyaaakk..hehee. (boleh juga taburkan daun sup)
-tutup atasnya

comel. x sabar nak rasa..hikhik


 Setelah beberapa minit, kuih tu akan naik begini..teruja betul time ni..hihii

err..yang ni time nafsu nak letak daging tu banyak-banyak meningkat..
maka tepungnya pun melimpah-limpah keluar...huhuuuu. 
Makanya, jika nak letak daging banyak-banyak, letak adunan tepung tu separuh acuan dulu tau!


erkk...banyak sangat ke untuk 2 orang makan?
X patut betul bila suami kata..
"boleh x abang habiskan semua ni?"
nasib baik la ada tetamu yang datang. jadi jamu dan tapaukan tetamu tu juga untuk di bawa pulang. sedap katanya..
heheeee > senyum lebar-lebar lerrr...
sebab..
kan Allah yang bagi sedappp!
.

Monday, March 21, 2011

10 hari - antara seronok & penat!!

Bismillahirrahmanirrahim... 

-Penulisan bermula di LCCT Kuala Lumpur...- (4.26 am)...sedang menunggu belon untuk terbang balik ke sabah...


-Karkuzari sepanjang cuti di Semenanjung-

10 mac 2011
Tiba di airport Tawau pada pukul 5.00 petang.. Berlepas pada pukul 7.00 malam dan selamat mendarat di LCCT Kuala Lumpur. Lalu terus pulang ke Lanchang, Pahang dan Alhamdulillah, selamat sampai pada pukul 2.30 pagi... sangat penat!

11 mac 2011
Bersama suami dan ibu mertua (ma), ziarah orang lama (awwalin) dalam usaha iaitu "tuan Bakar Lanchang" dan ahlia.

Petangnya bersama suami ziarah sahabat lamanya, cikgu Rahman dan ahlia. Alhamdulillah, barulah berpeluang borak lama-lama dengan ahlianya. Kali pertama berjumpa ketika mereka hadir  ke walimah kami. Banyak nasihat dan kata-kata hikmah yang umu dapat dari masthurat yang sudah lama dalam usaha agama ni..

Malamnya, Abah telefon memaklumkan rumah di Gemas, n.9 akan menerima jemaah masthurat pada 13-15 mac..
"InsyaAllah abah, kami akan balik esok malam"..(Alhamdulillah, sangat gembira apabila kepulangan kami bertepatan dengan kehadiran jemaah di rumah)

12 mac 2011
Menghadiri walimah sahabat suami di Port Dickson.. Tersangatlah lewat kami hadir iaitu pada pukul 4.30 petang asbab mencari dewan di mana walimah diadakan. Jazakumullah pada pegantin dan family yang menyambut kami dengan penuh mesra..hehee..  (siap ada bekalan lagi tuu..)

pink & gold...

Perjalanan kami di teruskan ke Bahau.. Di dalam hati berdoa, semoga Allah permudahkan umu untuk berjumpa rakan seusaha yang selama ini hanya di kenali melalui blog. Alhamdulillah, buat pertama kalinya umu bertemu dengan rakan blogger "Meit Habib", ummu hani :)

Mungkin semasa umu menulis karkuzari ini, ummu hani dan suami sudah terbang ke Mesir menyambung kembali studynya yang tergendala asbab ketegangan di Mesir beberapa bulan lepas.

Secara kebetulan, rumahnya juga sedang menerima jemaah masturat.. Walaupun kehadiran umu hanya untuk beberapa jam sahaja tapi sempat juga la turun nusrah di dapur, ikut program, taam bersama dan curi-curi masa untuk berkenalan dan berceritaaaa..hehee..

Kami rancak bercerita di dapur hinggakan jemaah masturat tersebut menyangka kami telah lama berkawan dan belajar di mesir bersama..hahaa.. sedangkan itu lah pertemuan pertama kami dan semoga ada pertemuan2 seterusnya selepas ini ye hani :)

Sangat gembira bertemu hani lagi-lagi dalam suasana menerima jemaah.. Jazakumullah pada hani sekeluarga atas layanan yang sangat mesra pada kak umu..

Perjalanan di teruskan menuju ke Gemas.. Dan selamat sampai pada pukul 1.00 pagi.

13 / 14/ 15 mac 2011
Pelbagai persediaan di buat untuk menerima jemaah masturat..

antaranya yang ini laa..tabir!

Alhamdulillah, selain umu.. kakak ke 5 dan 7 juga turut pulang untuk sama-sama menyambut  takaza. Jika sebelum ini di dalam program tertera nama kami sebagai "binti Mohd Nor", kali ini nama kami telah di ganti kepada ahliah ishak, ahlia ridwan dan ahlia norli..hehee :)

Adik-adik yang masih belum bersuami masih lagi di sebut "binti Mohd Nor " no 9 dan 14...huhuu. numbor2  tu mewakili anak nombor berapa...maklum laa, abah banyak anak dara di balik tabir tuuu.. :)

Oleh kerana selama 3 hari tu nama-nama kami turut ada di dalam program, jadinya umu merasakan bagai keluar 3 hari juga.. Alhamdulillah, Allah swt pilih umu dan suami untuk sambut takaza walaupun sedang bercuti..

khusyuk benar!

Segala puji bagi Allah, sepanjang jemaah berada di rumah, ramai masthurat yang datang nusrah. Oleh kerana mereka turut membawa anak2, makanya umu telah gula-gulakan anak-anak ini dengan cerita upin ipin agar mereka duduk diam di dalam bilik..heheee

Banyak yang dapat umu belajar dari masthurat yang lama dalam usaha ni. Antaranya cara ikram orang-orang tempatan yang turut hadir di dalam majlis.. hmm, nampaknya banyak yang umu nak kena belajar, lagi-lagi cara tarik jiran-jiran sekeliling rumah untuk turut hadir duduk di dalam program.

owh iya.. berita gembira yang ingin di sampaikan....kakak ke 5 umu juga sudah berpurdah.. ini lah kakak yang selalu buat onar di blog umu. Dan satu kejutan buat umu apabila kakak umu berpurdah tanpa pengetahuan umu.. teringat kata-katanya dulu "k.ngi tunggu umu dulu berpurdah, nanti baru la ada kawan"..hihiiii...

x tahu la apa yang kami belek atas kepala adik ke 14 kami tuu..huhuu. 
haa..yang baju berbunga-bunga tu laaa orangnya. lepas ni kalau k.ngi nak buat onar kat sini mesti segan2..hahaa

16 mac 2011
Masih lagi di rumah Gemas. Menunggu kepulangan kakak ke 6 yang baru tangguh dari keluar masthurat 3 hari di Ampang.. Kena la tunggu, nanti dah balik Sabah, tak jumpa 7 bulan takut-takut kerinduan pulak..hehee

Petangnya, kami ziarah ke kampung suami di Melaka. Oleh kerana kami bermalam di sana, sempat juga umu belajar memasak dari "nenek Melaka"..hehee. Oleh kerana suami umu kaya dengan nenek, jadinya umu kena namakan nenek tersebut dengan nama nenek Lanchang dan nenek Melaka..hehee..

terserlah ciri-ciri kemelakaannya :)

17 mac 2010
Perjalanan kami di teruskan dengan menziarahi Cikgu Rauf dan ahlia di Tehel, Melaka.. err.. Jika Cikgu Rauf terkenal dengan perniagaan pokok kurmanya, maka ahlianya pula terkenal dengan blog surahsirahsarirah nya. heee..gurau2 ye ummi :)

Kedatangan kami juga turut di sambut oleh anak dan cucu ummi yang comei, soffiyah.. err..dan juga bihun sup yang sedap dari air tangan ummi..hehee. Walaupun masih kepenatan menyambut jemaah masturat dari Padang, Indonesia..tapi senyuman tetap x lekang sepanjang ummi bercerita..waaahhh..umu kena banyaaakkk belajar ni... Jazakumullah buat ummi sekeluarga atas layanan yang mesra alam kepada kami. 

Seterusnya, kami ziarah pula ke rumah "Busu" yang merangkap pak su belah suami yang juga tinggal di sekitar  Melaka sebelum meneruskan misi kami mencari ole-ole yang sesuai buat orang-orang di Sabah.

Oleh kerana Melaka terkenal dengan makanan yang pelbagai, jadinya amat moleklah makanan tersebut di jadikan ole-ole buat sahabat-sahabat di Sabah nanti. Makanya dodol durian, wajik sirat serta kuih muih lain menjadi pilihan untuk di bawa pulang.. :)

 dodol durian dan wajik sirat Melaka....sangat sedap!

Setelah dapat apa yang di hajati, maka kami singgah pula Mydin di Melaka untuk merasa RFC buat pertama kalinya..hihiii... oleh kerana namanya ala-ala KFC makanya, hidangannya dan tatarias restorannya juga ala-ala KFC juga...huhuu. Maka, di sini umu nak menyerulah agar kita sama-sama menyokong produk bumiputera  ni ye... :)

Owh...sempat juga umu menarik tangan suami untuk pergi ke arah book fair yang ada di ruang legar Mydin tersebut dan mencapai sebuah buku yang menarik hati untuk di beli... Jazakallah ye abang :)

tebal! 722 muka surat...

Sebelum ke Hospital Seremban, suami sempat bertanya.."nak pergi mana-mana lagi x?"...emmm.... tengah fikir-fikir, tengok suami dah masuk ke simpang Taman Mini Malaysia dan Asean...huhuu.

Taman yang di dalamnya terbina rumah-rumah bagi setiap negeri di Malaysia dan beberapa negara Asean lain. Meh umu kongsikan beberapa dari berpuluh gambar rumah yang di ambil..hehee

 rumah panjang Sarawak

 suami bersama beca di hadapan rumah Melaka

 hehee..sesaja bergambar atas pelamin di dalam rumah Melaka

 rumah Singapore

 rumah Indonesia

rumah Thailand

Dan  kami seterusnya ke Hospital Besar Seremban... Nak tahu mengapa?? jomm...layannn....

 anak semut ke 21.. Alhamdulillah. Lahir seorang masturat..InsyaAllah :)


hehee...dah ada gaya kan?? minta doa yee :)

Alhamdulillah, kakak ipar abang ke 4 telah selamat melahirkan seorang bakal masthurat melalui pembedahan sehari sebelum umu dan suami datang ziarah... sangat comel anak semut umu yang sorang ni. Masih belum di beri nama. Semoga nama yang baik-baik di beri padanya. Jika nama para Sahabiah r.ha yang di pilih, InsyaAllah...semoga kelak dia membesar akan ada sifat pengorbanan untuk agama sama seperti sifat Sahabiah r.ha tersebut..amin.

Dari Seremban, kami terus pulang ke Lanchang Pahang...

18 mac 2011
Merehatkan badan yang kesengalan asbab terlalu banyak masa di habiskan dengan beraktiviti..huhuu

hmm..jangan sangka kami menyambut raya awal yee..hee

Asbab ada pokok kelapa yang tumbang di hadapan rumah ma, makanya ma mengsyorkan untuk menganyam ketupat..hehee. Siapa? buka umu dan buka juga ma..tapi suami...hahaaa.. percaya x ketupat atas tu anyaman suami? hebatkan??

rasa teruja makan ketupat hasil anyaman suami buat pertama kalinya..kagum betul!

19 mac 2011
Paginya, ma mengajak melihat-lihat kebun... lama dah tak menjenguk kebun katanya...

ehemm...suami sedang berkasih sayang dengan anak kambing..hihii :p

baja asli dari kekambing..hahaa
kata ma nak buat baja bagi pokok-pokok yang di tanam sekeliling rumah... rajinnya...bila nak berjangkit kat menantunya yang sorang ni..huhuu

Petangnya, kami berangkat ke UIA untuk ziarah adik suami yang study di sana sebelum ke Selayang ziarah kakak ke 2 umu.. Sempat juga kakak umu menjahitkan sehelai purdah hitam buat umu. Jazakillah kak Zi :)

Oleh kerana kesedapan kami berborak dan kekusyukan suami melihat album-album lama keluarga umu, makanya kami bertolak ke Serdang agak lewat untuk berjumpa abang ipar ke 5 bagi menyerahkan tiket flight buat abah dan mak lang yang akan terbang ke sabah esok (selasa).

Dan kami terus ke LCCT Kuala Lumpur..

3 pagi 20 mac 2011
Kami tiba di LCCT dan duduk bersantai di cafe sementara menunggu proses untuk menerbangkan kami balik ke Sabah...

Memulakan entry ini kerana kebosanan menunggu..huhuu

Selamat tinggal Semenanjung. InsyaAllah, jika panjang umur akan kami kembali ke pangkuan pada hari raya nanti. Doakan kami :)

Alhamdulillah...Misi bercuti di Semenanjung berjalan dengan jayanya.. namun masih juga ada beberapa rencana yang perlu di ubah di saat-saat akhir kerana kesuntukan masa. Maaf buat sahabat-sahabat yang tidak sempat untuk umu dan suami ziarah walaupun sudah berjanji..InsyaAllah, di lain masa, kita akan bertemu juga.. amin.

Dan sekarang, umu sedang buat persiapan untuk menyambut ketibaan Abah dan Mak Lang yang akan bercuti di Sabah selama 6 hari... waahh, makanya perjalanan umu akan bersambung pula la di Sabah... 

Rasa seronok dan .............penatnya tuuu.....!!
.

Thursday, March 10, 2011

Tugasan sebelum cuti...~

Bismillahirrahmanirrahim...

X sabar menunggu hari khamis niee...(hari ni laa..lambat post entry daa..) :)

kenapa?

InsyaAllah..umu dan suami akan pulang ke semenanjung :)
(selalu orang akan kata "pulang ke kampung"..tapi bagi umu "pulang ke semenanjung" lebih ada maknaaa)..ho ho ho. -emmm..bila agaknya kita akan pulang ke kampung akhirat ye? sudah sedia?

Persiapan?

*Dari hari isnin lagi dah tarik bagasi keluar dari bawah katil..hehee <-- semangat!
(itu kira ok la...dari kakak2 umu yang seminggu awal dah turunkan bagasi dari almari walaupun tinggal di kawasan selangor dan KL..hahaa <--lagiee semangat!)

*Dan sudah beberapa hari juga umu dan suami berjalan di tawau dan semporna mencari ole-ole buat orang-orang di semenanjung..
(owh..dan juga cenderahati buat teman-teman yang akan kami hadiri walimah mereka sepanjang cuti sekolah ni)

yang di tinggalkan...

tentu sahaja pekan semporna yang aman damai ni..hihii.. x caya? nahh...umu selitkan beberapa gambar sekitar jalan-jalan kampung di semporna..

 Subahanallah..macam x caya je umu yang tangkap gambar ni...



Suka dengan jalan ni...pohon yang merimbun...

Cahaya merah di kala senja berlabuh....
(x patut betul merayau time2 begini!)

Bagai hamparan mutiara di permukaan lautan... cantik! Subahanallah.

Oleh kerana di semenanjung umu terlalu sukar untuk melihat pemandangan sebegini.. jadi sudah tentu umu akan merindui semporna semasa pulang ke semanjung nanti... -->amboih, 10 hari je pun....

Bercakap mengenai ole-ole... ia juga sering kita panggil sebagai HADIAH, CENDERAHATI, BUAH TANGAN dan lain-lain...
Apa pentingnya hadiah ini? iaa...mestilah penting hinggakan Nabi SAW pernah bercakap mengenainya...

mehh...kita ingat-ingatkan balik apa Nabi SAW cakap....


Sabda Nabi SAW:

Maksudnya;
"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang." 

(Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.)


Wahh...nampak x peri pentingnya kenapa perlu kita  saling memberi.. ??

Bagi umu, maksud hadiah itu tidak semestinya kita membeli sesuatu yang mahal harganya.. di bungkus cantik-cantik dan di ikat reben..lalu di tampal pula kad yang tertulis nama kita besar-besar. erkkk.... (terkadang tu, saiz nama si pemberi lebih besar dari saiz nama si penerima...huhuuu. kan?)

Oleh itu...sesuatu pemberian itu perlu mengikut kemampuan kita agar kita boleh istiqomah dalam memberi :)
Dan makanya kita juga dalam masa yang sama boleh istiqomah di dalam berkasih sayang! Formula matematik yang mudah~

Sebagai contoh...

-seorang suami membelikan kuih kesukaan si isteri apabila pulang ke rumah (itu tanda ingatan si suami pada isterinya di rumah ketika sedang bermusafir...mudahkan?)

-seorang kakak membelikan adiknya walau hanya sebuah keychin ketika bertugas di oversea! (itu tanda ingatan si kakak pada adiknya di rumah ketika sedang bertugas...mudahkan?)

-seorang abah membelikan barang kenang-kenangan ketika khuruj untuk anak isterinya yang di tinggalkan ( itu tandanya, walau sedang keluar ke jalan Allah swt maka fikir risau agama untuk keluarga sentiasa ada..hehee).....apakah??

Oleh itu, dengan bermodalkan hanya sejumlah kecil wang dari poket kita maka kita akan mendapat pulangan yang tidak ternilai harganya iaitu KasiH sAYaNG...

Dan boleh juga pemberian kita itu kita anggap ia sebagai sedekah :)

Makanya seperti kata abah umu.."sedekah yang berpanjangan itu adalah..." - memberi pemberian yang di beri pada kita maka kita beri pula pada orang yang lebih memerlukan...

Jadi tidak timbul rasa sakit hati si A kepada si B apabila si B memberikan pemberian si A kepada si C kerana si B telah memanjangkan sedekah si A kepada si C. Ini kerana ganjaran sedekah si A sudah tentu berlipat ganda atas asbab pengorbanan yang sedikit dari si B....  :)

fahamkan? cuba hadam dan fikirkan.... - tugasan!

sila submit tugasan anda berkenaan "sedekah berpanjangan" di ruang kosong di bawah... apakah yang anda faham mengenainya?
bincangkan... :)

Jadi umu nak sambung mem"packing" barang agar tidak kelam kabut mengejar belon pukul 6.50 malam nanti sementara anda masing-masing membincangkan tugasan yang umu beri sebelum umu pergi bercuti ye...hohoho.

Doakan kami ye :)

Sunday, March 6, 2011

s.a.k.i.T....!!!

Bismillahirrahmanirrahim....

 sangat sakit kena cucuk!

hari jumaat
Rasa sakit mula terasa sejak pukul 6.00 petang. Namun oleh kerana Allah bagi daya tahan sakit umu begitu kuat...maka, umu dapat bertahan tanpa mengadu pada suami...huhuu..

1.00 pagi
Rasa sakit semakin kuat...x pernah lagi dalam hidup di beri Allah ujian sakit sebegini..huhuu. meleleh juga la air mata... x sampai hati lagi nak kejutkan suami. rasa boleh tahan lagi... sabar umu..sabarrr....

2.30 pagi
Rasa sakit ni bertambah-tambah serius pulak... betul-betul x boleh nak duduk diam.. bila sedu-sedan menahan tangis buat suami terjaga... maka semakin kuat lak nak nangis.. wuaaaa..

3.00 pagi
Setelah mesyuarat dengan suami sambil air mata berlinangan... suami pun kata "dah jom siap ke hospital. kita g wad kecemasan"... dalam hati... "hah? emergency case ke ni?"

dah terbayang kat dalam kepala..bukan itu tempat orang accident ke? x pun kes-kes yang teruk-teruk?huhuu.. maklum la, sejak kecil x pernah merasai suasana berada di hospital sebagai seorang pesakit..hehee :p
Sampai di hospital, yang rasanya x sampai 10minit perjalanannya dari rumah ... macam-macam la medical assistant (MA) tanya.. doktor x ada :(

 bacaan di mesin tersebut mengatakan bahawa tekanan darah umu normal...hehee. bukan MA yang cakap..tapi suami...uhuk!

lepas tu dia nak test macam-macam gak... yang umu rasa nak lari bila dia kata nak ambil sampel darah.. time nak cucuk tu laaa...macam-macam zikir keluar. tapii...rasa sangat sakit gak! huhuu..meleleh lagi air mata ni..

haa..ni la orang yang paling suka umu kena cucuk...
(siap la lepass niiiee....)

emm..muka sakit ni..tapi bila dapat je list ubat-ubat yang perlu di ambil, terus rasa nak lompat-lompat supaya di lihat sudah sihat..huhuu..

walaupun katil atas tu sangat keras, tapi suami tetap nak berebut baring atas katil tu... (nasib baik x snap semasa kejadian itu berlaku..hahaa. sangat x senonoh :p)

7.00 pagi
Selamat tiba di rumah dan berakhir dengan sarapan "roti john" dari air tangan suami... sangat sedappp... :p

(yang x tahan tu....suami skip g sekolah untuk aktiviti ko-kurikulum beralasankan : "wife saya masuk hospital")...ishhh..isshhhhh.....

makanya itu lah karkuzari dari umu bagi menjawab pertanyaan dari peminat setia blog ini..(heheheee-->umu perasan :p)

"lama x update blog. busy ye?"


minta di doakan kesihatan umu kembali pulih ye..

apabila di beri ujian sakit, makanya kita akan lebih bersyukur dengan nikmat kesihatan yang di beri Allah selama ini.. Alhamdulillah... :)
.