Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Wednesday, February 23, 2011

- duta kecil -

Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat dan rezeki pada hamba-hambaNya




"Shatamuh, shatamuh
Shatamuhu lamma jahiluh
Tabi’uhu lamma ‘arafuhu......" <-- ring tone berbunyi..

umu : Hello.. Assalamualaikum..
Dibah : hellooo...kak umu..dibah nii..
umu : haaa...dibah. kenapa? gembira semacam jee?? (dengar ketawa mengekek-ngekek) hahaa
Dibah : result stpm dibah dah keluar laaa...hahahaa..hihiiiiieeeee

umu : aihh..ketawa semacam je tu..mesti result bestkan?
Dibah : kak umu teka laaa..
umu : elleh...kalau dah ketawa macam tu, mesti dapat best tu.. cepat laaa..


hah..bila dapat keputusan exam yang best, gembiranya Masya Allah... ketawa x henti-henti. Itu la gaya adik umu yang sorang ni, Siti Najibah binti Mohd Nor... kuat gelak.. :p

Teringat lagi.. masa dibah ambil exam stpm nya beberapa bulan lepas, kami seluruh family pula sibuk membuat persiapan walimah bagi perkahwinan umu dan 2 orang lagi kakak. Dan paper lastnya adalah lagi beberapa hari sahaja sebelum walimah berlangsung.

Dan sepanjang hari-hari persiapan walimah sehinggalah berakhirnya walimah.. Dibah yang ceria ini kelihatan pelik. Bermurung dan suka termenung.. suka duduk di bilik pun iya kut, sampaikan abah umu pun boleh perasan.. 

Bayangkan lah, dalam pada kami sibuk ke sana sini.. abah umu boleh perasan perubahan anaknya yang ke 12 ni..huhuu (mata seorang abah itu begitu tajam daa..)- sedangkan umu pun x perasan sangat time tu... -maklumlah sibuk dengan persiapan sendiri..hihihhii

Maka agak gemparlah kami semua bila abah bertanya pada kami tentang masalah dibah. Yang kelakarnya abah syak dia ada masalah dengan kawan lelaki..hahaa
-abah serkap jarang sebab anaknya yang sorang ni selalu jadi perhatian..-

. ~ala-ala model :D - x patut betul ustaznya kat sekolah kata dia macam model (sebab tinggi melampai kutt)..uhukkk!

Abah : umu, kenapa abah nampak dibah tu lain macam je. pergi la tanya dia.. ada masalah ke..
umu : x lah bah. Dia mengadu hari tu..banyak papernya yang dia x confident boleh jawab. lagi-lagi katanya banyak yang cikgunya skor soalan x masuk.. 

Abah : ah..x kan itu aja? kut dia ada masalah ke dengan boyfren? (abah buat muka bersangka - kelakar je tengok)
umu : x ada lah bah. memang sebabkan exam dia ari tu laa...

Lepas dari itu...umu rasa abah buat sesi kaunseling (zihin..hahaa) dengan dibah dalam bilik.. Dan kelihatan dibah selepas itu begitu semangat mengikram ahli family lain membuat persiapan walimah..

umu : wah... Alhamdulillah.. tahniah..tahniah.. nanti kak umu bagitahu abang ishak ye.
Dibah : terima kasih..hieieee.. dibah betul-betul x sangka tau dapat result macam ni..hieee -(gelak lagi dan lagi..hahaa), Dibah dah dapat tawaran USM. Tapi x tahu course apa sebab kaunselor sekolah yang telefon bagitahu dibah.

umu : owh.. sama dengan diah la ni? haa.. bagus lah. korang sekarang berkumpul di utara sana ramai-ramai.
Dibah : x tahu lagi sebab dibah x mohon upu lagi ni.. tengok lah nanti.
umu : k, mesyuarat la dulu dengan abah...



Alhamdulillah... Masa zaman umu study dulu, kakak-kakak semua study kawasan KL juga. UIA, 2 di UPSI dan umu di UiTM Shah Alam.

Dan tiba masa adik-adik kami.... semua Allah swt hantar menjadi duta kecil (atas maksud usaha agama terutamanya) di kawasan bahagian utara .. UUM dan USM.. Dan semoga Siti Najibah ini juga di hantar ke sana juga... boleh pergi dan balik kampung dengan kakak-kakaknya dari sana...hehee..

Dan makanya... bertambah sunyilah rumah kami apabila setiap tahun ada sahaja yang Allah swt hantar keluar  dari rumah sebagai duta kecilNya (paling jauh umu laaa...ke sabah...huhuu). kalau x atas asbab menyambung study mesti asbab perkahwinan.. :)

Dan semoga....walau apa jua maksud kita di hantar ke seluruh alam, jangan lupakan maksud utama kita di hantar ke dunia ini ye family ku sayang... lain tidak bukan adalah menjadi duta-duta kecil untuk menyambung usaha Nabi SAW.. 

-usaha atas iman-
.

Monday, February 21, 2011

~ Silaturahim Taman Muhibbah ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. kerja-kerja menyusun atur serta merias rumah sudah pun selesai :)
- sangat sukaaa -

Alhamdulillah.. proses membina hubungan silaturrahim sesama jiran-jiran baru juga berjalan lancar :)
- sangat senang hati -

Alhamdulillah.. program ta'lim masthurat setiap hari ahad di permudahkan oleh Allah swt untuk hadir :)
- sangat ternanti-nanti -

Alhamdulillah.. sesi mengajar 11 orang anak-anak di sini, iqra' setiap kali selepas maghrib berjalan lancar (walaupun rotan x lepas dari tangan..hahaaa)
- sangat seronok -

Dan Alhamdulillah lagi dan lagi kerana sesi "marathon kuih" sepanjang minggu ini mendapat sokongan dari suami (atau terpaksa makan semua kuih muih tuuu?? hahaaa :p)
-sangat teruja nak membuat kuih dan dalam 1 minggu ini sahaja umu telah buat kuih karipap, onde-onde, bubur kacang hijau versi sabah, popia dan roti canai (baru belajar dari masthurat di sini)..huhuu..nama je duduk berdua :)

Pada mula sampai di sabah awal bulan 1 lepas, bermacam perkara bermain di fikiran. Agaknya bagaimana ye nak memulakan hidup baru di tempat orang? Sudahlah umu tidak kenal siapa-siapa di sini (hatta..suami pun  umu baru nak kenal selepas kahwin..huhuu)

Dan Alhamdulillah... segalanya di permudahkan oleh Allah swt..

Hari tu suami ada ajar doa masuk kampung.. oleh kerana sesi pengajaran adalah sambil lalu sahaja iaitu di dalam kereta, makanya umu pun sedap-sedap melupakannya dan ilmu itu berlalu pergi bagitu sahaja..

Dan hari ini tiba-tiba umu ingat nak cari balik dan amalkan sebab mahu ada hubungan yang baik dengan orang-orang kampung --> wah, ada kepentingan baru terhegeh-hegeh nak amal. istighfar la umu..!


اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَمَا أَظْلَلْنَ، وَرَبَّ اْلأَرَضِيْنَ السَّبْعِ وَمَا أَقْلَلْنَ، وَرَبَّ الشَّيَاطِيْنَ وَمَا أَضْلَلْنَ، وَرَبَّ الرِّيَاحِ وَمَا ذَرَيْنَ. أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذِهِ الْقَرْيَةِ وَخَيْرَ أَهْلِهَا، وَخَيْرَ مَا فِيْهَا، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ أَهْلِهَا وَشَرِّ مَا فِيْهَا.

“Ya Allah, Tuhan tujuh langit dan apa yang dinaunginya, Tuhan penguasa tujuh bumi dan apa yang di atasnya, Tuhan yang menguasai syaitan-syaitan dan apa yang mereka sesatkan, Tuhan yang menguasai angin dan apa yang diterbangkannya. Aku mohon kepadaMu kebaikan desa ini, kebaikan penduduk-nya dan apa yang ada di dalamnya. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan desa ini, keburukan penduduknya dan apa yang ada di dalamnya.”

errr...yang doa atas tu umu search di internet.. yang suami ajar..ini sebenarnya... > nampak sangat suami yang betulkan umu..hehee. Jazakallah khairan ye :)


اللهم بارك لنا فيها,  اللهم بارك لنا فيها, اللهم بارك لنا فيها, 
اللهم ارزقنا جناها,
 اللهم حببنا الى اهلها وحبب صالح اهلها الينا

'Allahumma bariklaana feeha, Allahumma bariklaana feeha, Allahumma bariklaana feeha. Allahuma arzuqna Janaha, Allahuma habbibna eela ahleeha wa habbib salihee ahleeha eelaina.'
(O Allah, bless us in it. O Allah, bless us in it. O Allah, bless us in it. O Allah, grant us sustenance from its fruits, put our love in the hearts of its people, and put the love of the righteous people in our hearts.) 
(At Tabrani)

Semoga umu dan suami dapat membina hubungan yang baik dengan orang-orang Taman Muhibbah bersesuaian dengan nama taman ini sendiri..hehee :)

rumah jiran depan
- suka tengok rumah ni. mengekalkan ciri-ciri kekampungan -

terasa sungguh kemuhibbahan kampung ni lagi-lagi time petang-petang anak-anak bujang main badminton dan sepak takraw di atas jalan depan rumah. Lagi rasa muhibbah bila bola takraw mereka naik sampai atas atap garaj berlentang lentung...wawawaaahh.
.

Monday, February 14, 2011

- Bidadari -

Bismillahirrahmanirrahim.....


* Suka dengar lagu ni.. sebab suami selalu dengarkan pada umu setiap kali umu sedang "berangin"..hihiii

** Agak-agaknya apa amalan yang membolehkan seseorang wanita itu menjadi bidadari bagi diri suaminya di dunia juga di akhirat kelak ye?

*** Masa keluar masthurat hari tu, time ta'am.. ada mak cik tu pesan "umu, time makan dengan suami, kalau makanan yang suami suap jatuh di atas saprah, cepat2 kutip dan makan sebab di katakan kalau x di kutip itu akan menjadi mas kahwin untuk bidadari di syurga" ---> waahh..x boleh jadi niiieee!

**** Jadi masa makan dengan suami dalam 1 dulang, ada la cebisan makanan terjatuh di saprah dan umu kutip la... sambil tanya suami "bang, betul ke kalau sayang x kutip dan makan makanan ni..dia akan jadi mas kahwin abang untuk bidadari di syurga?"

***** Yang buat umu nak "berangin" bila suami senyum-senyum dan gelak-gelak....eeeee..geram betul! (Dah la x menjawab persoalan malahan menimbulkan berbagai spekulasi di situuuu...)

Sangkaan negetif umu --> mesti mak cik tu saja je nak mengenakan umu sebabkan sepanjang keluar mak cik tu la yang paling galak menyakat di sebabkan status "pengantin baru" yang umu pegang..haisshhh

Sangkaan positif umu --> jika benar...Alhamdulillah. Dan jika tidak benar...x mengapa. Kerana jika umu amalkan pun x rugi apa-apa malahan boleh mendatangkan banyak kesan baik pada hubungan rumahtangga yang baru di bina ni..heheee :)

*Pada sangkaan anda bagaimana?
.

Thursday, February 10, 2011

Nak berceritaaaa jee!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. hari ahad (6/2/2011) selepas taklim masthurat, (kebetulan rumah yang menerima jemaah kami juga merupakan rumah yang mengadakan taklim masthurat mingguan)..jemaah kami yang terdiri dari 7 couple telah selamat tangguh...

Oleh kerana selepas tangguh, umu terus pulang ke rumah yang baru kami pindah.. makanya kepulangan umu di sambut oleh barang-barang yang bertaburan di sana sini...huhuu. Keadaan itu termasuklah habuk yang tebalnya 10 inci... waaa..... sesaknya nafasssss....

Dan oleh kerana umu perasan sibuk nak mengemas rumah baru, makanya umu x mahu duduk lama-lama di depan lappy ni..

Umu kongsi gambar je la ye...

Asbab gambar ini boleh terjadi...??
Pada mulanya kami direncanakan untuk keluar masthurat di kawasan kunak, namun Allah swt lebih suka untuk kami belajar usaha di tempat sendiri iaitu keluar di kawasan semporna juga.. Dan sesungguhnya ada khir dalam ketentuan Allah swt itu...

Makanya sehari sebelum keluar, suami telah mengajak umu berjalan-jalan di kunak (x mahu bagi umu kempunan nak ke kunak kutt..hehee) dan berkelah di Hutan Rekreasi Madai di sana.. :)

Jom layan....


Haa..ini la penghujung Pekan Kunak..hehee. Masa malam umu singgah di sini.. air lautnya boleh naik sampai ke atas jalan. seram betul..huhuu


emm termenung jauh sangat tuu...agaknya tengah berkira-kira nak beli kapal sebijik kut..hahahaa


Kami meneruskan perjalanan ke destinasi tujuan.. Tapi sebelum itu singgah sebentar membeli pelbagai produk makanan orang tempatan Kunak di deretan kedai tepi jalan.
(Berplastik juga la kami membeli dan membelah)


 Maka..tibalah kami di sini.... Dari papan tanda di luar lagi kami dah dengar deruan air terjun. kuat sungguh!


 Masuk je pintu pagar.. terus nampak surau. Alhamdulillah.. di mana-mana sahaja kita boleh menyahut seruan menunaikan solat di awal waktu sebenarnya.. kan? Dan paling best, tandas dan tempat salin pakaian di sini sangatlah selesa dan bersih :)


 Haa...nak tahu apa keunikan titian ini??


 Waahhh..terus insaf bila baca nama titian atas tu.. Ala-ala titian sirat di akhirat kelak. Adakah kita akan melintas titian tersebut sepantas kilat? Atau merangkak-rangkak?
cek amalan kita..(cek amalan umuuuu...!!)


Apa yang buat umu kagum..titian-titian ini sambung menyambung dari sepohon pokok ke pokok yang lain. Dan adakah anda semua tahu sebesar apa pohon tersebuttt??
Berkali-kali-kali-kali ganda umu daaa.. MasyaAllaaahhh..


Sekali imbas macam jalan raya jee...huhuu. Bayangkan di akhirat kelak..kita akan meniti titan sirat berseorangan. Cara macammana dan bagaimana kita akan melintas..itu semua berbalik kepada amalan yang telah kita lakukan di dunia ini... iyaa...waktu sekarang ini lah..

Subahanallah... x pernah lagi seumur hidup umu melihat air terjun setinggi ini di depan mata.. kalau dalam filem ke..national geography ke... penah laaa...huhuuu. Patut la bunyi air tu terjun berderu-deruuu~


 haa.. dah kata pergi berkelah...mestilah ada makan-makan kan? ini je la bekalan yang sempat di sediakan.. itu pun x berhabis tau.. eh..habis... di perhabiskan kat rumah.hihiii...


 Sebelum bertolak balik.. sempat la kami singgah di pasar malam Kunak.. Sengaja berjalan-jalan melihat tempat orang (Dan survey apa-apa yang patut...huhuu)


Owh iye.... Sempat juga kami singgah untuk menunaikan solat fardhu di Masjid Kunak.. cantik juga binaan masjid ni...emm..jemaahnya pun boleh tahan ramai. Syabas para da'ie di Kunak!


Umu dan suami perasan juga..jika berjalan di pekan atau bandar di Sabah, pasti ada mercu tandanya tersendiri. Jika di Semporna ada replika ikan todak. Di Tawau ada replika Burung helang sedang menangkap ikan dan di Kunak pula..ada 3 ekor udang sedang bersantai..hahaa
soalan: apakah persamaan pada replika2 tersebut dan kaitkan jawapan anda dengan negeri sabah..

Haa...ini pula ketika pemandangan di siang hari. Kelihatan udang-udang tersebut bermandi hujan..hihiiii :)

Dan..umu sangat kepenatan setelah satu hari suntuk mengukur keluasan persegi tanah di bawah jajahan takluk Kunak..hehee. Alhamdulillah.. mungkin ini akan menjadi salah satu destinasi pilihan kami untuk membawa ahli keluarga yang akan datang ziarah ke sini bulan tiga nanti.. InsyaAllah...

Jazakallah buat suami yang ringan tulang nak berjalan-jalan meluangkan masa bersama umu walaupun banyak tugasan dunia dan akhirat yang sedang menanti beliau untuk di laksanakan... :)
.

Thursday, February 3, 2011

Doakan kami... :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan izin Allah.. Kami akan keluar masthurat selama 3 hari buat pertama kalinya...



Minta doakan kami ye.. :) 
.