Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Friday, December 30, 2011

Perkhabaran ~

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah wa syukurillah... :)
- err... ni bukan sebab umu dah bersalin laa.. tapi sebabkan kakak umu, k.in dah selamat melahirkan baby girl pada 22.12.11 lepas.

Nur Safiyah binti Norli Shariman

hmm..nampaknya, 2 pasangan pengantin tahun lepas dah dapat baby memasing. Sorang baby boy dan sorang baby girl. Jadi sekarang, tunggu giliran umu pula....agak-agak boy ke girl? Rasa excited gak nak tahu.. tapi x kisahlah, walau apa jua jantina yang lahir nanti, umu mengharapkan baby itu kelak lahir ke dunia dengan mudah dan selamat. Allahumma amin < amin kan reramai ye :)


Dan pada tarikh yang sama..

Alhamdulillah, adik bongsu umu..Siti Umirah telah memperolehi result yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. (Moga cemerlang juga di akhirat kelak :)..)

Tahniah umi :)

Teringat beberapa bulan sebelum exam, guru kaunselingnya menyiarkan gambar calon pelajar harapan dan cemerlang di blog sekolah. Terus umu menyakat...

'ee..umi, nanti x dapat result best mesti malukan??? beriya je cikgu letak gambar kat blog'
hahaa..jahat x umu?

Alhamdulillah, adik umu yang sorang ni dah berjaya menebus kekecewaan terhadap result upsr nya ketika darjah 6 dulu. Syabas..teruskan usaha...

"strongly go forward!"


Owh...dan berita seterusnya...
Adik ke dua bongsu..errkk.. yang baru sahaja menduduki peperiksaan SPM, Muhammad Zulfiqar telah di pilih Allah swt untuk khuruj 40hari di Beufort Sabah..

Perancangan awal nak keluar IPB.. Passport  semua dah siap. Sekali bawa mesyuarat.. x lepas lerr.. punya la dia kuciwaa.. 

afik- "Syura Malaysia kata, afik muda lagi.. ee..betul-betul kecewa afik. Dah bersungguh nak pergi IPB ni"

umu- "Bukan Syura la yang x bagi afik pergi, Tapi Allah swt yang x izinkan lagi. Allah nak afik susah payah usaha ke sana dengan duit sendiri. Bukan duit abah" > ayat kejam umu kat afik..hohohoooo. 

Dah tentu dia baru habis sekolah, confirm la abah yang korban duit untuk afik khuruj. Afik cuma korban masa, tenaga dan tekan perasaan aje :p

InsyaAllah, moga Allah swt pandang niatnya yang sungguh-sungguh nak ke IPB. Dapat belajar buat usaha di Sabah pun okey apa. Mujahadah juga jika di hantar ke hujung-hujung pulau dan hutan. hikhik

pakai sudu..x sunnah! :p


Dann...

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya.. bila la penulis blog ni nak keluarkan baby yang di tunggu-tunggu ramai < perasan!!!

Alhamdulillah, pagi tadi ada temujanji dengan doktor dan terus di keluarkan surat cinta arahan untuk ke hospital di Tawau esok (30/12/11). Penat dah bermuzakarah dengan doktor tu (melawan sebenarnya..hehee).. baru lambat seminggu dari due date. x payah la tergesa-gesa nak suruh baby ni keluar..huhuuuu

Motif kat atas nak suruh baby keluar tahun depan. Lagi cantik kalau lahir 1/1/12... alang-alang tinggal berapa hari aje tu nak habiskan tahun ni..huhuu

Tapi oleh kerana bukan sahaja doktor aje yang bising.. malahan keluarga di semenanjung merangkap kakak-kakak, abang, akak ipar, adik-adik, adik ipar, mak mertua, abah, kakak-kakak masthurat dan kekawan pun turut bising sama dan dalam masa yang sama menakut-nakutkan umu akan risiko terlebih hari ni.. makanya, umu dan suami macam nak mengalah aje untuk ke hospital Tawau esok.

Baby ni pun satu..pandai pulak nak tunggu abinya tangguh dari khuruj baru nak keluar. Alhamdulillah, selepas subuh esok jemaah abi akan tangguh..jadi boleh la baby keluar dengan riang dan gumbiranya yeee < err..ummi pun turut  bergumbira sama.. yeay, abi tangguh esok yeay!


Keperluan baby dan ummi untuk di bawa ke hospital :)


Tapi yang x tahan tu baru kejap tadi abinya mesej..

"Syg tolong siapkan brg2 yg nak di bwk ke ospital utk beberapa hari. Esok tengahari @ petang kita bertolak ke Tawau InsyaAllah. Mlm ni syg kasi zihin sikit kat baby tu suh kuar cepat. Apa dia dok buat lama2 dlm tu. Kasitau dia di keluarkan untuk manusia bagi tujuan dakwah. Suh cepat2 keluar. Abg buat 12 rakaat khusus utk syg n baby mlm ni, insyaAllah. k, nak tido dulu. Luv u. Mmmuuah"


Nak gelak umu bila baca mesej tu. Kesian kat baby. Terus umu pun cakap kat baby...
"ayoookk....abi dah marah tu. Baik baby keluar cepat. Kesian kat abi risaukan kita sepanjang khuruj"


Tapi umu pun salah gak. Sebelum ni bercakap-cakap dengan baby dan pujuk dia keluar dengan alasan begini..
"baby cepat la keluar. baby x nak jumpa ummi dengan abi ke? x mau kawan dengan abg saad dan kakak safiyah ke? Nanti kalau keluar lambat x boleh sekolah sama dengan diorang tau" < sebab dah jadi muda setahunkan..hikhik


Cuba kalau umu ada fikir macam suami. Zihin awal-awal...dengan izin Allah, terkesan kut baby ni. hmm..x pe la, umu cuba syor suami. mana tahu baby mahu keluar sendiri x payah di paksa-paksa. 


Tapi dalam hati umu berkata..
"elleehhh..ari tu abg juga yang suruh tahan dulu. Bersalin bila dah mula sesi persekolahan biar abg dapat cuti seminggu kan???. Pandai pulak nak suruh zihin baby. < aihhhh...awal2 dah backup anak nampak? hohohoo :p"


Walaubagaimanapun...umu tetap mengharapkan doa yang tidak putus-putus dari sahabat buat keselamatan umu dan baby yang bakal di lahirkan kelak. Moga Allah swt mempermudahkan perjuangan kami. Allahumma amin.
.

10 comments:

  1. selamat datang duhai khalifah Allah.

    anak awal tahun ye..
    semoga Allah mudahkan urusan umu.

    baby sila keluar dengan tenang ya.
    best sangat kot duk dalam tu lama2.

    :)

    ReplyDelete
  2. first tengok baby ingat kan baby kak umu....
    hehe....

    semoga selamat melahirkan kak....
    kalau dapat tarikh 31.12.11 lagi best...paling muda di kalangan kawan2....

    yang lahir hujung tahun lak macam comel je...hehe

    semoga selamat semuanya...allahumma amin....

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wbt...

    kak umu... x per2.. nam ada tanya mak sal baby lambat kuar ni.. mak kata x per.. adik nam pun lambat kuar dulu.. lambat kuar sebulan..

    alhamdulillah.. dia berbeza sikit dari yg lain.. bagus akhlaknya dan pandai orangnya..

    akak.. ngah tunggu baby kuar jugak.. hehe.. hadiah tak x sabar nak terbang ker sana utk baby akak.. hehe..

    jaga diri ya kak.. Allah mudahkan.. insyaAllah... (",)

    ReplyDelete
  4. cumilnya safiyah.
    Muka ikut abang norli.
    syeikh punya look.
    huhuhu.
    best3

    masyaAllah,masya Allah, agaknya baby kanda mahu jadi seperti imam syafie yang dikandungkan 2 tahun dalam perut ibunya mungkin:)

    selamat menempuhi alam motherhood:)

    yeayyyy!

    ReplyDelete
  5. hehe.
    Ustaz khuruj, masa isteri dekat ngan due, mujahadah.macam cerita ustaz kazim pasal kawan dia, anak baru lahir seminggu dah nak keluar. ni geng2 korbani nih!

    kak, tak silap saya kalau lebih seminggu memang kena induce supaya anak keluar juga. elak complication. w.a. tapi InsyaAllah mudharat dari Allah. kadang2 silap kira tarikh,..

    Imam syafie lewat 2 tahun? ada juga kan Nabi yang lambat lahir kan?

    ReplyDelete
  6. moga Allah permudahkan akak untuk melahirkan.......

    adik..akak tu memang strong la...lepas SPM dah nak keluar IPB,masyallah.....memang respect.....

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum

    sy excited bila tgk list blog sy bila tgk akak ade update blog..ingat akak dh bersalin..:-)

    Moga ALLAH permudahkan akak utk melahirkan.

    Nnt post gmbr baby ya akak:-)..

    ReplyDelete
  8. takpelah tunggu tahun baru... baru best... dalam kelas, leh jadi yang paling tua antara kawan2 yg lain.. (",)

    hebat zihin ustaz ishak.. itu macam punya zihin, sy yg duduk dalam rumah pun terasa nak keluar jemaah.. apatah lagi baby yg duduk dalam perut.. lagi2 terkesan..(",)

    ReplyDelete
  9. Tahniah puan ummu & ustaz ishak yang telah di kurniakan cahayamata perempuan.. Semoga allah murahkan rezeki & tambahkan kebahgiaan kalian..

    ReplyDelete
  10. akak ummu dah bersalin la...masyallah tahniah.....ya akak...

    ReplyDelete