Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Friday, December 2, 2011

Cuti. Khuruj. Persiapan bakal Ummi :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. terupdate juga blog yang semakin sunyi sepi ni... Jazakillah lah pada adinda yang menganggu malam kanda dengan mesej terus ke handphone dari YM..huhuu (Tahu aje la orang masih study ni.. setakat pukul 12 - 1 pagi tu ~malam masih muda kata mereka~ . Tapi bagi ibu2 mengandung seperti kanda... tidur awal itu penting tau!)

Tanya itu dan ini. Adoiyai...terus x jadi tidur dan on YM gak. Malas nak membalas dari handphone ke YM. Lelagi suami sedang khuruj 40hari. Jadinya...dah alang2 on lappy.. dan melayan budak sorang ni maka mengantuk pun hilang walaupun dah siap buat adab tidur dan tarik selimut tadi.. huhu jadi meh ler kita update mengupdate apa-apa yang patut.


Bercuti

Alhamdulillah, sempat juga umu dan suami bercuti seminggu di Kota Kinabalu. Rasa-rasa semua tempat di KK kami dah redah. Dari museum-museumnya, pusat membeli belah, masjid-masjid, pantai - pantainya, tempat - tempat pelancongan hingga ke UMS sudah kami takluk. Cuma gunung kinabalu je x daki lagi..hohoo


Bukti umu dah sampai UMS :)

Baru la umu tahu, berkampung selama seminggu di hotel adalah sangat memenatkan.. ( ke asbab sesi jelajah setiap pelusuk KK yang buat umu penat? hehee..x padan dengan sarat mengandung tuuu )

Dan percutian bersambung seminggu lagi apabila kami mengikram nenek suami yang datang dari Melaka bersama gengnya - nek ngah, nek su dan nek som - Dari KK (mereka turun di airport KK) hingga ke Semporna kami bawa pusing-pusing. Moga nenek-nenek seronok ye :) -umu pun sangat seronoookkk- hikhik


Suami bersama ikan yang jinak di Ranau

Yang bestnye..umu boleh kutip berbagai tips pantang larang sebelum dan selepas bersalin dari nenek-nenek ni. Jazakillah ye atas buah tangan dari Mekah untuk cucu nenek berdua ni -sejadah, air zam-zam, minyak wangi, kurma, key chain- Terharu umu :)


 Bawa nenek2 memborong hasil laut kering di Pasar Tanjung Tawau


Sambut takaza

Sehari selepas kepulangan nenek-nenek ke semenanjung, terus suami sambut takaza 40 hari.. hukhuk.. mula la tu nak cembeng..huwaaa.. 

Tapi seperti yang kalian semua tahu.. setelah umu di trained oleh suami selama hampir setahun di tinggal-tinggalkan setiap bulan, makanya kali ini.. x adanya nak cembeng-cembeng. InsyaAllah..siap sedia dah.. iyaa..walaupun due date baby nak keluar dari tempat "persembunyiannya" bila-bila masa saja sepanjang suami khuruj ni..hukhuk

Tapi yang tinggi tahap risaunya...pasti dan mestilah Ma (mertua) dan Abah.. memandangkan umu menunggu keseorangan di rumah. Kelahiran anak pertama tuu. Jauh dari keluarga lagi. Suami pulak g khuruj. 

Siapa tengokkan umu? 
Jauh ke ishak keluar tu?
Sempat ke ishak balik kalau dah sakit nak bersalin?
Nanti dah bersalin siapa jaga?
Keperluan semua dah cukup ke?
Dan macam-macam lagi persoalan timbul dari keluarga di kejauhan sana... 

Mesti la risau sebagaimana kerisauan yang umu suarakan pada suami sewaktu 1-2 bulan lepas...

Takut la syg nak tinggal sesorang bang. Abg janganlah keluar kat pulau2. Jangan jauh2.
Nanti dah sakit, syg kol abg sempat ke balik? Dah la syg x tahu tanda sakit nak bersalin betul-betul macam ne..huhuu..
Alaaa.... kalau memalam syg nak bersalin macamne? dah la x ada sesiapa ni. Lain la kalau syg tinggal dengan abah..huhuu
err...banyak lagi la yang umu bebelkan..sampai benda x logik pun leh umu keluarkan..hohoo

Suami : Allah kan ada

Waaaa...rilek je suami jawab macam tuuuuuuu...... nak je jawab....

Iman yakin sayang x setinggi Siti Hajar r.ha laaaa abang!!!!

Memang la x tinggi. Jauh beza tu keadaan umu dan Siti Hajar r.ha.... Yang samanya -Di waktu kelahiran anak pertama, suami tiada di sisi kerana perintah dari Allah swt-

Yang bezanyaaa..banyakkkkk...

Siti Hajar r.ha...
Keperluan asas yang terhad. Di tinggalkan di tengah padang pasir yang terik dan tandus.

Umu...
Keperluan asas semua lengkap. Di tinggalkan di rumah yang serba selesa. (Dalam peti ais penuh bekalan). Yang basah, yang kering..semua cukup. Kelengkapan baby dan umu selepas bersalin nanti semua dah suami sediakan. Alhamdulillah, x ada yang kurang!

***

Siti Hajar r.ha..
Tiada siapa yang ada di sisi. Hanya keseorangan bersama putera tercinta, Ismail a.s. Terputus hubungan dengan manusia kecuali Allah swt.

Umu...
Nampak je macam sesorang tapi sebenarnya... Anak-anak tuisyen dan iqra' silih berganti datang setiap hari. Jiran sebelah rumah sangat la dekat. Kakak-kakak masthurat di sini selalu bertanya khabar walaupun melalui fon. Ahli keluarga juga selalu berhubung. Jadinya.. x adalah keseorangn sangat pun..huhuu. Yang penting, Allah swt sentiasa ada :)

***

Siti Hajar r.ha...
Di tinggalkan suami dan terus terputus berita. 

Umu...
Setiap malam sebelum tidur, suami mesej..heheeee. Tinggalkan pesanan dan kata-kata cinta. Terkadang jika suami perlu khidmat dan ke pekan, mesti singgah menjengah umu... Jadinya x adalah di tinggalkan 40hari bebetul..hikhik

***

errr...banyak la lagi. Jadinya x ada sebab umu nak rasa takut dan risau sesangat. Apa yang penting, kebergantungan dengan Allah swt mestilah 100%.

Ayuh anakku (sambil tepuk-tepuk perut), mari kita banggakan Abi.. Kita buktikan pada Abi, yang Ummi dan baby juga boleh survive dan ingin bersama-sama berkorban di dalam perjuangan Abi. > ayat x tahan betul!

Padahalnye, pantang suami mesej, balasan ayat kat suami selalu mengundang simpati dan rayuan di akhirnya..hahaa. Tapi suami x terkesan pulak....heh!

Peace! 
Moto suami : Allah kan ada... :D

 
Kelahiran

Alhamdulillah wa syukurillah...

Muhammad Saad bin Muaz

Ini la baby boy kak edah dan abg muaz yang nikah sama-sama dengan umu tahun lepas. Memang sudah di jangkakan due date kak edah lebih awal tapi x adalah sampai terawal 2 minggu. X sabar ye Saad ni :).

Sekarang umu x sabar menunggu kelahiran baby kak in dan abg norly pulak. Juga yang nikah sama-sama dengan umu akhir tahun lepas. Dan sudah semestinya umu pengantin paling muda di antara mereka mempunyai due date paling lewat. x boleh langkah bendul..hohoo (beza seminggu je pun due datenye).

Mohon doakan kami ye :)


Persiapan

Jazakillah buat Kak Azie yang menjahit dan menghantar barut baby ni dari semenanjung.
Sebagai adik, umu sangat terharu...huhuuu


 Keperluan baby siap sedia untuk di bawa ke hospital nanti :)


Bilik solat bertukar menjadi bilik umu dan baby sepanjang berpantang nanti.

Jazakallah pada suami yang tahan melayan kerenah umu sepanjang tempoh kehamilan dan juga sepanjang proses melengkapkan keperluan bakal ummi dan baby. Agaknya pening kepala suami ikutkan kemahuan umu agar senarai keperluan perlu bertanda tick - sudah di beli baik secara online mahupun secara jelajahan di pusat membeli belah sebelum keluar khuruj..hohooo..

hmm.. semoga Allah swt melindungi dan menjaga kami sekeluarga dan menyatukan kami di akhirat kelak setelah kami redha berpisah-pisah di dunia kerana agamaNya . Allahumma amin :)

*Tetiba teringat Bisikan masthurat baris ke 7..heheee. x sangka umu bakal menempuhnya.
Mohon doakan umu ye semua :)
.

48 comments:

  1. ooo, cmni rupanya bila dah ada isteri
    warghh!..susahnya kawin.T.T..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak umu sayang..mashaAllah..dah nak bersalin..x sabar nak tgk baby :D

    kalau saya ada sana, boleh lah saya yang sambut baby kak umu..huhuhuuuuu~

    tanda2 nak melahirkan lau anak pertama lambat sikit kak umu..jadinya xperlu risau sangat..ye..cuma kena kuatkan semangat dan jangan tak makan..nanti xada tenaga nak teran baby keluar..

    kalau sebelum due date tuh air ketuban dah pecah datang terus ke klinik @ hospital ye..xpun before due date yang dijangkakan..persediaan.. :)

    mesti nurse2 dekat hosp @ klinik banyak bagi info pada kak umu kan..hehe inshaAllah boleh dimanfaatkan :D

    kihkihkih..saya mau jadi macik! :P

    sayang kak umu..semoga sentiasa dalam lindungan Allah insahAllah..amin3~

    ReplyDelete
  3. thts the spirit sis!
    :)
    jgn takut. Allah ada.
    Kalau abg Ishak ada pun, bukan abang y boleh bagi kanda selamat.

    Allahlah y jaga kita.
    Ingat x dulu Abah selalu ckp begitu, n trained kita begitu?

    Maha suci Allah y mentakdirkan kita semua mendapat nikmat hidup d dunia. Suami dan anak-anak yang soleh.

    be strong kanda. i'll be there.

    xsangka kanda dah nak lahirkan zuriat penyambung keturunan kluarga kita.

    kira kanda ni dh jd herolah mcm ni.
    hihihii.

    tahu x?kat pineng ni, dinda y over p shoping brg bby. Kwn2 semua gelakkan.
    '
    haihh..kalaulah dinda pun dpt bby sendiri.

    kikiki.....cabut mard!!!!!

    ReplyDelete
  4. Kaki Biskut,
    Mereka2 yg berani pikul tanggungjawab je layak kawen..hukhuk :)

    Baya,
    Waalaikumsalam wbt.. waahhh..bestnye ada MA kat sini. x perlu k.umu susah2 g klinik nak dapat nasihat..hehee < memang dh lama ponteng g checkup pn.huhuu
    Jazakillah atas nasihatnye ye miss MA, InsyaAllah, segala panduan akan di beri perhatian. Mohon doanya yg tidak putus untuk akak ye :)

    Dinda,
    Amboih2..kalau bagi budak sorang ni bercakap..dia la segala juara. Josh betui!
    haahh...jangan berangan lelebih yee.. Study x habis dah fikir nak ada baby sendiri, karang naik2 kening imam kat kampung tu kalau baca statement dinda tau!
    err..kalau beli barang baby..beli yg comei2 cikit..pesan baby dalam perut..hikhik

    ReplyDelete
  5. Sejak keluar hutan Mard memang jadi josh camni ke?

    ReplyDelete
  6. Amboih tuan bijen..
    Hal si mardhiah tu juga yg di risau-risaukan :p
    Patutnya risaukan orang yg hendak g berjuang spt AKAK dan suami!
    hohohoo... Doakan KAMI ye.. err...x termasuk mardhiah :p

    ReplyDelete
  7. kenapa bilik solat yg jadi bilik umu n baby dan bukan di bilik utama.. nanti ustaz ishak kena tidur asing ke? jgn risau, ustaz ishak pandai kawal diri... (",)

    makno eh berpantang kek sabah dan tak balik gomeh yo.. (",)

    semoga selamt semuanya ye.. (",)

    ReplyDelete
  8. err..tn fuad, klu orang berpantang adalah lebih bagus tidur di atas tilam x berkatil. (Senang beraktiviti bersama baby)
    Dan juga adalah lebih manis jika rakan2 yang datang ziarah tidak meneroka bilik utama. kan?
    Lelagi bilik utama ruangnya agak terbatas kerana banyak perabot yang membataskan pergerakan :)

    > Jangan risau..tentu sahaja nanti abi, ummi dan baby sama2 berjaga malam di bilik berpantang :D

    Jazakallah atas doanya ye.

    ReplyDelete
  9. Aaaaaa...comelnya bilik babty.


    barut tu pun comel...





    selamat ya umu :)

    ReplyDelete
  10. Aishah..tu bukn bilik bby.. itu bilik berpantang...hehee
    Jazakillah ats doanye :)

    ReplyDelete
  11. huhuhu...semoga selamat melahirkan baby dan dipermudahkan....doa karo...moga dpat anak yg soleh @ solehah......insyallah...don't wori ya kak ummu...Allah kan ada.....dah ada nama belum nie for baby tu???

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. maaf, x perasan komen ni. ntah mcm ne bleh masuk kat spam..huhu. g ukm time dekat2 konvo sbb nampak ada pesta konvo kat situ.

      Delete
  13. adoi..siap ada bilik berpantang la pulak..tapi apa pun jaga diri baik2 selamat menjadi umi ye..doa kan juga abg wan yg keluar 40 hari di indonesia..sekarang..

    ReplyDelete
  14. Tn. Abd Jabbar,
    Jazakallah.. Allahumma amin :)
    Iye..Allah ada.. nama baby kena tunggu hari ke 7 kelahiran ye..lagipun x tahu boy ke girl..hehee :)

    Kak Ngi,
    Wah..Alhamdulillah, abg wan kuar indon? Jadi sekarang k.ngi anak beranak di umah abah ke @ duk umah sendiri je? Jazakillah atas doanya. Kirim salam pada family di semenanjung jika berkumpul ye :)

    ReplyDelete
  15. patut pun terpanggil ke sini..
    ada org tu, smenjak balik IPB
    makin kuat memancung
    pecah hati dinda.

    ReplyDelete
  16. Dinda..dinda.....
    moga masa mematangkan diri dinda seperti mana masa mematangkan diri kanda..hoho :D

    ReplyDelete
  17. ikan kat ranau tu dimana? macam menarik.. dekat area Sabah Tea tu ke?

    ReplyDelete
  18. iye,jika keluar dari ladang teh sabah tu dah boleh nampak sungai ikan kelah yg jinak ni..namanya Kampung Luanti :)

    ReplyDelete
  19. oh saya pernah keluar kat situ.. Tempat peranginan tu kan?ada jemaah sy nak pegi fish massage kat situ. amir sab ckp jgn. sebab ikan tu asbab boleh bawa penyakit.. Wallahu 'alam

    ReplyDelete
  20. kat rumah sendiri je...tapi ingat kan tengah bulan nanti nak blik kampung..pak imam dah bising la...klu balik kampung ada kak idah dgn kak ain suami masing2 pun tengah kluar 40 hari...ha..pokok rambutan depan rumah pak imam pun mengamit suruh blik...buah tengah lebat tu...he..he

    ReplyDelete
  21. Hidayatullah,
    Iye, kami pun pernah keluar di Ranau dan Kundasang. Tp kli ni pergi memang untuk bercuti. hmm..x tahu pula fakta tu, tp kami x lah cuba massage tu. Just suami masuk dalam sg nak try main2 n bg ikan makan je :)

    K.ngi,
    waa..bestnye.. baru cakap ngn suami yg buah rambutan kt rumah abah sedap. kt sabah punyalah mahal..mana2 pergi sepanjang KK ke Semporna semua harga sama... rm 9- 8 sekilo. < mahal2 pun umu beli gak beberapa kali sebab dah mengidam... tu pun x manis dan x berair. harap biji je yg besar.. waaa...nak balik rumah gakkkk.... :'(

    ReplyDelete
  22. Umu, semoga semuanya dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  23. Salam kak.

    MasyaAllah, nak bersalin dah. Happy nya. :')
    Tambah lagi ummat Nabi Muhammad, insyaAllah.

    Erk. Tak bulih berhenti senyum kegembiraan.

    Semoga semuanya dipermudahkan kan. :')

    ReplyDelete
  24. Hairanaz72,
    emm..siapa ye ni? Jazakallah atas doanya. Sangat bermanfaat buat umu :)

    Penchenta,
    Waalaikumsalam wbt :)
    iye..cara awk ckp mcm sekejap sangat je kan akak melalui fasa pregnant. hehee.. Jazakillah juga atas doanya. sangat2 menghargai setiap doa yg di titipkan :)

    ReplyDelete
  25. Aslm umu, insyaAllah Allah sentiasa ada di sisi kita, suami takde pun xpe, sbb klu sakit, bkn boleh pass pun sakit tu kat dia, huhu, tanggung sendiri maa... dulu penah btau pkcik, ada kwm kata ada bomoh yg boleh passkan sakit bersalin kat suami, huhu, mcm nk tercabut betis suami org tu! pkcik kata, xpayahlah yang oii amik ilmu yg bkn2 tu...takut abang...hua3!

    ReplyDelete
  26. Waalaikumsalam wbt ummi :)
    emm...risau kalau2 suami dapat route pulau2 @ tempat x ada line telephone je ummi..huhuu. Tapi, Alhmdulillah..ramai masthurat di sini ambil berat.. umu tengah bina iman yakin lg ni ummi. minta doa ye..
    *er..org lelaki memang mcm tu kn ummi.. kena bg rasa gak biar lebih menjiwai pengorbanan ahlia memasing..hikhik

    ReplyDelete
  27. rumpailaut11
    k.umu jga diri,iman dan amal disana. Insya'Allah semuanya dipermudahkanNya, apa yang pentig doa bnyk2 ye.
    Jgan takut,Insya'Allah3, semuanya akan baik2 sahaja....
    tolong doakan ye.....

    ReplyDelete
  28. Salam....lupa lak tadi, tomenye anak k.idah
    first time tengok saad, tomenya.............geram betul.
    k.umu cpt2 suruh baby keluar, tak sabar nak tengok..........hi3

    ReplyDelete
  29. emm..sape ye gerangan rumpai laut ni. bagi la link..leh k.umu dtg ziarah ke tempat awak :)
    Jazakillah atas doa dan kata2 semangatnya. Sangat termotivasi..hihii..
    emm...k.umu lagi la nak suruh baby kuar lambat ckit nak tunggu Abinya tangguh dulu..huhuu.. takut la kalau baby kuar cepat :'(

    ReplyDelete
  30. salam...
    kak umu.....seronok dengar jawapan zauj kak...i loike!
    time kite resah dn sedih, kalau ada someone yang bg jawapan mcm tu, rasa hilang semua resah dan sedih yg membelenggu jiwa...

    jaga diri kak! moga dipermudahkan segalanya...rindu kat kak:)

    ReplyDelete
  31. Salam, k.umu nak bgi link ape?
    si rumpai laut nie tak de ape2 link,
    Tapi kalau link dgn Allah adelah, nak ke? Hi3
    Nie, si rumpailaut yg tinggal di dalam hutan bersama2 makhluk Allah yang lain di UUM tercinta.
    Ha kenal tak?

    ReplyDelete
  32. Antikapel,
    Aduhai..awak ni memang boleh bebenor ler dapat jodoh dengan karkun tau (aminnnnn...). Redha tahap tinggi ni. Senang suami awak nanti. x payah dengar rungutan macam suami akak..hahaa. Apepun jazakillah ye atas doanya :)

    Rumpailaut11,
    haaa..agak dah. Dulu rasanya pernah buat blog kan? k.umu pernah baca. (jgn tipuuu..cepat ngaku) Penat cari blog tu balik tau. x sangka yeeee... rupanya adinda sorang ni pun suka ziarah ke sini. hikhik..
    Jazakillah..meh la datang selaluu :D

    ReplyDelete
  33. sirumpailaut................
    saya suka sushi.....
    kemari kamoo,aku mahu kerjain...
    buat pembalut pulut masamku....
    ngeh..ngeh....
    kemarikkkk.........
    menu hari ni, 12 biji sushi n wasabe n sos oyster+tropicana twister<3

    ReplyDelete
  34. As,
    Jazakillah :)

    Adinda,
    amboi..jejaga dinda..makan sushi tu bukan elok sangat. kuman banyakkkk....g la makan nasi lauk ayam masak lomak cili api ke..baru anak nogori :p
    err..tetiba kanda mengidam nak makan jeruk buah2an kat penang sane..huhu

    ReplyDelete
  35. salam, k.umu , sirumpailaut mie betul2 takde blog, YM adalah.
    takcaye gi tanya oramg pineng tu,sirumpailaut nie berhub. dgn dia guna YMje.
    O..org tu ade hati nak makan kita,
    nie bukan rumpailaut sebarangan tau, kental, liat, tahan dr segala ancaman,Insya'allah.
    Nanti takut ada yang tercekik hi3. kan k.umu kan...kan,
    k.umu bgilah alamat e-mel

    ReplyDelete
  36. laaa...kurang asam la orang pineng ni. banyak kali k.umu minta alamat ym rumpai laut sorang ni kat dia x bagi-bagi. rupanya selalu berhubung. Lama dah tau k.umu nak main ym-ym dengan anak dara pak imam yg bertebaran seluruh alam ni. k, nanti add k.umu di..umu6point@yahoo.com.my.
    Leh kita main webcam sekali..hikhik
    *nampaknya selalu on ym la k.umu lepas ni ;D

    ReplyDelete
  37. orait...nnti kta YM ye. Teme kasih.

    ReplyDelete
  38. wah3.....sedap2 sirumpai laut tu yea!
    heippp!!dlm sebulan berapa kali awk online ym?nop
    dlm 3 bln?nop...dlm 6 bln?nop!
    so, cik rumpailaut, ym awk tu xada fungsinya.
    bkn kita bhubung msj2, call2 ke?
    karate t bru taw.hihihi
    xkire!xkire!nak mkn jugak....

    ehh, kandanya?jgn pandang sebarangan dgn sushi taw. sodap.fresh.
    xkn hari2 mkn lomak yo kot. naik sobu perut den. lg pun kito anak jawo, bukan nogoghi.
    usah auta la.hihi.xthn podeh.

    ishhh kanda, mana boleh mkn jeruk pineng. doc kata, itu akn kecutkn otak bby dlm perut.nabi pun larang mkn masam2 nih.
    keh keh keh
    :)

    ReplyDelete
  39. aahhhh...kedekut. kedekuttttt..... :p
    baby..baby..nanti jangan tiru perangai cik wowo yeee.. x mau ikram kata je laaa.. banyak la fakta dia. Yakin sangat dengan makhluk :p
    Baby nanti jangan yakin dengan makhluk tau.. Siapa bagi mudharat dan manfaat baby?.. Subahnallah..pandainya anak ummi ni..betulll.. Allah swt.. Nanti dah besar kena selalu cakap iman yakin dengan cik wowo tau! hohohooo :p

    ReplyDelete
  40. baby,baby p ckp dgn umi, :"umi betul la wowo ckp, jeruk tu kn masam, x baik utk saya, lagi pun nabi x galak mamam bnda2 masam ni. Umi ni, report dgn abi"

    :P

    xplah, nanti bby umi boleh kawan dgn bby bonda y bebas masam2 ni k.....hihihihi

    ReplyDelete
  41. semoga semuanya sihat dgn kehendak Allah swt

    ReplyDelete
  42. nak repot kat pak imam..anak dara dia yg kat peneng tu..tak sabar nak kawin....sapa bolih tolong carik kan jodoh..tak pun biar abg wan carik kan kat indonesia sana..

    ReplyDelete
  43. Dinda,
    amboi2.. x sabar nampak? Tuuu.... belajar bagi habis dulu. Fikir dah kemana entah. Gatai betul. Dapat karkun dari indon bebetul mahu??

    K.ngi,
    Pesan kat a.wan, sebelum tangguh carikan diah karkun dari Lombok :p

    Tuan Fuad,
    Allahumma amin. Jazakillah atas doanya :)

    ReplyDelete