Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Friday, October 21, 2011

InsyaAllah.. x kan hilang :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Tett...tetttt..  1 Message!

From : Abg Syg
Date : 20/10/2011
Time : 23:58 


" Biar di dunia kami di tinggal-tinggalkan, kelak di akhirat......
Abg senyum bukan sebab gelakkan syg, tp sedaya upaya hiburkan kedukaan syg. Dh la syg seharian penat masak, esok nak sambung penat lg. nak ikutkan hati memang la x sanggup nak tinggalkan syg sorang2 kat rumah. Tp abg tahu dalam kejauhan krn agama, ada banyak kebaikan Allah akan bg pada syg. At least jd asbab hidayat utk diri sendiri. Love u so much. Wat taklim dengan baby bebaik ye. Sori. mmuah..slm"


* Ayat atas yang di boldkan tu ayat perli umu tuuuu.. suami umu petik dari "Bisikan Masthurat" baris ke 5 yang umu karang ketika di zaman anak dara dan masih dalam pengajian di U. (Penghujung tahun 2009)

(err...kalau nak baca yang full, boleh tengok di bahagian paling bawah blog nie..)


Okey, mesti ramai nak tahu kenapa dan mengapa juga sebab musabab suami umu boleh hantar masej "cinta" yang sebegitu rupa di tengah malam-malam buta ni kat umu kan?? huhuuu... >__<


jom layannn...


Dengan limpah rahmat dari Allah swt, hari ini (20/10/2011 - khamis) Allah swt telah hantar jemaah 40hari dari Markaz Penanti, Penang ke Semporna, Sabah. Seramai 12 orang + 4 orang dari Lahad Datu telah sampai ke marhalah kami untuk menjalankan usaha atas iman & amal.

Dan Alhamdulillah, Allah swt pilih umu untuk nusrah taam sepanjang 3 hari jemaah berada di sini....
(waaa..selama ni paling lama nusrah 2 hari...tu pun dah sengal2 tulang. Ni 3 hari boleh pengsan!)

Makanya, hari ini seawal jam 9.30 pagi umu telah turun ke gelanggang menanak nasi dan memotong bahan-bahan masakan sementara menunggu kepulangan suami membawa pulang berekor-ekor ikan kerapu dari laut untuk di masak ikan 3 rasa!

Nasib la suami mengajar sesi petang..fuuhhh....

Dan seawal pukul 2 petang umu telah mula menyediakan bahan-bahan masakan bagi ayam masak kicap ala jawa bagi hidangan makan malam.. Turun gelanggang awal sebab pukul 3 dah start mengajar tuisyen hingga pukul 5..huhuu.. Maghrib - Isyak nak mengajar iqra' pulak. Jadinya persediaan awal adalah sangat perlu bagi suri rumah yang perasan sibuk seperti umu :p

Malamnya...dalam pukul 10 lebih.. barulah suami balik dari masjid setelah membawa jemaah jalan-jalan berjumpa ummat. Umu turun dapur lagi.... masak kuih bom atom bersama teh o panas < menu ini sangat membangkitkan selera apabila di makan bersama suami tersayang di kala musim hujan begini sambil mendengar karkuzari...heheee :D

Lepas sesi minum malam, kami menghadap internet dan suami melayan kerenah umu mencari destinasi menarik yang ada di sekitar Sabah...Kota Kinabalu terutamanya, bagi merancang percutian sebelum suami menyambut takaza 40hari akhir tahun ni.. InsyaAllah!

Tengah best2 bercerita nak pergi sana situ...Tiba-tiba pukul 11 lebih, suami memandang jam dinding dan bersuara..


"Abang nak iktikaf kat masjid malam ni"


haaaa....??? x sampai pun 2 jam hari ni suami bagi masa untuk umu, tiba-tiba nak pergi lagi...

waaaaaa.... terus automatik memuncung dan nak menangis..hukhuk. 

Walau umu buat muka seposen macam mana pun, suami rilek je kehulur kehilir di depan umu sambil mencapai bedding, bantal angin, barang mandi, kain pelikat....sarung jubah..sarung sweater...sambil tersenyum-senyum....eeeeeeeeeeee!

Umu x tolong pun sebab geram < hohoho...ibu mengandung memang beremosi sikiiittt!

Suami datang dekat..pujuk-pujuk. Umu buat keras jer < hohoho...ibu mengandung memang beremosi sikiiittt!

Bila suami dah angkat barang2 dan berjalan ke pintu.. baru lah tersedar. Bangun, hulur tangan.. tapi mulut  maintain muncung..hohoho. 
Suami sengih2! eeeeeeeeeee!

haaaa...tu yang dah sampai masjid, sebelum tidur sempat suami bagi masej "pancung" kat umu tuu... nak tahu umu balas apa???

Rahsiaaaaa...hahaaaa :p


hmmm..umu bukannya apa. Bukan x rela suami pergi khidmat dan nusrah jemaah. Jauh sekali rasa x suka bila suami nak beriktikaf dengan mereka di masjid. Mungkin tindakan umu di atas adalah tindakan luar kawal...hikhik... backup diri sendiri nih!


* Seperti yang umu kata...ibu mengandung memang beremosi sikiiittt! :p

* Bila memikirkan, esok mesti suami pergi iktikaf di masjid lagi. Hari sabtu suami dah nak sambut nisab 3 hari. Jadinya... 5 malam berturut la suami x ada kat rumah..huhuu

* Tengah best2 cerita pasal percutian, tetiba suami tamatkan secara mengejut! ishhh...

* Oleh kerana kandungan yang sudah pun masuk ke angka 8 bulan, jadinya sudah tentu tenaga yang umu curahkan sepanjang hari ini berkali ganda mendatangkan penat. Baru ingat suami akan bagi lebih perhatian malam ni kat umu. Tengok-tengok perhatian suami lebih kepada urusan agama....isk.isk


haaaa...jadinya x boleh la nak pandang serong kat umu dalam hal ni. Bukan nak kata umu dah lupa pada jazbah Bisikan Masthurat yang umu sendiri karang satu ketika dulu.... Tapi.. ada tu tapi-tapi..hikhik

Tapi.... Sebagai seorang suami, suami umu telah berjaya buat kesekian kalinya memainkan peranan mengembalikan jazbah Bisikan Masthurat tu kepada umu... :D

InsyaAllah..x kan hilang..... jika dan hanya jika suami selalu berdampingan di sisi umu di medan pengorbanan ini :)

Jazakallah abang :)


dah...dah..mau masuk tidur. Esok nak masuk gelanggang balik. Asam podeh dan lomak cili api dah bermain-main di fikiran niee...hohoho. Berjazbah sungguh umu!!

*Nak amal zikir fatimah sebelum tidur bagi mendapatkan tenaga 2 orang hamba esok...hehehee

Subahanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakhbar 34x
.
.

16 comments:

  1. Assalamualaikum mak buyung yg comel hehe,nusrah taam jgn tak nusrah ye....kalau tak dipilih keluar masturat,maka dengan iman yg lemah nie Allah telah pilih kita untuk sumbangkan tenaga untuk jemaah yg keluar....besar fadhilatnya yekan...kalau dah masuk 8 to 9 bulan,nampaknya ade berangin2....tu biasa,biarlah perhatian suami pada agama lebih,kerana kita juga sangat2 mengharapkan perhatian Allah lebih daripada suami kitakan,jaga diri..cayang Umu :)

    ReplyDelete
  2. Assalamaualaikum ummu,
    Alhamdulillah....waa...mmg sgt jazbah puan ummu kita ni...hihihiihi...slagi ada kudrat, manfaatkan yer,,,hmmm akk fhm,,,,ye la org yg kena tggal ni mmg mujahadah,,,yg meninggalkan akan masuk dlm suasana,,,tggal kita jer yg kena wujud suasana...hahahahahha...pesan kat diri sndiri ni...InsyaAllah akn jd kawan rapat dgn 4 penjuru dinding mulai esok...smoga kita sume tabah ek!Amin!

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam wbt semua :)

    Kak Marina,
    waahhh..ni yang buat umu syg dengan akak ni sebab sentiasa berada di pihak umu dan memahami hati sanubari umu..hikhik. Ke..perasaan orang sedang mengandung memang memahami perasaan orang mengandung yang lainnya?? hohoo.. Akak jaga diri dan baby bebaik gak ye. Suruh je hj salleh wat keje umah semuanya...heheee :D

    Tuan Bijen,
    Suami ke akak yang untung ni?? hohoho

    Cs,
    haa...akak betul! mujahadah yang beratnya di pihak kitakan kak. Suami di masjid dah tentunya ada suasana amal, yang kita di rumah ni... di zon selesa menghadap internet 24jam pun boleh... < ni kalau umah yg x ada TV mcm umu la..hahaa..
    Walaubagaimanapun, berkat satu fikir suami isteri..InsyaAllah, suasana amal boleh wujud di masjid mahupun rumah. Allahumma amin. :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum akak!!

    wah.. dah dekat nie.. 8 bulan..

    wah.. mesti best.. Allah bagi best.. :)..

    aritue masa jemaah qatar kuar tmpat saya, saya tak sempat nak nusrah.. akak kat taklim tue dok ajak2 saya g nusrah jemaah.. tapi atas sebab2 tertentu, kena ikram adik-beradik dulu..

    p/s: nanti dah dapat baby nak tgk tau.. waiting... :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak :)

    alhamdulillah..pengorbanan itu manis jika ia hanya kerana Allah..semoga berkekalan amin3..mari tingkatkan jazbah..hihihi

    baby dalam kandungan pun kena kuat macam ummi dia hehehe..~

    doakan saya ya kak..terima kasih heee~

    sayang kak umu! :D

    ReplyDelete
  6. sempat lagi merancang percutian masa dah mengandung 8 bulan.. silap2 nanti dapat percutian yg pakej dengan urutan spa orang sedang berpantang.. (",)

    puam umu kalau muncung mulut, kalau diikat, leh dibuat gantung hanger oo.. (saje nak mengusik orang yg sedang beremosi.. takut jugak rasanya ni.. ) (",)

    ReplyDelete
  7. Last weekend 1st Daurah pqa ikut as a married lady, and yes, as a pregnant lady.. Best je dapat privilege orang layan macam princess. Nak amam, dah ada akhwat yang masak. Teringin apa, dyorang pakat cari:')

    Tapi.. Bila baca yang kak umu tulis ni..

    Tengok perut.. Sobs.

    Terkenang cakap2 dengan suami through video-cam je.. Sobs.

    Terkenang buat long distance ta'lim Jordan- Indonesia.. Sobs.

    Terkenang letak head phone dekat perut bagi baby dengar suara Abi cakap2 n baca Quran.. Sobs.

    Untung isteri2 yang suami ada dekat sisi......

    Sobs.

    ReplyDelete
  8. tgh berbahagialh ni kan, moga bahagia selamanya....

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam wbt kepada yg memberi salam :)

    Salwa,
    Wah..jemaah masthurat dr qatar ye Salwa? bestnya.. x pernah lg nusrah jemaah arab. Moga Allah swt pilih akak nusrah jemaah setiap penjuru dunia..amin. hmm..due dah dekat..makin berdebar pulak. Minta doa..moga Allah beri kesihatan yg baik pada akak n baby ye :)

    Baya,
    err..bila baya nak masuk medan pengorbanan ni gak? baru ada feel bila baca karkuzari akak..hehee.. akak nak doa cepat2 bleh kan?
    Syg baya Lillahi Taala juga :)

    ReplyDelete
  10. Tuan Fuad,
    haiih..jangan doa mcm tu. rasa ngeri pulak bersalin time holiday..huhu. emm.. ayat muncung & hanger tu sinonim sungguh di gunakan oleh kaum lelaki yeee...issskkk.

    Pqa,
    iye..betul tu. Sepanjang pregnant.. 2 kali akak sempat khuruj masthurat. MasyaAllah.. masthurat2 sgt protective & kuat ikram kita. Terasa sungguh di sayangi dan di manjakan kan?hehee
    aihh..bila fikir situasi pqa, rasa bertapa akak jauuuhhh lebih beruntung dr pqa sebab masih dapat berdampingan dengan suami dalam keadaan kita mengandung anak pertama ni.
    IsyaAllah, pengorbanan yg kalian lakukan untuk agama sekarang pasti Allah swt pandang.. Sabar ye pqa syg :)
    Jazakillah mengingatkan akak :D

    Cikgu Norsha,
    Allahumma amin. Jazakillah cikgu atas doanya :)

    ReplyDelete
  11. Salam, Pakcik Alhamdulillah, 4 pasang dari Jitra dan sepasang lagi dari Bintulu menjadi lima pasang semuanya Insyaallah akan keluar 2 bulan masturat negara jauh selama 2 bulan bermula 18 nov ini dan telah diputus route nya oleh Nizamudin ke Melbourne dan Sydney Australia. Umu doa kan semoga kami berlima pasang diterimaallah untuk keluar ke sana, sbb doa orang mengandung hampir dengan allah

    ReplyDelete
  12. Waalaikumsalam wbt tuan musa,

    Alhamdulillah.. sukanya umu dengar bila orang lama dlm usha sentiasa ada azam menyambut takaza bila sampai nisabnya. Moga Allah pilih umu dan suami seperti mana Allah pilih tuan dan ahlia menyambut takaza hingga ke hujung2 dunia. amin.. Baru2 ni juga cikgu umu di Gemas ada msg suami yg beliau dan ahlia akan turut khuruj 2bln di Perth Australia.
    Subahanallah.. moga Allah swt terima pengorbanan seluruh daie & daieyah yg bertebaran di seluruh alam semata2 kerana agamaNya. Allahumma amin :)

    Mohon doakan kami juga ye tuan :)

    ReplyDelete
  13. mak ai,tarikh msg tu same ngan bfday ateh,,:),,,,
    insyaAllah,,,moga Allah beri kite kefahaman agama yg sungguh2,moga kite kuat dlm medan perjuangan ini,,,
    rahsia la sngt,,,:),,,padahal balas mst lg romantik n berpuitis,,:p

    ReplyDelete
  14. Tuab Abu Zarim,
    iye..akak baru tahu semalam befday ateh :)
    Barakallah fikum. Moga, Allah swt mengurniakan kebaikan dunia wa akhirah buat ateh. Allahumma amin :) Maaf ye.. lambat sampai wishnye..hehe.
    emm..pandai aje budak kecik ni nak meneka.. hal2 orang dah kawin, orang x kawin mana tahu :P

    ReplyDelete