Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Saturday, September 24, 2011

Nisab & Nusrah di bulan Syawal :D

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, umu dan suami selamat tangguh dari khuruj masthurat selama 3 hari (masthurat halakah darat),  ahad malam yang lalu :)

Kesibukan menerima tetamu dan menjadi tetamu di sepanjang bulan syawal tidak menjadi batu penghalang buat rakan masthurat yang lain juga menyambut takaza apabila sampai nisab. Alhamdulillah :)

ermm..walaupun agak kelam kabut menyediakan rumah untuk bayan hidayat dan pada masa yang sama umu juga perlu bersiap untuk turut khuruj, namun kerana kasih sayang Allah swt, segala urusan berjalan lancar. Alhamdulillah lagi dan lagi :)

Bagaimana menyambut raya buat pertama kali di rumah mertua?

Kepelikan sedikit bagi umu kerana mungkin budaya sambutan perayaan di Pahang dan Negeri Sembilan yang agak berbeza :D

err...ke asbab jumlah isi rumah di kedua belah keluarga yang berbeza?huhuu.. (Belah suami adik beradik 4orang dan belah umu 14orang. kan jauuuuhhhh beza tu?)

Lelagi suami anak sulung dan hanya umu sahaja ahli keluarga baru sebagai pertambahan. Tapi di n.9, kebesaran keluarga belah umu sesangat terasa dengan kehadirian anak-anak semut dan abang2 serta kakak2 ipar yang ramai..heheee.

Tu kutt yang umu rasa berbeza. err...dan lagi kan, kalau belah pihak umu... pepagi raya lagi x kira yang kecil hingga atuk janggutnya akan melaram dengan baju baru walaupun program ziarah bermula petang. (Kes sesi tangkap gambar ni..hihi) 

Tetapi belah suami, nak berjalan nanti baru tukar baju baru. Tu yang di pagi raya, buat pertama-tama kalinya dalam hidup selepas mandi sunat hari raya umu memakai baju biasa. (sogan den nak melaram baju raya sesorang..hohoho)

 Pagi 1 syawal > ketika hendak memulakan sesi ziarah ke rumah kekawan suami :)
Saja tangkap gambar nyorok belakang suami bagi menutup pengembangan badan yang semakin menjadi2 ketika kandungan memasuki 7bulan..heheee


Alhamdulilah juga, majlis walimah yang diadakan pada raya ke 5 berjalan lancar. Jazakumullah buat umma ali sekeluarga yang sudi memenuhi jemputan kami :)

Yang baju batik tu suami umma ali :)


Yang si tudung peach tu orang kuat majlis :p


Dan beberapa hari lepas, Allah swt pilih umu dan 2 kakak masthurat halakah darat untuk sama-sama turun nusrah masthurat halakah laut yang sedang khuruj 3 hari pula.

MasyaAllah, tidaklah pernah umu membayangkan untuk khuruj di kawasan rumah yang penuh mujahadah seperti ini.... (Dan Allah swt pula masih tidak hantar umu ke tempat2 seperti ini untuk khuruj).

Sebenarnya bukan perkampungan ini umu nusrah. Yg ni ambil gambar dari hp suami.
Tapi ala-ala macam ni la rupanya cuma perkampungan umu pergi nusrah tu jambatan kayunya lagi genting dan jejarang. Seram betul!


Dan oleh kerana yang umu pergi nusrah ini jemaah halakah laut makanya mereka menggunakan fully Suluk language. huhuu.. Jangan beranggapan umu tahu bahasa ini ye...

Oleh kerana yakin Allah yang bagi faham dan bukannya bahasa, Alhamdulillah.. masa mereka buat 6points, Allah bagi umu faham..hehee. Baby dalam perut pun faham sama..menendang x henti-henti sepanjang program. Gembira sungguh agaknya bila rumah tu bergoyang-goyang bila ada yang berjalan di dalamnya > serammmm umu!

Habis program, sorang kakak yang nusrah sama tanya..

"Umu faham ke?"

"Alhamdulillah. Allah bagi faham. Kan dia ada campur2 english dan melayu sikit.heheee. Akak faham ke?"

"Akak faham."

"Laa..akak faham ke? Patut la sebelum mula 6points tadi Hajah Sandra tu minta maaf dulu x dapat bagi dalam bahasa melayu. Rupanya dia mention kat umu sorang eh?"

"Ye la. Akak kan orang sungai tapi boleh faham bahasa suluk"

hmmm....sabar je la. Tapi khusyuk juga umu mendengar. Lelagi memandang wajah orang yang beri 6points tu... Ada nurrrr.. :D

err...dan yang buat umu terkejut tu, habis je 6points dia bangun dan datang ke arah umu..

mmmuuahh! satu ciuman singgah antara bibir dan pipi dari atas. waaaa....hajah tu selamba je pegang kepala umu dan memberi kucupan keibuannya pada umu...huhuuu

Dan selepas itu bersambung bayan lelaki pulak.. naahhh yang ni umu surrender terus sebab 100% Suluk language.. Tapi usaha juga la dengar dengan tawajuh. Dan baby dalam perut lagi kuat menendang mungkin sebab dia pun sesama x faham..hohoho..

Walaubagaimanapun, ini satu pengalaman baru buat umu dalam usaha masthurat ni. Lain kali nak usaha pergi taklim masthurat mingguan bagi halakah laut laaa.... Untung2 dengan izin Allah, lelama umu boleh pakar  bahasa suluk ni...hikhik...

Allahumma amin.
.

21 comments:

  1. wah, best3.

    oooo, situdung peach,
    rajin eh.

    teringin nak ke sana bila sebut2 pasal sabah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum umu,
    apa khabar? hrp sihat2 saja..akk tgk umu masih comel mcm biasa jer...xpe..preggy woman cute aper...menarik sgguh cite umu ttang nusrah tu..Allah bg peluang umu utk belajar byk bahasa InsyaAllah~ ya betul..Allah bg faham kan?

    ReplyDelete
  3. Takmo sorok kita pregnant kak umu~
    Woman is at her best beauty when she's pregnant:)

    ReplyDelete
  4. Salam
    Bahasa suluk tu bahasa apa eh kak umu? Org apa tu?

    ReplyDelete
  5. salam'alaik...

    hehe...best2...nak itot...hih

    saya pun x paham bahasa suluk kak..err..tapi bolehlah sikit2..ada rumet orang suluk,jiran pun orang suluk..heeee~

    kim salam kat baby dalam perut tau..weee..nanti dah lahir boleh makcik baya dukung dia..hehe~

    ReplyDelete
  6. Tuan Ibn Mutalib,
    amboih..punya la panjang cerita akak, yg si tudung peach tu jugak di highlightkan? hmmmm....

    Cikgu Su,
    Waalaikumsalam wbt kak :)..hehee..ni yg makin mengembang ni bila akak kata umu masih maintain comei..Allahummazik fazik :D
    InsyaAllah, ada la hikmahnya Allah atr umu duk di tempat org ni :D

    ReplyDelete
  7. Pqa,
    aik cik adik sorang ni..mesti ramai puji makin berseri sejak pregnant kan? InsyaAllah, cantik ibu mengandung ni lain macam sikit..hikhik

    Anak ayah,
    Bahasa suluk ni bahasa bagi kaum Bajau. ada patah perkataannya yang seakan2 bahasa melayu. jd bila mereka bercakap, jika kita dengar betul2, InsyaAllah boleh faham. contoh: merayu-rayu = melayuk-layuk..heee

    ReplyDelete
  8. Baya,
    ehh...suluk tu bahasa ke kaum ye baya? ni yg wat akak confuse ni.. sebab kebanyakan orang Bajau di sini boleh berbahasa suluk. Tu yang akak ingat suluk tu bahasa bagi kaum Bajau. Nanti suami akak balik malam markaz akak recheck..hikhik

    emm..nak tunggu mak cik baya dukung, alamatnya baby dah besar la baru leh merasa. akak di sabah, baya di semenanjung. Bila akak balik sana, baya pulak balik sini..huhuuu

    ReplyDelete
  9. da setahun tak balik sabah....
    alhamdulillah usaha da makin maju ye disana.....
    moga akak terus istiqamah ok...

    doakan saya sekali....

    ReplyDelete
  10. Assalam buat usaha agama memang seronok dan menyeronokkan sebab allah suka dan gembira terhadap hambanya yang buat pengorbanan. Kita sendiri pun berasa seronokjika dapat keluar apalagi memenuhi nisab juga dapat nusroh walaupun bahasa lidahnya tidak sama tetapi bahasa hatinya sama iaitu Lailahaillalah muhammadarrasululah

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum

    seronok dgr cerita akak..

    ustaz sy ckp wanita akn kelihatan lbh brseri2 bila

    i) bila pakai tudung tutup aurat
    ii)bila pregnant
    iii)alamak..yg ketiga sy lupa..klu ingt sy share..hehe:-)

    salam sayang wat akak comel:-)

    ReplyDelete
  12. Egg Head,
    Lamanya tu merantau.. agak2 bila nak balik sabah? ke hati dah terpaut di semenanjung? InsyaAllah, sama2 kita mendoakan yang terbaik untuk ummat :)

    Tuan Musa,
    Waalaikumsalam wbt tuan :). Benar, sedangkan kita yang baru belajar2 buat pengorbanan ni dah rasa seronok, apatah lagi para sahabat dan sahabiah r.hu. "keseronokan" mereka hingga tahap korban seluruh harta dan nyawa. Moga Allah pilih kita seluruh keturunan. amin.

    Azlen,
    Waalaikumslaam wbt leen :). Amboi.. pandai sungguh ustaz leen pancing student dia ye supaya tutup aurat dengan sempurna dan segerakan pernikahan lalu melahirkan zuriat yang ramai..hehee. nanti dah ingat point lg 1, update balik komen di sini ye. Buat akak tertanya2 pulak.. :D
    Salam syg buat leen juga!

    ReplyDelete
  13. yup,mak ayah dah naik risau....anak nya pg merantau....4 bulan senyap membisu....tanpa kabar dan berita..hanya doa mampu d kirim kan....anak yg selalu wat masalah...cuma nak berubah...untuk jadi anak soleh...adei...andainya mereka mengerti kan baik...hehehehe...mcm bersyair pulakan..

    ReplyDelete
  14. Si tudung peach!
    Si tudung peach!

    Hak hak!

    ReplyDelete
  15. puan umu jangan tak tau..
    si tudung peach tu sahabat baik tuan bijen.. (",)

    Berseri2 ibu mengandung di hari raya ye...
    Baby dalam perut dapat duit raya tak??
    Kalau tak dapat, saya nak jadi orang pertama yg bagi duit raya kat baby dalam perut tu.. hehe.. (",)

    ReplyDelete
  16. Egg Head,
    hmm...ikram orang tua itu lebih utama. Cari lah masa untuk pulang ziarah mereka. Banyak ikram insyaAllah, Allah swt yang akan bagi mereka faham. Banyak doa ye :)

    Tuan Bijen,
    err...ni sihat ke x sihat ni? hisshh..ke dah sampai tahap wajib kawen niee? Moga Allah swt banyak2 permudahkan urusan tuan yang satu ni. ALLAHUMMA AMEN :D

    Tuan Fuad Ansari,
    err..nak ngaku baby x dapat lagi duit raya boleh x? hoho.. Best pulak, baby x keluar lagi dah dapat duit raya banyak.. Boleh la tuan jadi orang ke 2 yang bagi :D

    ReplyDelete
  17. Ha ha ha.
    Sajelah.
    Kan dia dah lari mengembara jejauh.
    Ni suara memanggil-manggil dialah.
    :D

    ReplyDelete
  18. err..x leh..x leh!
    mana boleh panggil anak dara orang sesuka ati! ada yg nak kena zihin sampai pagi ni. Dah2, g jaga amal elok2..heh! :p

    ReplyDelete
  19. huhuhuhu,,,,kak mard ek,,,:),,,,
    best2,,,,raya smbil mnyorok,,kuang3,,,,
    mampu gak jg nisab time syawal ek,,:)terbaik2,,,tres bien,,,doakan sy kat sini,,:)....
    sy pon nk bg duit raya kat baby la,,^^
    ,,moga Allah pilih sy n bakal zaujah utk sme2 teruskan fikir risau ni,,,:)

    ReplyDelete
  20. Allahumma amin :)
    Moga Allah percepat dan permudahkan urusan jodohnya ye abu zarim.. (ni kalau mak ayah tuan baca ni bulat mata diorang > x habis belajar lg..x kuar ipb lg, dh berangan2 nak kejar masthurat..hahaa).
    k.. prendre soin :)

    ReplyDelete
  21. Salam. Raya ni kan umu call akak bgtau nak dtg rumah tp akak kat klate. Sori yer, x dpt jumpa umu. InsyaALLAH klu pjg umur raya tahun ni kita jumpa. Akak mungkin beraya kat Lakum....

    ReplyDelete