Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Friday, August 12, 2011

'Si Posmen' juadah berBuka ;p

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah wa syukurillah :)
Dapat juga umu mengucapkan...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 

buat teman-teman seusaha di blog :). err...x kira lewatkan walaupun dah masuk hari ke 12?heheee..

Bagaimana iman&amal anda sepanjang Ramadhan ni? Ada rasa kelainan x dengan bulan-bulan sebelum ni? Mesti adakan? Rasa nak beribadat lama-lama. Baca Quran macam x mahu berhenti. Solat nak sambung-menyambung je rakaatnya.. Rasa macam tu x? Ke ada yang terover dose berpuasa sampai sayang nak berbuka? hohohoo... :D

Sememangnya banyak fadhilat yang boleh kita temui (jika di renung dan fikirkan) dan boleh kita perolehi (jika kita usahakan) sepanjang kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat ni.

Sebagai contoh, pada bulan inilah tanpa rasa segan dan silu kita dapat mengeratkan hubungan kejiranan kita. Dengan cara? Berkongsi atau bertukar juadah berbuka..hehee..

Teringat Ramadhan tahun lepas ketika umu masih belum menjadi ahlia orang dan bakal menjadi tunangan orang (raya ke 5 bertunang..hoho), umu duduk berkhidmat di rumah kakak di Banting. 

Oleh kerana, rumah kakak jenis taman perumahan dan kedudukannya dikelilingi ramai jiran makanya... Juadah berbuka dari dapur kakak akan di hantar dalam 4-5 buah rumah. 
Memang best je time tuu... berbalas juadah!

Tapi yang x bestnye...

Umu pulak yang kena jadi posmen..heh. Kalau duduk di kampung (rumah abah), nescaya kebarangkalian umu menjadi posmen menghantar juadah berbuka di rumah jiran adalah sangat rendah @ langsung tidak ada.

sebab apa?

Sebab bawah umu masih ada 6 orang adik lagi yang boleh di arah dan di pergunakan. hahahaa

Tapi memandangkan di rumah kakak, nak mengharapkan anak-anak buah yang jadi posmen.. rasa x bertimbangrasa pulak lelagi bila memikirkan untuk sampai ke rumah jiran harus melintas jalan dan ada yang  harus melangkah longkang. 

Karang ada yang x lepas langkah longkang....kan tragis tuu..huhuu. Setakat mereka jadi pengapit umu boleh la.. x ada la malu sangat umu jadi posmen sorang-sorang.. :p

Alhamdulillah, tradisi menghantar juadah ke rumah jiran yang di warisi dari rumah abah dan kakak masih umu teruskan walaupun duduk di Sabah ni.. :)

Dan cuba teka siapa pulak yang kena jadi posmen Ramadhan kali ini?

Yesss...betul! Mesti la suami...hohohoo < mangsa keadaan. x ada anak lagi untuk di suruh-suruh :p

Kadangkala, bukan sahaja umu bertukar juadah dengan jiran, tetapi juga dengan anak-anak iqra' yang datang mengaji selepas berbuka. Siap ada bawa mangkuk tingkat lagi... Pening juga umu nak membalas memenuhkan mangkuk-mangkuk tingkat tuuu....uhukk!

Jom layannn.....


 Umu cuma beri sepinggan kecil kek coklat dan keesokannya pinggan umu di balas muffin dan 2 juadah lain dalam magkuk tingkat tuu...

 Adat melayu hantaran perlu di balaskan...

Aduhai, juadah berbuka dan kuih muih umu sudah habis jadinya umu balas buah-buahan di atas. Syukur la bebudak tu sangat suka buah limau..heheheee :D

Ada yang umu beri kuih apam pisang jeee..


Tetapi di balas dengan NASI BERIANI GAM... aduhaiii lagi..
 jadinya keesokan hari, kena masak yang istimewa juga untuk mengisi pinggan mangkuknya...

 Susah payah umu masak Nasi Ayam Madu untuk membalas tau...


Dan terus di balas balik dengan mee goreng. 
Banyak betul udang dan ayam di dalamnya.. 

Tetau la udang-udang kat sini segar dan besar.. 
 
Jadinya..nak x nak, mahu tak mahu.. walau berdua je makan.. kena juga umu masak dan merajinkan diri ke dapur mencuba pelbagai resepi sepanjang Ramadhan ni. Ini kerana setiap hari ada sahaja juadah dari jiran yang sampai ke rumah dan sebagai pengikat silaturrahim.. haruslah umu membalasnya dengan air tangan sendiri, X kan nak bagi juadah yang di beli kuttt.. iskk iskkk..
 
Jom layan apa yang sepanjang tahun ini atau sepanjang hidup umu resepi yang umu x pernah masak.. sudah umu masak dan selamat sampai ke rumah jiran...hehheee :D

 Tepung pelita. 
Buat dalam mangkuk-mangkuk kecil jee... 
Bawah baru alas daun pisang...hik

 Laksa. 
First time sepenuhnya buat sendiri. 
Kalau x selama ini (sebelum khawin) umu jadi tukang pengasing isi dan tulang ikan jeee...

 Lepat Pisang. 
Pepisang yang banyak di Semporna.
Selalu jadi bahan experiment umu buat kek dan apam kukus..hoho
Kali ni buat lepat pulak.

 Bakso
haa...berbola daging yang timbul-timbul tu hadiah dari sorang kakak masthurat yang baru umu kenal. Suami bawa umu ziarah kakak ni kerana sekarang suaminya khuruj di Samarinda, Indonesia. Siap umu bermalam di rumahnya dan suami pula ke malam markaz. 
Suami isteri ini buka perusahaan bebola daging di Merotai, Tawau. 
Jazakillah Ahlia Nizam. Sedap bebola daging akak :) 
InsyaAllah, x lama lagi dah ada brand sendiri kan kak. amiinnn.



Mee Kari :)
Kekerang kat sini sangat besar sampai umu dan suami seram nak makan.
Terus di rebus dan isinya di masak mee kari.
Tapi..tetap seram nak makan jugak sebab isi-isinya besar dan liat..huhuu

Dahh..dah tu cukup kalian menjamu mata. Karang ada yang kurang pahala tengok makanan lelama..hahaa.  Walau apapun. Jazakumullah buat saudara seislam di sini yang menjadikan Ramadhan umu tetap meriah walaupun berada di perantauan..hehe.
 
Rasa tiada beza je menyambut puasa antara Semenajung dan Sabah.
Tapi kalau Raya....waaaa.. tetap kena balik Semenanjung. Banyak beza tuuu..

Jadi apa lagi...
Ayuh.. jangan berlengah.. jangan menangguhkan masa mengikat silaturrahim dengan kejiranan anda.
Sesungguhnya langkah kita menghulurkan juadah berbuka kepada jiran dengan ikhlas, InsyaAllah mampu memecahkan tembok prasangka yang terbina sekian lama...
err..lelagi kitakan masthurat yang digeruni jiran sekeliling kerana berpurdah..
hikhikhik :D
.

10 comments:

  1. wah,sedap tengok juadah dlm picture nie,betul tu,rasa saya masyarakat memandang satu stigma terhadap mereka yg berpurdah ini,apatah lagi,kerna kebiasaanya hanya di rumah..langkah untuk beri juadah antara satu sama lain tu memnag wajar dan tepat...

    nasihat ulam kita,
    beri salam,beri hadiah...
    ikram paling besar,beri pada org yg x pernah beri apa pd kita...

    doakan sy,azam khidmat 10 hari sri petaling minggu depan..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum umu,wah bestnya karkuzari ikram jiran2 ek,akak last year,raye dikuching,first time,memang camtulah umu,hidup diperantauan,kena berbaik2 dengan jiran2,akak pun cam umu juga,macam2 dibuat untuk ambil hati jiran,apatah lagi kita2 nie yang berpurdah,ade satu petua yang akak amalkan bila hidup diperantauan nie,kalau hujung minggu akak akan jemput jiran2 sarapan dirumah,ataupun akak akak buat soto,nasi lemak bungkus daun pisang,atau apa2lah bukan dibulan ramadhan je,tradisi mesti diamalkan bila2pun,dah akak akan bungkus ikut jemaah dalam rumah tu,bukan apa supaya mereka tak berebut2,apatah lagi masakan orang semenanjung nie memang diaorang sukaaa sesangat...satu lagi taktik akak supaya diaorang tak susah hati nak membalas,akak akan bungkus dalam plastik,(macam jual kat kedailah pulak hehehe),kekadang tu sampai dapat tempahan memasak,tapi akak tak larat...tapi disebabkan nak ikram jiran2 buat jugak hik!hik!:),n akhirnya akak telah menjadi penjual rempah soto,n rempah mee bandung...modal pun tak besar,sebab disarawak takde rempah soto n rempah mee bandung...lastly..raye tahun nie buat pertama kali kami raya disemenanjung alhamdulilah,kata emak selagi emak ade baliklah....tiket free pun ade,n tiket murah dah ade...pandai jugak mak2 niekan ish!ish!:)

    ReplyDelete
  3. erm,,hani kat sini banyak jugak buat juadah2 yg best2 dalam otak nihh... =p <--keh3! byak buat idea je sebenarnye..hoho..teringinnnn sgt2 nk pelbagaikan masakan tp hmm...sini bahannye tak mcm kat msia..nak ape sume ade..

    kak umu macam mana ramadhan ni??stakat ni penuh tak..rabbuna yuqawwik kak ;)

    ReplyDelete
  4. puan ummu kena beraya kat Sabah la kot.. baby kat perut kata dia pening kepala kalau naik flight.. mau jugak tempat lahir baby tu "di atas laut china selatan".. kan dah pening cikgunya nanti.. (jgn amik hati erk..) (",)

    selamat berpuasa.. dapat puasa penuh kan?? bila dijangka deliver baby??

    ReplyDelete
  5. salam umu,
    best tu...mmg la seronok dpt ikram jiran2 kan? akk stakat ni ikram parents dulu...nnt bila dh stat cuti, InsyaAlah leh men posmen2 ni...seronok2....lgpun 'posmen' akk outstesen skrg ni...nxt wik br balik...

    ReplyDelete
  6. Tuan Fuad Pendang,
    Alhamdulillah.. bg akak, x adalah kekok sangat nak memulakan bagi juadah ni sebab kalau bukan bulan Ramadhan pun memang dah jadikan kebiasaan menghantar juadah ke rumah jiran.

    Benar syor ulama tu, saling memberi hadiah ini dapat membuatkan kita lebih berkasih sayang.. :)


    Kak Marina,
    Waalaikumslam wbt kak.. wahh..umu dengar karkuzari akak pun rasa kagum je. Umu x dapat la buat macam tu.. x cukup pinggan mangkuk lagi nak buat makan2 di rumah..hikhik. Orang baru memulakan hidup berumahtangga katakan :)

    emm..banyak ni umu kena belajar lagi dengan akak bab nak ikram jiran2. Akak buat la entry khas berkenaan perkara ni..bolehkan?hehe.. Penting buat masthurat2 lain untuk tahu caranya sebab kebanyakan kita2 ni mengalami masalah yang sama tapi tidak ambil berat...huhuu

    InsyaAllah, selagi kami tinggal di Sabah ini, akan kami sedaya upaya balik beraya di Semenanjung.. Sedih sangat tu nak kena beraya di sini..hihii. bila flight akak?

    ReplyDelete
  7. Hani sayang,
    wahh.. cabaran buat Hani Ramadhan kali ini. Dah la first time Ramadhan sebagai ahlia orang, suami pulak tak ada di sisi..huhuu.
    emm.. Hani masak untuk sorang2 je kan kat rumah tu? eh x.. berdua termasuk baby dalam perut...hihii :)

    Akak kat sabah ni pun banyak bahan yang x sama dengan semenanjung. Jadi akak bantai je.. Allah bagi sedapkan..hikhik.
    Alhamdulillah..penuhhh puasa akak setakat ni..
    Jazakillah Hani :)


    Tuan fuad,
    Owhh..tidak. InsyaAllah kami beraya di Semenanjung. Terlalu awal baby nak keluar melihat dunia buat masa sekarang :p
    InsyaAllah, moga puasa tahun ni penuh.. err..tuan boleh tengok di kanan skrin. ada tercatat di sana bila baby nak keluar. Mohon doanya..

    ReplyDelete
  8. Cikgu Sue,
    aik... posmen pn g outstation ye kak? nampaknya akak la yg kena jadi posmen dulu..hehe. emm..nanti akak buat entry apa yg akak pos tu..umu nak tiru..
    err...tiru bab yg ni x pe kan cikgu.. yg x lehnya tiru time peksakan..hoho :D

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..

    hihi. salam ramadhan kak.. (^o^) hohoho..

    dan

    SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE 25..MAY ALLAH BLESS YOU KAK UMU, INSHAALLAH..ALWAYS! :D

    akak memang berbakat dalam masak2, suka3.. :)

    nanti kalau jumpa nak makan masakan kak umu..yummy.. :9

    semoga bayi dalam kandungan kak umu jadi daie/ah yang soleh/solehah..inshaAllah amin..

    selamat berbahagia ^^,

    ReplyDelete
  10. Waalaikumsalam wbt baya :)

    Jazakillah atas ucapan dan doanya :)

    Semoga Allah swt kabulkan.. Allahumma amin..
    Selamat berbahagia juga buat Baya..hehee

    ReplyDelete