Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Wednesday, August 24, 2011

Semoga segalanya di Permudahkan Allah swt :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Ramadhan sudah masuk hari ke 24. InsyaAllah, 27 haribulan ni (hari sabtu) umu dan suami akan bertolak balik ke Semenanjung bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga tercinta.. :)

Pemberitahuan di sini juga, pada hari raya ke 5 nanti, keluarga sebelah umu akan mengadakan kenduri bagi walimah adik di bawah umu.. iaitu Umu Animah dan pasangannya. < amboi abah, baru tahun lepas sambut menantu sekali 3. Tahun ni x sempat2 rehat lagi sudah menambah ahli keluarga lagi..hikhik

Dan kami yang 3 orang pegantin baru tahun lepas.. raya kali ini sudah pula.. Alhamdulillah, bergelar "mak-mak buyung"..huhuu. Sungguh cepat masa berjalan. Dan beberapa bulan lagi, kami bertiga akan bergelar ummi InsyaAllah. Sudah tentu bertambah-tambah meriah family besar abah kerana tahun ini sahaja lahir 6 cucu sekaligus... Sungguh produktif. hohoooo :)

err...dan, selepas sahaja selesai walimah kali ini, mungkin abah patut mula memikirkan jodoh bagi adinda mardhiah pula.. kerana sudah sampai gilirannya dan pada fikiran umu, adinda yang sorang ini juga sudah tidak sabar menjadi pembantu daie walaupun hakikatnya dia x habis lagi belajar...hahaaa :p

- ngumpat diah di sini sebab dia sekarang sibuk buat persiapan di kampung dan x ada masa nak membelek blog..hehee -

hmm... Sudah menjadi trend pula, sebaik sahaja gred di U.. anak-anak perempuan abah akan terus "disambar". Sekarang, yang masih belajar di U ada 3 orang. Mungkin mereka kelak akan berkahwin sekali 3 orang seperti mana umu dan kakak2... Mengulang sejarah pegantin 3..hohoo <  mudah tanggungjawab abah umu :D

Owh dan iya.. Jazakumullah kepada teman-teman yang mendoakan kebaikan yang banyak buat buat umu sama ada di blog, sms dan facebook sempena hari lahir umu pada 22 Ogos lepas bersamaan 22 Ramadhan :)

Moga kebaikan dari Allah swt yang berkekalan buat anda jua :)

Jika hari-hari biasa selalu juga kami ke sini tetapi untuk hari lahir umu beri kelainan sedikit
kerana kami datang untuk berbuka puasa :)


Kek blueberry yang sedap. Umu sangat sukaaa :)

Jazakallah jua pada suami yang bersungguh menjadikan sambutan hari lahir umu sebagai ahlianya buat kali pertama begitu istimewa. errr... walaupun hakikatnya.. tempat sambutan, kek dan hadiah hari lahir umu, semuanya umu yang perlu membuat keputusan sendiri. Suami cuma beri pilihan je...heheeee

makanya tiadalah surprise di situ.. :p

Walaubagaimanapun.. ia tetap istimewa. Jazakallah abang!

Sebelum terbang balik ke semenanjung, perlu beberapa perkara umu selesaikan.. antaranya..


Si kecil berdua ni..

X boleh la nak bawa naik belon sama. Kena tinggalkan. Agak-agaknya siapa la yang menjadi "mangsa" umu menjaga si kecil ni selama 10 hari..hikhik
Owhh...lupa umu nak kenalkan siapa ahli rumah baru kami yang comel ni...

Allo.. je m'appelle Bebeg


et moi Momoi :)
-penat umu ajar diorang bahasa Perancis tau-


Walaupun umu yang bersungguh nak membela kekura ni tapi yang paling kerap membelek dan bermain dengan si bebeg dan momoi ni suami lerr..huhuu

Kenapa namanya Bebeg dan Momoi? satu besar dan satu kecil. Yang big jadi Bebeg. Yang small jadi momoi...hahaa. comelkan?

Dan juga.. agaknya, siapa pula yang akan menjaga tanaman sayuran umu ni...hmmmmm


Perlu di siram. kalau x dengan izin Allah, leh mati ni 10 hari x dapat air.
Macam manusia juga, siapa yang x berzikir ibarat mati di sisi Allah swt..huhuu


err..suami syor agar umu "mempergunakan" anak murid iqra' umu untuk menyiramnya sepeninggalan kami nanti. hmm.. ok gak idea tu..hihi. nanti bagi upah :)

Okey la...umu nak masuk dapur dulu. Mahu nusrah jemaah 10hari berbuka dan bersahur. Syukur la bekerja dari dalam rumah, sambil mengajar tuisyen boleh lari2 ke dapur bersilat dengan periuk belanga..haha

Moto : "siap sedia untuk berkhidmat bebila masa dan di mana jua"
 
  Selalu juga di bulan puasa sambil mengupas bebawang dan menggentel doh kuih muih, sambil umu memantau anak-anak tuisyen ni buat latihan. Bestkan? 2 in 1. heee.

Dan untuk nusrah kali ini umu x perlu tergesa-gesa sangat sebab sebelum suami g mengajar tadi dah ikram umu kupas bebawang dan bahan2 masak ayam lomak cili api di campur pucuk paku.
Suka benar orang2 sabah ni makan masak lomak.. Paling kerap umu masak untuk nusrah kalau tidak lomak cili api mesti 3 rasa.. < Permintaan tertinggi. 

Moto di atas tu valid jika dan hanya jika apabila suami masih mengekalkan prestasi meringankan tulang membantu umu...kuang..kuang.. ;p

k lah..nak menebar roti jala lagi ni sebagai menu tambahan. 

Di kesempatan ini...

Umu dan bagi pihak suami juga... ingin memohon maaf andai kiranya sepanjang kami berblog, ada perkara sensitif, terkasar atau apa-apa sahaja yang kami lakukan tanpa sengaja, telah mengguris hati sanubari pengunjung blog...

Mohon di halalkan ilmu dan segala perkongsian di blog2 anda ye :)

-Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri-
maaf zahir dan batin

Dari: 
Umu Anisah Mohd Nor
umu6point.blogspot.com
.

37 comments:

  1. Assalammualaikum akak..

    seronoknya baca nukilan akak..

    kura2 tu comel..nmnye pun comel..;-)

    Salam adilfitri..maaf zahir & batin.

    SALAM UKHUWWAH DARI SELATAN TANAH AIR.

    ReplyDelete
  2. bolehlah husna singgah gemas kutip duit raya.. (gurau2 je)..

    mohon maaf jugak andai ada tersilap kata, terkasar bahasa dan tersinggung rasa... slmt hari raya... moga selamat sampai di semenanjung ye.. oghang gomeh dah memanggil2 dah tu.. (",)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wbt kak..

    waa.. saya suka kura-kura.. kura2 saya hanyut.. sedih22... (T_T)

    selamat hari raya kak.. hati2 balik nanti... jaga diri.. :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum umu,
    hmmm umu, cumilllll sgt bebeg n momoi tu...akk teringin jg membela sesuatu yg hidup spt haiwan n tumbuhan...tp xsggup kehilangan....nnnt sedihhhhh sgtttt2222...hihihi...

    umu, minta maaf salah silap akk selama perkenalan maya kita ini. smoga umu, suami n bibi sentiasa dlm lindungan n rahmat Allah. Selamat memburu malam Alqadr...n Salam Aidifitri dr akak n suami!

    ReplyDelete
  5. salam.

    teringat kura2 saya kat dlm tong tu. 10 taun lepas besar kura2 dlm gambar tu la. memang benar begitu cepat masa berlalu. isk3.

    semoga berbahagia selalu.

    ReplyDelete
  6. ramai ny puteri dlm keluarga kak umu,,,boleh la kenalkan kat sy,,,,:p,,,,sje je gurau,,,

    pergh kak umu,,ada lg francais die,,,
    je m'appelle umu et mon mari s'appelle ishak,,,:P,,,,,

    salam aidilfitri dari perantauan org,,,sob3,,,sedih la,,teringat family taw,,,nk balik!!!,,,:'(,,

    sy pon mintak maaf zahir dan batin,,,anywhere,,happy birthday,,,walaupon da wish kat fbook,,,:)

    doakan sy kat sni ea,,,:)...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..

    hihi alhamdulillah semoga selamat balik kampung ya kak..hehe doakan saya jugak ya..mau balik jugak uwwaaaa :(

    kura-kura tuh comel sangat!!! hihi nak sekor boleh? hehehe :D

    selamat hari raya aidilfitri jugak buat kak umu dan keluarga.inshaAllah semoga selamat sampai ke kampung halaman ye kak..

    nak duit raya bleh? hehehe :P

    ReplyDelete
  8. Assalamualikum,Umu yg akak cayang,ketika membaca n3 umu nie,akak dah ade disemenanjung...hehehe mesti tak sabar2 nak balik ek?Oh ye,kakak Umu,Umu Animah tu yang akan melangsungkan dengan jejaka Sarawakkan,hah jadi mase majlis walimah disebelah lelaki siapa yang akan hantar?n Selamat Menyambut aidilfitri dan hati2 di perjalanan.:)

    ReplyDelete
  9. boleh adjust sama saya....
    saya masih ada kuota sampai 4...
    masih berumur 22 tahun,masih beljaq lagi...





    p/s:melawak jerk....hahhahaha

    ReplyDelete
  10. salam,
    kecoh pasal kak umu ada adik2 lagi.
    buat sahabat2, adik2 kak umu tu dah ada yang target, tunggu tarikh je.
    so dinasihatkan cr yg lain,hehe

    kak umu, gurau ramashan,boleh kan?hehe

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..
    Waalaikumsalam wbt kepada yang memberi salam :)
    Baru berpeluang untuk membalas kata2 yang di tinggalkan di sini. Jazakumullah ye semua :)

    Noor Azlen,
    Jazakillah datang ziarah ke sini. Salam ukhuwah kembali. Alhamdulillah bertambah lagi rakan maya akak..hehe.
    Salam Aidilfitri juga buat Azlen :)

    Tuan Fuad,
    ehh..boleh. Silakan baby husna bertandang ke Ghomeh..Kalau Ummi umu sibuk, InsyaAllah.. kakak Mardhiah ada. hee..
    Jazakallah atas doanya. Kami balik beraya di Pahang dulu, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  12. Salwa,
    aikk.macam ne bleh hanyut? g bawak mandi ke sungai ke?huhuu..
    k, salwa pun kena pandai2 jaga diri ye. awak tu anak dara. Bahaya duduk jauh2 dari family ni.. :D

    CS,
    Aduhai kak, ni yang seram ni bila akak kata kehilangan. Moga Allah mudahkan umu menjaga bebeg dan momoi. Umu ni cuai sikit. Alhamdulillah lah suami pun turut prihatin menjaga diorang..
    Selalu bagi kura-kura makan jika umu lupa. Dan tukang siram tanaman sayuran umu jika umu x menjenguk luar umah..hik :D

    ReplyDelete
  13. Tuan Umar Mujahid,
    aikk..habis setelah 10tahun dia besar mana dah? sampai kena bela dalam tong pulak? Agaknya bagi makan ape la ye..huhu
    Jazakallah atas doa yang sangat2 berharga tu..

    Tuan Abu Zarim,
    Ehem..ehem.. memang ramai puteri Imam Mohd Nor ni. Ada 11 orang. Yang masih available 4 orang. Tapi...syarat utama pak imam kalau nak jadi menantu kena di penuhi dulu..
    -Buat usaha agama dan dah ada lesen 4B IPB
    -Tidak merokok
    Itu baru syarat utama. x cukup syarat lagi kan? jadi x leh la..hoho
    Jazakallah ye wish akak lg n lg. Bila hadiah nak sampai ni :p
    InsyaAllah. akak sentiasa doakan..
    *Ari tu cara akak tulis j'mappelle tu salah eh. Maklum la lama dah x menulis france..hee

    ReplyDelete
  14. Baya,
    hmm..baya pun sama. Agak2 bleh ke kita terserempak di Lcct? InsyaAllah akak sampai di sana jam 10malam 27 hbln. Bayanye flight di lcct esoknya kan? jam berapa ye?
    err..kalau jumpa baru leh claim duit raya. tp jd duit puasa la sebab bg time belum raya..hehe

    Kak Marina,
    waaa..x aci la akak dah sampai awal. Mesti tengah seronok2 kan dengan family. Umu kemas bagasi pun x habis2 lg ni..hihi
    Umu Animah tu adik umu la kak. Mana leh langkah bendul kalau umu ni adik..hoho
    InsyaAllah, Ramai juga yang akan menghantar. Antaranya big boss la.
    Akak pun sama. Makan kuih raya kena ingat kat umu tau :D

    ReplyDelete
  15. Tuan Fuad Pendang,
    amboi..ni yang takut dengar sampai nak penuhkan kuota 4 ni. Larat ke nak pimpin ramai2 masuk syurga :p
    hhmmm..best juga klu ada adik ipar belah utara ni. Sekarang ni ipar duai semua belah selatan dan sabah sarawak. Adik2 di U tu pun belajar belah2 utara. G la cari :p

    Tuan Ibnu Mutalib,
    Aikk..confident je eh kuar statement macamtu. Jaga2 la sape yg main target2 tu, walaupun dah cop awal2 tapi kalau x lepas temuduga Pak Imam.. x berpeluang juga.. G la tanya suami akak macamne temuduga di jalankan.. susah tuuu...hoho

    > akak gurau dalam serius di bulan Ramadhan bleh x :p

    ReplyDelete
  16. 4 lg yg available,ada chance,,:p,,
    4 bulan belum lg,,,tp,azam lepas habis stdy,,,:),,,
    semakin hampir kite dgn penghujung ramadhan,,sedih raseny,,,,,,,lagi2 terkenang fmily di kg,,,:(,,,,

    je suis tres trist je manque ma famille en malaisie....

    moga di berkati segala usaha kak umu,,insyaAllah

    ReplyDelete
  17. hah... abu zarim. don werry,.. pas 4b tu nnt ada la.
    kak umu, kalau yang ada sesi temuduga ni payahla eden nampaknya.
    kene cari yang takde temuduga.
    hehe.
    tapi abu zarim ni cam siyes nih...

    p/s: dgr citer ustaz ishak takde temuduga,btul ke,hehe

    ReplyDelete
  18. Tuan Abu Zarim,
    aihh..mcm serius pulak dia..hehee.. x pe, ada azam nak tunaikan salah satu sunnah Nabi saw. Dah ada niat pun kira dapat pahala. Apatah lagi niat tu di hubung kaitkan untuk usaha agama.. MasyaAllah...

    hmm..moi aussi. Je m'ennuie vraiment ma famille et mes proches a la peninsule .. :D

    Rerasa betul ke penggunaan ayat akak di atas..penat mengarang tu..
    Allahumma amin. Jazakallah :)

    Tuan ibnu Mutalib,
    ishh..mana2 g pun mestinya ada temuduga dr bakal mertua. x dapat lari mana :p
    err..ustaz tu bukan x ada temuduga.. ada. tp kakak akak kata dia guna "ilmu pengasih" sebab abah akak jumpa sekali terus lulus. Akak pun x sempat nak kenal..huhuu. x aci betul.. :p

    ReplyDelete
  19. xbetol sngt ayat tu,,,masih belum lulus utk ber 'adik ipar' kan karkun yg stdy kat perancis,,,hahahha,,,:p,,,

    sy sje la kak umu,,,si ismi ijmi ni pon boleh tahan ni,,,ehem3,,ada udang di sebalik mee ea,,,:),,,

    pape pon kak umu,,,nk blik semenanjung kan,,hati2,,,:),,,allah yubariq fiq,,,insyaAllah

    ReplyDelete
  20. Keh keh keh.
    Iklan adik nampak.

    ReplyDelete
  21. salam eid mubarak
    taqabbalallahuminna

    p/s: bijen,haaaa,betul kan!pa lagi?

    ReplyDelete
  22. nanti sy anto resume....atau nk tafakut ke???
    jauh la...nanti jenuh nk balik beraya...??

    ReplyDelete
  23. salam kekanda...
    bikin mehnah pula kanda di sini yea...
    umm...dinda sudah ada pilihan hati...
    jeng..jeng..jeng..
    tinggal tunggu masa ja nak minta abah p melamar dia
    wowww!
    mood nak kawen kott....aishh



    .............u know me well,right? :)


    just joking u from the distance...miss u

    ReplyDelete
  24. Tuan Abu Zarim,
    hah? x betul eh? tolong betulkan boleh? maklum la akak dah lama x mengarang ayat dlm France ni..hehee..
    hmm..rerasa macam ramai je kat sini ada udang sebalik batu..uhukkk..uhukkk :p

    Tuan Bijen,
    err...asbab iklan tersebut, ada yang atr spy time kenduri kawin ari tu.. bawak2 bersabar eh.. minta restu ayah bonda duluuuu :p

    ReplyDelete
  25. Tuan Ibnu Mutalib,
    amboih.. kemain lagi kamu semua.. bawak2 mesyuarat dan istikharah doluu..

    Tuan Fuad Pendang,
    iye..mesti di tafakut dulu..huhuuu
    aik..benda yang setahun sekali yang di risau2kan?

    Dinda,
    waaah..waahh... bahaya betul statement dinda tu. Jangan di bawa bergurau dinda, lain yang jadi nanti :p
    emm..bak kata abah, tumpu pada study.. sampai masanya nanti tau la abah tunaikan tangungjawb sebagai wali..hohoho :D

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah,,,, ok je kak ummu tulis tu,,,sikit2 salah bese la tu,,,taqaballahu mina wa minkom,,,doakn sy kt sini,,,
    sebak raya tnpa fmily,,,:(

    ReplyDelete
  27. statement tu, kanda y tulis la...aishh
    ni,awat la p letak link nama dinda tu...kn dh kna cop ikln adik...xush diprkenalkn dinda y cacat dan serbi kekurangn ni.....blum lyk mnjdi suri da'ie..dinda sntiasa thu apa y dinda mau..blajo..blajo(",)..xo xo xo

    ReplyDelete
  28. Tuan Abu Zarim,
    hmm..dah kata tok guru salah..memang kena wat correction tuu..InsyaAllah, akak sentiasa doakan daie2 yang bertebaran di muka bumi Allah swt ni punya hati yang kuat dan cekal. aminnn... :)

    Dinda Mardhiah,
    heh..kut2 orang yg cakap kanda iklan adik tu rasa x senang kuttt.. takut2 kurang nanti pilihan yg dia ada..hoho.. dah..dah, jangan di fikirkan perkara ni. wat serabut je kan?

    ReplyDelete
  29. bagus,,,moga lepas interview kan,,,hihihihii

    ReplyDelete
  30. Tuan Abu Zarim,
    aihh..sempat lg dia tu mencelah...huhu. InsyaAllah, doa karo :)

    ReplyDelete
  31. salam kak ummu...
    hanya syarat tu ke imam mohd nor nak....
    kalau mcm tu bermunasib kot.....
    hehehehe.....
    egghead...
    tapi sebelum tu nak tasykil imam mohd nor....keluar 40 hari sabah thn depan....bole kan

    ReplyDelete
  32. Waalaikumsalam wbt Egg Head :)
    Lama x dgr berita. Baru pulang khuruj ye?
    err..itu syarat utama je la.. mesti la ada syarat lain lagi.
    Ibaratnya 2 syarat kat atas tu klu bakal mertua lain x kisah klu x ada, tp abah akak sgt kisah..hehee
    aihh..nak cuba nasib gak ke? hmm....ramai rupanya nak jadi bakal adik ipar akak.. err..ke nak jd menantu abah akak?hahaa
    Alhamdulillah..abah akak pernah dah kuar 40H di Sabah :). Awk la pula di tasykil kuar di n.9 :D

    ReplyDelete
  33. Uik.
    Tak habis lagi rupanya makan ketupat raya.
    Heh.
    :)

    ReplyDelete
  34. saya tak nak cuba nasib la.....
    kalau ada rezki ada la...
    hehehe
    gurau saja la...
    saya tak layak kot.....
    saya nie hamba yg hina lg daif...
    insan yg kerdil....
    tak layak kot....
    wat usaha pun masih main2 lg...adei...

    egghead....

    ReplyDelete
  35. kalo keluar kat n.9 full nusrah tak....
    tu nak tanya dulu....
    sbb bila ada hijrah n nusrah baru datang hidayat...

    insyallah
    thn depan azam.....
    nak keluar kat marhala bakal ayah mertua....
    istigfar aq..

    egghead...

    ReplyDelete
  36. Tuan Bijen,
    err...terasa ke? heh!
    Doa karo tuan :D

    Egg Head,
    InsyaAllah, klu kuar d kampung akak.. selalunya abah akak full nusrah. Ramai tenteranya di rumah. Tp sekarang tinggal sorang adik lelaki & perempuan aje tu, InsyaAllah.. Moga Allah swt pilih family kami untuk nusrah pekerja2 Allah ni sepanjang hayat. Amin.

    ReplyDelete