Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Thursday, July 21, 2011

BerKLINIK :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setelah kandungan masuk 4 bulan.. baru hari ini Allah izinkan umu berklinik..huhu

> Sebelum ini ramai yang mengingatkan umu, supaya lebih awal berklinik takut di marah @ tidak di terima untuk berklinik kerana kandungan yang sudah lama..ke guna istilah "besar"? apa-apa laa..

Sebenarnya, 2 bulan lepas dah buat pemeriksaan doktor dan di sahkan.. 
"Tahniah. iya positif. Puan di sahkan pregnant" :)

Tapi apakan daya, nak berklinik memerlukan surat nikah (...yang tidak ada pada kami dan hilang pula waktu di airport ketika proses nak menerbangkannya dari semenanjung ke sabah..huhuu).

Alternatifnya, menggunakan kad nikah yang mana masih tidak siap di pejabat agama ketika itu..huhuu. Sedih betul!

Setelah menunggu beberapa bulan, Alhamdulillah hari selasa lepas dapat email dari kakak yang menghantarnya dalam bentuk imbasan @ nama omputihnya "scan"..hikhik. Jazakillah kak edah dan abg muaz :)

yeay! boleh dah berklinik..

err...atau.. 

yeay! boleh dah start menghabiskan masa berjam-jam di tempat duduk dengan kebosanan menunggu nama di panggil dan di arahkan ke sana dan ke sini... -tertekan di buatnya-

Mengambil ikhtibar pengalaman 2 bulan lalu di mana semasa hendak membuat pemeriksaan doktor... 

err kami pergi hospital pukul 9 pagi dan hanya selesai pada pukul 5petang (tragik x?).. makanya beberapa persediaan telah di buat pada hari ini iaitu...

Pergi hospital lebih awal iaitu pada pukul 7.30pagi (ini Sabah ye..)

> Suami balik dari solat subuh terus masuk dapur tanak nasi dan goreng ikan ..hohoo. Terkejut umu. Rupanya nak makan nasi awal2 di rumah.. Nasib baik lauk paprik baki semalam ada lagi..heheee


 Beg berklinik.. dari Sarawak tau. Jazakillah kak Marina :)

Nampak je beg tu kecik tapi dalamnya ada macam-macam bekalan masa hadapan umu isi..hohoo
- Botol air
- Roti
- Gula-gula
- Dokumen2 yang diperlukan
- Tuala pelbagai guna
- Alatan peribadi (beg duit, handphone dan macam2 :p)
- Buku

Macam beg doremon. Bekalan di atas sangat perlu kerana tempoh untuk umu bercamping di hospital pada hari ini adalah tidak dapat di jangkakan. Err..lelagi x ada cafe kat situ..huhuu


 Buku @ novel yang umu sempat capai masuk dalam beg tadi :)
(x kisah la dah khatam pun... fungsi> penghilang keboringan)


Tawajuh main game!
Suami lagi la boring tuuu... Orang lelakikan :p
Berapa ribu kali entah menguap
(yang penting bilangannya sama dengan umu sebab umu terkesan setiap kali suami menguap..hahaa)


Setelah menunggu hingga pukul 11.15 pagi..

Umu syor pada suami..
"Abg g la balik rumah dulu bersiap. ada mesyuarat kul 11.30 kan. x pe syg tunggu sorang"

Dan setelah jam mencapai ke angka 1 petang.. Alhamdulillah, barulah segala urusan umu di hospital selesai dengan jayanya..fuhhh...

Terus call suami "Abg cepattt...jemput syg!"

Dan, apa yang umu dapat selama lebih kurang 5 jam bertapa di hospital tadi??

- 2 kali di cucuk untuk di ambil darah. Lengan dan jari.... SakiiiiiTTTTTT!
- Beberapa peket ubat < masih lagi berkira-kira mahu makan ke tidak.. hehee


- Dan buku report yang bakal menjadi peneman setia setiap kali berklinik nanti :)

Suami excited dengan buku ini sebab gambarnya pun ada sama di tampal di dalamnya :p
Keluar kereta x sempat masuk rumah dah minta nak baca..hahaa
(macam tengok buku report prestasi anak sekolah la pulak :p)


Okey la..ingatkan lagi sebulan baru ada temu janji begini.... Rupanya, minggu depan dah kena pergi lagi. Doktor nak scan baby @ dalam bahasa melayunya "imbasan"..hikhik

* Dan paling best..bila suami tanya... ada apa-apa x? kena marah x?

jawapannya... TIDAKKK..... di layan dengan penuh mesra dan kasih sayang ada laaaa.... > ni kalau orang yang takut-takutkan umu sampai umu naik takut dengar, mesti jeles..hohoo...

- Rabbi Yassir Wala Tu'assir -
.

25 comments:

  1. hehehe.. tersengih sorang2 saya bca diari kak umu g hospital.

    berat x perut kak?

    ReplyDelete
  2. wah2..zai,,senyum2 ye..x sbar eh..nanti turn awk pulak ye..

    kak umu,ayu pun senyum2 jgk..hihi..sht2 tau kak umu..nanti baby sht2 jgk,byk kan senyum2,nanti baby pun senyum2 jgk..:)

    ReplyDelete
  3. lama tul dok kat klinik.. erm.. susah payah gak tu.. mungkin baby tu nak blaja susah payah gak kot.. (",)

    cuba try pegi klinik lain..kot2 masa dapat dijimatkan..(",)

    kena ada surat nikah eh.. tak tau pulak.. lain tempat lain cara kot.. hehe..

    ReplyDelete
  4. pengalman yg menarik,,,best2,,,moga di mudahkan urusan,,,
    boleh tahan gak,bnyak ek nk kne setlekan time pregnant,hurm,,
    insyaAllah,,,

    ReplyDelete
  5. kak umuuu..tahniah la bb sihat ke?jaga makan tau..yg penting jgk jaga amal..harini hubby dah bertolak ke ijtimak foreigner di kaherah..meninggalkanku kesepian di sini...

    huhuu..
    lagi laa berjurai airmate niihh bila nk ditinggalkan td..sempat tanye hubby dgn tersedu-sedan, "takde kata2 terakhir kee..?"-hubby jawab sambil sengih nk pujuk diri nii..."..ada..p tgk kt belog.."

    hubby p je makin berjurai gila2 la airmata ni.pastu cepat2 p tgk apa yg dia tulis kt blog utk hani kan..waaa...ingat dah lega.malahan makin banjir kakk..huhuuu..

    skrg ni tawajuh je tunggu jawapan dia lps ijtimak nnt samada ada jemaah masturat utk kami keluar ke tak...

    jika ada,makanya dia akn blk sini utk jemput hani.jika tak...maka kesepian la hani selama 40hari ni.sbb dia p td terus prepare baju2 n keperluan utk 40h...

    Doa hani tabah ye kak. =)

    ReplyDelete
  6. salam

    anak dlm kandungan juga merupakan rahsia dalam rahsia Allah...

    sy syor spy tidak menscan jantina anak sewaktu dalam kandungan. tunggu kuar baru SURPRISEEE!!! (meningkat iman)

    hehe..ni pesan orang tua2.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..kak umu..ngeeeeee~ :D

    hmm..kak umu yang comel, jaga iman dan amal dan baby.hihihi..kesihatan jangan abai k..

    pasal ubat2 tuh..semuanya vitamin je..nak tambah darah..rasanya makan dari sumber yang natural lagi bagus inshaAllah..hihi nak tanya dia bagi apa ya? nama2 ubat?

    semoga dalam jagaan Allah SWT :)

    kim salam kat baby ye hihi~

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum umu,lambat mendarat,akak baru keluar hospital,nasuha kena admit,asthma (crtitical asthma),bila dia keluar,Khairunnisa pulak kena asthma tapi tak kritikal...alhamdulilah kalau tak dok keja duduk hospital je.bila baca karkuzari umu nie...hehehe teringat pengalaman yang lalu,sebijik takde beza,ubat pun sama...tunggu pun lama :)huhuhu

    ReplyDelete
  9. Zai,
    Amboi kemain suka anak dara berdua ni ye sengih2..
    Perut x berat. x terasa pun akak menampung baby..hehee. Dah masuk 4bulan. Berat baru naik 1kg :)

    Ayu,
    Aik..zai aje? ayunye turn ble lg? x sabar nak tunggu majlis kamu berdua.. Bakal2 ahlia yg josh ni :D. InsyaALLAH, minta doakan akak dan baby ye :)

    ReplyDelete
  10. Tuan Fuad,
    iye..lamaaa.. err, tuan x pernah teman ummi Husna ke? di sini memang dah di tetapkan di mana kita berklinik berdasarkan kawasan rumah bg mengelakkan kebanjiran ibu2 pregnant di sesebuah klinik. Oleh kerana kami duduk di pekan, jadi berklinik di hospital la..
    Surat nikah penting bagi status perkahwinan dan anak :)

    Tuan Abu Zarim,
    err...tuan x kawin lagi mesti la x tahu urusan berkenaan hal ini semua.huhu.. x pe, nanti dah kawin senang. Boleh banyak2 ikram ahlia.. persediaan awal..hehee

    ReplyDelete
  11. Hani,
    Aduhai...berjurai2 la air mata bakal ummi sorang ini di perantauan sana. X pe, suami hani sanggup melihat air mata hani di dunia ini kerana kelak di akhirat dia x sanggup melihat perkara yang sama. Sebab apa? sebab mahu melihat senyum Hani yang manis dan berseri2 menunggunya di pintu syurga tau (err..ni tiru ayat suami akak ni).

    Akak faham perasaan hani sebab ibu pregnant ni sensitifnya lain sikit. Nak selalu suami di sisikan? Walaupun untuk di ajak bergaduh..hikhik > ke ni akak je?

    InsyaAllah, perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita. Kena sabar dan redha. Kena banyak2 sangka baik tau.

    Jangan nangis2. Nanti baby kuat nagis baru tau..hohoho.. :)


    Tuan Umar al-mujahid,
    err..adakah bermaksud tuan sudah tua kerana memberi nasihat ini pd saya?uhuk.. :D
    Jangan risau, scan baby tu just untuk tahu anggaran due date baby keluar.. Mengikut pengalaman orang2 tua, mesin scan selalu silap scan jantina baby..hikhik

    ReplyDelete
  12. Waalaikumsalam wbt :)

    Baya,
    waahh..ni yang best akak ada nurse peribadi ni. Leh tanya macam2 kat bayakan?hehe
    Okey, try baya cek list ubat ni..akak leh makan sumber natural apa sebagai pegantinya..
    -iron tablets
    -ascorbic acid
    -folic acid
    -vitamin B-complex
    Dah kirim kan salam baya. Baby tanya bila mak cik baya mahu balik sabah. Teringin mau berjumpa..hihi :)

    Kak Marina,
    Allahuakhbar.. ni yang umu takut x dapat jadi ummi yang baik dengan sifat penuh kesabaran macam akak. Macamne anak2 akak sekarang? keluar hospital lum? Ujian buat akak sebagai ummi.. Patut sahaja Allah kurniakan ganjaran yang besar2 buat wanita bergelar ummi ni untuk setiap amal kebajikan yang di lakukan dengan ikhlas terhadap anak-anaknya.
    Minta doakan umu, Kak Marina ye :)

    ReplyDelete
  13. selalu je teman.. kebetulan di kawasan perumahan kami, klinik byk dan alhamdulillah sekejap sahaja urusan di klinik panel yg kami pergi tu..

    takpe2.. kalau berejam2 tunggu sambil ditemani suami, yg lama pun terasa sekejap.. suruh ustaz ishak kasik zihin kat situ..(",)

    ReplyDelete
  14. bila baca ,lagi la terasa ingin berumah tangga...

    semoga Allah permudahkan segala urusan...

    kim salam pada pak ustaz...huhu

    ReplyDelete
  15. hihi,,,insyaAllah,,,ngah prepare la ni,,,moga di mudahkan,boleh kuar masturat kt tmpt akak nnt,leh nusrah kan,,,,,hihi,,

    ReplyDelete
  16. kak umu:

    hehehe...inshaAllah... :D

    ascorbic acid = vitamin C = madu inshaAllah, sunnah Nabi saw...

    folic acid = vitamin B9+vitamin BC = sayur2 berdaun = bayam, kangkung, sawi...

    iron tablets = zat besi = boleh dapat dalam ikan bilis, daging ayam, oats inshaAllah :)

    vitamin B-complex tuh banyak sangat kandungannya..ada vit.B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12..

    B1 & B2= dalam kentang, makanan laut dan sayur berdaun hijau..

    B3= ikan dan kekacang kering (badam ke, hazelnut ke)

    B5= hampir terdapat di semua makanan :)

    B6=ikan, kacang2, pisang, hati (tp tidak digalak makan organ dalaman :)

    B7= kacang tanah, putih telur, tembikai merah, dan anggur

    B9= buahan citrus (limau, orange), kacang pea

    B12= susu, telur, kerang, daging lembu..

    :)

    inshaAllah, makan yang berkhasiat lebih baik untuk hati (liver) inshaAllah...semoga bermanfaat ye kak...

    kata kat baby comel, macik baya balik hari raya inshaAllah :)

    ReplyDelete
  17. Tuan Fuad,
    Amboi..ni mesti kes selalu "zihin2 sayang" dengan ummi husna ni :p
    Selalu jika di semenanjung, rasanya masalah menunggu lama ni hampir2 saja di katakan tiada. Oleh kerana ini sabah, kena la bawa2 bersabar :)

    Tuan Fuad Pendang,
    Wah..nampaknya bukan x sabar nak berumah tangga..tapi x sabar nak teman ahlia berjam-jam untuk berklinik. Tinggi jazbah tu :p.. Iya..moga Allah percepatkan urusan yang baik2 buat tuan.

    ReplyDelete
  18. Tuan Abu Zarim,
    Amboi..awalnya buat preparation? x pe, perkara yang baik2kan..hehee. InsyaAllah, di alu-alukan untuk buat usaha di sabah. InsyaAllah, kami bagi full nusrah >azam2!

    Baya sayang,
    MasyaAllah..tingginya ikram baya kat akak dan baby. Jazakillah ye :)
    Sangat2 hargainya. InsyaAllah, akak tolak ke tepi ubat tu dan amal apa yang di syor baya :)... >semalam kena paksa makan ubat2 tu oleh suami..waaaa..geram!
    Alahai..time mak cik baya balik sabah.. baby pulak umminya bawak balik semenanjung. Beraya di sana :)

    ReplyDelete
  19. kak umu...

    hihi, sama2..waiyyaki :)

    inshaAllah lain kali dapat jumpa, amin..hihi..nak jugak tengok baby comel..hihihi amin.. ^^,

    ubat2 tuh sampingan je..hihi..nanti dah nak beranak lagi ada lagi ubat kena suntik sana sini.huhu..sabar2, buat persediaan zahir dan batin..hihihihi :)

    inshaAllah, saya cuma membantu apa yg Allah bagi ilham kat saya untuk bantu..huhu semoga bermanfaat buat kak umu dan baby..heee :D

    sayang kak umu..

    ReplyDelete
  20. Baya,
    aduhai..ni yang akak lemah zahir batin ni bila baya cakap kena suntik sana sini.. errr..boleh x ubat2 suntikan tu di ganti dalam bentuk tablet ke, liquid ke..apa2 la selain suntik2? sakittt laaa.. dah ler time dia nak cucuk kat lengan cari urat dia kata.."keciknya urat puan".. penat dia tepuk2 lengan akak bagi urat nampak..huhuu
    InsyaAllah, jika ada jodoh..jumpa gak kita nanti..kut2 jumpa time khuruj..hikhik :D <ayat tunggu baya kawen :)

    ReplyDelete
  21. bagus kak asy_syakirin ni,,,
    ada tips menarik,boleh kopi n save,,,
    bekalan akan dtg,,,hihihi,,,
    prepare awal kan kak umu,,,hihihi

    ReplyDelete
  22. selamat berklinik utk yang ke seterusnya...

    ReplyDelete
  23. kak umu:

    semuanya liquid yang kena masuk melalui urat tuh la...huhuhu...satu lagi nanti cucuk selepas baby kuar..utk kecutkan balik rahim..inshaAllah, semoga Allah permudah semuanya dan akak x rasa apa2 semasa melahirkan inshaAllah..amin3..huhu~

    masa dekat2 nak bersalin, kena jadi vegetarian sikit ye..hihi..supaya tidak sembelit dan menyukarkan untuk beranak..semoga Allah permudah inshaAllah..semua dari Allah inshaAllah :)

    jumpa masa khuruj..AMIN..kawen..err..AMIN..hehehe :P
    (sapa xnak, tunggu ketentuan Allah inshaAllah :)

    doakan saya ye kak, hihi~

    ReplyDelete
  24. adik abu zarim:

    inshaAllah berkongsi ilmu Allah.. :)

    ReplyDelete
  25. Salam umu
    Hehehe.... senyum sorg2 bila akak baca coretan umu ni. Tahniah yer. Bila baca coretan umu ni tiba2 jazbah akak naik, jazbah nak pregnant.... Hehehe.... Klu sblm ni akak takut2 nak pregnant. Lebih2 lg bl mengingatkan nak bersalin.... Huhuhu.... Akak ni penakut. Haritu pi amik darah pun punyala takut smpi misi cucuk akak guna jarum utk baby, lawak tak.... Hikhikhik.... Sblm ni mak, mertua slalu 'bebel' suh pi ngurut la, jumpa doktor la tp akak buat tak tau jer.... Masuk telinga kanan kuar telinga kiri.... Hihihi... Smpi abang sham cakap "syg, nampak gayanya abg ni dah bertongkat, anak kita baru tadika kan"..... Hikhikhik.... Perli tu.... InsyaALLAH pas raya ni abg sham pindah sni so mudah la nak jumpa doktor.... Doakan akak yer agar pregnant tahun ni..... Bersemangat nih.... Hikhik

    ReplyDelete