Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Saturday, May 14, 2011

Lakaran cinta di Pantai Pantau-pantau ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Dari rumah menaiki kereta dan parking di pekan. Naik bot terus ke Pulau Bum-bum. Perjalanan dari jeti Pulau Bum-bum ke Pantai Pantau-pantau mengambil masa setengah jam. Kami menaiki prebet/kereta sapu > pengangkutan yang popular di Semporna dan pulau-pulaunya..

Jom layannn.....

Selamat datang ke Pantai Pantau-Pantau :)

Bersama bebudak pulau ~ diorang malu nak tangkap gambar sama..huhuu
(Di belakang tu prebet yang kami naik)
Sempat juga bersolat asar di Surau tuu...

 Bebudak pulau bermain pasir dan kekaca yang di kutip di pantai
bahaya dik oii memain kekaca niee..

err..nak tahu diorang tengah main ape?
main jolok-jolok anjing lerr...huhuu
>sila abaikan gambar 18x tuu
(Kelihatan tanah perkuburan di tepi pantai)

 Subahanallah...indah betul pantainya..
Kelihatan perkampungan atas air di hadapan sinun.....

 Mencari dan terus mencari..."err..apa yang abang cari?"


 
           proses menulis...                                               siap dah!

err...sila abaikan bentuk tulisan
yang penting, apa yang di tulis.. :)

 Tandatangan di atas pepasir
habis kemulusan pepasir tu kami conteng-conteng hohoo  :p

melakar cinta di atas pepasir~
x ada keja niee...


Kekonon nak habiskan masa di pantai sejam jer... Terleka main conteng-conteng sampai la kami tidak sedar yang kami dah terlajak masa hingga bergegas ke perebet dan mengejar bot di jeti untuk pulang ke tanah besar!

*err...dalam bot sempat berkenalan dan bertukar no fon dengan sorang kakak semenanjung yang bertugas sebagai guru di pulau tersebut. Perkenalan terjadi asbab kasut crocs....heheee :)
.

10 comments:

  1. salam umu,
    seronoknya berpantai-pantaian~~~

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam wbt cs,
    alaa...cs pun leh ke Morib untuk berpantai-pantaian..dekat je kan?hehee..

    ReplyDelete
  3. hmmm morib sajalah pantai kami..dh agk selalu ke sana umu...sesekali nk jg tukar suasana...InsyaALLAH tak lama lg... =)

    ReplyDelete
  4. waaahh....cs nak berpindah ke ni? >hehee..umu mengorek dulu sebelum diceritakan..hikhik

    ReplyDelete
  5. xde cerita nk dikorek la umu...hihihi...berpindah tu tidaklah...cuma akn bermusafir hjung bln ni, InsyaALLAH...jln-jln tingkat iman~~~

    ReplyDelete
  6. owh...umu pun kalau macam tu insyaAllah akan g jalan2 tingkatkan iman hujung bulan ni tapi di tempat pergunungan..x mau dah main pantai2..hehee. Kita main hawa sejuk pulak~

    ReplyDelete
  7. SubhanAllah, indah sungguh ciptaan Allah... Dunia pun dah indah.. Tak taulah syurga macamana kan..

    ReplyDelete
  8. minggu lepas perjumpaan keluarga di rumah kakak di banting.macam biasa kalau ke banting...wajib ke pantai morib..seronok anak2 main pasir..tapi lagi seronok bapak dan tok imam main layang2....pendek kata berjumpa dan bersama insan2 tersayang memang anugerah yg amat bernilai yg ALLAH beri kan

    ReplyDelete
  9. Tuan Fuad,
    iye... walaupun dah di gambarkan di dalam Quran akan keadaan syurga yang berkali ganda indah dari dunia, namun kita masing-masing belum sedaya upaya lagi mahu merebut tempat di dalamnya..tetapi masih terpesona dan terleka dengan buaian dunia yang hanya bersifat sementara... :(

    ReplyDelete
  10. Kekanda no.5,
    owh..patut la masa umu call akak no.2, ada di beritahu.. "sedih je akak dengar bila abah kata..kita kumpul ramai2, tapi umu aje x ada"
    waa..bila dengar je terasa kasih sayang abah buat umu sangat besar.. dalam hati berbisik "x pe bah, d dunia kita berpisah-pisah kerana Allah, insyaAllah di akhirat kelak kita akan di satukan oleh Allah....amin" >ketika itulah anugerah Allah paling bernilai buat kita dan insan2 yang tersayang!

    ReplyDelete