Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Wednesday, May 18, 2011

Bila anda seorang GURU............~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..hari guru telah selamat di sambut 2 hari lalu. Umu aje yang lambat nak update..hehee..

Di kesempatan ini..ingin umu mengucapkan SeLaMaT HaRi GuRu buat mereka-mereka yang bergelar guru secara formal mahu pun tidak...err maksud umu, bagi mereka yang sememangnya bergelar guru di sekolah-sekolah mahupun intitusi pendidikan yang tinggi mahupun tidak tinggi serta mereka-mereka yang turut menyumbangkan ilmu bermanfaat buat orang lain :)

Alhamdulillah... tahun ini umu sudah boleh melihat sendiri bagaimana kerjaya seorang guru itu secara peribadi..hehee > bertemu jodoh dengan seorang guru lerrr~

Selama ini hanya melihat gerak geri cikgu hanya di sekolah. Pernah juga terdetik di hati time jadi student dulu "agaknya cikgu ni kalau kat rumah macam mana ye"... naahhh.. sekarang dah tahu bagaimana sebenarnya cikgu ini apabila di rumah..hohoho :p

Isnin lalu, suami balik dari sekolah.. umu sambut melalui pandangan mata melihat di tangannya ada hadiah dan kad ucapan.. umu pulak yang teruja sebab sebelum ni bila jadi student, umu yang bagi cikgu hadiah dan kad ni..hihiii..

Terus belek-belek barang-barang tu semua dan tertarik dengan satu hadiah ni berdasarkan apa yang tertulis di atasnya... > sampaikan suami suruh umu yang buka hadiah2nya..hehee > x malu nie...


Guru paling prihatin?

Lepas tu sedap je mulut tanya..
"eh..macam mana abang boleh dapat anugerah ni?" > soalan macam nak mempersoalkan je kenapa..hahaha
"cikgu yang bagi ke @ murid-murid yang pilih?" tanya lagi sebab macam x percaya je suami boleh dapat sedangkan suami baru je mengajar di sekolah tu..

"Murid-murid la.. dah seminggu borang di edarkan. Abang pun terkejut nama abang di panggil tadi"

heh...bila fikir balik.. dalam hati cakap macam ni.. "err...boleh la kut abang dapat anugerah ni memandangkan  dari apa yang syg boleh lihat, abang mempunyai sifat yang perihatin pada ummat, isteri dan keluarga abang"

jadi, mungkin juga abang ada sifat perihatin pada anak-anak murid abang kat sekolah tuu...~

"lagi, anugerah apa lagi yang ada bang?"

"paling tegas, penyayang,..." yang lain x ingat dah tapi ada 5sifat yang di jadikan anugerah..

-macam x sangka je masih lagi ada anugerah yang semacam ini. Sebab time umu sekolah dulu pun ada juga kami buat anugerah khas sebegini..tujuan selain untuk suka-suka memeriahkan sambutan hari guru, anugerah ini juga sebagai masej halus dari para pelajar kepada guru mereka bahawa para pelajar ini sebenarnya, selalu memerhatikan sifat seorang guru itu sepanjang masa walaupun di luar waktu pembelajaran-

Jadinya tidak hairanlah ada yang menjadikan guru mereka sebagai contoh mahupun idola.. Adalah sangat mengecewakan jika seorang guru itu menunjukkan tauladan yang tidak baik dan tidak sihat kepada pelajar mereka sebagai contoh mengeluarkan kata-kata tidak elok, berpakaian tidak sesuai dengan peranannya sebagai guru dan sebagainya...

-err..tetiba umu teringat akan guru di sekolah dulu merokok di kawasan sekolah, memilih kasih secara keterlaluan di antara pelajar dan ada juga yang tidak menjaga kata-kata yang tidak sepatutnya di keluarkan oleh seorang guru..huhuu...

~Semoga mereka-mereka yang bergelar guru dapat menitik beratkan hal agama dalam diri anak-anak murid mereka walaupun mereka adalah guru matematik, bahasa melayu, sejarah, kimia dan sebagainya kerana hal mendidik agama ini tidak tergantung tugas hanya pada bahu ustaz dan ustazah sahaja~

Ya Allah, Engkau rahmatilah guru-guruku kerana susah payah dan ikhlas nya mereka memberikan ilmu yang bermanfaat kepadaku...
amin.....
.

8 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t
    Hihihi...umu akk pun xcited tau bk hadiah ...padahal diri sndiri pun cikgu...sume hadiah akk buka...diri sendiri of course la...dia punya pun akk yg buka...seronok rasanya...teringat memori buka hadiah kawin dulu..

    smoga apa yg umu tulis tu, dpt akk & kita semua ambil iktibar..bkn mudah menjadi guru..tp inilah takdir terindah yg Allah tentukan...tahniah ye pd ustaz..dpt anugerah lg... =)

    ReplyDelete
  2. "sekarang dah tahu bagaimana sebenarnya cikgu ini apabila di rumah.." <--macamana guru kat rumah?? hehe.. gurau je..

    just want 2 say, di sebalik kejayaan Ustaz Ishak itu, adanya kelibat insan bernama isteri.. (",)

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam wbt :)

    Cikgu Sue,
    waahh..akak cakap memori buka hadiah kawin, umu pun terus teringat perkara 5 bulan lalu.. buka hadiah adalah salah satu acara di samping memotong kek..hehee> ni wat wktu malam. kebetulan ari tu kami 3 pasang pegantin, lagi ler meriah..
    *akak jangan x caya, umu pun dapat ucapan ari guru dari budak2 yang umu ajar tuisyen dan iqra'..heheee

    Tuan fuad,
    haa...nak tahu ke? mane leh..rahsiaaa..hoho.
    waahh...bestnye tumpang kejayaan suami..hikhik...>bangga mengalahkan suami niee :p

    ReplyDelete
  4. cikgu2 blk rumah,ad homework d tgn, kalau yg sek men,pening utk fikir susunan next syllibus, kalau nasib baik,jd ckgu ko-k,ad yg lg nasib baik,buat tusyen free. Waktu kerja da jd 7am-5pm.tahniah buat ckgu2. Ad ramai ckgu yg tetap ingat sampai skrg.

    ReplyDelete
  5. ada seorang karkun belah sini tiap2 tahun kua 40 hari,dan selang 5 tahun,kua 4 bulan,tapi dlm dok cuti manjang tu pun,masih dpat tokoh cikgu cemerlang dan perkhidmatan terbaik...

    ReplyDelete
  6. IsmiIjmi,
    haa..batul tu. Tetiba teringat cikgu2 time sekolah ren dan men yang sangat ikhlas buat kelas tambahan free waktu petang dan cuti.. Tapi time di U, bila lec nak buat kelas tambahan semua membantah..hohoo. Menganggu student nak balik kampung jee~

    Anak Pendang,
    waahh..cikgu-cikgu karkun kena belajar ni cara karkun sorang ni boleh bagi khidmat yang cemerlang sebagai cikgu dalam masa yang sama, usha agama turut cemerlang juga... (syor untuk suami sebenarnya..hehee). Jazakallah atas penyampaian berita :)

    ReplyDelete
  7. huhu..tahun ni suami xdapat hadiah sebab pelajar2 tgh exam..

    ReplyDelete
  8. err....apa kata awak yang bagi hadiah kat suami..heheee >gegurau!

    ReplyDelete