Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Friday, April 1, 2011

Wasiat buat sang puteri...~

Bismillahirrahmanirrahim...


Semalam umu pergi bersilaturahim dengan  seorang kakak masthurat ni..err, merangkap jiran setaman..hehee. Tengah rancak berborak bermuzakarah, tiba-tiba kakak tu hulurkan beberapa buah buku yang katanya amat menarik untuk di baca..

Time umu belek-belek sebuah buku ni..tertarik umu akan wasiat Ummamah kepada puterinya yang akan berkahwin dengan Al-Harith bin Amru..

Katanya.."Wahai puteriku, ada 10 perkara yang ingin ku beri pedoman kepadamu dan sebagai panduan kepadamu dalam kehidupan berumah tangga"



Pertama
Jalinkan hubungan dengan suami mu dengan penuh ketaatan. Perhatikan kesukaannya  dan jangan sampai dia melihat sesuatu yang buruk darimu dan tercium sesuatu yang tidak enak darimu.
 nahh...ni la antara hikmah masuk dapur pakai tudung, x lah kita sambut suami kita pulang kerja dengan rambut yang berbau haruman dari dapur..huhuu. Pakai apron pun di galakkan..jadi x adalah minyak dan bahan-bahan masakan terpercik di baju hingga baju menjadi comot dan momot...hihii > amalkan adab masuk dapur eh.


Kedua
Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu
ada yang mahu beri penjelasan tentang ini?? mungkinkah dengan masakan kita yang sedap akan membuatkan suami bertambah kasih kepada kita? ada seorang kakak ni bagitahu, suaminya kata "perempuan ibarat restoran. antara restoran yang cantik tetapi masakannya tidak sedap dengan restoran yang biasa-biasa saja tetapi masakannya sedap maka mereka yang lelaki ini akan memilih restoran yang kedua" ooohhhh... > peribahasa apakah itu?


Ketiga
Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya (selagi tidak bertentangan dengan syariat) nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.
aiihh..ni yang lemah niiee.....azam..azammm..hehee... errr....tapi bermuzakarah bolehkan jika x puas hati sikit-sikit?? > aihhh..ada tapi-tapi tuuu.. :D


Keempat
Uruskanlah rumahtangganya dengan baik dan sempurna.
 Sedia menggalas tanggungjawab dengan redha dan riang gumbira...InsyaAllah..! Tapi kena la bagi upah dengan memuji selaluu   sekali sekala atas hasil usaha penat lelah isteri..kan? kan? > nak pujian aje perempuan niee...


Kelima
Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.
Dengan izin Allah swt..minta doa dari teman-teman juga ye :) ini harus diutamakan lagi-lagi apabila sudah memegang status ahlia orang.. jaga.jaga...! > ingatan untuk semua ekk!


Keenam
Simpanlah rahsianya dengan baik, jangan sesekali kamu membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
Hatiku jua turut terluka jika permintaanku x mahu di tunaikan..hehee..gurau je bang :p . apaaa? nak suruh ggosokkan stokin? siaaappp! > x lah sampai maacam ni sekali..


Ketujuh
Jagalah waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik dan tidur yang tidak cukup, akan menimbulkan keletihan.
waahh..itu sudah tentuuu...waktu solatnya juga perlu awal waktu....bannnggg..bangunuuunn...azan dah tuuu...! udah-udah la tidur tuuu..hahahaa :p > situasi ini tidak pernah wujud!


Kelapan
Jika dia sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan. Kamu mesti pandai mengikut suasana hatinya.
oohh...gembiramu gembiraku juaaa... tawamu pengubat dukaa..waaaa ;( . err..hari ni abg tengah gembira x? apa? gembira? kalau macam tu jom kita g shopping... ho ho ho. > mau pandai ambik kesempatan!!


Kesembilan
Hiasilah dirimu agar dia gembira memandangmu.
err...jika di luar rumah kita berpakaian seperti minah arab maka jika di dalam rumah, x ada salahnya kita berpakaian macam minah omputih ..x gituu? > tidak di galakkan bila dah ada anak..hikhik


Kesepuluh
Jadikan dirimu itu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia akan menjadi penolong pula pada dirimu.
betul.betul.betul tuuu...sayang dah masak abg kemas dapurrrr....cuci toilet..buang sawang...sapu sampah...hahaa. > kalau macam ni kan besttt...



hah. banyak dah merepek ni.. sila beri perhatian kepada wasiat tersebut dan abaikan tulisan senget di bawahnya ye..hihii..

opsss.......pagi tadi ada jemaah pedal dari Pakistan telah sampai di halakah kami. kata suami nak nusrah...insyaAllah kami mesyuarat malam nantilah nak masak apa. Tapi tadi dah janji dengan suami nak buatkan dulu kuih penderam...errr tahu x kuih apa tu? alaaa..kuih telinga tuuuu.. g search di google kalau mahu lihat gambarnya eh.

k..k..nak out dulu ye. nak masuk dapurrr... nanti dah masak umu snap tunjukkan kat anda semua apakah itu kuih penderam! > kalau x cantik rupanya x mau la snap. buat-buat lupaaa..hohoho
.

27 comments:

  1. assalamualaikum umu,
    menarik sgguh perkongsiannya...suka baca...n azam nk amal yg mana blom tu kan? hihihi...

    akk pun lg di dapur ni..mlm ni mesy halaqah..sesambil tu mentenet jap..hihihi...jgn lupa snap..nk tgk kuih penderam versi umu..

    ReplyDelete
  2. Rasanya ciri yang nombor tiga yang palig berat untuk diamalkan.. (",)

    Alangkah berbahagianya kalau dapat isteri yg ada ciri no 3.. (",)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak..

    nice kak..suka.suka

    nak copy,nak copy..bleh x???
    kne doa nangis2 ni...mntak kat allah..semoga tergolong dlm golongan isteri solehah..:)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak umu..

    hehe...susah benar ya jadi sang isteri nih...adeh..saya kena ikram keluarga dululah..hehe biar mudah untuk ikram suami (yg belum wujud pun) nanti..hehehe :)

    semoga sentiasa diberkati Allah ye kak..inshaAllah..

    bila nak bagi cucu kat abah kak umu?kami pun nak jugak jadi macik2..hehehe :P
    amin inshaAllah...

    wassalam..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam wbt semuaa :)

    Cikgu Sue,
    eee..akak sengaja je kan. banyak2 ayat kat ats tu, kuih penderam gak yang akak highlightkan.. letih bebenor tangan umu ni menguli..kena peram dulu barang semalaman. InsyaAllah, baru sedap...petua orang2 tua..hihi.. sabor yee!


    Tuan fuad,
    hah..ni lagi satu...mementang la ciri no 3 tu saya buat ala2 x dapat nak amal, di serang juga yang tu kan...
    kut2 tuan geram sebab ciri no 9 tu, ahlia x leh nak wat sebab dah ada anak..haha :p >gurau2 je eh :)

    ReplyDelete
  6. Ayu,
    waahh..waahh..besar azam ni. belum jadi isteri orang dah doa nages2 nak jadi isteri solehah..bagus2..teruskan..hihi..
    err...nak copy bleh, tapi amik yang ada manfaat je tau..yang part membebel tu jangan sesekali..huhuu


    Baya,
    haaa...ini ciri2 anak solehah..hikhik. Beruntung la bakal suami baya nanti. Ahlianya ada sifat ikram yang kuat pada family.. :)
    err..abah akak dah ada 21 cucu. bulan 6 nanti tambah lagi 1 InsyaAllah (dari kakak akak). Jadinya..dari akak, bawa bersabar dulu yee.. Tunggu mak cik baya dapat suami doluuu..ehem..ehemm :p

    ReplyDelete
  7. erkkk, best3 kak.
    nak banggakan suami? (#2)
    masak2 sedap2 kat rumah mertua.
    InsyaAllah banggalah nanti ustaz Ishak

    ReplyDelete
  8. ishh..ishhh...budak sorang ni yang belum kawin plak bagi syor.. macam tau2 je dia.. k, insyaAllah..syor awak ni best..bleh di amalkan..hohoho..
    bawak bersabar eh anak pak cik mutalib..kalau pasal kebaikan untuk lelaki, bestt aje diaa.. :p

    ReplyDelete
  9. sebenarnya apa yg ditulis itu mmg benar tapi bagi tokwan kunci untuk suami kasih kpd isterinya ialah ambil hatinya dgn cara melakukan apa saja yg disukainya(asalkan tidak langgar syariat)

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum Puan serumah,

    Isteriku kesayanganku calon wanita syurgawi. Selamat BERAMAL dengan ilmu. hoho..

    ReplyDelete
  11. Tok wan,

    aduhai tok wan, kunci yang tok wan bagi tu la yang paling susah umu nak amal tuu.. kesukaan setiap orangkan berbeza. makanya bagi pasangan baru berkahwin seperti umu ni, tentu sahaja banyak jurang perbezaan dengan suami bila berbicara bab kesukaan. InsyaAllah, mungkin semakin lama hidup bersama, maka kami akan semakin hampir kepada titik persamaan.. jazakallah ye tok wan..ni nak kena belajar dengan nenek ni..hihii :)

    ReplyDelete
  12. Tuan serumah,

    amboi..syg sibuk di dapur..abg pula sibuk buat onar di blog ni yeee.. mementang hari cuti... banyak masa abg kan? meh tolong syg buat kuih penderam meh.. > nasib baik syg baca coment abg ni time abg sedang khidmat jemaah pedal..kalau x..nescaya singgah cubitan syg kat abg..eeeeee..

    *walaubagaimanapun, minta doa abg untuk syg ye, tiap2 waktu kalau boleh..hehee :)

    ReplyDelete
  13. baru perasan ada lagi yang nenek tak praktikkan ni,penting sekali nak beli kain utk buat apron.

    ReplyDelete
  14. nek...ni umu balas coment nenek ni dengan berapron dan bertudung niee..tengah menebar roti jala untuk jemaah pedal dari pakistan..heheee :)

    ReplyDelete
  15. Menarik n sangat menarik....oh Umu buat roti jala ek...untuk jemaah Pakistan,tu ari akak uat kari dal,chapati,roti canai segera n goreng ayam KFC buang kulit...(Jemaah Pakistan 4 bulan route di Kuching.:),sebelum tu khidmat taam untuk jemaah Yaman...buat nasi briyani,ayam golek madu,mashpotato,daging masak Kurtub orang Arab nie kalau kena tekak depa makan selero kih! kih!,takpela umu...depa buat pengorbanan apasalahnya kita juga buat pengorbanan layan diaorang sehabis baik....

    ReplyDelete
  16. emm...waktu umu merply coment akak ni, 1 tupwre besar kuih cara berlauk telah selamat sampai di masjid untuk jemaah minum petang... apa sudah jadi ngn roti jala umu? next entry umu citer..hahaa
    waahh...akak bab memasak ni, umu tabik spring lerr..hehee. x larat kut umu nak masak mcm tu. untuk makanan berat2, orang2 pakistan yang duk sini awal2 dah ambil dulu. diorang minta kami buat kuih muih jee..huhu

    ReplyDelete
  17. umu pendapat mmg betul, utk kita memahami pasangan kita memang memakan masa dan ia perlukan kesabaran dan jika ini ada dalam hidup kita kebahgian pasti akan menjadi milik kita insyaallah

    ReplyDelete
  18. *Tulis dalam notebook these 10 advises:)*

    Kak Umu.. Nak share dua benda utama tentang Khadijah sebagai seorang isteri yang buat Allah s.w.t sampaikan salam kepadanya:

    1. Layanan yang sangat baik terhadap Rasulullah
    2. Kata2 yang sangat baik terhadap Rasulullah

    Semoga Allah tolong belajar and really able to please a husband and always use good and beautiful words.. Amin..

    ReplyDelete
  19. Tok wan,
    emmm....jika tok wan sebagai orang yang makan garam dulu dah kata macam tu..jadi sebagai orang muda, kena la umu ambil ikhtibar.. kalau tok wan rasa nak sampaikan apa2 petua dan nasihat dalam berumahtangga untuk kami yang baru nak belajar2 ni...sangatlah umu berbesar hati mempersilakan tok wan tulis panjang2 di ruang komen ni.. :)

    piqa,
    waahh, jazakillah ye dengan perkongsian tu.. walau ringkas tapi amat bermanfaat.. InsyaAllah, kita kena sama2 amal..errkk, ke akak sorang je?hihii..

    ReplyDelete
  20. Umu pelajaran yg terbaik adalah bila sahaja kita melakukan satu kesalahan jadikanlah ia satu pengajaran yg berharga dan jgn dilupakan.Ini lah P&P (tanya makna pd abang Ishak)yg terbaik dalam kehidupan berumahtangga

    ReplyDelete
  21. P&P = pengajaran dan pembelajaran kan tuan? Gembira dan agak terkejut melihat komen tuan. sudah lama rasanya tidak mendengar nasihat2 dan kata2 hikmah dari tuan di ruang komen umu mahupun di blog tuan sendiri. semoga selepas ini, tuan tidak jemu memberi nasihat dan peringatan pada umu dan kepada para pembaca yang baru hendak belajar2 mengenal dunia. Jazakallah khairan katira :)

    ReplyDelete
  22. ah...senyum simpul bila suami kata.isteri abg ada semua sifat ini.cuma perlu mantap kan lagi.

    ReplyDelete
  23. Umu tanya abang ishak masa pulang ke Lancang ada tak jumpa kawan2 tokwan d Felda lakum iaitu Md Akhir, Rahman sarman, Pakmat Kelantan, Atan dll, kemudian Fendi BakarLancang dan Non adik Bakar, ishak Felda Bukit Damar, cikgu Alias Mempateh saya jumpa di seri Petaling masa Keluaq 40h Nov lepas. Tokwan dulu 1990 ngajar d Felda Sertik,Kalau abang Ishak baca ini dia akan kenal tokwan, sbb Tokwan biasa berkawan dgn arwah ayahnya C Zaini dlam tahun 90an, tanya dia siapa Tokwan sabenarnya

    ReplyDelete
  24. anonymous,
    owhh..saya pun tersenyum simpul apabila anda suami isteri sudi membaca blog saya..hehee.. semoga dapat manfaat :)

    Tokwan,
    Alhamdulillah...semua nama2 yang tok wan sebutkan tu, abg ishak kenal. malah, umu dan abg serta mertua turut sempat menziarahi Pak cik Bakar Lanchang kerana keadaannya yang tidak berapa sihat masa balik semenanjung hari tu.. emm..rasanya abg kenal semua kenalan lama arwah abah.. -kagum umu melihat abg masih menjaga silaturahim dengan kenalan arwah abah sehingga sekarang- :)

    ReplyDelete
  25. takyah nak tabik spring2lah umu :0,akak pun nie belajo2 dan berguru dengan emak sepanjang 3 bulan tinggal diumah akak,kebetulan jugak Family akak memang bisnes makan waktu emak masih sihat....sekarang semuanya hanya tinggal kenangan....selepas arwah abah pergi huhuhu!

    ReplyDelete
  26. isshh..mane leh trik balik tabik tu kak...dah lama bg pn..hihiii... ada masa nanti nak berguru ngn akak la.. lagi2 bab masakan arab tu.. payah tu kalau umu nak cuba2 sendiri..
    err..mana tahu stu hari nanti akak boleh buka restoran ala2 asia barat sendiri..amiinnn :)

    ReplyDelete
  27. Tokwan
    Sy ni duk Felda Lakum, suami sy orang Felda Lakum, alhamdulillah karkun sni. Seangkatan dgn ishak suami umu. Orang2 yg tok wan sebut tu sy kenal macam Pakcik Mat Akhir n Pakcik Ishak Bkt Damar @ pak anjang. Pak cik Mat Akhir sihat jer dia. Baru jumpa bulan lepas di pasar Lanchang n Pakcik Ishak Bkt Damar dah pindah ke Sabah, ikut ahlianya.... Doakan kami ya tok wan

    ReplyDelete