Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Thursday, April 21, 2011

-sTory moRy laGi dan laGi :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Allah swt pilih kami lagi dan lagi untuk menyambut takaza > yang sememangnya x akan pernah berhenti sehinggalah tiba hari penghisaban kelak!

Rasa umu, baru 2 minggu lepas umu bercerita berkenaan jemaah pedal dari Pakistan berada di marhalah kami dan umu nusrah membuat kuih muih untuk jemaah ni kan. Ingat lagi x?

Dan 1 minggu lepas, suami pula menyambut takaza, khuruj selama 3 hari.. > entry yang lepas!

Maka minggu ini kami berpeluang untuk nusrah menyediakan ta'am selama 2 hari bagi jemaah pedal yang datang dari semenanjung.. > err..suami la paling excited sebab dalam jemaah tu ada bekas lecturer di universiti suami belajar dulu..hehee

Sebenarnya jemaah ini menjadikan masjid berdekatan rumah kami sebagai tempat transit selama 2 hari sebelum bergerak ke pulau-pulau yang terdapat di Semporna ni. > mujahadah tu bila nanti diorang sampai ke pulau-pulau!

Okey lah..rasa umu suami pasti akan memberi karkuzari berkenaan usaha yang di buat oleh jemaah ini di tempat kami di dalam blognya kelak, jadinya umu hanya akan memberi karkuzari dari dalam rumah je la iaitu persiapan untuk menjamu para daie ini ...hohoo 

Hari pertama nak nusrah, pagi-pagi lagi suami dah mengajak pergi ke jeti tempat ikan-ikan dari laut di naikkan.. bukan di pasar yang kami selalu pergi tau. Kata suami, kalau nak dapat ikan yang lebih fresh dengan harga yang murah, di jeti tu la tempatnya > info dari seorang karkun peraih ikan..hehee

Jadi..bila sampai je kat jeti tu... MasyaAllah, banyaknye ikan-ikan besar bersesuaian dengan kapal-kapal ikan yang besar-besar tersusun di jeti tersebut. First time berada di tempat sebegini jadi agak gayat teruja banyak sikit..hoho


besarkan?
sekarang bulan terang dan air pasang
jadi banyak nelayan tidak ke laut kerana kurang ikan
jadi banyak lerr kekapal berlabuh di jeti...


Oleh kerana di jeti tersebut ramai kaum lelaki, jadinya umu menunggu di tebing sahaja sambil melihat dari jauh suami tawar menawar (dengan bantuan seorang karkun di sini) dengan seorang nelayan..

Dalam masa 15minit kelihatan di tangan suami ada beg plastik besar yang kelihatan ekor ikan terkeluar dari plastik tersebut. Dalam hati berkata "mesti besar ikan tuu"... rupa-rupanya 2 ekor ikan tuna yang besar..


Ini la rupa ikan tuna... -credit google-


Kemudian, karkun tersebut membawa kami ke sebuah jeti yang berdekatan kerana suami nak mencari ikan kerapu pula. Kata suami, oleh kerana ikan di sini sangat fresh, jadinya selama 2 hari ini kami akan menghidangkan ikan-ikan sahaja kepada jemaah semenanjung nie.. :)
> fakta suami, orang semenanjung dah bosan makan ayam dan jarang makan ikan fresh!

Jadinya setelah bermesyuarat, umu mengesyorkan kepada suami supaya ikan tuna tersebut di masak lemak cili api di campur sayur kambas..hehee > boto-boto ohang nogori..lomak cili api ajoo..hoho 

err..sebenarnya x pernah masak ikan tuna dan rasanya ini first time umu melihat ikan tersebut. Tengok rupa bentuk macam tongkol pun ada..macam tenggiri pun iya juga (cuma saiz lebih besar)..jadi, masak lemak cili api lah yang bersesuaian denagan struktur daging ikan tersebut..hehee > umu memandai!

Alhamdulillah..ada juga karkun tempatan yang tahu kami akan nusrah, jadinya dia menyumbangkan udang galah sebagai hidangan tambahan dan suami syor supaya udang yang fresh ini di goreng.. syedaappp!
(Pernah juga dulu karkun ini menghadiahkan kami seplastik udang galah...punya banyak sampai boleh buat 4kali makan..hehee)



udang yang fresh adalah manis rasanya :)


Dan hari kedua, iaitu hari ini... suami pula yang mengsyorkan agar ikan kerapu di masak 3 rasa.. aduhai.. 3 rasa lagiee.. suami umu memang peminat nombor 1 masakan ikan 3 rasa umu..hohoho

Dah dapat arahan...jadi terus capai sayur mayur untuk menu ini antaranya....nenas, tomato, lobak, timun, daun sup dan lada benggala :)


err..tabur banyak-banyak sayur sampai tertutup sos dan ikannye :)


Oleh kerana semalam suami kata orang yang makan menu ikan tuna masak lomak cili api tu kata sedap.. makanya hari ni sebelum suami bawa hidangan kerapu 3 rasa ni kepada jemaaah, umu sempat berpesan...

"Bang, kalau hari ini mereka puji lagi masakan sayang sedap, minta jemaah doakan sayang...........ye" :)
minta doakan apa?? rahsiaaaaa...hohoho. Lepas tu suami senyum-senyum pulak :p

Owh iye.. Mulai hari jumaat hingga ahad, terdapat satu pesta tahunan di Semporna ini yang di namakan Regatta Lepa. Umu pun mesti la teruja nak pergi... (suami dah janji nak bawa).hehee di sebab kan dari rumah umu sudah kelihatan bendera pesta tersebut tersusun di sepanjang jalan raya..


bendera seperti ini la..besar-besar lak tu!
mano la den x terujo!hoho


Kalau nak tahu berkenaan pesta ini...kena la google. Besar-besaran juga... sampai kan satu pekan Semporna di jalan-jalannya penuh di pasang gerai-gerai jualan sejak hari rabu lagi. Dan dengar cerita dari anak-anak yang belajar iqra' mengenai pesta ni pun, umu dah merasai kemeriahannya.

InsyaAllah, nanti umu bagi karkuzari berkaitan pesta ini di next entry ye :)
Sehingga bertemu kembali.... InsyaAllah!
.

23 comments:

  1. (terus terasa lapar) Gulp.. telan air liur.. jap erk.. nak gi makan jap.. dari pagi x makan lagi.. (",)

    Moga ikan2 tuna tu menjadi saksi kepada pengorbanan kalian berdua.. "Ya Allah, hamba-hambaMu itu telah menggunakan kami sebagai hidangan bagi jemaah yang bergerak seluruh alam atas maksud menyebarkan agamaMu.. Ya Allah, masukkanlah mereka ke dalam syurgaMu" (",)

    ReplyDelete
  2. Zai,
    nak ikutt? jommm... :)
    akak dah dengar lagu-lagu bajau ni kedengaran dari pekan...hoho

    Tuan fuad,
    ari ni khamis..ingatkan x makan dari pagi sebab posa. kalau macam tu, lain kali bagus niat posa sunat je :p

    Allahumma amin. Ya Allah perkenankan doa saudara kami ini kerana kami benar-benar berkehendakkan redhaMu atas apa yang kami lakukan. Jazakallah tuan. Moga redha Allah swt juga bersam tuan dan keluarga :)

    ReplyDelete
  3. Niat di hati nak posa gak.. tapi tu la.. nak wat camne.. malam tadi x makan ditambah lagi x sempat bersahur pulak pagi tadi.. naik pening gak kepala jadinya.. Nabi saw, 3 tahun 3 bulan kena boikot sampai makan daun2 kering, kita baru x makan seharian, dah pening kepala.. Aduyai, lemahnya iman.. (",)

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah
    di Sabah,ikanlah yang femes.
    doakan saya dapat samapai ke rumah kakak yang baru pindah ikut suami ke KK,hehe,nak rasa udang besar tapak tangan.

    doaakn juga jemaah dari kampus ke sabah bulan 6 nanti, juga sebab ikan. boleh la ikan2 sana doakan kami,InsyaAllah.. doakan ya!

    ReplyDelete
  5. Salam umu,MasyaAllah besar sungguh pengorbanan umun dan ustaz ye...emm terliur akak tgk lauk di atas tu...ade sedikit karkuzari dari kawan akak disegamat,johor, cuti sekolah nie diaorang pi Sabah,tapi tak tahu lagi route diaorang kat mana.Agak2nya mungkinkah doa Umu..ehem2 hehehe rase2nya macam akak tahu :),takpe akakpun doakan juga untuk umu ye.

    ReplyDelete
  6. salam,mashaAllah ,kerje menyambut takaza saja,barakah sungguh keluarga depa...hahhahaha

    ReplyDelete
  7. Salam..
    Kuat ikram masak ni..
    Bgus2, kita cuba utk mudahkan keje org lain.
    Nak aje order ikan fresh dr sana buat jamu jemaah kat sini.(sbnrnya diri sndiri yg tringin kot)

    :-D

    ReplyDelete
  8. salam...rindunya kat sabah....skrng regetta lepa ya,tak ingat pula....
    Ikan kat sabah memang terbaik.......fresh dan besar lg murah.....ayam kat sana mahal..tapi seafood insyallah murah sangat....sampai la saya dah tak leh makan udang dan ketam sbb dah naik muak...adei...
    kat sini ikan mahal....dan ikan sungai byk la pula...

    ReplyDelete
  9. Tuan fuad,
    aihh..ni kalau berlaku dalam bulan posa x ada maaf nih..hoho! Alhamdulillah..moga Allah permudahkan hasrat murni tuan. niat dah ada dah tuu :p

    Ibnu Mutalib,
    wahh..nak berjalan2 di kk la ni ye? InsyaAllah.. di doakan agar cepat2 sampai x kira asbab untuk ziarah kakak mahupun menyambut takaza. err...kejar udang je ke?hoho > udang sebesar tapak tangan memang sedappp :)

    ReplyDelete
  10. Kak Marina,
    Waalaikumsalam wbt :)
    ishh..akak ni. x ada apa2 pun yang kami buat untuk agama :(
    ni nak cuba2 contohi sifat akak ngan abg saleh la ni. orang yang lebih lama bab khidmat kepada jemaah. (rasa macam dah lama x dengar nasihat dari akak). InsyaAllah, bulan 6 ni umu sambut takaza 10h di dalam negeri. nanti leh la umu roger2 akak ye.. err..akak jangan fikir bukan2 tau tang doa tu..bahaya! :)

    Anak Pendang,
    amboi..besarnya gelak...-???-
    doa2kan kami sentiasa di pilih Allah swt ye.

    ReplyDelete
  11. alifzikri,
    tapi anda dah komen pun tuuu...aihhh.

    Kak aliaazuan,
    err..Alhamdulillah lah suami kuat ikram umu juga. Jadi dengan senang hati ler umu nak ikram jemaah..hehee. Tapi nak ikut sifat ikram akak...jauhhh lagi umu nak kejar.
    meh ler datang sini..akak leh pilih sendiri ikan yang di hajati dari atas kapal lagi..hoho

    ReplyDelete
  12. Egg Head,
    Kalau bab hiburan x payah ingat pun x per :)
    amboi..ni kalau orang semenanjung dengar statement tuan mesti geram...>makan fresh seafood sampai naik muak..huhuu
    kami yang baru2 duk sini pun dah mula rindu dengan ikan sungai lagi2 kat keli dan patin :(
    ada ke kat sabah ni?

    ReplyDelete
  13. HA.DEN PONAH POGI PESTA TU. DIYO HIAS PERAHU CANTIK2 DAN BELUMBO....KALAU TAK SILAP LA.....MASA SUAMI BAWAK BALIK KAMPUNG DI SABAH

    ReplyDelete
  14. kalau suami sambut takaza untuk jemaah yg datang di tempat kami.lain tak bukan menu yg sama.ayam.kambing.kambing.ayam.tanya suami kenapa tak masak menu lain...suami jawab masak makanan yg jemaah suka...kambing dan ayam....tolong jawab betul ke

    ReplyDelete
  15. lucu.
    (",)
    masakan kanda??
    rasa,dinda amat jarang berkesempatan nak rasa kn masa kat rumah.
    bagus!teruskan kanda,esok2,ajar dinda masak masakan sabah baa.
    (",)

    ReplyDelete
  16. hehehe....org sabah tak pandai makan ikan sungai la kak umi....susah nak masuk....hehehe....tak tahan dgn bau ikan sungai...

    but bila keluar jalan Allah...semua makan belasah jee.....apa yang org khidmat ta'am masak itu la yg d makan.....walaupun tak sedap,tp bila keluar jalan Allah semua rasa sedap....sbb yang bagi sedap tu ialah Allah....Allahuakbar!!!

    ReplyDelete
  17. Anonymous 1&2..
    rerasa orang yang samakan? lain kali di akhir ayat kena tulis nama tau..sebagai contoh -kak wangi-....haaa macam tuuu.. contoh je tuu :p
    err..rerasa perahu tu x berlumba laa..dia berhias di sertakan dengan pukulan alatan muzik tradisional. Nanti next entry umu cerita eh.

    Dan tentang khidmat masak apa tu.. x semestinya ayam dan kambing je.. kalau orang semenanjung sampai sabah.. diorang akan bercakap2 tentang ikan yang fresh dan makanan seafood lain (ayam dan kambing x layan dah)...jadi kita yang khidmat ni cuba sukakan orang yang datang susah payah ke tempat kita untuk usaha dakwah ni. Apa pun, ikhlas tu penting :)

    ReplyDelete
  18. Dinda,
    ada saja yang lucu pada pandangan dinda ye.. InsyaALLAH, kena rerajin turun dapur ye baru boleh asah skill memasak..heh!

    Egg Head,
    err..kalau kena cara masaknya..x lah berbau, InsyaAllah. Jadi, ikan sungai apa yang dah boleh masuk dalam perut tu?
    Betul la tuu..time keluar, sebabkan rahmat Allah swt mencurah-curah pada kalian makanya, nikmat makanan tu Allah gandakan..hehee :)

    ReplyDelete
  19. bercakap2cakap tentang ikan segar..dah lari dari maksud tu...nanti betul kan ayat tu......SIFAT IKLAS BILA DILAKU KAN SECARA TERSEMBUNYI...ANTARA KITA DAN ALLAH YG TAHU..ATAU PUN SEPERTI SEMUT HITAM YG BERJALAN DI CELAH BATU DI WAKTU MALAM GELAP GELITA...tak perlu lah tulis nama ..kerana hati ini sentiasa iklas untuk memberi dan menerima..nasihat BIAR SAYA DAN ALLAH YG TAHU

    ReplyDelete
  20. InsyaAllah, semoga kita semua ikhlas dalam beramal. minta doakan saya yang lemah ini ye :)
    Jazakillah khairan katira atas nasihatnya.. (",)

    ReplyDelete
  21. wah...sronoknye dpt khidmat untuk agama Allah.. =)

    ReplyDelete