Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Saturday, April 9, 2011

~ moGa di berkaTi umuR mu ~

Bismillahirrahmanirrahim...


- Dengan kata-kata ku menuturkan cinta -

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya …



Alhamdulillah... sudah umu ketemui lelaki idaman umu :)
Lelaki idaman ini yang telah di lahirkan oleh ibunya sejak 26 tahun yang lalu..
-9 april 1985-
Walau apa jua catatan sejarah hidupnya..
sememangnya, catatan di luh mahfuz...
dia adalah untuk umu pada
18 disember 2010
Alhamdulillah....
segala puji-pujian bagiMu Ya Allah..
 
 
 
Selamat hari Lahir abanG
Semoga di berkahi umurmu di dunia ini
bagi kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat kelak
amin.

maka, nikmat Allah swt yang manakah kami cuba dustakan??
.

20 comments:

  1. assalamualaikum.
    hehe, selamat harijadi Ustaz Ishak.

    ReplyDelete
  2. Bertambah umuq maknanya akan bertambah pengalaman,bertambah amal, bertambah kasih sayang, bertambah korban, bertambah kesabaran dan yg penting mahu ingat ialah bertambah dekat dgn kubuq, apapun tokwan doakan semoga diberkati umuq anda berdua

    ReplyDelete
  3. salam..
    Selamat Hari Lahir Ustaz Ishak.. Moga bahagia bersama isteri tercinta.. Cinta yang membawa ke syurga..

    Ustaz Ishak lagi muda dari saya?? Seakan2 sukar untuk dipercayai..

    Mana x nya, pengorbanan Ustaz Ishak dalam perkara agama telah jauh meninggalkan saya.. T_T

    ReplyDelete
  4. Izmer,
    Waalaikumsalam wbt..
    ustaz kata..jazakallah khairan katira :)

    Tok wan,
    Jazakallah khairan katira tok wan atas kata-kata peringatan yang sangat berharga tu. Yang mana kami x dapat dari orang lain melainkan dari tok wan yang punya sifat kasih sayang kepada orang muda seperti kami :). Semga umur tok wan dan nenek juga diberkati Allah swt. amin.

    ReplyDelete
  5. tuan fuad,
    Waalaikumsalam wbt.. Allahumma amin. Jazakallah tuan :)
    owh..tuan lebih TUA dari suami saya ye? agak dah..hahaa. Minta di doakan kami sama-sama dapat istiqomah berkorban untuk agama hingga akhir hayat ye :)

    ReplyDelete
  6. Salam kasih sayang dari Abang Salleh n Kak Ina untuk uztaz Ishak dan Umu....sama2 kita berkerja keras untuk usaha ini tanpa berbelah bagi,tanpa mengira berapa yang kita keluarkan tetapi mengira berapa banyak amal yang dapat kita masukkan dalam diri kita,yang penting ikhlas kerana Allahkan,oh ye dengar2 berita adek Umu jadi kahwin dengan orang sarawak? bila dan dimana?

    ReplyDelete
  7. Salam kasih sayang dari abg salleh dan kak marina kami terima dengan penuh hormat pula... InsyaAllah, kena sentiasa doa-doakan kami yang baru nak belajar ni ye kak :)
    InsyaAllah, dengar khabar dari family, majlis di Sarawak bulan 9.. di Miri. Ada juga umu kata kat suami "boleh kita ziarah kak marina sekali kan bang"...heheee.

    ReplyDelete
  8. salam ummu,
    semoga ummu sekeluarga berbahagia selamanya
    di dunia membawa ke syurga;)

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam wbt cikgu :)
    Allahumma amin...jazakillah cikgu. Moga kebahagiaan juga menjadi milik cikgu sekeluarga..

    ReplyDelete
  10. Assalam kak Umu..

    Your hubby's birthday is a day after mine:)

    Semoga usia yang hilang disempurnakan Allah dengan kebaikan dan usia yang ada dilimpahi Allah dengan rahmat dan cintaNya..

    Wishing him and to both of you the best and the blessed of life together.

    Allahumma amin:)

    ReplyDelete
  11. Waalaikumsalam wbt pqa :)
    iye..akak baru je baca entry pqa tu. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran juga ye. semoga ia jadi asbab peringatan kepada kita, iaitu di mana kita habiskan masa di dunia ini yang di berikan oleh Allah swt..

    moga yang baik jalannya menjadi pilihan kita. Jazakillah atas doanye untuk kami :)

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum dinda,


    Jazakillah ikram kanda hari-hari dengan penuh keikhlasan. Masak untuk kanda macam-macam lauk, macam-macam kuih. Kek sampai lapan biji. Allahuakbar. Belum kira kerja-kerja harian dinda yang sangat ringan tulang itu. Terharu kanda melihat kesungguhan dan ketangkasan dinda demi untuk mendapat redho Allah tu. Dinda memang isteri yang tiada tolok banding.

    Dinda merupakan hadiah paling bermakna dalam hidup kanda. Kanda doakan moga Allah bukakan kelapan-lapan pintu syurga untuk dinda.

    ReplyDelete
  13. Salam...
    wah.. dpt hadiah KFC, keknya mana? alhmdulillah..syukur nikmat Allah bg. Moga hidup dlm penuh kebhagiaan utk dua2 pengantin baru.. amin.

    ReplyDelete
  14. Kanda,
    Waalaikumsalam wbt.. :)
    aihh.. dalam sibuk2 kanda, ada lagi tu masa nak buat onar di sini ye??

    Allahumma amin. jazakallah khairan katira atas doanya. sememangnya doa dari seorang suami sangat berharga buat isterinya.

    "Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga" (HR At-Tirmidzi)*

    Semoga abang sentiasa redha terhadap sayang sebagai isteri abang, hingga ke akhir hayat sayang. amin.

    ReplyDelete
  15. Kak aliaazuan,
    Waalaikumsalam wbt..
    ehh..bukan kak. gambar tu dah beberapa bulan dah. sempena hari istimewa, kena la umu masak sendiri tapi menunya atas permintaan suami la.. InsyaAllah, next entry umu cerita..hihi
    Allahumma amin. jazakillah kak atas doanya :)

    ReplyDelete
  16. salam,
    ehehe...romantiknye k.umu ni..hihihi...

    ReplyDelete
  17. errr...part mana tu yang akak romantik?hikhik.. :p

    ReplyDelete
  18. semoga sentiasa bahagia didunia dan akhirat

    ReplyDelete
  19. Salam ziarah,menarik artikel yang di tulis.Saya menjemput kakak untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Semoga Allah membalasi segala kebaikan kakak.Sekian,Terima Kasih.

    ReplyDelete
  20. nenek,
    Allahumma amin..jazakillah ye nek atas doanye:)

    AnakPendang,
    InsyaAllah..saya akan ziarah ke blog tuan.

    ReplyDelete