Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Monday, April 18, 2011

- Hidup dan Mati kerana AgamaMu -

Bismillahirrahmanirrahim...


Dengan izin Allah swt..esok pagi suami tangguh dari khuruj 3 hari. Aisshh...x sabar la pula nak menunggu si daie tercinta pulang ke istana.....hehee. 

> ishhh..ishhhh.... umu ini...jauh sungguh dari sifat para Sahabiah r.ha yang tidak mahu para suami mereka kembali ke rumah apabila pergi berjihad mahupun keluar dakwah kerana ingin kan suami mendapat title "syahid". Istighfar la umuu....!


 persalinan untuk suami selama 3 hari khuruj :)


Pernah suatu ketika kami melalui suatu perkuburan islam di kawasan Semporna. Terus tercetus idea nak bertanya suami....err..kekonon nak dengar perkataan yang memanis ler dari suami kan... 

"Bang, jika syg meninggal di Semporna ni.. abg bawa balik x jenazah syg untuk di kuburkan di Gemas, rumah abah..?"

Dalam hati dah berbunga-bunga je fikir suami akan kata begini....

Mesti laaa. Abang bukan nak tinggal lama di sini. Pasti akan pulang ke semenanjung juga. Mana boleh nak kuburkan syg di sini. x sanggup abg.... > tanda cintakan!

hihiii..senyum-senyum je bila merancanakan jawapan suami mengikut kemahuan sendiri... tapi.. tiba-tiba rasa  sesak nafas bila suami jawab......

X. Abg kebumikan di sini saja.. di Semporna nie.. InsyaAllah!

waaaa.... terasa bagai suami seorang yang tidak bertimbang rasa je nak buat macam tu kan. Atau entah-entah suami saja je ni nak cari gaduh... siap la niee...

"eeee...x mahu. Syg nak di Semenanjung. Di rumah abah. Ini wasiat syg tau. Abg kena bawa balik juga. takut la syg tinggal di sini sorang-sorang nanti!" > hah..tetiba pulak keluar statement yang ni..hohoo. Ada pulak dah meninggal siap kata takut tinggal sorang-sorang ...

Lepas tu x puas hati lagi tengok suami dengan muka relak mendrive kereta sambil menahan senyuman... eee..saja la tuuu. Pastu terus ada idea nak mengenakan balik...

"Kalau macam tu, kalau abg meninggal di sini syg kebumikan di sini la ye? x payah bawa balik semenanjung ye?"

"a'ah..iye. betul la tu".... jawab suami dengan yakin.

eeee....cari gaduh x menjadi lagi... terus cakap lagi dan lagi.. "alaaa...tetap syg x mahu! syg nak semenanjung jugak!" > aiihh macam menu pulak main pilih-pilih.

haaa...sekali suami cakap macam nie...

"emm..syg x mahu ke di hadapan Allah swt kelak, tempat kuburan syg menjadi saksi syg berhijrah kerana usaha agama. Ya Allah, saya lahir di Gemas negeri Sembilan Ya Allah, tetapi meninggal dan di kuburkan di Semporna Sabah kerana buat kerja untuk agama Mu.." > err...ni kira hujah la ni time di bicarakan kelak...huhuu. semuanya dengan izin Allah swt.
 
Sambung suami lagi....

"Kalau di Semenanjung, Alhamdulillah...hidup kita senang .. tapi kerana agama Allah swt, kita berhijrah ke tempat yang mujahadah sikit ni (Semporna). Pasti dan pasti Allah swt akan pandang pengorbanan kita  yang sedikit ini jika kita ikhlas..."

Pastu terus umu rasa nak garu kepala..sambil fikir nak teruskan ke x permintaan tadi ...huhuu...

nak je jawab..."tapi............> ada je tapi-tapi tuuu.. tapi x jadi nak teruskan..tersekat kat kerongkong lerr..huhuu 


 Langit yang sama....!
(masjid pekan Semporna)
tepi laut......cantik!

Terus duduk diam-diam sambil memandang kearah luar tingkap memandang langit Semporna. sambil bermuhasabah apa yang suami katakan tadi. Di dalam hati berbisik.. jika berada di Gemas pun..umu melihat langit yang sama juga...hmmmm~

Rerasakan...apa la keputusan umu?hihiii.... =)
Dan jika anda pula .....bagaimana anda jika berada di tempat umu?
.

20 comments:

  1. salam,,,haaa,saya ke jadi pengomen pertama...menaarik jugak gurauan tu kak...hhahha

    hari tu,tahun lepas,ada karkun satu jemaah ngn sy meninggal di india,di markaz banglawali lagi tu...di imamkan oleh maulana saad...
    bayangkan dia punya mahligai dlm syurga dari kemaman ,ganu smpi nizhamudin india...besoq tuuu....fuuhh untung depa nie...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam wbt anak pendang :)
    err..sape yang sedang bergurau..serius nie..hehee.
    owhh..macam tu ye ganjaran bagi yang syahid ketika keluar di jalan Allah? > kenyataan di atas tu macam nak back up suami akak je tuu..huhuu

    ReplyDelete
  3. fuh,
    adda gak sembang2 camtu.siap dalam keeta lagi.
    leh dapat title al-kayyis nih

    ReplyDelete
  4. Tul tu.. X kisah la kubur kat mana2 pun.. Yang penting bila mati bawak bekal yang mencukupi, maka kubur akan menjadi taman2 syurga.. Pasti terasa kejap je.. Tau2 je akhirat datang menjelma.. tau2 je dah lintas titian sirat sepantas kilat..Tau2 je dah ada kat depan pintu syurga.. Tau2 je sedang menunggu kedatangan suami di dalam syurga.. (",)

    ReplyDelete
  5. Umu akak pun kalau meninggal kat Kuching,abang Saleh kata :Demi kasih abang pada Allah yg tercinta,maka abang akan kebumikan sayang di kuching,hehehe lepas tu abang nak kahwin lagi kui!kui!,orang lelaki nie tak leh menduda lama2 betul ke Umu? :),akak jawab takpelah bang kahwinlah,sayang lagi risau n teramat risau nak jawab question Maut tuh!huhuhu

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum,

    Teringat kata-kata guru saya, Hidup ini kekosongan jika kita tidak melakukan pengorbanan.

    Semakin jauh kita mati di jalan Allah, semakin dekatlah kita dengan Allah.

    Kubur para sahabat r.a berada di merata-rata tempat, merata-rata penjuru alam. Sebagai tanda mereka telah lakukan banyak pengorbanan untuk agama ini.

    Moga Allah ambil nyawa kita dalam keadaan sebagaimana Allah ambil nyawa para sahabat r.a.

    ReplyDelete
  7. salam...

    klu kubur ader kt semenanjung bleh tolong bawa kte masuk syurga bleh r mntk tolong org kuburkan kt sne.hehehe...

    takot dok sorang2 bwk teddy bear skali.heeee

    ReplyDelete
  8. Ibnu Mutalib,
    err..kalau dah hidup berdua dan selalu bersama ke mana sahaja..makanya, pelbagai perihal boleh di jadikan bicara..
    Allahuakhbar..title al-kayyis tu terlalu besar buat kami yang selalu leka dengan dunia ni.. :'(

    Tuan fuad,
    aduhai...ni pancung lembut2 ke nih? menusuk sungguh dalam hati..huhu
    Jazakallah atas pandangan dan syor :)

    ReplyDelete
  9. Kak Marina,
    hah? sanggup abg saleh kata mcm tu? ishhh..ishhh...x jaga hati sanubari langsung! tapi bab jawapan akak tu memang terer dan pedas..hehee..
    pstt...kak, mungkin para suami kesian kat anak2 yang kehilangan kasih ibu..tu yang x leh menduda lama2 kuuuttttt....

    Kanda,
    Waalaikumsalam wbt :)
    aih...sampai rumah ingat buka laptop nak buat kerja..rupanya sempat singgah di sini juga ye?
    Sayu betul baca kata2 abg. nasib baik di tulis di sini...kalau abg cakap depan2 ni mau nangis2 syg..huhuhuu..
    Jazakallah abg :)

    ReplyDelete
  10. bt Zakaria,
    aihh..tukar nama lagi...hehee
    aikk...atas tu perli namanye tu..perliiiee..
    kalau lah boleh bawa apa2 masuk kubur, tentu saja akak nak bawa yang lebih bermanfaat dari bear buat teman tau! :p

    ReplyDelete
  11. salam.....
    bila mujahadah dalam agama maka Allah sebarkan hidayat dan beri kefahaman agama....insyallah...
    kefahaman is different from pengetahuan.....

    saya pun sabahan gak....tapi sabah kat Tawau....ada rezki keluar la kat Tawau...ok....byk umat dahagakan hidayat kat sana....

    ReplyDelete
  12. salam..

    rasa-rasa nak berkelana ke semporna hujun bulan nie.., ade jemaah tak nak attach, kalu tak boleh pi ziarah ustaz hehe

    -ardi

    ReplyDelete
  13. Salam..

    Ni yg nak pi sabah ni..cari ilmu ngan org sana lak. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  14. Egg Head,
    owhh..orang Tawau ye? Kalau malam markaz dan tuan ada di Tawau..InsyaAllah, boleh jumpa suami saya di situ.
    Tuan benar, pengetahuan dan kefahaman adalah tidak sama sekali dan InsyaAllah, bulan 6 ini 10hari masthurat. Doa2 la route kami ada di Tawau :)

    Tuan ardi,
    Waalaikumsalam wbt..
    Tinggal di mana ye? InsyaAllah, jika baik perancangannya boleh sahaja berkongsi fikir risau ummat dengan suami saya :)

    Kak Aliaazuan,
    Waahh...datanglah kak.. satu pulau bum-bum umu tadahkan menerima kehadiran akak..hehehee.
    Boleh umu sedut ilmu akak banyak2 :)

    ReplyDelete
  15. kak Umu....saya org tawau...tapi dah lama tak balik tawau....tak tahu mcm mana usaha kat sana ....harapan agar usaha d sana makin maju....skrng tgh study kat semenanjung.....sem nie tak balik tawau pula....hehehe

    moga akak cepat keluar 10H dan 40H....ameen...

    ReplyDelete
  16. Egg Head,
    aihh..lain benar bunyinye tu.. dah lama x balik kampung la ni ye? roger2 la kekawan yang masih ada di Tawau..tanya perkembangan usha agama di kampung halaman sendiri.. :)
    belajar mana ye sampai cuti sem 4bulan? bila nak tafakut di SP?

    Allahumma amin. Jazakallah ats doanye ye :)

    ReplyDelete
  17. suami org sabah jugak.tpi kami di semenanjung.ALLAH dah hantar kami buat usaha di kota metropolitan.suami kata kalau dia meninggal kebumi kan kat mana2aje.lagi bagus ditempat dia meninggal.saya tnya.abg tak nak kembali ke sabah..suami jawab.hidup tak susah kan org tak kan dah mati nak susah kan org...adoi...sabar je lah

    ReplyDelete
  18. lucu sangat dgn jawapan kak marina.suami pun selala usik saya dgn kata2 macam tu.tapi di akhir usik kan suami selalu kata...jgn pergi dulu sebelum abg..

    ReplyDelete
  19. Anonymous 1
    Mungkin ku mengenali dirimuuu :p
    Jika suami anda merupakan salah satu suku kaum yang terdapat di Sabah..dan meninggal di sini.. err..kena banyak kali tu buat kenduri arwah..huhuu > rentetan peristiwa anak murid iqra selalu minta cuti sebabkan kenduri arwah dalam keluarganya x berhabis2 lagi..huhuu (dah berbulan ni). mungkinkah ini yang di maksudkan "menyusahkan orang yang masih hidup"?..ke orang yang masih hidup suka meyusahkan diri sendiri?

    Anonymous 2,
    waahhh..boleh pulak suami tahan2 jangan pergi dulu.. kena kata macamni.. "bang, jodoh, rezeki dan ajal sudah di tetapkan awal2 lagi. x boleh di tunda2"..hoho > jangan marah arr..nanti kena jual :)

    ReplyDelete
  20. Salam
    Gelak sorg2 bila baca entry umu tu.... Hihihihi.. Akak pesan kat abang sham, klu akak meninggal dlu kebumikan akak kat Lakum sbb senang dia nak ziarah akak. Pastu akak pesan lg klu akak pergi dlu jangan menduda lama2, terus nikah. Akak tak nak dia kesepian tanpa teman. Lalu abang sham cakap "kalau sayang pergi dlu, abang tak nak kawin dah. Abang nak habiskan sisa hidup abang pd agama"..... bergenang air mata akak. rasa makin cinta kat dia.... Hehehe

    ReplyDelete