Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Thursday, March 10, 2011

Tugasan sebelum cuti...~

Bismillahirrahmanirrahim...

X sabar menunggu hari khamis niee...(hari ni laa..lambat post entry daa..) :)

kenapa?

InsyaAllah..umu dan suami akan pulang ke semenanjung :)
(selalu orang akan kata "pulang ke kampung"..tapi bagi umu "pulang ke semenanjung" lebih ada maknaaa)..ho ho ho. -emmm..bila agaknya kita akan pulang ke kampung akhirat ye? sudah sedia?

Persiapan?

*Dari hari isnin lagi dah tarik bagasi keluar dari bawah katil..hehee <-- semangat!
(itu kira ok la...dari kakak2 umu yang seminggu awal dah turunkan bagasi dari almari walaupun tinggal di kawasan selangor dan KL..hahaa <--lagiee semangat!)

*Dan sudah beberapa hari juga umu dan suami berjalan di tawau dan semporna mencari ole-ole buat orang-orang di semenanjung..
(owh..dan juga cenderahati buat teman-teman yang akan kami hadiri walimah mereka sepanjang cuti sekolah ni)

yang di tinggalkan...

tentu sahaja pekan semporna yang aman damai ni..hihii.. x caya? nahh...umu selitkan beberapa gambar sekitar jalan-jalan kampung di semporna..

 Subahanallah..macam x caya je umu yang tangkap gambar ni...



Suka dengan jalan ni...pohon yang merimbun...

Cahaya merah di kala senja berlabuh....
(x patut betul merayau time2 begini!)

Bagai hamparan mutiara di permukaan lautan... cantik! Subahanallah.

Oleh kerana di semenanjung umu terlalu sukar untuk melihat pemandangan sebegini.. jadi sudah tentu umu akan merindui semporna semasa pulang ke semanjung nanti... -->amboih, 10 hari je pun....

Bercakap mengenai ole-ole... ia juga sering kita panggil sebagai HADIAH, CENDERAHATI, BUAH TANGAN dan lain-lain...
Apa pentingnya hadiah ini? iaa...mestilah penting hinggakan Nabi SAW pernah bercakap mengenainya...

mehh...kita ingat-ingatkan balik apa Nabi SAW cakap....


Sabda Nabi SAW:

Maksudnya;
"Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang." 

(Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.)


Wahh...nampak x peri pentingnya kenapa perlu kita  saling memberi.. ??

Bagi umu, maksud hadiah itu tidak semestinya kita membeli sesuatu yang mahal harganya.. di bungkus cantik-cantik dan di ikat reben..lalu di tampal pula kad yang tertulis nama kita besar-besar. erkkk.... (terkadang tu, saiz nama si pemberi lebih besar dari saiz nama si penerima...huhuuu. kan?)

Oleh itu...sesuatu pemberian itu perlu mengikut kemampuan kita agar kita boleh istiqomah dalam memberi :)
Dan makanya kita juga dalam masa yang sama boleh istiqomah di dalam berkasih sayang! Formula matematik yang mudah~

Sebagai contoh...

-seorang suami membelikan kuih kesukaan si isteri apabila pulang ke rumah (itu tanda ingatan si suami pada isterinya di rumah ketika sedang bermusafir...mudahkan?)

-seorang kakak membelikan adiknya walau hanya sebuah keychin ketika bertugas di oversea! (itu tanda ingatan si kakak pada adiknya di rumah ketika sedang bertugas...mudahkan?)

-seorang abah membelikan barang kenang-kenangan ketika khuruj untuk anak isterinya yang di tinggalkan ( itu tandanya, walau sedang keluar ke jalan Allah swt maka fikir risau agama untuk keluarga sentiasa ada..hehee).....apakah??

Oleh itu, dengan bermodalkan hanya sejumlah kecil wang dari poket kita maka kita akan mendapat pulangan yang tidak ternilai harganya iaitu KasiH sAYaNG...

Dan boleh juga pemberian kita itu kita anggap ia sebagai sedekah :)

Makanya seperti kata abah umu.."sedekah yang berpanjangan itu adalah..." - memberi pemberian yang di beri pada kita maka kita beri pula pada orang yang lebih memerlukan...

Jadi tidak timbul rasa sakit hati si A kepada si B apabila si B memberikan pemberian si A kepada si C kerana si B telah memanjangkan sedekah si A kepada si C. Ini kerana ganjaran sedekah si A sudah tentu berlipat ganda atas asbab pengorbanan yang sedikit dari si B....  :)

fahamkan? cuba hadam dan fikirkan.... - tugasan!

sila submit tugasan anda berkenaan "sedekah berpanjangan" di ruang kosong di bawah... apakah yang anda faham mengenainya?
bincangkan... :)

Jadi umu nak sambung mem"packing" barang agar tidak kelam kabut mengejar belon pukul 6.50 malam nanti sementara anda masing-masing membincangkan tugasan yang umu beri sebelum umu pergi bercuti ye...hohoho.

Doakan kami ye :)

16 comments:

  1. oo....ye tak ye, dah nak cuti...Selamat bercuti, selamat pulang ke kampung halaman, selamat berjumpa keluarga tersayang ...semoga selamat segala-segalanya....

    ReplyDelete
  2. owhh..iye..akak juga akan bercutikan? selamat bercuti...semoga dapat memanfaatkan masa-masa berharga buat keluarga dan saudara mara tersayang.. Jazaillah ye atas doanye :)

    ReplyDelete
  3. yeay yeay.. dapat ole2 dari Sabah.. hehe.. gurau je..

    K lah.. selamat pulang ke semenanjung dan moga nanti selamat jugak pulang ke kampung asal kita semua iaitu syurga..

    Bila manusia bermatlamat syurga, maka setiap tindak tanduknya akan menjurus untuk mendapatkan syurga..

    Bila manusia bermatlamat dunia, maka setiap tindak tanduknya akan menjurus untuk mendapatkan dunia..

    Renung2kan dan selamat beramal.. (",)

    ReplyDelete
  4. hah? jap...cek list..opss..nama tuan fuad x ada dalam list penerima ole2 lerr...err maaf ye.. :p

    jazakallah khairan atas peringatan untuk saya, diri tuan dan pembaca blog ini.. :)

    ReplyDelete
  5. Xpelah,perkhabaran baik kak umu dan suami selamat sampai di semenanjung sudah cukup menjadi ole2 buat saya.. tanah semenanjung merindui jejak-jejak langkah kalian berdua(",)

    Amboi, siap ada list.. di lain kali, masukkan nama sy jugak ye dalam list tu.. hehehe.. (gurau gak).. (",)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum umu,
    akk punyer xde ke??? hikhikhik!

    ReplyDelete
  7. Abisla, sumer nak claim ole2..

    Kak Umu, maafkan saya.. (",)

    ReplyDelete
  8. tuan fuad,
    akak?? layann... betul ke gurau ni? jangan malu2 miau...minta je laaa...huhuu.
    dah..dah..tugasan di atas minta bincangkan topik "sedekah berpanjangan" bukan claim ole2 laaaa...haisshhh.

    Cikgu Sue,
    Waalaikumsalam wbt kak..heheee. amboih2, terang lagi bersuluh tuu.. err..lain kali umu balik, akak cepat2 roger dulu tau. untuk kali ni, umu nak berkasih sayang dengan ahli keluarga dan sahabat2 yang nak menempuh hari bahagia dulu..hihihik

    ReplyDelete
  9. salam..
    kanda...kanda sibuk dgn ole-ole..
    org semenanjung bukan peduli itu kanda...
    ni,kesejahteraan dan perangai y mahmudah y dibawa balik dari semporna tu y akn menjadi tumpuan...
    sibuk dgn ole-ole...huh.(",)
    semoga selamat sampai,maaf dinda masih over the sea....
    salam peluk cium pada abah,m.lang daah keluarga....
    xlama g cek balik.

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikom wtb. Khaifahaluki.

    Bercuti bulan madu ke? Atau khuruj Mathurat?

    Allhamdullah...banyak beli oleh-oleh utk semua ya...SubhanaAllah

    ReplyDelete
  11. Waalaikumsalam wbt :)

    dinda,
    err....bila kanda sibuk dengan ole2 je? emm..kanda suruh bincangkan tentang sedekah yang berpanjangan laaa..
    oh ye...ole2 yang kanda beri tu tujuannya tidak bukan untuk sukakan hati orang yang akan menerimanya.. Dengan izin Allah, moga ia jadi asbab kasih sayang akan berlimpahan hingga ke ladang gandum..hohoho


    tuan musafir islam,
    em..maksud tuan, tujuan saya dan suami ke sabah ke? kami menetap di sana kerana suami bertugas di sabah dan balik ke semenanjung kerana cuti sekolah sekarang...
    Alhamdulillah.. semoga kita tergolong dari kalangan orang-orang yang suka menggembirakan saudaranya..amin.

    ReplyDelete
  12. selamat pulang bercuti umu n ustaz....akak pun balik juga bercuti tpi cuti sekolah bulan 5,balik ade tugas hehehe khuruj masturat :)

    ReplyDelete
  13. Selamat Bercuti..baru2 ni hubby balik khuruj dpt hadiah dr bangladesh..hehe beding utk musim sejuk. Teballl..niat nak guna bile klr 2bln mstrt nga jauh..insyaAllah

    ReplyDelete
  14. Kak Marina,
    wah..bergilir la kita ye balik ziarah ke semenanjung. macam lari berganti pulak..hihii.. tapi larian akak lebih maju kehadapan..sambut takaza agama.. moga Allah terima pengorbanan akak :)

    kak ahlia azharjaafar,
    Jazakillah kak :)
    waaahh...nampaknya akak nak sambut takaza di negara yang ada salji2 yee?hihii...leh guna beding teball tuu.. semoga Allah permudahkan apa yang akak rencanakan :)

    ReplyDelete
  15. Tengah pikir nak bawak balik Taj Mahal ke kain saree.
    Hmm.
    :D

    ReplyDelete
  16. err....pergi pun x lagi..sibuk2 dah fikir nak bawak balik apa...huhuu :p

    ReplyDelete