Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Monday, March 21, 2011

10 hari - antara seronok & penat!!

Bismillahirrahmanirrahim... 

-Penulisan bermula di LCCT Kuala Lumpur...- (4.26 am)...sedang menunggu belon untuk terbang balik ke sabah...


-Karkuzari sepanjang cuti di Semenanjung-

10 mac 2011
Tiba di airport Tawau pada pukul 5.00 petang.. Berlepas pada pukul 7.00 malam dan selamat mendarat di LCCT Kuala Lumpur. Lalu terus pulang ke Lanchang, Pahang dan Alhamdulillah, selamat sampai pada pukul 2.30 pagi... sangat penat!

11 mac 2011
Bersama suami dan ibu mertua (ma), ziarah orang lama (awwalin) dalam usaha iaitu "tuan Bakar Lanchang" dan ahlia.

Petangnya bersama suami ziarah sahabat lamanya, cikgu Rahman dan ahlia. Alhamdulillah, barulah berpeluang borak lama-lama dengan ahlianya. Kali pertama berjumpa ketika mereka hadir  ke walimah kami. Banyak nasihat dan kata-kata hikmah yang umu dapat dari masthurat yang sudah lama dalam usaha agama ni..

Malamnya, Abah telefon memaklumkan rumah di Gemas, n.9 akan menerima jemaah masthurat pada 13-15 mac..
"InsyaAllah abah, kami akan balik esok malam"..(Alhamdulillah, sangat gembira apabila kepulangan kami bertepatan dengan kehadiran jemaah di rumah)

12 mac 2011
Menghadiri walimah sahabat suami di Port Dickson.. Tersangatlah lewat kami hadir iaitu pada pukul 4.30 petang asbab mencari dewan di mana walimah diadakan. Jazakumullah pada pegantin dan family yang menyambut kami dengan penuh mesra..hehee..  (siap ada bekalan lagi tuu..)

pink & gold...

Perjalanan kami di teruskan ke Bahau.. Di dalam hati berdoa, semoga Allah permudahkan umu untuk berjumpa rakan seusaha yang selama ini hanya di kenali melalui blog. Alhamdulillah, buat pertama kalinya umu bertemu dengan rakan blogger "Meit Habib", ummu hani :)

Mungkin semasa umu menulis karkuzari ini, ummu hani dan suami sudah terbang ke Mesir menyambung kembali studynya yang tergendala asbab ketegangan di Mesir beberapa bulan lepas.

Secara kebetulan, rumahnya juga sedang menerima jemaah masturat.. Walaupun kehadiran umu hanya untuk beberapa jam sahaja tapi sempat juga la turun nusrah di dapur, ikut program, taam bersama dan curi-curi masa untuk berkenalan dan berceritaaaa..hehee..

Kami rancak bercerita di dapur hinggakan jemaah masturat tersebut menyangka kami telah lama berkawan dan belajar di mesir bersama..hahaa.. sedangkan itu lah pertemuan pertama kami dan semoga ada pertemuan2 seterusnya selepas ini ye hani :)

Sangat gembira bertemu hani lagi-lagi dalam suasana menerima jemaah.. Jazakumullah pada hani sekeluarga atas layanan yang sangat mesra pada kak umu..

Perjalanan di teruskan menuju ke Gemas.. Dan selamat sampai pada pukul 1.00 pagi.

13 / 14/ 15 mac 2011
Pelbagai persediaan di buat untuk menerima jemaah masturat..

antaranya yang ini laa..tabir!

Alhamdulillah, selain umu.. kakak ke 5 dan 7 juga turut pulang untuk sama-sama menyambut  takaza. Jika sebelum ini di dalam program tertera nama kami sebagai "binti Mohd Nor", kali ini nama kami telah di ganti kepada ahliah ishak, ahlia ridwan dan ahlia norli..hehee :)

Adik-adik yang masih belum bersuami masih lagi di sebut "binti Mohd Nor " no 9 dan 14...huhuu. numbor2  tu mewakili anak nombor berapa...maklum laa, abah banyak anak dara di balik tabir tuuu.. :)

Oleh kerana selama 3 hari tu nama-nama kami turut ada di dalam program, jadinya umu merasakan bagai keluar 3 hari juga.. Alhamdulillah, Allah swt pilih umu dan suami untuk sambut takaza walaupun sedang bercuti..

khusyuk benar!

Segala puji bagi Allah, sepanjang jemaah berada di rumah, ramai masthurat yang datang nusrah. Oleh kerana mereka turut membawa anak2, makanya umu telah gula-gulakan anak-anak ini dengan cerita upin ipin agar mereka duduk diam di dalam bilik..heheee

Banyak yang dapat umu belajar dari masthurat yang lama dalam usaha ni. Antaranya cara ikram orang-orang tempatan yang turut hadir di dalam majlis.. hmm, nampaknya banyak yang umu nak kena belajar, lagi-lagi cara tarik jiran-jiran sekeliling rumah untuk turut hadir duduk di dalam program.

owh iya.. berita gembira yang ingin di sampaikan....kakak ke 5 umu juga sudah berpurdah.. ini lah kakak yang selalu buat onar di blog umu. Dan satu kejutan buat umu apabila kakak umu berpurdah tanpa pengetahuan umu.. teringat kata-katanya dulu "k.ngi tunggu umu dulu berpurdah, nanti baru la ada kawan"..hihiiii...

x tahu la apa yang kami belek atas kepala adik ke 14 kami tuu..huhuu. 
haa..yang baju berbunga-bunga tu laaa orangnya. lepas ni kalau k.ngi nak buat onar kat sini mesti segan2..hahaa

16 mac 2011
Masih lagi di rumah Gemas. Menunggu kepulangan kakak ke 6 yang baru tangguh dari keluar masthurat 3 hari di Ampang.. Kena la tunggu, nanti dah balik Sabah, tak jumpa 7 bulan takut-takut kerinduan pulak..hehee

Petangnya, kami ziarah ke kampung suami di Melaka. Oleh kerana kami bermalam di sana, sempat juga umu belajar memasak dari "nenek Melaka"..hehee. Oleh kerana suami umu kaya dengan nenek, jadinya umu kena namakan nenek tersebut dengan nama nenek Lanchang dan nenek Melaka..hehee..

terserlah ciri-ciri kemelakaannya :)

17 mac 2010
Perjalanan kami di teruskan dengan menziarahi Cikgu Rauf dan ahlia di Tehel, Melaka.. err.. Jika Cikgu Rauf terkenal dengan perniagaan pokok kurmanya, maka ahlianya pula terkenal dengan blog surahsirahsarirah nya. heee..gurau2 ye ummi :)

Kedatangan kami juga turut di sambut oleh anak dan cucu ummi yang comei, soffiyah.. err..dan juga bihun sup yang sedap dari air tangan ummi..hehee. Walaupun masih kepenatan menyambut jemaah masturat dari Padang, Indonesia..tapi senyuman tetap x lekang sepanjang ummi bercerita..waaahhh..umu kena banyaaakkk belajar ni... Jazakumullah buat ummi sekeluarga atas layanan yang mesra alam kepada kami. 

Seterusnya, kami ziarah pula ke rumah "Busu" yang merangkap pak su belah suami yang juga tinggal di sekitar  Melaka sebelum meneruskan misi kami mencari ole-ole yang sesuai buat orang-orang di Sabah.

Oleh kerana Melaka terkenal dengan makanan yang pelbagai, jadinya amat moleklah makanan tersebut di jadikan ole-ole buat sahabat-sahabat di Sabah nanti. Makanya dodol durian, wajik sirat serta kuih muih lain menjadi pilihan untuk di bawa pulang.. :)

 dodol durian dan wajik sirat Melaka....sangat sedap!

Setelah dapat apa yang di hajati, maka kami singgah pula Mydin di Melaka untuk merasa RFC buat pertama kalinya..hihiii... oleh kerana namanya ala-ala KFC makanya, hidangannya dan tatarias restorannya juga ala-ala KFC juga...huhuu. Maka, di sini umu nak menyerulah agar kita sama-sama menyokong produk bumiputera  ni ye... :)

Owh...sempat juga umu menarik tangan suami untuk pergi ke arah book fair yang ada di ruang legar Mydin tersebut dan mencapai sebuah buku yang menarik hati untuk di beli... Jazakallah ye abang :)

tebal! 722 muka surat...

Sebelum ke Hospital Seremban, suami sempat bertanya.."nak pergi mana-mana lagi x?"...emmm.... tengah fikir-fikir, tengok suami dah masuk ke simpang Taman Mini Malaysia dan Asean...huhuu.

Taman yang di dalamnya terbina rumah-rumah bagi setiap negeri di Malaysia dan beberapa negara Asean lain. Meh umu kongsikan beberapa dari berpuluh gambar rumah yang di ambil..hehee

 rumah panjang Sarawak

 suami bersama beca di hadapan rumah Melaka

 hehee..sesaja bergambar atas pelamin di dalam rumah Melaka

 rumah Singapore

 rumah Indonesia

rumah Thailand

Dan  kami seterusnya ke Hospital Besar Seremban... Nak tahu mengapa?? jomm...layannn....

 anak semut ke 21.. Alhamdulillah. Lahir seorang masturat..InsyaAllah :)


hehee...dah ada gaya kan?? minta doa yee :)

Alhamdulillah, kakak ipar abang ke 4 telah selamat melahirkan seorang bakal masthurat melalui pembedahan sehari sebelum umu dan suami datang ziarah... sangat comel anak semut umu yang sorang ni. Masih belum di beri nama. Semoga nama yang baik-baik di beri padanya. Jika nama para Sahabiah r.ha yang di pilih, InsyaAllah...semoga kelak dia membesar akan ada sifat pengorbanan untuk agama sama seperti sifat Sahabiah r.ha tersebut..amin.

Dari Seremban, kami terus pulang ke Lanchang Pahang...

18 mac 2011
Merehatkan badan yang kesengalan asbab terlalu banyak masa di habiskan dengan beraktiviti..huhuu

hmm..jangan sangka kami menyambut raya awal yee..hee

Asbab ada pokok kelapa yang tumbang di hadapan rumah ma, makanya ma mengsyorkan untuk menganyam ketupat..hehee. Siapa? buka umu dan buka juga ma..tapi suami...hahaaa.. percaya x ketupat atas tu anyaman suami? hebatkan??

rasa teruja makan ketupat hasil anyaman suami buat pertama kalinya..kagum betul!

19 mac 2011
Paginya, ma mengajak melihat-lihat kebun... lama dah tak menjenguk kebun katanya...

ehemm...suami sedang berkasih sayang dengan anak kambing..hihii :p

baja asli dari kekambing..hahaa
kata ma nak buat baja bagi pokok-pokok yang di tanam sekeliling rumah... rajinnya...bila nak berjangkit kat menantunya yang sorang ni..huhuu

Petangnya, kami berangkat ke UIA untuk ziarah adik suami yang study di sana sebelum ke Selayang ziarah kakak ke 2 umu.. Sempat juga kakak umu menjahitkan sehelai purdah hitam buat umu. Jazakillah kak Zi :)

Oleh kerana kesedapan kami berborak dan kekusyukan suami melihat album-album lama keluarga umu, makanya kami bertolak ke Serdang agak lewat untuk berjumpa abang ipar ke 5 bagi menyerahkan tiket flight buat abah dan mak lang yang akan terbang ke sabah esok (selasa).

Dan kami terus ke LCCT Kuala Lumpur..

3 pagi 20 mac 2011
Kami tiba di LCCT dan duduk bersantai di cafe sementara menunggu proses untuk menerbangkan kami balik ke Sabah...

Memulakan entry ini kerana kebosanan menunggu..huhuu

Selamat tinggal Semenanjung. InsyaAllah, jika panjang umur akan kami kembali ke pangkuan pada hari raya nanti. Doakan kami :)

Alhamdulillah...Misi bercuti di Semenanjung berjalan dengan jayanya.. namun masih juga ada beberapa rencana yang perlu di ubah di saat-saat akhir kerana kesuntukan masa. Maaf buat sahabat-sahabat yang tidak sempat untuk umu dan suami ziarah walaupun sudah berjanji..InsyaAllah, di lain masa, kita akan bertemu juga.. amin.

Dan sekarang, umu sedang buat persiapan untuk menyambut ketibaan Abah dan Mak Lang yang akan bercuti di Sabah selama 6 hari... waahh, makanya perjalanan umu akan bersambung pula la di Sabah... 

Rasa seronok dan .............penatnya tuuu.....!!
.

20 comments:

  1. salam umu,
    wah padatnya karkuzari...hihihiih...sesekali balik kg mmg berbaloi...!!!Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Kak umu, sangat worth it balik kampung akak:))

    Akak pqa yang 2nd pun tengah consider nak pakai purdah.. Sekarang macam berat sikit cus baby girl dia tengah nak besar. Sangat manja and active so dia rasa susah kalau berpurdah..
    Kena bagi dia baca blog ni:)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah baguih la kalau sentiasa ada hubungan dgn usaha nabi saw, dan mesti selalu ada niat dan azam untk buat usaha sampai hari kiamat, Allah suka, nabi suka malaikat suka, ibu suka (sakit semasa melahirkan kita berbaloi)bapa suka dan yang paling suka ialah kekanda kita, Tokwan doakan semoga umu n suami berjaya, doakan tokwan n nenek akan keluar masturat 15 hari ke Acheh pd 27 mei ini, seramai 6 pasang dari Aloq Setaq, tiket dah beli RM 510 sepasang (Yeeer asia), doakan moga allah mudahkan safar kami. Tahun lepas Tokwan keluaq 15 hari masturat ke Surabaya bersama dgn jemaah aloq setaq juga berumuq anatara 50 hingga 75 tahun kebanyakkanya taik penyakit termasuk tokwan tetapi Allah suruh kita keluaq di jalan Allah dalam keadaan senang atau susah, sebab inilah amalan yang allah paling suka, jadi marilah kita berlumba-lumba melakukannya sebagaimana berlumbanya kelkatu untuk mendapatkan cahaya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum umu...wah2 seronok membaca karkuzari umu...akak doakan Umu cepat2 menimang cahayamata ye!amin

    to adek Mard:Sabar dik,InsyaAllah hajat adek tu akan tertunai jugak satu hari nanti....apa2 pun teruskan perjuangan menuntut ilmu...nak jadi surirumahtangga kena berilmu...macam2 ilmu kita kena ada...tau,,,sebab kita nak jadi karkunah yang kreatif,bijak, n educated...sebab skrg nie zaman mencabar.....:)

    ReplyDelete
  6. kak marina ali,
    mard rasa nak padam je komen mard di atas..(",)
    terima kasih ye kakak...bagi mard ilmu..
    ye,mard belajar lg dan lg dan lg
    nak jadi karkunah y moden kognitifnya...
    Aminn Ya Raa

    ReplyDelete
  7. errrrk,bestnyaaa cuti...

    dalam blog2 "Gerbang Utama" skang ni sibuk sal dua benda
    1. kahwin
    2. purdah

    macam2...
    yang kahwin tu sabit la dah musim die, xleh elak dah,so yg bujang2 ni pun gatal nak buat2 tajuk sama.

    yg sek2 "ninja" ni,alhamdulillah,dalam keadaan perempuan2 suka tunjuk2 bhg2 best2 kt6 tubuh diorg,dan dalam keadaan perempuan2 nak meng"agama"kan pakaian Islam, (pendek kata dalam keadaan umat berlari ke neraka)
    ada jugak umat yang beriya2 nak mengisi syurga yang maha luas ciptaan Tuhan maha agung,adeih,paham tak ayat ambo,hehe

    tuggu update ustaz Ishak lak,hehe

    ReplyDelete
  8. panjang bebenor karkuzarinyer..

    tgk gmbo jer dlu.hehehe

    mcm best jer cter nie.kne bc nh

    ReplyDelete
  9. Salam.

    A'ah panjang la.. Suatu wktu lapang nnti akan kubaca juga insyaallah.

    ReplyDelete
  10. Wahh seronoknya dengar karkuzari ke semenanjung.. padat betul aktivitinya.. Orang kata, peluang x datang selalu, jadi mmg kena manfaatkan dengan sebaiknya.. (",)

    ReplyDelete
  11. Waalaikumsalam wbt :)

    Cikgu Sue,
    hehee..padat ye? mungkin terlalu excited kut bila balik kampung, Allah aturkan sesuatu yang x di jangka-jangka..tu yang jadi padat tuu..

    pqa,
    Alhamdulillah..memang berbaloi-baloi..hihii..
    wah..berita yang sedap di dengar tuu.. pqa ikram la kakak tu lebih sikit..InsyaAllah, Allah mudahkan jalan baginye..amin.

    ReplyDelete
  12. Tok wan,
    Alhamdulillah..semoga Allah pilih umu dan suami dalam usaha agama sampai akhir hayat..amin. tok wan doakan ye.. owh..sebut tentang khuruj di indonesia, ada juga umu di tasykil oleh ahlia syura di sini untuk siapkan diri sambut takaza 10 hari di indonesia bulan mei ni..emmm... Semuanya umu serahkan pada Allah swt iaitu sebaik-baik perancang... InsyaAllah, umu doakan tok wan dan nenek di berikan kesihatan yang baik untuk bersafar.. minta doakan umu ye time khuruj.. :)

    kak marina,
    Waalaikumsalam wbt kak...hehee.. akak doakan umu pregnant time khuruj 40hari yee.. nanti x lah umu manja terlebih..huhuu.. err..lagi satu, jazakillah ingatkan adik umu yang sorang tu..akak bagi la dia ingatan lagi dan lagi tanpa bosan yeee..heheheee :p

    ReplyDelete
  13. Dinda,
    hahaa..nape di padam coment atas tuu? Sabar ye dinda.. sabar tu sebahagian dari imaaaaannn :)

    Ibnu Mutalib,
    owhh..iye ke? sejak bila pulak tuan jadi penganalisis entry blog ni?hohoho..emm..yang bujang sorang ni pun termasuk sama lah eh?
    okey, setelah berulang kali baca ayat tuan..Alhamdulillah..saya dah boleh faham..hahaha..err..nak tunggu entry terbaru ustaz? berjanggut laa tuan nak tunggu..huhuu

    ReplyDelete
  14. Z@i,
    saje je akak wat panjang-panjang... sebab malas nak update entry terbaru lepas ni..haha.. k, g la telek-telek gambar tu yee :)

    Kak Aliaazuan,
    hah? malas nak baca ye... x pe la..akak dahulukan mana-mana yang patut yee..jangan risau, umu x marah akaknye..hihii

    Tuan fuad,
    err.....1,2,3...agak-agak tuan orang ke berapa kata karkuzari ni panjang eh? ni yang nak wat karkuzari pendek-pendek lepas ni..huhu

    ReplyDelete
  15. umu jika ikut tertib masturat yg nak keluaq 10h @15h ke negeri jiran mesti sudah keluaq 40hari samada dlm atau IPB, jadi umu keluaq 40h IPB cuti sekolah Nov ini ke IPB ambil lesen dapat pergi seluruh dunia insyaallah

    ReplyDelete
  16. Tok wan...
    hmm..pada fahaman umu begitu lah juga..tapi bak kata ahlia syura tu..jika Allah swt dah pilih, boleh juga pergi (berdasarkan dari pengalaman dia)..huhuu.. itu yang umu x beri tumpuan sangat tentang keluar ke negara jiran tu...azam ke ipb dahulu InsyaAllah. minta doa dari tokwan dan nenek untuk umu ye :)

    ReplyDelete
  17. Fuhh.
    Cuti-cuti 1Malaysia.
    Bestlah orang dah kahwin.
    Keh keh keh!

    ReplyDelete
  18. mesti la best en.bijen..hohoho
    enchik bile lagi..??
    opss..4 bln doluuu... :p

    ReplyDelete
  19. buat puan umu.kalau nak keluar masturat di luar negara kan..wanita megandung di kecuali kan..suami yg bagi tahu...betul ke tok wan

    ReplyDelete
  20. emm..betul ke? tapi banyak je karkuzari dari masthurat yang pregnant time keluar 40h di luar negara. rasanya kalau keluar time kandungan 3-4 bulan x apa kan? emm..ke dah ada tertib baru? jazakillah ye atas info nye..nanti saya siasat..hehee :)

    ReplyDelete