Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Monday, February 21, 2011

~ Silaturahim Taman Muhibbah ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. kerja-kerja menyusun atur serta merias rumah sudah pun selesai :)
- sangat sukaaa -

Alhamdulillah.. proses membina hubungan silaturrahim sesama jiran-jiran baru juga berjalan lancar :)
- sangat senang hati -

Alhamdulillah.. program ta'lim masthurat setiap hari ahad di permudahkan oleh Allah swt untuk hadir :)
- sangat ternanti-nanti -

Alhamdulillah.. sesi mengajar 11 orang anak-anak di sini, iqra' setiap kali selepas maghrib berjalan lancar (walaupun rotan x lepas dari tangan..hahaaa)
- sangat seronok -

Dan Alhamdulillah lagi dan lagi kerana sesi "marathon kuih" sepanjang minggu ini mendapat sokongan dari suami (atau terpaksa makan semua kuih muih tuuu?? hahaaa :p)
-sangat teruja nak membuat kuih dan dalam 1 minggu ini sahaja umu telah buat kuih karipap, onde-onde, bubur kacang hijau versi sabah, popia dan roti canai (baru belajar dari masthurat di sini)..huhuu..nama je duduk berdua :)

Pada mula sampai di sabah awal bulan 1 lepas, bermacam perkara bermain di fikiran. Agaknya bagaimana ye nak memulakan hidup baru di tempat orang? Sudahlah umu tidak kenal siapa-siapa di sini (hatta..suami pun  umu baru nak kenal selepas kahwin..huhuu)

Dan Alhamdulillah... segalanya di permudahkan oleh Allah swt..

Hari tu suami ada ajar doa masuk kampung.. oleh kerana sesi pengajaran adalah sambil lalu sahaja iaitu di dalam kereta, makanya umu pun sedap-sedap melupakannya dan ilmu itu berlalu pergi bagitu sahaja..

Dan hari ini tiba-tiba umu ingat nak cari balik dan amalkan sebab mahu ada hubungan yang baik dengan orang-orang kampung --> wah, ada kepentingan baru terhegeh-hegeh nak amal. istighfar la umu..!


اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَمَا أَظْلَلْنَ، وَرَبَّ اْلأَرَضِيْنَ السَّبْعِ وَمَا أَقْلَلْنَ، وَرَبَّ الشَّيَاطِيْنَ وَمَا أَضْلَلْنَ، وَرَبَّ الرِّيَاحِ وَمَا ذَرَيْنَ. أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذِهِ الْقَرْيَةِ وَخَيْرَ أَهْلِهَا، وَخَيْرَ مَا فِيْهَا، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ أَهْلِهَا وَشَرِّ مَا فِيْهَا.

“Ya Allah, Tuhan tujuh langit dan apa yang dinaunginya, Tuhan penguasa tujuh bumi dan apa yang di atasnya, Tuhan yang menguasai syaitan-syaitan dan apa yang mereka sesatkan, Tuhan yang menguasai angin dan apa yang diterbangkannya. Aku mohon kepadaMu kebaikan desa ini, kebaikan penduduk-nya dan apa yang ada di dalamnya. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan desa ini, keburukan penduduknya dan apa yang ada di dalamnya.”

errr...yang doa atas tu umu search di internet.. yang suami ajar..ini sebenarnya... > nampak sangat suami yang betulkan umu..hehee. Jazakallah khairan ye :)


اللهم بارك لنا فيها,  اللهم بارك لنا فيها, اللهم بارك لنا فيها, 
اللهم ارزقنا جناها,
 اللهم حببنا الى اهلها وحبب صالح اهلها الينا

'Allahumma bariklaana feeha, Allahumma bariklaana feeha, Allahumma bariklaana feeha. Allahuma arzuqna Janaha, Allahuma habbibna eela ahleeha wa habbib salihee ahleeha eelaina.'
(O Allah, bless us in it. O Allah, bless us in it. O Allah, bless us in it. O Allah, grant us sustenance from its fruits, put our love in the hearts of its people, and put the love of the righteous people in our hearts.) 
(At Tabrani)

Semoga umu dan suami dapat membina hubungan yang baik dengan orang-orang Taman Muhibbah bersesuaian dengan nama taman ini sendiri..hehee :)

rumah jiran depan
- suka tengok rumah ni. mengekalkan ciri-ciri kekampungan -

terasa sungguh kemuhibbahan kampung ni lagi-lagi time petang-petang anak-anak bujang main badminton dan sepak takraw di atas jalan depan rumah. Lagi rasa muhibbah bila bola takraw mereka naik sampai atas atap garaj berlentang lentung...wawawaaahh.
.

24 comments:

  1. assalamualaikum kak umu..

    cantik sgt permandangan kampung ni kak...
    hebat allah kan...

    mesti dah pandai masak memasak ni...:)

    kalau niat kita baik.mane pun kita berada allah mudahkan segala urusan kita kan..insyaallah...

    ReplyDelete
  2. umu suka masak ye... bagus lah tapi... jangan suka sangat makan ye.... badan kalau dah naik susah nak turun... jaga jaga.masak untuk ustaz dan ikram orang lain tak apa

    ReplyDelete
  3. Buat Hidayu,

    Waalaikumsalam wbt ayu..

    iye..ada sesetengah tempat di sini, k.umu rasa macam lukisan je.. subahanallah.. memang cantik.

    emm.. setakat ni memang suka belajar masak benda yang baru2 dan yang x pernah di masak. orang2 sabah pun suka bertanyakan resepi2 dari akak.. lagi2 berkenaan kuih muih yang akak selalu bawa time taklim masthurat.. :)

    ReplyDelete
  4. salam kak umu...

    wah! byknyer masak

    best la hubby die

    dgr tu nenek pesan aper.. badan dah naik susah nk turun tau.hehe

    meh anta kuih2 tu kt cni meh.heee

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum umu,,
    wah seronoknya duduk di sabah ye..duk di mana2 pon seronok asal dgn yg tersayang kan? wah...wah...bestnya la jd surirumah...mmg betul2 suri di dapur...hihihi...

    hmmm akk pun sdg usahakan hafaz doa tu...slalu tlg ingatkan suami baca,,kiter tlg amin...hihihi...xpatut sgguh! pasni leh bc sama2...n amin pun sama2...

    nnt ditakdirkan akk ke sabah, nk rasa air tgn umu tau!

    ReplyDelete
  6. Buat nenek,

    Assalamualaikum nek :)
    Alhamdulillah..senang nya hati lihat nenek dah mula datang ziarah ke sini dan meninggalkan pesanan2 yang berharga buat umu..

    InsyaAllah, umu tukang masak dan orang lain tukang merasa nek..hehee
    Selalu yang jadi "mangsa" umu untuk menghabiskan masakan2 ni tentu lah suami, jiran2, masthurat2 di tempat taklim dan anak2 yang umu ajar iqra'.

    InsyaAllah, penjagaan diri sangat di ambil berat. Jazakillah nek :)

    ReplyDelete
  7. Waalikumsalam wbt z@i..

    hahaa...ingatan ada makna nampak? meh la jadi jiran akak. nescaya, semua makanan yang di masak dari dapur akak..zai leh merasa. tolong suami akak habiskan masakan2 ni..hihiii

    -mesti la k.umu nak jaga serba serbi.. x caya g tanya suami akak...hihiiii-

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam wbt CS..

    Sementara status suri rumah merangkap penyeri rumah ini milik umu, ada la masa nak masak macam-macam... lagi2 x ada kotak hiburan (tv) kat rumah ni.. lappy je ada. jadi masa banyak di habiskan di dapur..huhuu

    InsyaAllah, datang lah ke sabah (rumah ni terbuka seluas-luasnya untuk menerima kunjungan tetamu).. nanti umu pun leh merasa air tangan akak kan..hehee

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum.

    Ahlia saya masak memang sedap.
    Cukup ramuan, cukup zikir, dan cukup kasih sayangnya. :-)

    ReplyDelete
  10. Waalaikumsalam wbt..

    uhukk..uhukk..
    emm..di larang memuji-muji ahlia sendiri di khalayak ramai ye tuan.. -larangan kerasss-

    ReplyDelete
  11. haaa...

    tuan ishak dah jawab dh. xsmpt tnyer lg.hehe

    nak berjiran? jauh nau nk g sne.. klu g jln2 tgk laut smbl singgh umah kak umu bleh x?hehe

    nk oder siap-siap r makanan org sabah.

    boleh bha?

    ReplyDelete
  12. Masak punyala sedap takkanlah tak boleh puji. Untung suami Umu sebab dapat makan pelbagai makanan yang lazat-lazat. Sejuk hati suami tengok Puan Umu yang sentiasa bertudung setiap kali turun ke dapur, dan mulut yang sentiasa berzikir demi memastikan masakan bertambah-tambah keberkatannya. Ciri-ciri wanita solehah: mengamalkan ilmu yang dipelajari.
    ~ sangat suka.

    Sukacita dimaklumkan Puan Umu tak sabar-sabar nak improve skill memasak di bawah bimbingan ibu mertuanya apabila balik bercuti bulan tiga ni insyaAllah. ;-)

    ReplyDelete
  13. Salam.

    mak mertua nak ajar masak apa tu??? nak tompang.

    ReplyDelete
  14. salam,
    wah..blog k.umu semakin romantik nampaknye..suke3x..hi hi

    ReplyDelete
  15. Waalaikumsalam wbt..

    kak aliaazuan, jangan percaya statement atas tu.. saja je tu suami nak mengenakan umu. siap la nanti... ada gak yang kena puasa sebulan penuh niieee..

    Dan z@i.. rasa2 nak k.umu masakkan nasi minyak, boleh la oder sekarang..hahahaa - k.umu serkap jarang.tapi x salahkan z@i aminkan banyak2..huhuu :p

    Dan buat tuan ishak... adalah sangat x sesuai sekali membuat komen yang terlalu peribadi seperti itu di hadapan khalayak ramai..tapi kalau nak puji setiap hari depan ahlia tuan sendiri dalah sangat2 di anjurkan dan di galakkan.. -sangat sukaaa :p

    ReplyDelete
  16. aihh...sempat pulak budak sorang ni menyelit.. eee..'anak ummi', x adanye blog akak ni semakin romantik.. makin 'berangin-angin' ada lerrr.. huhuuu

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.....umu....wah2 nampaknya sudah mempraktikkan apa yang dipesan hehehe,kalau Umu dah pandai masak,senanglah hati ustaz ye...:)

    Ustaz : hehehe orang puan sebenornya suka kena puji....bukan apa saje untuk menaikkan jazbah isteri2 nie...umu kena puji kembang semacam, kalau suami tak puji siapa lagi kih!kih! :)

    ReplyDelete
  18. Waalaikumsalam wbt kak ina :)

    eee...dari kecik lagi tau umu pandai masak..hehee. x caya g tanya abah umu.. :p
    emm..rasanya bukan senang hati la kak, tapi senaaaaannggng perut ustaz :p

    *wah..akak di pihak mana ni? pandai akak baca isi hati umu yang paling mendalam ni..hihii :D

    ReplyDelete
  19. Dari dulu suka doa masuk kampung tu.. Sedap dibaca n sedap kalau didengar kan..

    Bagusnya rumah kalau xder kotak hiburan... (ternyata tv ni byk melalaikan, tp masih belum mampu untuk mengatakan tidak kepada tv.. camne tu.. doakan sy ye..)

    ReplyDelete
  20. hehehe memang ternyata tepat,wanita memang suka dipuji apatah lagi yang memuji orang yang tersayang,akak pun macam umu jugak....kih!kih! nampaknya anugerah surirumah nie Allah bagi pada kita ye...:)alhamdulilah...mengajar budak2 mengaji ke? samalah kita cuma murid2 akak tak ramai, 4 orang je, kalau ramai pengsan akak...huhuhu :)

    ReplyDelete
  21. Tuan fuad, lepas saya buat entry ni baru la saya perasan rupanya mudah je nak menghafal doa masuk kampung tu..hihii..

    emm..bab tv tu.. memang suami syor x perlu ada di rumah (sebab kami masing2 baru je habis study, jadi dah biasa x tengok tv di universiti). InsyaAllah, maka senang la kut kami nak kata tidak kepada tv..hehe

    walaupun kadang kala suami buka tawaran "nak beli tv x" dan setiap kali tu juga kalau ikut kemahuan dan nafsu hiburan nak je kata "nak..nak"..tapi hati kata "x mahu lah biasakan balik tengok tv"..huhuu

    ReplyDelete
  22. kak marina..adakah kenyataan perempuan sememangnya suka di puji adalah rahsia sulit??heheee.. semua orang tahu bab tu tau :)

    emm...iye, mengajar budak2 (tu pun nak ada pertambahan tapi mcm x larat je nak terima) dan ada juga masthurat2 di sini nak belajar ngaji sama tapi masa dan keadaan x mengizinkan umu mengajar..huhuu.

    Orang di sini bagus. kemahuan untuk belajar mengaji tu sangat kuat tapi tenaga pengajar di sini sukar nak di cari.

    ReplyDelete
  23. Salam. Aah,sblum ni waktu ibu klua masturat kat Sabah nu,rmai yg duk tanya sapa2 yg bole ajar ngaji. Kesian la jgk,tenaga pengajarnye kurang.

    ReplyDelete
  24. owh..ibu awak pernah keluar di sabah ye?
    Yang akak sedang mengajar sekarang paling besar anak tingkatan 3. masih di iqra' 4..

    ReplyDelete