Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Thursday, February 10, 2011

Nak berceritaaaa jee!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. hari ahad (6/2/2011) selepas taklim masthurat, (kebetulan rumah yang menerima jemaah kami juga merupakan rumah yang mengadakan taklim masthurat mingguan)..jemaah kami yang terdiri dari 7 couple telah selamat tangguh...

Oleh kerana selepas tangguh, umu terus pulang ke rumah yang baru kami pindah.. makanya kepulangan umu di sambut oleh barang-barang yang bertaburan di sana sini...huhuu. Keadaan itu termasuklah habuk yang tebalnya 10 inci... waaa..... sesaknya nafasssss....

Dan oleh kerana umu perasan sibuk nak mengemas rumah baru, makanya umu x mahu duduk lama-lama di depan lappy ni..

Umu kongsi gambar je la ye...

Asbab gambar ini boleh terjadi...??
Pada mulanya kami direncanakan untuk keluar masthurat di kawasan kunak, namun Allah swt lebih suka untuk kami belajar usaha di tempat sendiri iaitu keluar di kawasan semporna juga.. Dan sesungguhnya ada khir dalam ketentuan Allah swt itu...

Makanya sehari sebelum keluar, suami telah mengajak umu berjalan-jalan di kunak (x mahu bagi umu kempunan nak ke kunak kutt..hehee) dan berkelah di Hutan Rekreasi Madai di sana.. :)

Jom layan....


Haa..ini la penghujung Pekan Kunak..hehee. Masa malam umu singgah di sini.. air lautnya boleh naik sampai ke atas jalan. seram betul..huhuu


emm termenung jauh sangat tuu...agaknya tengah berkira-kira nak beli kapal sebijik kut..hahahaa


Kami meneruskan perjalanan ke destinasi tujuan.. Tapi sebelum itu singgah sebentar membeli pelbagai produk makanan orang tempatan Kunak di deretan kedai tepi jalan.
(Berplastik juga la kami membeli dan membelah)


 Maka..tibalah kami di sini.... Dari papan tanda di luar lagi kami dah dengar deruan air terjun. kuat sungguh!


 Masuk je pintu pagar.. terus nampak surau. Alhamdulillah.. di mana-mana sahaja kita boleh menyahut seruan menunaikan solat di awal waktu sebenarnya.. kan? Dan paling best, tandas dan tempat salin pakaian di sini sangatlah selesa dan bersih :)


 Haa...nak tahu apa keunikan titian ini??


 Waahhh..terus insaf bila baca nama titian atas tu.. Ala-ala titian sirat di akhirat kelak. Adakah kita akan melintas titian tersebut sepantas kilat? Atau merangkak-rangkak?
cek amalan kita..(cek amalan umuuuu...!!)


Apa yang buat umu kagum..titian-titian ini sambung menyambung dari sepohon pokok ke pokok yang lain. Dan adakah anda semua tahu sebesar apa pohon tersebuttt??
Berkali-kali-kali-kali ganda umu daaa.. MasyaAllaaahhh..


Sekali imbas macam jalan raya jee...huhuu. Bayangkan di akhirat kelak..kita akan meniti titan sirat berseorangan. Cara macammana dan bagaimana kita akan melintas..itu semua berbalik kepada amalan yang telah kita lakukan di dunia ini... iyaa...waktu sekarang ini lah..

Subahanallah... x pernah lagi seumur hidup umu melihat air terjun setinggi ini di depan mata.. kalau dalam filem ke..national geography ke... penah laaa...huhuuu. Patut la bunyi air tu terjun berderu-deruuu~


 haa.. dah kata pergi berkelah...mestilah ada makan-makan kan? ini je la bekalan yang sempat di sediakan.. itu pun x berhabis tau.. eh..habis... di perhabiskan kat rumah.hihiii...


 Sebelum bertolak balik.. sempat la kami singgah di pasar malam Kunak.. Sengaja berjalan-jalan melihat tempat orang (Dan survey apa-apa yang patut...huhuu)


Owh iye.... Sempat juga kami singgah untuk menunaikan solat fardhu di Masjid Kunak.. cantik juga binaan masjid ni...emm..jemaahnya pun boleh tahan ramai. Syabas para da'ie di Kunak!


Umu dan suami perasan juga..jika berjalan di pekan atau bandar di Sabah, pasti ada mercu tandanya tersendiri. Jika di Semporna ada replika ikan todak. Di Tawau ada replika Burung helang sedang menangkap ikan dan di Kunak pula..ada 3 ekor udang sedang bersantai..hahaa
soalan: apakah persamaan pada replika2 tersebut dan kaitkan jawapan anda dengan negeri sabah..

Haa...ini pula ketika pemandangan di siang hari. Kelihatan udang-udang tersebut bermandi hujan..hihiiii :)

Dan..umu sangat kepenatan setelah satu hari suntuk mengukur keluasan persegi tanah di bawah jajahan takluk Kunak..hehee. Alhamdulillah.. mungkin ini akan menjadi salah satu destinasi pilihan kami untuk membawa ahli keluarga yang akan datang ziarah ke sini bulan tiga nanti.. InsyaAllah...

Jazakallah buat suami yang ringan tulang nak berjalan-jalan meluangkan masa bersama umu walaupun banyak tugasan dunia dan akhirat yang sedang menanti beliau untuk di laksanakan... :)
.

16 comments:

  1. Best tempat tu..menarik utk dilawati.. indah sungguh ciptaan Allah..

    Mesti tempat tu rasa gembira menerima kunjungan kalian berdua.. Mungkin tempat tu kata, eh eh ada pengantin baru datang nak honeymoon kat sini la.. Semoga kekal hingga ke syurga hendakNya...

    ReplyDelete
  2. owh..tuan dah pernah sampai ke sini ye?
    iye...banyak lagi kawasan di sabah yang indah2 masih belum kami ziarahi.. baru mendengar karkuzari dari orang2 tempatan saja..

    amboi.. pandai pula tuan mendengar suara alam ye :P
    Jazakallah atas doanya.. saya amin kan :)

    ReplyDelete
  3. Salam..best nyer jln2..sementara masih berdua nih, kalo dah berderet cam akak ni dah macam gerabak keretapi susah le sikit..plan cuti sekolah je dapat gi jln2 ngan anak2..

    ReplyDelete
  4. as-salam,skrg memang menetap di sabah ke???
    urm,wah,tinggi ikram suami,
    mcm sy ni,sapa nk ikram,mknanya kene ikram diri sendiri la....

    ReplyDelete
  5. Buat anak pendang..

    Alhamdulillah..iye, sekarang kami menetap sementara di sabah. (sementara tu dalam beberapa tahun juga laaa sebelum kembali ke semenanjung...huhuu).

    aik...iye ke x ada sape nak ikram? cuba cek betul2. rasanya setiap hari pasti dan pasti ada saja makhluk Allah yg akn ikram kita :)

    Kalau x ada pun yang sudi nak ikram..kita la yang kena ikram orang lain..ye kan?

    ReplyDelete
  6. Buat kak ahlia azharjaafar..

    Waalaikumsalam wbt.. hehee.. iye best berjalan ni tapi umu je la yang x biasa berjalan berdua sebab dah biasa dalam keluarga yang besar. selalu berkelah beramai-ramai.. InsyaAllah, sedikit masa lagi umu akan meramaikan ahli keluarga sendiri..hihihii

    ReplyDelete
  7. emm..rasanya x lah sejuk sangat..nape? sebab tengok akak pakai sweater ye? akak pakai sebab hujan turun time kami nak bertolak.. sejuk la juga time tuu :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak umu...

    alhamdulillah...bestnya tgk kak umu bahagia (jeles sebenarnya baya nih..hihi)

    saya pun tak sampai lagi dekat kunak tuh..apatah lagi nak g madai..huhu..insyaAllah lau Allah bagi,saya p..heee~

    utk pengetahuan kak umu..sabah mmg banyak replika.lepas bc entry kak umu nih,saya pun baru terfikir apa plak tujuannya yer? mungkin melambangkan keistimewaan sesebuah daerah kut??

    dkt sandakan ada beberapa replika haiwan jugak..antaranya burung yg mkn udang n orang utan..huhu

    lain kali pergi sandakan jugak ya :D

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam wbt Baya..

    Alhamdulillah.. Nikmat Allah swt yang sangat2 k.umu syukuri :). InsyaAllah, bahagian untuk Baya juga ada.. x jauh lagi tuu..hihii. Moga Allah permudahkan segalanya ye :)

    emm..kalau ke Tawau sudah beberapa kali k.umu sampai. Tapi di kunak baru sekali itu je la walaupn hakikatnya Tawau lagi jauh dari Kunak. InsyaAllah, nanti nak ajak suami ziarah ke sandakan pulak...hee

    Betul la kata baya..kat sini banyak replika, kalau di tawau ada macam2 siap gaduh dengan suami yang di bina itu ikan kaloi @ ikan merah..hahaa

    ReplyDelete
  10. "Two kapal more, two kapal more!"
    (Ayat tasykil masturat jemaah Pakistan)

    ReplyDelete
  11. aikk..itu ayat macam nak sempurnakan jemaah jee.. betul ke?

    ReplyDelete
  12. rasanya itu bukan pasar malam kot makcik...itu pasar rabu makcik..sebab hanya hari rabu dia ada...

    ReplyDelete
  13. eeeee....suka ati la nak cakap itu pasar malam ke, pasar maghrib ke, pasar sayur keee :p
    walauapa pun, jazakallah la ye cucu susah2 betulkan.. marah betul orang kunak kalau brcerita tempatnya slah sikit..huhuuu :p

    ReplyDelete
  14. bukan marah...sekadar pemberitahuan...klu nak pasar minggu datang la ahad pagi...ada lagi pasar besar cikit....

    ReplyDelete
  15. hehee..iyee.. dah petang ahad baru nak inform pagi tadi ada pasar :p
    insyaAllah, minggu depan hari ahad nak g jalan2 ke sana la..cari buah tangan untuk orang2 semenanjung. Jazakallah ye :)

    ReplyDelete