Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Monday, January 3, 2011

Nikmat....Segala Puji-pujian bagi Mu Ya Allah~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah yang memberikan nikmat sebegitu besar buat umu... Alhamdulillah :)


Sekitar Walimah


Dan Alhamdulillah lagi dan lagi kerana semua walimah dan majlis yang bersangkut paut dengan pernikahan umu dan suami di kedua belah pihak berjalan lancar. Jazakumullah buat mereka2 yang mendoakan kami. Dengan izin Allah terasa sungguh keberkatan doa2 kalian apabila perjalanan majlis dirasakan begitu mudah dan cepat prosesnye...heheee...sungguh seronok kerana kebiasaannya perkara2 sebesar ini sangat rumit dan meletihkan.

Jika hendak di senaraikan insan2 yang sangat berusaha ke atas majlis kami juga asbab terbinanya ikatan ini..tentu sahaja dengan izin Allah, umu akan tertinggal akan beberapa nama... tapi, untuk menghargai kalian, umu cuba yee..

Jazakallah khairan khatira  buat....

~ Umma Ali dan suami, Cikgu Rauf yang bertanggungjawab menjadi orang tengah suami... juga Cikgu Zahari yang turut mengambil bahagian di dalam proses menyatukan ikatan 2 buah keluarga.

~ Kedua-dua buah keluarga baik sebelah umu juga di sebelah pihak suami yang sangat bertungkus lumus dalam merencana majlis2 kecil sehingga ke majlis besar bagi meraikan pernikahan kami. Sesungguhnya tenaga yang kalian curahkan adalah lain tidak bukan semata2 kerana rasa cinta dan kasih sayang kalian yang besar buat kami...

~ Saudara mara serta orang2 kampung yang turut serta mengambil bahagian dalam menyumbangkan fikir dan tenaga bagi memastikan apa yang telah di mesyuarat dan di rencanakan dapat di jalankan dengan sempurna.

~ Para jemputan dan tetamu kami baik di Gemas n.9 mahupun di Lanchang Pahang... Buat kawan2 yang sudi datang dari jauh x mengira kilometer..hehee. sungguh, umu sangat terharu akan kehadiran kalian... 

~ Juga buat mereka2 yang hadir hari sebelum dan hari selepas majlis kerana tidak dapat hadir pada hari majlis yang sebenar..heheeee...faham ke? cuba fahamkan sampai faham yee..

~ Dan juga..... buah2 tangan yang mengiringi kehadiran kalian sangat2 umu  dan suami terharu menerimanya.. Jazakallah yee :)


Hijrah

Setelah berakhir majlis tidak bermakna segalanya selesai... umu dan suami perlu menziarahi kaum keluarga dari rumah ke rumah di kedua belah pihak untuk mendapatkan doa restu dan nasihat selain dari tujuan utamanya untuk berkenal-kenalan dengan sanak saudara baru...

Jazakallah buat suami yang dengan sabar memenuhi program2 yang di rencanakan..hehee

Setelah bernikah, makanya dengan izin Allah swt..umu telah melakukan beberapa siri penghijrahan terhadap diri dan kehidupan umu...


Dari Amirul mu’minin Umar bin Al-Khotthob rodiallahu’anhu, ia berkata,

“Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Sesungguhnya amalan-amalan itu berdasarkan niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang hijrahnya karena untuk menggapai dunia atau wanita yang hendak dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang hijrahi”

 (HR. Al-Bukhari )


Pertama-tamanya... umu buat pertama kalinya telah menanda status telah berkahwin iaitu di dalam borang imigresen semasa hendak memohon pasport...hehee... dan kelakarnya buat pertama kalinya umu di panggil "puan" oleh pegawai tersebut..... rasa semacam pulak.... iye.... puan umu! 

~ selamat datang ke dalam dunia puan-puan! hahaaa


Keduanya... penghijrahan yang membawa umu jauh dari keluarga tersayang demi untuk berada di samping suami tercinta... Terbang ke seberang laut dan menetap di Semporna Sabah.. Sungguh suasana yang agak berbeza dari segi budaya dan persekitarannya berbanding tempat2 yang pernah umu menetap sebelum ini... Makanya pada hari jumaat 31/12/2010 pada pukul 5.30 pagi bertolak ke airport untuk menaiki penerbangan ke Tawau pada pukul 7.20 pagi dan Alhamdulillah...selamat mendarat pada pukul 10.15 pagi...fuhhh..

~ selamat datang ke dunia Bawah Bayu....heheee


Ketiganya...siri penghijrahan terpenting umu.... Purdah!... Alhamdulillah.. mula di kenakan di wajah yang seringkali mudah mendatangkan fitnah ini semasa perjalanan ke airport... Sebenarnya dah pakai dari rumah tapi di tarik ke bawah.. nak dapatkan jazbah dulu..hihii...dah dekat2 nak sampai airport baru tarik purdah ke atas dan di sempurnakan pemakaiannya di sebelah abah yang di kasihi di dalam kereta...
kata abah "InsyaAllah, istiqamah ye" ---> maklum la anak perempuan pertama yang mula memakai purdah..
Dan insyaAllah, sedikit masa lagi takaza ini akan di sambut oleh 10 lagi anak perempuannya.. Amin!

~ selamat datang ke dunia di mana para sahabiah r.ha telah lalui... mujahadah berpurdah..huhuu


Karkuzari

Hari pertama di Semporna selepas zuhur telah di bawa oleh suami melihat-lihat kawasan sekitar pekan... Subahanallah... bertapa pemandangan indah yang terbentang di depan mata tidak akan sesekali dapat di lupakan... sangat cantik!

Segalanya menjadi santapan mata yang menyenangkan... udaranya, binaannya, lautnya, bayunya, orang-orangnya dan juga tingkah budaya yang jarang2 di miliki di tempat lain.. kalau lah kalian dapat merasai apa yang umu rasa, pasti dan pasti senyuman x akan lekang dari bibir kalian. Begitulah umu...cumanya senyuman yang x lekang dan ucapan kalimat memuji2 Allah swt tersembunyi di sebalik purdah yang di kenakan...hehee

Setelah puas mengukur keluasan pekan semporna dan mengira bilangan bangunan selama 2 hari maka hari ke 3.... tiba masa untuk menghadiri Taklim Masthurat... Diadakan setiap hari ahad dari pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi di rumah Hj. Tusman..

hmm..jika sebelum ini, umu ke taklim masthurat di temani adik beradik perempuan lain dan di hantar oleh abah tetapi sekarang umu di hantar oleh suami dan berseorangan lagi tu. Berdebar juga..maklum la tempat baru. Dengar karkuzari dari suami..masthurat2 di sini joss.. jom kita belajar cara buat usaha agama sebenar dari mereka...heheee. Semoga jazbah mereka dalam membantu suami di dalam medan dakwah berjangkit pada umu yang lemah dan suka main ni..huhuu. Minta doanya ye :)

First time ke rumah Taklim Masthurat.. suami sudah syor bawa juadah. Oleh kerana x yakin sangat nak buat kuih memandangkan di rumah baru masih dalam keadaan "setting in progress" makanya menyediakan pisang goreng menjadi pilihan..heheee. Ringkas dan umu suka...hahaaa

Sampai je.. suami dah kerah naik tangga itu dan masuk ikut pintu ini.. siap pantau dari jauh :p

Bagi salam 3x.. x berjawab tapi ramai budak2 kecil bermain sekitar rumah menandakan rumah berpenghuni... bila jenguk ke dalam kelihatan seorang kanak2 berusia 12 tahun sedang menjaga baby bersama adik perempuannya berusia 5 tahun...

"masuk lah mak cik, mama x ada di rumah. ke pekan." (waa..sampai ati paggil mak cik ye..nanti kakak dah buka purdah baru tahu keremajaan kakak tau..hahaaa)

"hari ini ada taklim kan? pukul berapa ye sepatutnya mula?"

"iya..ada. sebetulnya pukul 10 tapi mama ke pekan beli keperluan sedikit. sebentar lagi mama balik" (geram je dengan suami sebab excited sangat kata majlis mula pukul 9.30..)

"siapa ada di rumah? ayah mana?"

"ayah keluar di semenanjung. x ada sapa2 di rumah. saya saja jaga adik2"

"hmm...(berani betul budak ni)..hihii.. sapa nama ni?"

"saya Faridah. adik nama Zainab. baby ni namanya Sumayyah"

"Sedapnya nama.. yang itu nama sapa?" (kelihatan seorang budak perempuan berusia dalam lingkungan 4 tahun masuk ke rumah)

"Rabiatul Adawiyah" (dengan pelat2nya..hihii)

"Tinggal di mana?"

" Tinggal di Syurga" (muka manis je time jawab...hahaaa)

MasyaAllah......pasti dan pasti jawapan ini telah di latih oleh ayah umminye... Semoga kelak itu akan menjadi hala tujunya yang utama dalam melayari kehidupan di dunia..

Teringat juga umu pada anak buah yang sorang ni...

"cak wan dah besar nak jadi apa?"

"apishh" (hafiz) heheeee... comei!

Alhamdulillah...selepas majlis, ada makan2 sambil umu berkenal-kenalan dengan masthurat2 yang hadir. jadi masalah juga apabila ada penggunaan istilah dan bahasa bermaksud lain dari apa yang kita faham...

"suami kitakan ustaz. tentu aja tahu hukumnya..............." (kita = dia)

Wahh..suami yang ustaz, kita pula yang di tanya hukumnya itu ini..huhuu.....

Apabila balik...bekalan pisang goreng tadi telah di ganti pula dengan makanan sabah.. pulut hitam yang di balut dalam daun pisang dan serunding ikan. Jazakillah pada ahlia hj.tusman. sedap sangat.. lain kali boleh la umu belajar cara nak membuatnya. tentu aja rumit hanya melihatkan balutan dan ikatan pada pulut ...
huhuu


Azam

Nampaknya...umu kena wat check list balik apa yang dah umu listkan dalam Bisikan Masthurat dulu.. Kalau dulu2...hanya belajar teori je..praktikalnya pun wat main2. Tapi sekarang Allah swt dah hantar umu berada di dalam suasana mujahadah sebenar sebagai seorang masthurat... emmm.. x boleh main2 lagi. kena sedaya upaya usaha apa yang dah suami targetkan untuk kami capai dalam usaha.

Bila ada azam kena di susuli pula dengan kesungguhan dengan cara jaga amalan seharian dan doa.. --> seperti pesan abah di airport aritu... "Jaga amal".. InsyaAllah!

Seperti biasa..tidak lah umu bosan untuk meminta-minta doa dari kalian.... minta doanye ye untuk umu dan suami yang kini baru belajar mengenal erti mujahadah di tempat orang  :)
.

34 comments:

  1. salam...
    waaa..lamenyer nk tunggu update blog.

    berblog di sabah yer bha...hehe

    alhmdullilah.. sumer dh selesai, dh berhijrah pkai purdah dh. beshnyer kak..

    moga istiqomah dan jadi penyebar dkwah di sana dan d seluruh alam juga.. amin..

    =)

    ReplyDelete
  2. best kakak ader keluarga yg support =)

    ReplyDelete
  3. salam...

    tahniah lg sekali...tahniah atas penghijrahan..
    selamat menempuh ke alam baru...:)

    seronok bce cite akak..

    moga istiqomah dan jadi penyebar dkwah di sana dan d seluruh alam juga.. amin..(copy ayat zai hhehehe)

    ReplyDelete
  4. salam umu,
    moga sihat hendaknya...Alhamdulillah penghijrahan zahir & batin yang smoga diredhai Allah...kita ada persamaan la...tang hijrah purdah tu..Alhamdulillah selepas kuar baru2 ni, rasa berat nk buka balik...tp masih dlm percubaan dan belum betul sempurna memandangkan akk bekerja..bila masuk pagar sekolah tu, dgn berat hatinya...,,, sedih,,,

    doakan akk diberi kekuatan yer...wpun akk ada jmpe, ckgu yg berjaya berpurdah sempurna di skolah, tp ckgu novis mcm akk ni blum ada kekuatan,,,masyaAllah lemahnya iman..

    hmmm sorry...terlebih2 plak..mcm rancangan luahan rasa...hehehe...smoga Allah tetapkan hati kita dalam ketaatan....pasni jmput kuar 3hari masturat yer...~~~

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum wbt sahabat yg sentiasa dirindui...pertemuan kali pertama yg amat bermakna....semoga Allah swt sentiasa merahmati kalian dan kita semua...dakwah maksud hidup...doakan buat sahabatmu ni plak jadi ahliah...kihkihkih. jgn lupa doa satu jemaah 40h india...amin,amin,amin Ya Rabb

    ReplyDelete
  6. ok tak pemberian yg tak seberapa dari nur tu....?

    ReplyDelete
  7. Barakallahu lakuma...moga ALLAH kurniakan kehidupan rumah tangga yang bahagia utk ummu dan ishak...

    Fadhil
    MFI

    ReplyDelete
  8. salam kak umu:

    alhamdulillah
    alhamdulillah
    alhamdulillah

    :D

    hijrah yang sangat dicemburui...purdah :)

    di sabah sudah ka?hehe sy plak dah balik kedah..masyaAllah...nnt kita jumpa boleh jugak..huhu insyaAllah..

    barakallahu lakuma... :)

    may Allah bless both of you and dpt baby cepat2..heeee :D

    ReplyDelete
  9. eh kak...iklan jap...hehehe

    kak umu p LCCT ke KLIA?
    sebab mungkin yang saya jumpa kat LCCT tuh kak umu dan suami...huhuhu
    kriteria yg ada pada masthurat tuh...dia pakai hijab/nikab dua lapis...serba hitam semestinya...tapi tak cam muka lah...hihi
    lagipun saya mana tau muka kak umu mcm mn,tak pernah jumpa..hihi~

    ReplyDelete
  10. Salam...

    Yea...pngantin dh blk dh. Alhhmdulillah.
    Tk smpt carik kompang.
    smoga brbhagia hndknya.

    To baya,
    kalau nk kenal Puan Umu, buka kat blog suami dia. Tak ingat dh entry yg mana satu. Cuba cari ye, jgn x cari.

    ReplyDelete
  11. Buat Z@i..

    Waalaikumsalam wbt...
    iyer..first time beronline dr sabah... Sepatutnya entry tu banyak dalam bahasa sabah tapi kami x pandai lagi bha..hehee
    (ndak pandai lg aku bahasanya..hikhik)
    Alhamdulillah...doa ye semoga seluruh family akak turut serta dalam usaha :)

    ReplyDelete
  12. Buat Hidayu..

    Jazakillah ye :)
    emm..akak pn seronok gak nak bercerita..hihii
    amin..semoga berkah doanya..

    ReplyDelete
  13. Buat Nur..

    MasyaAllah...first time jumpa Nur di Majlis kat Lanchang ari tu dh rasa mcm bertahun kita berukhuwahkn..ihiii.. Jazakillah ye sudi datng dari jauh. sungguh umu terharu sampaikan asyik bercerita dengan suami tentang Nur je..

    Pemberian Nur tu bukan umu saja yang teruja mencuba malah suami pun teruja sama nak menelek. siap kami bergambar lagi..hehee

    Jazakillah ye Nur. Kemas jahitan tudung dan purdah hitam tu. InsyaAllah, first time kuar masthurat dengan suami nanti, umu akan merasmikannya..heheee. suka sangat2 :)

    InsyaAllah, umu x putus2 mendoakan kebahagiaan sahabiah umu ini. Semoga Allah permudahkan urusan Nur dunia dan akhirat ye :)

    ReplyDelete
  14. Buat Baya..

    Alhamdulillah...di sabah suda..hihi
    InsyaAllah, pasti dan pasti Allah juga akan beri kesempatan pada baya untuk berpurdah kelak... doa la.

    emm..bila ye kita dapat bertemu. agak2 dah dekat dah kita ni. saja main lari2 lagi..hihii..

    hari jumaat ari tu akak naik di LCCT.. emm, kalau berpurdah hitam tu bukan akak la tu..hihii. Bagus ye orang2 sabah, x pelik tengok akak berpurdah pn tapi akak pulak yg pelik tengok diorng..hahaa

    InsyaAllah, klu ada rezeki dpt la bby awl2 tapi mcm nak kejar kuar masthurat 40h pn iye gak.. dah janji dengan kak nur nak ke india sama2..hikhik. doa ye.. segala aturan Allah itu ada hikmahnya. Yang penting kita redha kan.. :)

    ReplyDelete
  15. Buat Cikgu Sue..

    Alhamdulillah... Semua ini dengan izin Allah. Allah tahu apa yg terbaik buat hamba2Nya kan.. InsyaAllah, kalau umu bekerja nanti..umu sendiri x tahu lagi bagaimana keadaannya... Walaubagaimanapun, jika dapat jaga maka pertahankanlah..

    Semoga Allah beri kekuatan hati pada kita ye Cikgu untuk memberikan yang terbaik buat diri kita.

    Doa kan umu dapat kuar masthurat secepatnye ye :)

    ReplyDelete
  16. Buat Fadhil..

    Jazakallah tuan. Semoga kebahagiaan juga mewarnai kehidupan rumah tangga tuan. minta doanya untuk kami.

    ReplyDelete
  17. Buat Kak Aliaazuan..

    Waahh...seronok ye umu dah balik. kangen ye sama umu? hihii.. Jazakillah doanye ye kak..

    emm..ada2 je kak aliaazuan tu. sapa kata tu gambar umu? jangan sapa2 cari. ni yang nak suruh suami delete ni..huhu

    ReplyDelete
  18. kak umu:

    insyaAllah...semoga diberi kemudahan utk ke india...jeles2...ngeee :D

    insyaAllah,jika dijodohkan bertemu...ketemu jua kita...tak di dunia,di akhirat sana kelak insyaAllah...

    :D

    sayang kak umu :)

    ReplyDelete
  19. Amin..amin..amin.. Ya Allah.

    Jazakillah atas doanya ye :)

    InsyaAllah, kalau dah di tetapkan kita akan bersua muka..maka ia pasti berlaku dengan izin Allah..

    sayang Baya juga :D

    ReplyDelete
  20. Salam,kisah jemaah saya yang meninggal di Markaz masjid Nizhamuddin,telah siap.
    Harap sudi-sudilah membacanya.Semoga mendapat iktibar dari kisah tersebut.Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Salam.
    Bleh bah kalau ko.
    Ha ha ha.
    Selamat membina kehidupan baru ye Puan Umu.

    ReplyDelete
  22. Anak Pendang,

    InsyaAllah. Jazakallah sudi berkongsi. Moga kita beroleh manfaat.


    Bijen M.

    Waa..pandai suda ko speking sabah.. :p
    Jazakallah atas doanya. sekarang puan umu sedang membina konkrit yang paling kukuh dalam usaha memastikan asas rumahtangganya kuat..heheee
    doa tuan yg mulia amat2 di hargai :)

    ReplyDelete
  23. kak umu umo braper yer?
    curious.heehe

    ReplyDelete
  24. ni hadiah untuk umu tapi delay lak.hehe

    http://www.youtube.com/watch?v=aqQVKnzxNUw&NR=1

    ReplyDelete
  25. Tahniah,sampaikan salam saya cikgu musa pd suami, saya biasa dengan arwah ayahnya dahulu kat Lancang, kendri baru ni saya keluar 40 hari di Sri Lanka baru balik n baru buka blog kekawan

    ReplyDelete
  26. Buat Z@i,

    waahh...teringin benar tu nak thu..hehee. insyaAllah, bln 8 nnt genaplh Allah beri nikmat selama 25thn k.umu hidup di muka bumi ni.. Semoga masa sebanyak itu Allah redha terhadap akak.. Jazakillah hadiah tu. mana thu akak suka sgt dengan lagu tu?hihii

    ReplyDelete
  27. Buat tuan Musa,

    Jazakallah atas ucapannya. Salam tuan dah umu sampaikn.. Ada juga suami bercerita berkenaan tuan. MasyaAllah, semoga jazbah yg ada dalam diri tuan dan ahlia dalam usaha terpalit sama pada kami yang baru nak belajar ni. Mohon doa tuan untuk kami ye :)

    * X sabar nak dengar karkuzari sepanjang tuan di Sri Lanka :)

    ReplyDelete
  28. Kak Umu!! :D
    Selamat Pengantin Baru! (baru sekarang nak wish. chet. sungguh basi saya ini)

    Hehe.. seronok baca entry akak.. tak putus2 asma' senyum.. Selamat datang ke dunia puan-puan! :D

    ReplyDelete
  29. iyee.asma'...hehee. akak ni pengntin yg x basi2 laa.. :D

    amboi, tnggu asma' jd puan dlu bru sesuai ucap selmt tuu..hihii..kirim salam ngn mak ye ;)

    ReplyDelete
  30. Haha. Akak, asma' walaupon belum masuk dunia puan-puan, tapi ramai dah yang panggil asma' puan(-_-"). Terutama masa practical dulu. student panggil asma' PUAN. Sedih sungguh. nampak sgt muka macam mak orang. huk2.

    ReplyDelete
  31. hikhik...tang mana tu ada cop puan kt asma' :p
    akak time di u lg student dh panggil puan. ada diorang ingat akak lec..haha.
    paling best akak pn ape lg jwb salam sambil menganggukkn kepala mcm puan2..haha

    ReplyDelete
  32. Haha.. sama la kitaaa... Tapi masa kat u idok la org pggl puan, masa practical je byk student panggil. Kejadian menjadi lebih parah bila saya pakai cincin tunang. haiyoh. sungguh banyak ya yg nak pggil puan2 nih. Rasa macam nak tegur ja "dik ni cincin tunang lah, bukan cincin kawen. haishh" huhu

    ReplyDelete
  33. waahh..dh bertunang ye? Alhamdulillah.. maknanya, x lama dh tu.. tinggal selangkah je lg nk dpt gelaran puan2..hehee.. sabar2.. bila la agaknya akak berpeluang nak memanggil puan asma' ni ye? :D

    ReplyDelete
  34. teringin nak hijrah berpurdah..

    ReplyDelete