Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Tuesday, January 11, 2011

- Lawatan Mengenal Alam ~

Bismillahirrahmanirrahim....

Allahuakhbar.. 
Sungguh.. umu x berniat langsung!

---> Itu sahaja yang mampu umu katakan bagi membela diri. Perasaan sedih, terkilan, bersalah dan hampir pecah hati di buatnya apabila ada teman2 dan orang yang mengenali diri umu mula memberikan respon melalui panggilan telefon, sms, ym dan email serta tidak kurang juga melalui orang tengah menyatakan kekesalan mereka kerana tidak di jemput hadir ke walimah umu yang sudah berlalu 3 minggu lalu..

Bertambah sedih apabila ada yang seakan2 memandang sepi permintaan maaf umu dan mengulang2 lagi dan lagi kekecewaan dan kekesalan mereka terhadap perkara ini.

Aduhai..teman...jika kalian tahu bahawa sudah sedaya upaya umu berusaha di dalam urusan undang mengundang ini...

Jika kalian tahu sudah berapa banyak sms jemputan yang umu forwardkan..
Jika kalian tahu sudah berpuluh2 kad undangan telah umu poskan..
Dan jika kalian tahu sudah umu berpesan berkali2 kepada mereka yang umu jumpa.. 

"jika berjumpa teman2 lain dan umu lupa hendak menjemput, umu wakilkan kepada korang ye untuk jemput bagi pihak umu"

tentu sahaja ..umu yakin bahawa kalian tidak akan sesekali terasa hati dengan umu...

Maafkan umu kerana merasakan perkara ini kecil sedangkan ia menjadi perkara yang besar buat kalian. Manakan tidak umu terlepas pandang, lihat sahaja berapa orang yang perlu umu beri perhatian di dalam urusan mengundang sedangkan masa ketika itu semakin suntuk....
- kawan2 sekolah rendah dan menengah
- kawan2 sekelas diploma..junior dan senior
- kawan2 sekelas degree..junior dan senior
- kawan2 di dalam program2 luar dari waktu sek hingga ke universiti
- teman2 sebilik dari sek hingga ke universiti
- .......
- ............
aahh....terlalu ramai hendak umu senaraikan... 

kalian sendiri mengerti kerana kalian juga berada di dalam kalangan kelompok2 tersebut. sungguh, ia adalah kelemahan umu sendiri yang tidak bersungguh2 menghargai diri kalian sebagaimana kalian menghargai diri umu. Maafkan umu. Namun umu masih mengharapkan doa-doa tulus kalian buat penghidupan umu dan suami di dunia ini dan akhirat kelak...

~ mood yang sangat sediiihhh....sobb...sooobb...huhuu :'(

" FALAA YAHZUNKA QAULUHUM INNA NA'LAMU MAA YUSIRRUUNA WA MAA YU'LINUUN "

Maka janganlah engaku (Muhammad) dukacita tuduhan-tuduhan mereka, Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan mereka nyatakan.
(SurahYasin ayat 76)


 **********

Lawatan sambil belajar..

Huhuu....x ada lah belajar macam kita buat lawatan time belajar2 dulu.. Ini adalah sesi umu dan suami  mengenal pulau-pulau di Semporna. 
Pulau pertama yang bertuah terpilih buat lawatan julung-julung kalinya ini adalah Pulau Palembang.

haa..terkejut x? Umu ni lagi la 10x ganda terkejut bila bertanya budak yang jadi tukang jaga bot tu.
"Dik, bot ni nak pergi mana?"

"Pergi Palembang"
haa...Palembang? ~ dah terfikir dah kepulauan Indonesia tu..hahaa. Punya la risau. dah la merayau x bawak ic. hehee. Lagi best siap terfikir pasport lg tuu.
Siap tanya 2-3x nak lagi kepastian.

Tapi melihatkan orang-orang yang naik bot tu x lah nampak macam orang indonesia, jadi naik je laaa.. Lagi2 dia kata tambang rm1. Memang x logik la kalau samapai Indonesiakan..hikhik. Memang agak x senonoh la lawatan kali ini sebab umu dan suami hanya "Tawakal illallah" je.


 Jeti di Semporna

Bila bot mendarat je.... kami pun turut sama la naik ke jeti. Dengan berpegang kepada kata2 "Tawakal je la, kalau ada bot yang datang ke sini tentu aje ada bot yang akan ke jeti semporna".

Di jeti, siap tanya lagi sekali  "dik, ini ke palembang? pulau palembang?"
"iya..ini palembang"

 Waah.. ada pulak pulau di Malaysia ni nama palembang. dalam map x ada pulak. Wat confuse je..


 Jeti di "Palembang"

 Posing kejap!

Bila kami berjalan masuk ke dalam pulau lalu kami ternampaklah sebuah papan tanda berdekatan jeti...

 Sekolah yang kami jumpa di pulau ini.. 
(Binaan atapnya seakan bercirikan minang kabau jee..)

hahahaa....tergelak la umu dan suami bila sebenarnya kami tersalah dengar perkataan Balimbang kepada Palembang. Yakin je budak tadi mengiya kan  balik kata2 umu.. rupa2nya dua-dua tersalah dengar..  Jadinya..sila tukar versi cerita di atas dari Palembang kepada Balimbang ye ~



Muka menahan gelora di dalam perut time belayar balik....hahaa


 Sungguh gagah budak kecik depan tu...relak je berdiri kat hujung bot.. 
(kelihatan jeti di semporna dari arah hadapan)


 Sebelum menamatkan sesi lawatan sambil belajar, kami isi perut dulu dengan "membelasah" ikan bakar di gerai yang terdapat di sekitar jeti..hehe
(kelihatan ada yang terlebih gembira dalam sesi ratah meratah ni :p)


**********

 Mengajar iqra'

Owh iye.... Alhamdulillah, umu rasa tidak lagi keboringan menguasai diri.hihii.. akhirnya ada juga teman untuk berbicara serhari-hari selain suami di perantauan ni...

Siapa anak2 yang comel ni??
Diorang la anak-anak yang datang belajar iqra' selepas maghrib setiap isnin hingga khamis. MasyaAllah...cerdik2 sungguh mereka adik beradik... sangat bersopan. Semoga bakal anak2 mak cik kelak mempunyai budi pekerti seperti kalian juga. amin...


Zamani - Mumtazhidayatullah - Amri

**********

Penghargaan

Jazakallah buat suami yang sudi mengikram umu dengan masakannya yang lazat.... tau2 je yang umu dah boring menjamu air tangan sendiri...hikhik :)

Secara jujurnya..hampir x percaya juga suami boleh menyediakan menu2 yang lazat ni...hahaa. k, kat sini kita dah boleh nampak antara kelebihan suami2 dan saudara2 lelaki kita keluar berdakwah. Selain dari mereka  belajar bagaimana nak buat usaha dakwah cara Nabi SAW , mereka  juga boleh belajar mengenal bawang dan periuk belanga..heheee... 

Dan keuntungannya..?? Tentu sahaja kepada kita para ahlia dan saudara perempuan di rumah. Sekali sekala (selalu pun x ada masalah..di alu-alukan..hihiii) mereka boleh turun ke dapur untuk menunjukkan skil memasak mereka (InsyaAllah pasti kita akan kagum dengan hasilnya) dan kita pun boleh bercuti dari tugas2 chef ni...waaa sangat seronok!

Hasil air tangan suami ku....


Nasi ayam
(Alhamdulillah...sangat sedap walaupun presentationnya agak semacam..hihihi)

Kurma rusa
 (Daging rusa di sabah jauh lebih murah berbanding di semenanjung tau)
hmm..macam mana? percaya x? hehee....Jadi umu di sini ingin menyeru kepada kaum wanita dan diri umu sendiri untuk menggalakkan suami dan saudara lelaki kita masing-masing untuk keluar lagi dan lagi bukan dengan tujuan supaya pandai memasak...bukannn.. Tapi supaya mereka dapat belajar korban dan buat usaha cara Nabi SAW kerana hanya dengan mengikuti cara Rasulullah SAW sahaja kita akan mendapat kejayaan... ~
.

6 comments:

  1. Salam.

    Waaa. sronoknye pengantin bru mkn angin.
    Er, mpk mcm ustz Ishak dah makin brisi sikit laa... :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumslam wbt..

    wah..cept je akak coment ye..hehe
    seronok + penaatttt!
    haa..tu la. kami dah sepakat, genap sebulan kwin nnt nak timbang berat..heheee

    ReplyDelete
  3. assalamualikum...

    nasib baik xsampai ker palembang btol. kalu x, jmper ngn parameswara la.ehe..

    pakcik polis... kak umu jalan2 xbawak ic. =p

    ReplyDelete
  4. Waalaikumslam wbt Z@i..

    ishh..klu parameswara jumpa akak, tentu dia ingat akak tun fatimah tau...lalala~

    haha...z@i jeles la tu..guna pak cik polis ye? ada yg nak kena cubit niee..

    ReplyDelete
  5. betul tu..ustz Ishak dah makin brisi sikit ...maklum la.. ada org jaga makan minum..hehe

    ReplyDelete
  6. Baru je td dalam keta mesyuarat dengan suami. katanya x mau dah makan malam..huhu.. ayok..ada orang dah merajuk x mau makan sbb x mau lebih ramai yg kata dia makin berisi..hehee :D

    ReplyDelete