Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, January 23, 2011

Bercakap lagi dan lagi dan lagiiiiiieeee~

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...buat kesekian kalinya umu berjaya mengupdate entry di blog iman&amal ini..hehee :)

~ kalau dulu time study, lambat cepat mengupdate blog..orang x kisah pun. x ada siapa tanya dan umu pun sesuka rasa nak tulis di dalam blog ini apa2 yang umu rasa nak letak..

Tetapi sekarang.. jika lewat dan tidak kelihatan entry baru, tidak on di YM, hmmm...dah ada yang bertanya kenapa dan mengapa..huhuu. Terasa diri di hargai pulak ...lalalalaa~ ~

Tapi yang buat serba salahnya bila nak start tulis entry laa..aduhai... dah kena jaga itu ini <-- nampak sangat sebelum berubah status ni, umu x ada sifat ikram kat orang lain..huhuu :( 


Dalam masa lebih kurang 2 minggu lagi (mengikut perkiraan umu ye..) akan tiba cuti yang agak panjang bagi perayaan tahun baru cina, CNY...

InsyaAllah, jika Allah swt pilih umu dan suami...kami akan menyempurnakan jemaah untuk keluar 3hari masthurat di sini (sabah bha..). Agaknya macam mana la umu nak berkomunikasi dengan orang2 tempatan nanti ye. Sedangkan time pergi taklim masthurat pun dah berkerut-kerut dahi nak faham loghat orang sabah ni..jadi umu banyak sengih jer...hikhik

Teringat pergi taklim masthurat minggu lepas, muzakarah 6 sifatnya di buat oleh masthurat jemputan dari halakah laut (kiranya umu ni duduk di bahagian halakah darat laa). Wah..sekali dia cakap bahasa orang suluk + english daa... tapi yang banyaknya bahasa suluk la...

MasyaAllah, sememangnya benar..Allah yang beri kefahaman bukannya makhluk. Walaupun umu x faham sangat dengan bahasa suluk tersebut (memang x faham sungguh), tetapi Allah bagi umu faham apa yang masthurat tersebut cuba sampaikan.. Terkesan tengok air mata2 yang mengalir semasa sesi muzakarah tersebut...huhuu --> sungguh kerugian yang besar buat sesiapa yang sentiasa lari dari mendengar perkataan-perkataan yang haq.

Untuk taklim masthurat hari ini, selepas bacaan kitab ada bayan oleh salah seorang ahli jemaah yang sedang keluar di kawasan sekitar. (Orang tempatan juga).. Alhamdulillah..bahasanya mudah untuk umu faham.. dan buat kesekian kalinya air mata mengalir lagi dan lagi..aduhai... menusuk-nusuk sungguh hati bila mendengar intipati bayan tadi..huhuu --> x tahu la kenapa dan mengapa sejak bergelar ahlia orang ni umu cepat betul tersentuh bila mendengar cerita2 mengenai pengorbanan para sahabat r.hu dan sahabiah r.ha dalam usaha menyebarkan dakwah... sedangkan time anak dara dulu relak je dengar --> ke time tu hati umu keras?huhuu


Hati sekeras ini lama kelamaan bisa mencair apabila di perdengarkan akan kebesaran Allah swt lagi dan lagi...InsyaAllah.

Bercakap bab dari keras menjadi cair ni.... sedang umu mengarang entry yang x siap2 tiba2 sorang kawan sejak zaman sekolah hingga ke Universiti tiba2 buzz di YM... student civil engineering...

Bermacam perkara yang kami bualkan.. Tiba part jodoh, maka ia menjadi satu topik yang amat panjang untuk kami "muzakarahkan"..huhuu -katanya sedang stress bab jodoh-

Jika di universiti, sahabat-sahabat umu bukanlah dari kalangan mereka yang mampu menutup aurat secara sempurna. Maka jika umu berjalan di sekitar kampus mahupun outing membeli keperluan, pasti sahaja ramai yang memandang pelik apabila umu berjalan dengan teman yang free hair siap berwarna rambut lagi, ada yang memakai tudung tetapi pakaian mereka jika di bawa masuk ke surau akan menjadi satu pemandangan yang sangat aneh bagi ahlinya!

Makanya begitu juga lah perihal jodoh, kerap kali juga sahabat-sahabat umu bergurau dan memerli.. "kalau umu, pandang yang berkopiah dan berjanggut je..duduk pun kat masjid surau. kalau kat shoping compleks ni memang x jumpa laaa"
(Alhamdulillah...doa mereka di perkenankan Allah swt. Jazakillah teman2)

Berbalik kepada sahabat umu tadi, katanya berasa sebak melihat kebahagiaan umu dan menyoal umu apakah dia layak untuk bahagia seperti umu juga? Sekarang, dia adalah salah satu sahabat umu yang hati mereka mulai mencair untuk mengambil islam 100% sebagai cara hidup mereka dan sudah pasti mereka memerlukan pembimbing iaitu insan bernama suami (kata mereka ..) untuk menjadi asbab matlamat mereka tercapai.

Nah.. sekarang sudah nampak hasilnya (penat tau umu "tasykil" sahabat2 umu supaya pilih calon suami yang buat usaha -dakwah-. selalu je tunjuk yang macam itu dan itu -selalu tunjuk karkun la...hahaha. walaupun hakikatnya sahabat2 umu x tahu pun wujudnya golongan "tabligh" di kalangan student). Tu yang selalu umu kena perli bab berkopiah dan berjanggut tu..haishh..

Umu tasykil bukannye sebab apa...cuma nak bagi sahabat-sahabat umu ni suka pada agama... Bila umu memperlihatkan contoh calon2 yang sesuai untuk mereka jadikan pasangan hidup, yang mana sudah tentu  mempunyai ciri-ciri berpakaian dan perlakuan mereka mengikut sunnah Nabi saw.. - itu yang penting, bawak kejayaan tau!-

~ ye laa...dari diorang pilih yang entah apa-apa. rambut cacak sana sini. seluar terlonggar terketat.. haih..macam2 fesyen budak2 zaman sekarang ni... Lagi serabut, apabila makhluk bernama lelaki ini siap tarik diorang buat aktiviti yang entah apa2... (Jadi baik umu syor awal2 yang bagaimana sepatutnya  sahabat-sahabat umu ini memilih..ye kan?)


Sekarang soalan mereka..
Boleh ke kami jumpa orang macam tu?
Diorang pandang kami ke?
Nak ke orang-orang "alim" tu jadikan kami isteri?
Kami x macam umu..pakai semua labuh-labuh...
Umu boleh la, tengok la family umu...family kami jauh benar bezanya dengan umu. Apa lagi yang diorang nak pandang dekat kami ni..
-dan bermacam-macam lagi laaaa~


hmm... dan jawapan umu...
InsyaAllah boleh..
Doa la banyak-banyak. Jika betul-betul dah azam. Sudah serius. Doa sungguh-sungguh.
Jika betul-betul mahu, ikhlaskan diri... Dalam doa tu cakap la kenapa korang mahu calon suami yang begini-begini...sebab apa? Jika sebab mahu menyelamatkan agama dalam diri korang, family korang dan keturunan korang..iya... sebut sungguh-sungguh dalam doa. Kalau boleh nangis, menangis laa... --> aik, macam umu selalu buat je dulu-dulu...hahaha



Seperti mana tangisan seorang anak yang bersungguh-sungguh mahukan sesuatu dari ibunya, pasti lambat laun kemahuannya akan di penuhi bila anak itu bersungguh-sungguh, menangis-nangis dan meminta-minta pada ibunya tanpa putus asa...

Begitulah jua Allah swt. Allah swt sangat belas pada hamba-hambaNya...

Dan Tuhanmu berfirman : Berdo'alah kepada-Ku, niscaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." 
(QS. 40 : 60).



Nah..begitulah... Doanya mesti sungguh-sungguh.. InsyaAllah, tiada perkara yang mustahil bagi Allah swt jika Dia hendak memperkenankan sesuatu perkara itu tau sahabat-sahabatku sekalian...
emm...doa tu doa juga, tapi amalan tu pun penting kena jaga betul2... Jika berat nak berubah secara besar-besaran, lakukan dengan perkara yang kecil-kecil dulu yang mana kita boleh istiqomah walaupun amalan itu adalah sekecil-kecil amalan... emm..fahamkan?huhuu

Tiba-tiba rasa diri ini dah lebih bercerita... ishhh umu ni, suami tengah keluar di jalan Allah ... yang awak pulak sibuk menghadap internet berblog dan berYM. Jaga amal x tu duduk sorang-sorang di rumah??..errkk


Dan perbualan kami berakhir.........


umu6point: eh..z**** dh asar lum ni? <-- adoi, dh pukul 5 lebih baru nak ingatkan!

umu6point: umu asar kt cni kul 3.45 td

z****: umu dh nk masuk mgrib kan?
z****: okla
z****: ak pi solt lu

umu6point: mgrib sini kul 6 suku nnt laa
umu6point: haa...kena jaga solat awl waktu tau
umu6point: nnt leh dpt suami yg solatnye di surau je...heheee

z****: i/allah

umu6point: ameennn...
.

27 comments:

  1. macam best je ni...

    save jap...baca jap lagi...

    syukran....


    P/s: nak cadang ni... kalau kak umu dapat tulis tak guna short form kan bagus... hehe...nampak kemas byk....
    pengisian dah cukup bagus...

    ReplyDelete
  2. kata seseorang kpdaku,
    jika mahukan suami y soleh,diah kena calonkan diri sebagai wanita solehah
    --->Ramai y berkata bgtu juga pd diah,
    diah boleh la pakai tudung labuh..
    diah boleh la,family mcm tu..
    diah boleh la...(mcm2 ada)

    kdg2 naik rimas org btanya pasal jodoh
    --->jawab nya dinda dah tahu,
    "Ye,saya dah buat pilihan,pilihan saya sekarang untuk belajar,y lain,langsung saya xmahu fikir.Tolong hormat pendirian saya.Terima kasih ats pngertiannya"(",)
    doakan dinda cemerlang dlm pelajaran,dunia wal akhirah

    ReplyDelete
  3. Pakcik nak nasihat umu, baru kahwin ini cepat-cepatlah keluaq 40 hari masturat, nanti bila anak dah mula keluaq susahlah mau keluaq, macam pakcik lani alhamdulillah anak dah takdak masalah dapat istiqomah 40h setiap 3 tahun dan 3 hari setiap 3 bulan. dulu anak bersusun, azam je nak keluaq 40h masturat, anak yang keluaq dulu, biasele.

    ReplyDelete
  4. Buat Peluncur Islam..

    haa..dah habis baca belum? emm..part mana ye akak guna short form?huhuu... bahagian berYM tu ke?..kalau itu, akak copy paste terus dari YM tuu.. tapi jazakallah ye atas syornya.. :)

    *terasa cikgu BM sedang membetulkan kesalahan karangan time sek dulu..hehee

    ReplyDelete
  5. Buat adinda ku sayang..

    iyee..benar tu dinda. Kanda sokong dinda 99%..hihii..tanya la kenapa... mana hilangnya 1% lagi..hikhik :p

    *tp tadikan kanda tengok status di YM dinda mcm lain je bunyinye...lalala~

    ReplyDelete
  6. Buat tn Musa...

    Assalamualaikum tuan. Jazakallah sudi singgah dan mengingatkan umu :)
    Sungguh umu terharu..

    Alhamdulillah, perkara ini sudah di mesyuaratkan dengan suami pada malam ke2 kami di akad nikahkan.. Sudah ada azam dan perancangan. InsyaAllah, akhir tahun ini kami azam untuk keluar 40hari.. :)

    Dengan izin Allah, sudah di mesyuaratkan jua hal2 yang berkaitan. Termasuklah tabungan bagi keperluan untuk keluar nanti dan tidak kurang pentingnya hal zuriat. Alangkah indahnya jika Allah menakdirkan bahawa umu sedang pregnant ketika khuruj 40hari nanti... Minta doa tuan yang di muliakan Allah agar kami dapat mengikut jejak langkah tuan dan ahlia ye :)

    ReplyDelete
  7. salam..

    saya pon tak tahu ader golongan tabligh ni dlu...

    dah abes u br la tahu kewujudan nya

    tapi seingatnyer kat u xder lak jmper karkun.rmai kartun jer... atau saya yang tak bergaul ngn golongan cam diorg.huhu

    jahil

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam wbt Z@i...

    owh..kalau time tu zai x kenal dengan usaha memang kut zai x akan perasan student yg buat usaha... diorang x la pakai kurta memanjang, tapi dari gaya diorang sekali imbas dah boleh tahu diorang buat usaha walaupun memakai jeans tau...

    Kalau yang masthurat plak, mesti zai akan ingat dia budak usrah sebab golongan masthurat, usahanya tersembunyi~

    Alhamdulillah..sekarang Allah dah pilih zai untuk turut berada sama2 di dalam usaha..jadi..berusahalaaahh!!

    ReplyDelete
  9. klw dikata ttg cinta....
    mngapa hnya cinta mnusia y dfikirkn?pelik
    ingt knda,jgn brsangka-sngka,jgn brjika-jika
    (",)
    ohh laparnya perut....
    tinggal..

    ReplyDelete
  10. Owhh..bukanlah kanda berandai yang tidak-tidak dinda... Masakan perkataan dinda boleh di salah ertikan..heheheee :p

    ReplyDelete
  11. ha..ha adoi adik2 ku yg tercinta. sampai kan di alam maya pun nak bergurau..buat la benda yg mendatang kan menafaat sikit....lagi2 org yg suami keluar tu...dok megadap laptop..aje..ha...ha..tapi suami kita pun tgh keluar jugak...apo nak buat boring la...kalau di izin kan raya cina ni nak keluar 3 hari.....masturat,.pastu ada kenduri sambut menantu kat rumah belah metua idah...nantin kak ngi tlong makan kan nasik minyak untuk kau ya..

    ReplyDelete
  12. owh..hoo..kekanda ku sudah datang hendak membuat onar yee??
    kami bergurau pun x boleh..karang kami bergaduh, siapa nak tolong :p

    ni tgh jaga amal la ni..hehee..k.ngi pun sama.. 2x5 je kan? taklim rumah macam mne? <-- alih topik bagi menampakkan jaga amal..haha

    InsyaAllah, marilah kita beramai2 menyambut takaza..(anak2 hantar mana?). Doa ye sama2 dapat istiqomah jaga amal dan di pilih Allah lg n lg..amin.

    *x aci la x dapat pergi kenduri k.in dan k.edah..balik semnanjung nanti umu minta diorang belanja lain..hehee :D

    ReplyDelete
  13. tak tau lagi hanta mana....mula tu bila abg wan tanya cuti raya cina ni ada rancang nak pegi mana ke,,,dalam hati dah terbayang...zoo.aquria.petrosain....dan sewaktu dgn nya...lah..tiba2 abg wan kata kita keluar tiga hari masturat nak...adoi..terus sakit2 badan....nanti lah pikir dulu...

    ReplyDelete
  14. oowwhh...kekandaku sayang..

    erkk...semua pembaca sekalian, sila abaikan komen di atas tuu...huhu. apa la k.ngi ni, tunjuk teladan yang kurang cantik je kat orang2 yang baru jadi ahlia daie ni.. :p

    alaa..mengada2 je, a.wan keje sendirikan..petik jari je boleh bercuti bila2 masa.. benda tu semua mudah je k.ngi nak pergi. tu..takaza dah menunggu cik puan yang sudah lama membeku duduk bawah tanah tuu..bawak2 la keluar dari tempat berhibernasi anda..huhuhuu :p

    anak2 hantar rumah k.u la kan? ke nak suruh umu jaga? beresss...lalalala~

    ReplyDelete
  15. malam ni saya baru pulang dari mesyuarat markas dan taskil telah dibuat untuk 40 hari masturat bulan nov utk ke IPB, saya telah memberi nama utk ke India, insyaallah semuga umu dapat sama-sama keluaq 40h bersama saya.

    ReplyDelete
  16. aha aha ahaaaa....
    im single(",)
    lawak sungguh org y dah kawen rupanya..
    mcm2 ada....
    aha haa haa
    steady la kak ngi(",)
    sakit badan?meh diah tolong beli minyak urut pineng punya....
    kak umu,sambut takaza 40H,jgn x sambut...insyaAllah kak umu,itu y kanda idamkan bukan...
    Mabruk!

    ReplyDelete
  17. Buat Tuan Musa..

    amin..amin..amin...minta doakan umu ye tuan. Dengan izin Allah, semoga umu dan suami di pilih untuk ke india juga.. <-- sememangnya suami umu sudah sebut2 india sebagai destinasi kami untuk belajar buat usaha 40h nanti
    -tarikh expired pasport umu pun lagi 2 tahun.. :)

    *umu kena jaga amal betul2 dan doa sungguh2 ni... minta doa semua ye.

    ReplyDelete
  18. Ya adindaku mardhiah...

    Sila jangan terpengaruh dengan anasir2 k.ngi tu.. Sila memandang contoh yang lebih baik seperti abah dan mak lang di kampung.. tadi k.umu call, katanya nak keluar 3h masthurat juga cuti ni.. nahh..begitulaahh..hehee :)

    *jazakillah doanye ye..pergi la doa lg n lg..hikhik :D

    ReplyDelete
  19. o....abah nak keluar ye..ala..org baru kawin kan semua nya manis...taklim tak tingal..takaza tempat yg jauh2 ha....manis..manis..semua manis..dan teramat la..manis..ok kak ngi bagi kau tempoh 2 tahun.sambut takaza 3 bulan sekali.lepas ada anak..kalau bolih ternyata kau memang dah berubah....ha..ha..kalau tak bolih suruh diah zihin..kita berdua..ops...diah..lalala

    ReplyDelete
  20. well....i like ur speech kak ngi(",)
    tapi rasanya kak umu mampu istiqamah...
    sbb memg kak umu y nak......hidayah Allah.
    Mcm ni la....kak umu dan kak ngi tunjuk dulu role y manis kat org y single ni...
    semoga diah terpengaruh ....
    n ikut jejak langkahnya..
    dgn asbab tu anak2 buah diah sekarang dan bakal lahir dan ank2 keturunan family kita akn menjadi dai dan daieah.....
    Aminn Ya Rabb
    Mabruk!
    (",)

    ReplyDelete
  21. UMU betul ke adik kita ni solo lagi...ke.buat2 solo....diah ni sejak imah betunang dah tak senang belajar ni...ke tgh berkira2 bila lagi geleran dia....ha..ha ada berani kata kat abah...org seremban setia menunggu....sabar..kau bedua ni doa2 kan kak ngi ye biar rajin pergi taklim..kak ngi ni bukan sejuk lagi..dah beku pun...nak keluar tiga hari ni pun masih berkira2..abg wan masih menuggu jawapan....bantuan..bantuan

    ReplyDelete
  22. Ya Allah Ya Tuhan ku....

    Peringatan.. di larang bergosip2 di sini! -tuan tanah dah sakit jantung ni tau-

    emm..lagi2 kepada binti-binti imam mohd nor!
    -peringatan tegas-

    Pesanan buat kekandaku~ dengan izin Allah, nama kekanda sedang di sebut2 tu untuk sambut takaza... satu tapak kanda melangkah, insyaAllah banyak berkah yang akan Allah limpahkan kepada seluruh family kanda.. ikhlaskan niat... -kanda sendiri sudah sedia tahu ganjaran yang bakal kanda terima kelak-

    Pesanan buat adindaku~ kanda tahu jazbah dinda dalam medan usaha ini bukan alang2.. kanda nampak azam dan tekad dinda tu.. InsyaAllah, cuba istiqomah ye dan dalam masa yang sama peranan dinda sebagai mahasiswi juga harus beriringan..

    okey, jazakillah sudi melalu lalang di blog iman&amal ni.. sampai penuh dah tempat komen ni..dah..dah..pergi jaga amal.. jangan sampai pak imam pulak yang datang sini zihin semua orang tau..!

    next!

    ReplyDelete
  23. Ciss.
    xda maknanya....
    Allah bagi hidayat...jaga takbur,
    kalau Allah nak tarik sup sap ja...
    Peringatan buat diri ku yang lupa...
    Baiklah....xperlu suami y soleh untuk bimbing kita,jika kita sendiri xnk jadi solehah
    buang karen da.......
    ok....maaf lah kak umu,memanaskan box comment
    kpd kak Angi...ewahh..ewahhh....xdanya...
    k,salam alaik!
    Mabruk!

    ReplyDelete
  24. ALLAH MAHA BERKUASA....setelah siap kelengkapan untuk keluar masturat..dan telah mencari penjaga anak yg bertauliah ....BAKAL ALIAH HAMIM LA SAPA LAGI.....suami tukar cadangan..dan berubah keputusann.kami..sepakat untuk..mewakaf kan rumah untuk 3 hari buat jemaah masturat..dan buat jemaah masturat yg bakal keluar doa kan semoga saya akan terpilih...suatu hari nanti
    untuk..bersama...buat useha di sebalik tabir ini....YAKNI,,,MASTURAT

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah... sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik aturan..

    Kepada para masthurat, jika usaha dakwah ini hanya di buat oleh suami2 kita tanpa kita sendiri melibatkan diri dan buat pengorbanan, makanya usaha ini dengan izin Allah tidak akan berjaya seperti mana contoh2 terdahulu...

    usaha dakwah Nabi saw berkembang dengan cepat asbab pengorbanan isterinya Khadijah r.ha dan mendapat sokongan dari ahli keluarganya..

    Manakala kita dapat lihat dari kisah2 isteri2 Nabi a.s yang bukan sahaja tidak turut di dalam usaha dakwah suami mereka malahan ada yang cuba menentangnya..makanya ia menjadi asbab usaha dakwah tersebut lambat berkembang dan juga ummat mereka di timpa azab Allah swt..

    InsyaAllah, doa lagi dan lagi..
    buat pengorbanan lagi dan lagi..
    maka Allah akan bagi kita sifat dakwah.

    -ameen-

    ReplyDelete
  26. Saya memerlukan komentar dan pandangan berkaitan dengan artikel baru yang saya tulis di blog saya.Mungkin kakak mempunyai pandangan dan komentar yang berbeza dengan saya dan diharapkan sama2 kita berkongsi pandangan dan komentar itu kearah kebaikan.Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah..tadi akak dah baca dulu bab umur dunia tu..tapi.. fikir punya fikir, tiba2 suami ajak mesyuarat nak masak apa untuk malam markaz..huhuu. bila buka blog balik, tengok ada permintaan dari tn rumah sendiri untuk pandangan n syor.. InsyaAllah, nanti akak dtg lg blognya dan cuba hadam lg dan lg sebelum mengeluarkan apa2 yg patut ye..Jazakallah :)

    ReplyDelete