Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Saturday, January 29, 2011

emm..bila kita IKHLAS kan....

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum memulakan bicara, suka umu berkongsi kisah ini kepada semua.. 
(kisah yang membawa berita gembira berkenaan ganjaran teristimewa buat kaum wanita ~)

Diriwayatkan bahawa Asma’ bint Yazid ibn as-Sakan r.a datang menemui Nabi SAW dan bertanya:

“Wahai rasulullah, sesungguhnya aku jurucakap kaum wanita Islam. Mereka semua berkata dan berpendapat sepertiku. Sesungguhnya Allah Azzawajalla telah mengutusmu kepada kaum lelaki dan juga perempuan. Kami telah mempercayaimu dan mengikutimu. Dan bahawasanya kami ini, kaum wanita, terhad bilangan kami, sentiasa duduk di rumah. Dan bahawasanya kamu kaum lelaki , telah diberi kelebihan dengan solat Jumaat, dan menyaksikan jenazah. Apabila mereka keluar untuk berjihad, kamilah yang menjaga harta benda mereka dan memelihara anak-anak mereka. Tidakkah dapat kami berkongsi dengan mereka dalam pahala ini?”


Sebaik sahaja jurucakap wanita ini habis dari pengaduannya, Rasulullah menoleh kepada para sahabatnya, seraya berkata kepada mereka:
“Pernahkah kamu mendengar pembicaraan seorang wanita yang pandai mengemukakan masalah dalam agamanya daripada wanita ini?”


Para sahabat menjawab serentak:
“Kami tidak sangka ada seorang wanita yang dapat mengemukakan permasalahan seperti ini, wahai Rasulullah!”


Rasulullah lalu menoleh kepada wanita itu seraya berkata:
“Beredarlah wahai Asma’! Dan beritahulah kepada kaum wanita yang lain, bahawasanya penjagaan seorang wanita kepada suaminya, dengan mencari keredhaannya, dan membuat segala yang disukainya itu adalah menyamai semua itu.”


Lalu beredarlah Asma’ sambil bertahlil dan bertakbir memberitahu khabar gembira mengenai pernyataan Rasulullah SAW kepadanya itu.

 ======================


Allahuakhbar... Dulu sebelum berkahwin, bila jumpa kisah ini dalam kitab taklim mesti la hati terdetik...

~wah..x terlalu besar ke ganjaran tu untuk kami kaum wanita? x perlu bersusah payah pergi berjihad mengorbankan harta dan nyawa..duduk relak je..jaga rumah, jaga anak dan harta suami... senangkan hati suami dah dapat ganjaran yang sama...

~x payah susah2 nak kejar masjid dan surau setiap kali solat fardhu.. wahh..wahh...mudah...mudah!

hah..sekali dah kahwin, baru tahu sakit x sakitnya menguruskan rumah sendirian.haha. .Patut lah ganjarannya besar.. Kalau dulu, buat kerja rumah x rasa berat sebab ada banyak askar di rumah bergotong royong menguruskan hal ehwal rumah tangga (adik beradik perempuan 11 orang katakan..).. dari membasuh baju, mengemas rumah, memasak sampai lah hal2 membersihkan halaman rumah.. semua di kerjakan secara usaha sama..

adik beradik lelaki boleh relak!hoho..

Dan kalau time study dulu..duduk kolej x payah memasak. uruskan diri sendiri je. basuh baju sendiri, nak makan oder je dekat mak cik cafe, kemas bilik pun sekangkang kera..itu pun ada roomate sekali mengemas sama-sama.. 

Tapi kini...segala hal ehwal pengurusan rumah tergalas di bahu kita apabila menyandang jawatan sebagai seorang "isteri". Atau terkadang di panggil "mem besar".. besar di sebabkan dengan tanggungjawab tau bukan sebab lain...huhuu

Walaupun kita punya suami yang sangat ringan membantu namun ia tetap tidak sama suasananya dengan yang dulu. Lebih-lebih lagi apabila suami kita terlibat dengan usaha dakwah. Mana nak tumpu pada tugas dunia, mengejar solat fardhunya di surau, menghadiri mesyuarat mingguan, iktikaf di malam markaz, bertemu manusia sekeliling mengingatkan mereka dan diri sendiri kepada agama dan menyambut takaza yang sentiasa datang tiada henti...

Sudah tentu keletihan dan kelelahan yang para suami rasa bukan alang-alang dan adalah amat menyenangkan sekali jika bila pulang ke rumah di rasakannya seperti pulang ke istana... di sambut dengan senyuman oleh si isteri dan bukan pula rungutan (walaupun isteri juga sangat kepenatan menguruskan rumah)..

Di hidangkan pula makanan dan minuman dan bukan pula permintaan yang menyerabutkan fikiran... (walaupun isteri dah lama menunggu masa yang sesuai asbab kesibukan suami)..

hmm....jadinya bila diri sendiri sudah merasa sendiri akan kemujahadahannya di dalam mengurus rumah tangga (macam lipas kudung..) seperti dalam pengaduan Asma’ bint Yazid ibn as-Sakan r.ha kepada Rasulullah SAW, maka sememangnya layaklah kaum wanita itu mendapat ganjaran setimpal dengan apa yang di anugerahkan kepada kaum lelaki walaupun hanya duduk diam di dalam rumah kerana di situlah sebaik-baik tempat bagi kaum wanita...

Tiba-tiba umu teringat salah satu bait ayat 'bisikan masthurat'..
"Biar kami mengurus istana sendirian, asal fikirnya sentiasa kerana agama, x mengapa."

Rasa-rasa time tulis..ikhlas ke tak ikhlas ni? haishh...jangan bersangka-sangka tau! <-- walaupun ketika ia di tulis, umu masih lagi di alam kanak-kanak rebena..hahaha

Apabila menguruskan istana dengan ikhlas semata-mata kerana Allah swt..makanya segalanya akan menjadi mudah dan adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila kita sendiri berpuas hati melakukannya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang...hihiiii..


"eemm...abg malam markaz ni nak bawak bekal x?"

"kejap abg fikir... emm...sempat ke nak masak dalam sejam ni? lepas asar nak bertolak dah.. Tapi kalau sedia nak masak, abg lari jap beli periuk besar untuk masak nasi.. periuk kita tu kecik sangat"

Okey. sedia je...nak masak apa bang?

Apa yang ada dalam peti ais? karkun dari sini ada 7 orang tau..

Ikan merah ada 3 ekor. InsyaAllah cukup kutt...

okey..goreng je la ikan tu..

eh..ada ke. buat malu jee.. (mesti la malu..ada ke suruh goreng jee..huhuu). masak sup ye? tapi nanti makan time sejuk x sedap.. (aikk..pepandai je.. yang bagi sedapkan Allah...hihii). masak ikan 3 rasa nak?

sempat ke?

InsyaAllah. sempat je..


Ikan merah...errkk..pernah ke orang buat untuk masakan 3 rasa? belasah je laa....


 Ikan  tidak lagi kelihatan apabila sudah tenggelam dengan "sos bermacam rasa" dan sayuran campur pelbagai jenis..hehe. (sila abaikan nenas yg besar2 tu...keluar terus dari tin je tu..huhuu)
Sengaja buat sosnya melimpah ruah...moga lebih ramai yang dapat merasa.


Semoga bekalan makanan untuk 7 orang ini cukup untuk 14 orang makan. seperti kata pembayan di tempat taklim masthurat minggu lepas...
"sediakan 2 bekalan untuk suami pada malam markaz. alas tidur dan makanan. bekalan makanan untuk seorang boleh cukup untuk 2 orang makan ibu-ibu...." --> errkk..x jadi ibu lagi.


Dan sebelum bertolak ke tempat markaz, suami sempat bertanya... esok taklim masthurat nak bawak apa?
"hmmm..sardin roll la". (Pernah bawak kuih ni ke taklim masthurat dan ramai yang suka siap minta resepi lagi...mungkin di sabah tidak jumpa kuih ni..hihii)

ini rupa sardin roll ketika hendak beramah mesra dengan jiran 2 hari lepas. (maklum laa..kitakan kaum muhajirin..hihii)

owwhh...dan waaaa...malam ni buat kali kedua di tinggalkan..huhuu.. seram bunyi anjing di luar. (anjing di sini bagaikan kambing di kampung daa....berkeliaran sesuka rasa..huhuu). 
Tak ape...Allah kan ADA... =)
.

11 comments:

  1. Assalamualaikum...
    hebat kanda...tapi,Allah lagi hebat..
    teringat kisah dinda dan adik dibah dan umi ketika sdg duduk rehat di rumah mlm tu,abah balik dari solat isyak dan membawa bersamanya 14jemaah.Kebetulan masa tu mak lang di wad.
    Abah menyuruh hidang makan malam..agk kecut perut!Aduhai...dinda sebagai y paling tua,mnjadi chef.Bayangkanlah,14org tuu..tambah abah dan syafiq,16org tuu...
    Akhirnya,menu y disajikan adalah ayam masak kari(habis tetak ayam tu kami kerjakan),tembikai,air sunkist,pisang goreng,kopi o dan tea.Dinda xsangka akn dapat mnyiapkan menu.
    Y lucunya,dibah dan umi xhenti2 kacau lauk dan baca......."laisalaha mindunillah hilkasyifah"
    tung tang tung tang bising!sampai abah pun tergelak!
    abah kata apa tahu,"kamu doa baca,tudungnya mana??"masak pun kena alas kepala!ihihihi....
    Alhamdulillah,Allah bagi cukup,Allah bagi lazat!memories!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam wbt...

    hahaa..gelak2 kanda baca karkuzari dari dinda. Bila kejadian itu berlaku? x pernah citer pun.. mesti lawak kan bila korang bertiga yang masuk dapur..hahaha..

    Kanda dapat bayangkan situasi korang yang kelam kabut dan sure x sure je nak buat apa untuk next step. lagi2 bila sorang kejap syor ini sorang syor itu..hehee..

    haa...adab masuk dapur lupa la tu..time2 genting je baru nak berserah ye?
    kanda pun tadi x putus2 mengulang doa tu..maklum la..x pernah2 ikan merah buat masak 3 rasa ni..hikhik..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum umu,tergelak akak membaca karkuzari dari umu dan adek2,begitulah keadaan dan situasi kalau ambil khidmat memasak serba tak kena je hehe doa dibaca berulang2...teringat kak ina sewaktu ambil khidmat masak untuk jemaah 4 bulan dari Arab,route mereka masa tu dekat segamat,puas berfikir akhirnya Allah bagi ilham masak kebab ala2 arab....yang buat akak terharu sampai nak pecah perut ketawa...karkuzari dari suami: "diaorang nampak je kebab2 sayang tu terus sebut MasyaAllah2,Subhanaallah...kihkih mana taknya sebelum tu ade orang tempatan bawa nasi lemak terkulat2lah pak arab tu tengok...yang bestnya lagi ade orang tempatan tanya suami akak "he leh(saleh)dari mana kat dapat roti pita nie?" suami akak pun jawab "kat giantlah berlambak," sweet memories

    ReplyDelete
  4. ha..ha..umu.diah masak..kalau kinah ada bolih caya sikit..ha..hatapi tak kesah lama2 biasa la..macam kak ngi kalau abg wan suruh masak untuk kawan2 ke untuk jemaah ke .selalu nya tak lari dari 20 org..senyum2 kak ngi bolih buat...sedap tak sedap belakang kira..tapi kita kan dah di trening olih abah..dari dulu..ingat tak..TERIMA KASIH ABAH....sebab bagi pegalaman memasak ni sebelum kita kawin..kan umu..bangga jadi anak ABAH

    ReplyDelete
  5. BUNYI ANJING..seram jugak tu...betul kan ALLAH ada....tapi dah ada anak ni pun tetap rasa seram bila suami...tak ada di rumah..tapi suami selalu kata buat apa takut mahluk tak ada kuasa..kak ngi jawab memang mahluk tak ada kuasa..tapi makluk tu memang ada kan...ah..wangi tu kat dunia ni takut 2 pekara je..hantu dgn polis...itu semua tak ada kuasa...la..dan terus suami membebel

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam wbt k.ina :)

    hehee...adik2 umu yang atas tu selalunya ambil tender pembersihan alatan memasak..sekali dapat pangkat jadi chef bidan terjun..haa macam tu la jadinye..hihii. kadang2 abah umu sengaja je mengenakan diorang, bukan abah x tahu kemampuan anak2 gadisnya tahap mana..huhuu

    selalunya kalau keadaan dah x terkawal @ diorang surrender awal, abah sendiri yang akan turun dapur..tp dari karkuzari mengatakan diorang telah berjaya menyiapkan tugasan..dah kira hebat lah tu..hikhik

    wah..akak masak kebab? mcm roti pita selalu dekat pasar malam tu ke? umu kena belajar ni bg menghadapi "saat2 genting" nanti..hehee

    ReplyDelete
  7. hahaa....apa la k.ngi ni..

    ada ke takut dengan polis.. ni mesti kes x suka pakai tali pingang ni..huhuu

    emm..betu la tu.. abah dah training awal2 bab masak memasak untuk jumlah yang banyak ni.. sampaikan buat kenduri pun kita adik beradik je yang masak..hahaa.. itu sangat menyeronokkan! <--erkk..dan sangat2 meletihkan~

    Alhamdulillah...Puas la hati jamu tetamu hasil air tangan kita sendiri kan..kan.. :D

    ReplyDelete
  8. Ada anak pulak nanti..tambah lagi ujian..

    Sekarang ni masih berdua...

    Ujian peringkat demi peringkat la..yer..


    "Faz-kuruni az-kurkum washkuru li wa la takfurun."

    "Therefore remember Me, I (Allah) will remember you. Give thanks to Me, and reject not Me."

    “When I was alone, and had nothing


    I asked for a friend to help me bear the pain


    No one came, except God


    When I needed a breath to rise, from my sleep


    No one could help me.. except God


    When all I saw was sadness, and I needed answers


    No one heard me, except God


    So when I'm asked.. who I give my unconditional love to?


    I look for no other name, except God”

    ReplyDelete
  9. ermm.. sedapnya.. (gulp... telan air liur je lah nampaknya).. pulak tu masak sambil zikir.. lain macam sedapnya.. ia bukan sahaja menjadi makanan yang memberi tenaga bahkan memberi kekuatan untuk beramal soleh.. insyaAllah..(",)

    ReplyDelete
  10. Buat 'cikgu' faqir..

    Subahanallah.. terkesan umu baca rangkap kata yang cikgu tulis.. Hanya kepada Allah swt sahajalah tempat kita mengadu dan bergantung harap..bukan pada makhluk termasuklah suami..hmm..

    Benar kata cikgu.. hanya orang yang sudah melauinya sahaja yang tahu seberat mana peringkat demi peringkat ujian yang di hadapi.. Dan orang yang x pernah melaluinya pula wajar belajar dan mengambil pengajaran dari mereka2 yang berpengalaman tentang bagaimana cara untuk menghadapi ujian tersebut.. benarkan cikgu?

    -Jazakallah x jemu mengingatkan umu lg n lg-

    ReplyDelete
  11. Buat fuad ansari..

    ameen..

    huhuu...maaflah kalau2 gambar atas tu buat orang yang melihat terkesan lalu berhajat..
    -kena berhajat pada Allah swt..jangan pada makhluk- hehee (",)

    ReplyDelete