Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Friday, December 30, 2011

Perkhabaran ~

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah wa syukurillah... :)
- err... ni bukan sebab umu dah bersalin laa.. tapi sebabkan kakak umu, k.in dah selamat melahirkan baby girl pada 22.12.11 lepas.

Nur Safiyah binti Norli Shariman

hmm..nampaknya, 2 pasangan pengantin tahun lepas dah dapat baby memasing. Sorang baby boy dan sorang baby girl. Jadi sekarang, tunggu giliran umu pula....agak-agak boy ke girl? Rasa excited gak nak tahu.. tapi x kisahlah, walau apa jua jantina yang lahir nanti, umu mengharapkan baby itu kelak lahir ke dunia dengan mudah dan selamat. Allahumma amin < amin kan reramai ye :)


Dan pada tarikh yang sama..

Alhamdulillah, adik bongsu umu..Siti Umirah telah memperolehi result yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. (Moga cemerlang juga di akhirat kelak :)..)

Tahniah umi :)

Teringat beberapa bulan sebelum exam, guru kaunselingnya menyiarkan gambar calon pelajar harapan dan cemerlang di blog sekolah. Terus umu menyakat...

'ee..umi, nanti x dapat result best mesti malukan??? beriya je cikgu letak gambar kat blog'
hahaa..jahat x umu?

Alhamdulillah, adik umu yang sorang ni dah berjaya menebus kekecewaan terhadap result upsr nya ketika darjah 6 dulu. Syabas..teruskan usaha...

"strongly go forward!"


Owh...dan berita seterusnya...
Adik ke dua bongsu..errkk.. yang baru sahaja menduduki peperiksaan SPM, Muhammad Zulfiqar telah di pilih Allah swt untuk khuruj 40hari di Beufort Sabah..

Perancangan awal nak keluar IPB.. Passport  semua dah siap. Sekali bawa mesyuarat.. x lepas lerr.. punya la dia kuciwaa.. 

afik- "Syura Malaysia kata, afik muda lagi.. ee..betul-betul kecewa afik. Dah bersungguh nak pergi IPB ni"

umu- "Bukan Syura la yang x bagi afik pergi, Tapi Allah swt yang x izinkan lagi. Allah nak afik susah payah usaha ke sana dengan duit sendiri. Bukan duit abah" > ayat kejam umu kat afik..hohohoooo. 

Dah tentu dia baru habis sekolah, confirm la abah yang korban duit untuk afik khuruj. Afik cuma korban masa, tenaga dan tekan perasaan aje :p

InsyaAllah, moga Allah swt pandang niatnya yang sungguh-sungguh nak ke IPB. Dapat belajar buat usaha di Sabah pun okey apa. Mujahadah juga jika di hantar ke hujung-hujung pulau dan hutan. hikhik

pakai sudu..x sunnah! :p


Dann...

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya.. bila la penulis blog ni nak keluarkan baby yang di tunggu-tunggu ramai < perasan!!!

Alhamdulillah, pagi tadi ada temujanji dengan doktor dan terus di keluarkan surat cinta arahan untuk ke hospital di Tawau esok (30/12/11). Penat dah bermuzakarah dengan doktor tu (melawan sebenarnya..hehee).. baru lambat seminggu dari due date. x payah la tergesa-gesa nak suruh baby ni keluar..huhuuuu

Motif kat atas nak suruh baby keluar tahun depan. Lagi cantik kalau lahir 1/1/12... alang-alang tinggal berapa hari aje tu nak habiskan tahun ni..huhuu

Tapi oleh kerana bukan sahaja doktor aje yang bising.. malahan keluarga di semenanjung merangkap kakak-kakak, abang, akak ipar, adik-adik, adik ipar, mak mertua, abah, kakak-kakak masthurat dan kekawan pun turut bising sama dan dalam masa yang sama menakut-nakutkan umu akan risiko terlebih hari ni.. makanya, umu dan suami macam nak mengalah aje untuk ke hospital Tawau esok.

Baby ni pun satu..pandai pulak nak tunggu abinya tangguh dari khuruj baru nak keluar. Alhamdulillah, selepas subuh esok jemaah abi akan tangguh..jadi boleh la baby keluar dengan riang dan gumbiranya yeee < err..ummi pun turut  bergumbira sama.. yeay, abi tangguh esok yeay!


Keperluan baby dan ummi untuk di bawa ke hospital :)


Tapi yang x tahan tu baru kejap tadi abinya mesej..

"Syg tolong siapkan brg2 yg nak di bwk ke ospital utk beberapa hari. Esok tengahari @ petang kita bertolak ke Tawau InsyaAllah. Mlm ni syg kasi zihin sikit kat baby tu suh kuar cepat. Apa dia dok buat lama2 dlm tu. Kasitau dia di keluarkan untuk manusia bagi tujuan dakwah. Suh cepat2 keluar. Abg buat 12 rakaat khusus utk syg n baby mlm ni, insyaAllah. k, nak tido dulu. Luv u. Mmmuuah"


Nak gelak umu bila baca mesej tu. Kesian kat baby. Terus umu pun cakap kat baby...
"ayoookk....abi dah marah tu. Baik baby keluar cepat. Kesian kat abi risaukan kita sepanjang khuruj"


Tapi umu pun salah gak. Sebelum ni bercakap-cakap dengan baby dan pujuk dia keluar dengan alasan begini..
"baby cepat la keluar. baby x nak jumpa ummi dengan abi ke? x mau kawan dengan abg saad dan kakak safiyah ke? Nanti kalau keluar lambat x boleh sekolah sama dengan diorang tau" < sebab dah jadi muda setahunkan..hikhik


Cuba kalau umu ada fikir macam suami. Zihin awal-awal...dengan izin Allah, terkesan kut baby ni. hmm..x pe la, umu cuba syor suami. mana tahu baby mahu keluar sendiri x payah di paksa-paksa. 


Tapi dalam hati umu berkata..
"elleehhh..ari tu abg juga yang suruh tahan dulu. Bersalin bila dah mula sesi persekolahan biar abg dapat cuti seminggu kan???. Pandai pulak nak suruh zihin baby. < aihhhh...awal2 dah backup anak nampak? hohohoo :p"


Walaubagaimanapun...umu tetap mengharapkan doa yang tidak putus-putus dari sahabat buat keselamatan umu dan baby yang bakal di lahirkan kelak. Moga Allah swt mempermudahkan perjuangan kami. Allahumma amin.
.

Sunday, December 18, 2011

1 tahun menyulam cinta ~

Bismillahirrahmanirrahim...


18 Disember 2011

Setahun yang lalu ~

18 Disember 2010

Umu dan suami telah selamat di ijab kabulkan oleh abah di masjid sebuah kampung daerah Gemas n.9...

Salah satu pemberian suami di hari walimah :)
Menjadi bacaan wajib bagi kami setiap hari selepas isyak
- Moga kelak, ia menjadi saksi kami menyulam cinta bersama hingga keturunan anak cucu kami -



Ini bermakna sudah cukup tempoh setahun kami mendirikan istana secara bersama :)

Alhamdulillah...

Terasa sangat tempoh masa setahun tersebut amat singkat dalam kami menyulam cinta!

Dan kini kami sedang menanti hari kelahiran zuriat sulung yang bakal menjadi permata hati..
Semoga tahun - tahun mendatang...
permata hati kami akan bertambah dan bercambah
menjadi penyejuk mata pengubat jiwa
~

Memandangkan tarikh penyatuan umu dan suami merupakan tarikh para daie menyambut takaza yang panjang-panjang (akhir tahun), 

makanya.... 

sampai bila-bila la rasanya kami x berkesempatan menyambutnya bersama.. 
-kena azam sungguh-sungguh agar suami dapat sempurnakan nisab 40hari setiap tahun-

err..begitu juga umu apabila sampai nisab masthurat ipb dan negara-negara jauh

-moga kelak, kami dapat menyambutnya bersama di syurga Allah swt setelah kami korbankan hari penting ini pada setiap tahun dengan berpisah - pisah kerana agamaNya-

Allahumma amin. 

Ya Allah, berilah kami peluang untuk meraikannya bersama-sama di syurgaMu kelak.
amin.amin.amin

-Tadi sebelum tidur dapat mesej dari suami di kejauhan... Allahu.. mengalir air mata di buatnya-
Terus teringat bisikan masthurat rangkap ke 2 :'(

Nampaknya..setiap rangkap dalam bisikan masthurat yang umu karang satu ketika dulu sedang Allah swt uji satu persatu. Bertapa ingin melihat sejauh mana keikhlasan dan keredhaan umu dalam menghadapi ujian-ujian tersebut mungkin!

Ya Allah... Kuatkan hati umu ketika di uji oleh Mu Ya Allah
Mohon doanya buat kami :)
.

Friday, December 2, 2011

Cuti. Khuruj. Persiapan bakal Ummi :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. terupdate juga blog yang semakin sunyi sepi ni... Jazakillah lah pada adinda yang menganggu malam kanda dengan mesej terus ke handphone dari YM..huhuu (Tahu aje la orang masih study ni.. setakat pukul 12 - 1 pagi tu ~malam masih muda kata mereka~ . Tapi bagi ibu2 mengandung seperti kanda... tidur awal itu penting tau!)

Tanya itu dan ini. Adoiyai...terus x jadi tidur dan on YM gak. Malas nak membalas dari handphone ke YM. Lelagi suami sedang khuruj 40hari. Jadinya...dah alang2 on lappy.. dan melayan budak sorang ni maka mengantuk pun hilang walaupun dah siap buat adab tidur dan tarik selimut tadi.. huhu jadi meh ler kita update mengupdate apa-apa yang patut.


Bercuti

Alhamdulillah, sempat juga umu dan suami bercuti seminggu di Kota Kinabalu. Rasa-rasa semua tempat di KK kami dah redah. Dari museum-museumnya, pusat membeli belah, masjid-masjid, pantai - pantainya, tempat - tempat pelancongan hingga ke UMS sudah kami takluk. Cuma gunung kinabalu je x daki lagi..hohoo


Bukti umu dah sampai UMS :)

Baru la umu tahu, berkampung selama seminggu di hotel adalah sangat memenatkan.. ( ke asbab sesi jelajah setiap pelusuk KK yang buat umu penat? hehee..x padan dengan sarat mengandung tuuu )

Dan percutian bersambung seminggu lagi apabila kami mengikram nenek suami yang datang dari Melaka bersama gengnya - nek ngah, nek su dan nek som - Dari KK (mereka turun di airport KK) hingga ke Semporna kami bawa pusing-pusing. Moga nenek-nenek seronok ye :) -umu pun sangat seronoookkk- hikhik


Suami bersama ikan yang jinak di Ranau

Yang bestnye..umu boleh kutip berbagai tips pantang larang sebelum dan selepas bersalin dari nenek-nenek ni. Jazakillah ye atas buah tangan dari Mekah untuk cucu nenek berdua ni -sejadah, air zam-zam, minyak wangi, kurma, key chain- Terharu umu :)


 Bawa nenek2 memborong hasil laut kering di Pasar Tanjung Tawau


Sambut takaza

Sehari selepas kepulangan nenek-nenek ke semenanjung, terus suami sambut takaza 40 hari.. hukhuk.. mula la tu nak cembeng..huwaaa.. 

Tapi seperti yang kalian semua tahu.. setelah umu di trained oleh suami selama hampir setahun di tinggal-tinggalkan setiap bulan, makanya kali ini.. x adanya nak cembeng-cembeng. InsyaAllah..siap sedia dah.. iyaa..walaupun due date baby nak keluar dari tempat "persembunyiannya" bila-bila masa saja sepanjang suami khuruj ni..hukhuk

Tapi yang tinggi tahap risaunya...pasti dan mestilah Ma (mertua) dan Abah.. memandangkan umu menunggu keseorangan di rumah. Kelahiran anak pertama tuu. Jauh dari keluarga lagi. Suami pulak g khuruj. 

Siapa tengokkan umu? 
Jauh ke ishak keluar tu?
Sempat ke ishak balik kalau dah sakit nak bersalin?
Nanti dah bersalin siapa jaga?
Keperluan semua dah cukup ke?
Dan macam-macam lagi persoalan timbul dari keluarga di kejauhan sana... 

Mesti la risau sebagaimana kerisauan yang umu suarakan pada suami sewaktu 1-2 bulan lepas...

Takut la syg nak tinggal sesorang bang. Abg janganlah keluar kat pulau2. Jangan jauh2.
Nanti dah sakit, syg kol abg sempat ke balik? Dah la syg x tahu tanda sakit nak bersalin betul-betul macam ne..huhuu..
Alaaa.... kalau memalam syg nak bersalin macamne? dah la x ada sesiapa ni. Lain la kalau syg tinggal dengan abah..huhuu
err...banyak lagi la yang umu bebelkan..sampai benda x logik pun leh umu keluarkan..hohoo

Suami : Allah kan ada

Waaaa...rilek je suami jawab macam tuuuuuuu...... nak je jawab....

Iman yakin sayang x setinggi Siti Hajar r.ha laaaa abang!!!!

Memang la x tinggi. Jauh beza tu keadaan umu dan Siti Hajar r.ha.... Yang samanya -Di waktu kelahiran anak pertama, suami tiada di sisi kerana perintah dari Allah swt-

Yang bezanyaaa..banyakkkkk...

Siti Hajar r.ha...
Keperluan asas yang terhad. Di tinggalkan di tengah padang pasir yang terik dan tandus.

Umu...
Keperluan asas semua lengkap. Di tinggalkan di rumah yang serba selesa. (Dalam peti ais penuh bekalan). Yang basah, yang kering..semua cukup. Kelengkapan baby dan umu selepas bersalin nanti semua dah suami sediakan. Alhamdulillah, x ada yang kurang!

***

Siti Hajar r.ha..
Tiada siapa yang ada di sisi. Hanya keseorangan bersama putera tercinta, Ismail a.s. Terputus hubungan dengan manusia kecuali Allah swt.

Umu...
Nampak je macam sesorang tapi sebenarnya... Anak-anak tuisyen dan iqra' silih berganti datang setiap hari. Jiran sebelah rumah sangat la dekat. Kakak-kakak masthurat di sini selalu bertanya khabar walaupun melalui fon. Ahli keluarga juga selalu berhubung. Jadinya.. x adalah keseorangn sangat pun..huhuu. Yang penting, Allah swt sentiasa ada :)

***

Siti Hajar r.ha...
Di tinggalkan suami dan terus terputus berita. 

Umu...
Setiap malam sebelum tidur, suami mesej..heheeee. Tinggalkan pesanan dan kata-kata cinta. Terkadang jika suami perlu khidmat dan ke pekan, mesti singgah menjengah umu... Jadinya x adalah di tinggalkan 40hari bebetul..hikhik

***

errr...banyak la lagi. Jadinya x ada sebab umu nak rasa takut dan risau sesangat. Apa yang penting, kebergantungan dengan Allah swt mestilah 100%.

Ayuh anakku (sambil tepuk-tepuk perut), mari kita banggakan Abi.. Kita buktikan pada Abi, yang Ummi dan baby juga boleh survive dan ingin bersama-sama berkorban di dalam perjuangan Abi. > ayat x tahan betul!

Padahalnye, pantang suami mesej, balasan ayat kat suami selalu mengundang simpati dan rayuan di akhirnya..hahaa. Tapi suami x terkesan pulak....heh!

Peace! 
Moto suami : Allah kan ada... :D

 
Kelahiran

Alhamdulillah wa syukurillah...

Muhammad Saad bin Muaz

Ini la baby boy kak edah dan abg muaz yang nikah sama-sama dengan umu tahun lepas. Memang sudah di jangkakan due date kak edah lebih awal tapi x adalah sampai terawal 2 minggu. X sabar ye Saad ni :).

Sekarang umu x sabar menunggu kelahiran baby kak in dan abg norly pulak. Juga yang nikah sama-sama dengan umu akhir tahun lepas. Dan sudah semestinya umu pengantin paling muda di antara mereka mempunyai due date paling lewat. x boleh langkah bendul..hohoo (beza seminggu je pun due datenye).

Mohon doakan kami ye :)


Persiapan

Jazakillah buat Kak Azie yang menjahit dan menghantar barut baby ni dari semenanjung.
Sebagai adik, umu sangat terharu...huhuuu


 Keperluan baby siap sedia untuk di bawa ke hospital nanti :)


Bilik solat bertukar menjadi bilik umu dan baby sepanjang berpantang nanti.

Jazakallah pada suami yang tahan melayan kerenah umu sepanjang tempoh kehamilan dan juga sepanjang proses melengkapkan keperluan bakal ummi dan baby. Agaknya pening kepala suami ikutkan kemahuan umu agar senarai keperluan perlu bertanda tick - sudah di beli baik secara online mahupun secara jelajahan di pusat membeli belah sebelum keluar khuruj..hohooo..

hmm.. semoga Allah swt melindungi dan menjaga kami sekeluarga dan menyatukan kami di akhirat kelak setelah kami redha berpisah-pisah di dunia kerana agamaNya . Allahumma amin :)

*Tetiba teringat Bisikan masthurat baris ke 7..heheee. x sangka umu bakal menempuhnya.
Mohon doakan umu ye semua :)
.

Friday, October 21, 2011

InsyaAllah.. x kan hilang :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Tett...tetttt..  1 Message!

From : Abg Syg
Date : 20/10/2011
Time : 23:58 


" Biar di dunia kami di tinggal-tinggalkan, kelak di akhirat......
Abg senyum bukan sebab gelakkan syg, tp sedaya upaya hiburkan kedukaan syg. Dh la syg seharian penat masak, esok nak sambung penat lg. nak ikutkan hati memang la x sanggup nak tinggalkan syg sorang2 kat rumah. Tp abg tahu dalam kejauhan krn agama, ada banyak kebaikan Allah akan bg pada syg. At least jd asbab hidayat utk diri sendiri. Love u so much. Wat taklim dengan baby bebaik ye. Sori. mmuah..slm"


* Ayat atas yang di boldkan tu ayat perli umu tuuuu.. suami umu petik dari "Bisikan Masthurat" baris ke 5 yang umu karang ketika di zaman anak dara dan masih dalam pengajian di U. (Penghujung tahun 2009)

(err...kalau nak baca yang full, boleh tengok di bahagian paling bawah blog nie..)


Okey, mesti ramai nak tahu kenapa dan mengapa juga sebab musabab suami umu boleh hantar masej "cinta" yang sebegitu rupa di tengah malam-malam buta ni kat umu kan?? huhuuu... >__<


jom layannn...


Dengan limpah rahmat dari Allah swt, hari ini (20/10/2011 - khamis) Allah swt telah hantar jemaah 40hari dari Markaz Penanti, Penang ke Semporna, Sabah. Seramai 12 orang + 4 orang dari Lahad Datu telah sampai ke marhalah kami untuk menjalankan usaha atas iman & amal.

Dan Alhamdulillah, Allah swt pilih umu untuk nusrah taam sepanjang 3 hari jemaah berada di sini....
(waaa..selama ni paling lama nusrah 2 hari...tu pun dah sengal2 tulang. Ni 3 hari boleh pengsan!)

Makanya, hari ini seawal jam 9.30 pagi umu telah turun ke gelanggang menanak nasi dan memotong bahan-bahan masakan sementara menunggu kepulangan suami membawa pulang berekor-ekor ikan kerapu dari laut untuk di masak ikan 3 rasa!

Nasib la suami mengajar sesi petang..fuuhhh....

Dan seawal pukul 2 petang umu telah mula menyediakan bahan-bahan masakan bagi ayam masak kicap ala jawa bagi hidangan makan malam.. Turun gelanggang awal sebab pukul 3 dah start mengajar tuisyen hingga pukul 5..huhuu.. Maghrib - Isyak nak mengajar iqra' pulak. Jadinya persediaan awal adalah sangat perlu bagi suri rumah yang perasan sibuk seperti umu :p

Malamnya...dalam pukul 10 lebih.. barulah suami balik dari masjid setelah membawa jemaah jalan-jalan berjumpa ummat. Umu turun dapur lagi.... masak kuih bom atom bersama teh o panas < menu ini sangat membangkitkan selera apabila di makan bersama suami tersayang di kala musim hujan begini sambil mendengar karkuzari...heheee :D

Lepas sesi minum malam, kami menghadap internet dan suami melayan kerenah umu mencari destinasi menarik yang ada di sekitar Sabah...Kota Kinabalu terutamanya, bagi merancang percutian sebelum suami menyambut takaza 40hari akhir tahun ni.. InsyaAllah!

Tengah best2 bercerita nak pergi sana situ...Tiba-tiba pukul 11 lebih, suami memandang jam dinding dan bersuara..


"Abang nak iktikaf kat masjid malam ni"


haaaa....??? x sampai pun 2 jam hari ni suami bagi masa untuk umu, tiba-tiba nak pergi lagi...

waaaaaa.... terus automatik memuncung dan nak menangis..hukhuk. 

Walau umu buat muka seposen macam mana pun, suami rilek je kehulur kehilir di depan umu sambil mencapai bedding, bantal angin, barang mandi, kain pelikat....sarung jubah..sarung sweater...sambil tersenyum-senyum....eeeeeeeeeeee!

Umu x tolong pun sebab geram < hohoho...ibu mengandung memang beremosi sikiiittt!

Suami datang dekat..pujuk-pujuk. Umu buat keras jer < hohoho...ibu mengandung memang beremosi sikiiittt!

Bila suami dah angkat barang2 dan berjalan ke pintu.. baru lah tersedar. Bangun, hulur tangan.. tapi mulut  maintain muncung..hohoho. 
Suami sengih2! eeeeeeeeeee!

haaaa...tu yang dah sampai masjid, sebelum tidur sempat suami bagi masej "pancung" kat umu tuu... nak tahu umu balas apa???

Rahsiaaaaa...hahaaaa :p


hmmm..umu bukannya apa. Bukan x rela suami pergi khidmat dan nusrah jemaah. Jauh sekali rasa x suka bila suami nak beriktikaf dengan mereka di masjid. Mungkin tindakan umu di atas adalah tindakan luar kawal...hikhik... backup diri sendiri nih!


* Seperti yang umu kata...ibu mengandung memang beremosi sikiiittt! :p

* Bila memikirkan, esok mesti suami pergi iktikaf di masjid lagi. Hari sabtu suami dah nak sambut nisab 3 hari. Jadinya... 5 malam berturut la suami x ada kat rumah..huhuu

* Tengah best2 cerita pasal percutian, tetiba suami tamatkan secara mengejut! ishhh...

* Oleh kerana kandungan yang sudah pun masuk ke angka 8 bulan, jadinya sudah tentu tenaga yang umu curahkan sepanjang hari ini berkali ganda mendatangkan penat. Baru ingat suami akan bagi lebih perhatian malam ni kat umu. Tengok-tengok perhatian suami lebih kepada urusan agama....isk.isk


haaaa...jadinya x boleh la nak pandang serong kat umu dalam hal ni. Bukan nak kata umu dah lupa pada jazbah Bisikan Masthurat yang umu sendiri karang satu ketika dulu.... Tapi.. ada tu tapi-tapi..hikhik

Tapi.... Sebagai seorang suami, suami umu telah berjaya buat kesekian kalinya memainkan peranan mengembalikan jazbah Bisikan Masthurat tu kepada umu... :D

InsyaAllah..x kan hilang..... jika dan hanya jika suami selalu berdampingan di sisi umu di medan pengorbanan ini :)

Jazakallah abang :)


dah...dah..mau masuk tidur. Esok nak masuk gelanggang balik. Asam podeh dan lomak cili api dah bermain-main di fikiran niee...hohoho. Berjazbah sungguh umu!!

*Nak amal zikir fatimah sebelum tidur bagi mendapatkan tenaga 2 orang hamba esok...hehehee

Subahanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakhbar 34x
.
.

Saturday, September 24, 2011

Nisab & Nusrah di bulan Syawal :D

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, umu dan suami selamat tangguh dari khuruj masthurat selama 3 hari (masthurat halakah darat),  ahad malam yang lalu :)

Kesibukan menerima tetamu dan menjadi tetamu di sepanjang bulan syawal tidak menjadi batu penghalang buat rakan masthurat yang lain juga menyambut takaza apabila sampai nisab. Alhamdulillah :)

ermm..walaupun agak kelam kabut menyediakan rumah untuk bayan hidayat dan pada masa yang sama umu juga perlu bersiap untuk turut khuruj, namun kerana kasih sayang Allah swt, segala urusan berjalan lancar. Alhamdulillah lagi dan lagi :)

Bagaimana menyambut raya buat pertama kali di rumah mertua?

Kepelikan sedikit bagi umu kerana mungkin budaya sambutan perayaan di Pahang dan Negeri Sembilan yang agak berbeza :D

err...ke asbab jumlah isi rumah di kedua belah keluarga yang berbeza?huhuu.. (Belah suami adik beradik 4orang dan belah umu 14orang. kan jauuuuhhhh beza tu?)

Lelagi suami anak sulung dan hanya umu sahaja ahli keluarga baru sebagai pertambahan. Tapi di n.9, kebesaran keluarga belah umu sesangat terasa dengan kehadirian anak-anak semut dan abang2 serta kakak2 ipar yang ramai..heheee.

Tu kutt yang umu rasa berbeza. err...dan lagi kan, kalau belah pihak umu... pepagi raya lagi x kira yang kecil hingga atuk janggutnya akan melaram dengan baju baru walaupun program ziarah bermula petang. (Kes sesi tangkap gambar ni..hihi) 

Tetapi belah suami, nak berjalan nanti baru tukar baju baru. Tu yang di pagi raya, buat pertama-tama kalinya dalam hidup selepas mandi sunat hari raya umu memakai baju biasa. (sogan den nak melaram baju raya sesorang..hohoho)

 Pagi 1 syawal > ketika hendak memulakan sesi ziarah ke rumah kekawan suami :)
Saja tangkap gambar nyorok belakang suami bagi menutup pengembangan badan yang semakin menjadi2 ketika kandungan memasuki 7bulan..heheee


Alhamdulilah juga, majlis walimah yang diadakan pada raya ke 5 berjalan lancar. Jazakumullah buat umma ali sekeluarga yang sudi memenuhi jemputan kami :)

Yang baju batik tu suami umma ali :)


Yang si tudung peach tu orang kuat majlis :p


Dan beberapa hari lepas, Allah swt pilih umu dan 2 kakak masthurat halakah darat untuk sama-sama turun nusrah masthurat halakah laut yang sedang khuruj 3 hari pula.

MasyaAllah, tidaklah pernah umu membayangkan untuk khuruj di kawasan rumah yang penuh mujahadah seperti ini.... (Dan Allah swt pula masih tidak hantar umu ke tempat2 seperti ini untuk khuruj).

Sebenarnya bukan perkampungan ini umu nusrah. Yg ni ambil gambar dari hp suami.
Tapi ala-ala macam ni la rupanya cuma perkampungan umu pergi nusrah tu jambatan kayunya lagi genting dan jejarang. Seram betul!


Dan oleh kerana yang umu pergi nusrah ini jemaah halakah laut makanya mereka menggunakan fully Suluk language. huhuu.. Jangan beranggapan umu tahu bahasa ini ye...

Oleh kerana yakin Allah yang bagi faham dan bukannya bahasa, Alhamdulillah.. masa mereka buat 6points, Allah bagi umu faham..hehee. Baby dalam perut pun faham sama..menendang x henti-henti sepanjang program. Gembira sungguh agaknya bila rumah tu bergoyang-goyang bila ada yang berjalan di dalamnya > serammmm umu!

Habis program, sorang kakak yang nusrah sama tanya..

"Umu faham ke?"

"Alhamdulillah. Allah bagi faham. Kan dia ada campur2 english dan melayu sikit.heheee. Akak faham ke?"

"Akak faham."

"Laa..akak faham ke? Patut la sebelum mula 6points tadi Hajah Sandra tu minta maaf dulu x dapat bagi dalam bahasa melayu. Rupanya dia mention kat umu sorang eh?"

"Ye la. Akak kan orang sungai tapi boleh faham bahasa suluk"

hmmm....sabar je la. Tapi khusyuk juga umu mendengar. Lelagi memandang wajah orang yang beri 6points tu... Ada nurrrr.. :D

err...dan yang buat umu terkejut tu, habis je 6points dia bangun dan datang ke arah umu..

mmmuuahh! satu ciuman singgah antara bibir dan pipi dari atas. waaaa....hajah tu selamba je pegang kepala umu dan memberi kucupan keibuannya pada umu...huhuuu

Dan selepas itu bersambung bayan lelaki pulak.. naahhh yang ni umu surrender terus sebab 100% Suluk language.. Tapi usaha juga la dengar dengan tawajuh. Dan baby dalam perut lagi kuat menendang mungkin sebab dia pun sesama x faham..hohoho..

Walaubagaimanapun, ini satu pengalaman baru buat umu dalam usaha masthurat ni. Lain kali nak usaha pergi taklim masthurat mingguan bagi halakah laut laaa.... Untung2 dengan izin Allah, lelama umu boleh pakar  bahasa suluk ni...hikhik...

Allahumma amin.
.

Wednesday, August 24, 2011

Semoga segalanya di Permudahkan Allah swt :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Ramadhan sudah masuk hari ke 24. InsyaAllah, 27 haribulan ni (hari sabtu) umu dan suami akan bertolak balik ke Semenanjung bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga tercinta.. :)

Pemberitahuan di sini juga, pada hari raya ke 5 nanti, keluarga sebelah umu akan mengadakan kenduri bagi walimah adik di bawah umu.. iaitu Umu Animah dan pasangannya. < amboi abah, baru tahun lepas sambut menantu sekali 3. Tahun ni x sempat2 rehat lagi sudah menambah ahli keluarga lagi..hikhik

Dan kami yang 3 orang pegantin baru tahun lepas.. raya kali ini sudah pula.. Alhamdulillah, bergelar "mak-mak buyung"..huhuu. Sungguh cepat masa berjalan. Dan beberapa bulan lagi, kami bertiga akan bergelar ummi InsyaAllah. Sudah tentu bertambah-tambah meriah family besar abah kerana tahun ini sahaja lahir 6 cucu sekaligus... Sungguh produktif. hohoooo :)

err...dan, selepas sahaja selesai walimah kali ini, mungkin abah patut mula memikirkan jodoh bagi adinda mardhiah pula.. kerana sudah sampai gilirannya dan pada fikiran umu, adinda yang sorang ini juga sudah tidak sabar menjadi pembantu daie walaupun hakikatnya dia x habis lagi belajar...hahaaa :p

- ngumpat diah di sini sebab dia sekarang sibuk buat persiapan di kampung dan x ada masa nak membelek blog..hehee -

hmm... Sudah menjadi trend pula, sebaik sahaja gred di U.. anak-anak perempuan abah akan terus "disambar". Sekarang, yang masih belajar di U ada 3 orang. Mungkin mereka kelak akan berkahwin sekali 3 orang seperti mana umu dan kakak2... Mengulang sejarah pegantin 3..hohoo <  mudah tanggungjawab abah umu :D

Owh dan iya.. Jazakumullah kepada teman-teman yang mendoakan kebaikan yang banyak buat buat umu sama ada di blog, sms dan facebook sempena hari lahir umu pada 22 Ogos lepas bersamaan 22 Ramadhan :)

Moga kebaikan dari Allah swt yang berkekalan buat anda jua :)

Jika hari-hari biasa selalu juga kami ke sini tetapi untuk hari lahir umu beri kelainan sedikit
kerana kami datang untuk berbuka puasa :)


Kek blueberry yang sedap. Umu sangat sukaaa :)

Jazakallah jua pada suami yang bersungguh menjadikan sambutan hari lahir umu sebagai ahlianya buat kali pertama begitu istimewa. errr... walaupun hakikatnya.. tempat sambutan, kek dan hadiah hari lahir umu, semuanya umu yang perlu membuat keputusan sendiri. Suami cuma beri pilihan je...heheeee

makanya tiadalah surprise di situ.. :p

Walaubagaimanapun.. ia tetap istimewa. Jazakallah abang!

Sebelum terbang balik ke semenanjung, perlu beberapa perkara umu selesaikan.. antaranya..


Si kecil berdua ni..

X boleh la nak bawa naik belon sama. Kena tinggalkan. Agak-agaknya siapa la yang menjadi "mangsa" umu menjaga si kecil ni selama 10 hari..hikhik
Owhh...lupa umu nak kenalkan siapa ahli rumah baru kami yang comel ni...

Allo.. je m'appelle Bebeg


et moi Momoi :)
-penat umu ajar diorang bahasa Perancis tau-


Walaupun umu yang bersungguh nak membela kekura ni tapi yang paling kerap membelek dan bermain dengan si bebeg dan momoi ni suami lerr..huhuu

Kenapa namanya Bebeg dan Momoi? satu besar dan satu kecil. Yang big jadi Bebeg. Yang small jadi momoi...hahaa. comelkan?

Dan juga.. agaknya, siapa pula yang akan menjaga tanaman sayuran umu ni...hmmmmm


Perlu di siram. kalau x dengan izin Allah, leh mati ni 10 hari x dapat air.
Macam manusia juga, siapa yang x berzikir ibarat mati di sisi Allah swt..huhuu


err..suami syor agar umu "mempergunakan" anak murid iqra' umu untuk menyiramnya sepeninggalan kami nanti. hmm.. ok gak idea tu..hihi. nanti bagi upah :)

Okey la...umu nak masuk dapur dulu. Mahu nusrah jemaah 10hari berbuka dan bersahur. Syukur la bekerja dari dalam rumah, sambil mengajar tuisyen boleh lari2 ke dapur bersilat dengan periuk belanga..haha

Moto : "siap sedia untuk berkhidmat bebila masa dan di mana jua"
 
  Selalu juga di bulan puasa sambil mengupas bebawang dan menggentel doh kuih muih, sambil umu memantau anak-anak tuisyen ni buat latihan. Bestkan? 2 in 1. heee.

Dan untuk nusrah kali ini umu x perlu tergesa-gesa sangat sebab sebelum suami g mengajar tadi dah ikram umu kupas bebawang dan bahan2 masak ayam lomak cili api di campur pucuk paku.
Suka benar orang2 sabah ni makan masak lomak.. Paling kerap umu masak untuk nusrah kalau tidak lomak cili api mesti 3 rasa.. < Permintaan tertinggi. 

Moto di atas tu valid jika dan hanya jika apabila suami masih mengekalkan prestasi meringankan tulang membantu umu...kuang..kuang.. ;p

k lah..nak menebar roti jala lagi ni sebagai menu tambahan. 

Di kesempatan ini...

Umu dan bagi pihak suami juga... ingin memohon maaf andai kiranya sepanjang kami berblog, ada perkara sensitif, terkasar atau apa-apa sahaja yang kami lakukan tanpa sengaja, telah mengguris hati sanubari pengunjung blog...

Mohon di halalkan ilmu dan segala perkongsian di blog2 anda ye :)

-Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri-
maaf zahir dan batin

Dari: 
Umu Anisah Mohd Nor
umu6point.blogspot.com
.

Friday, August 12, 2011

'Si Posmen' juadah berBuka ;p

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah wa syukurillah :)
Dapat juga umu mengucapkan...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 

buat teman-teman seusaha di blog :). err...x kira lewatkan walaupun dah masuk hari ke 12?heheee..

Bagaimana iman&amal anda sepanjang Ramadhan ni? Ada rasa kelainan x dengan bulan-bulan sebelum ni? Mesti adakan? Rasa nak beribadat lama-lama. Baca Quran macam x mahu berhenti. Solat nak sambung-menyambung je rakaatnya.. Rasa macam tu x? Ke ada yang terover dose berpuasa sampai sayang nak berbuka? hohohoo... :D

Sememangnya banyak fadhilat yang boleh kita temui (jika di renung dan fikirkan) dan boleh kita perolehi (jika kita usahakan) sepanjang kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat ni.

Sebagai contoh, pada bulan inilah tanpa rasa segan dan silu kita dapat mengeratkan hubungan kejiranan kita. Dengan cara? Berkongsi atau bertukar juadah berbuka..hehee..

Teringat Ramadhan tahun lepas ketika umu masih belum menjadi ahlia orang dan bakal menjadi tunangan orang (raya ke 5 bertunang..hoho), umu duduk berkhidmat di rumah kakak di Banting. 

Oleh kerana, rumah kakak jenis taman perumahan dan kedudukannya dikelilingi ramai jiran makanya... Juadah berbuka dari dapur kakak akan di hantar dalam 4-5 buah rumah. 
Memang best je time tuu... berbalas juadah!

Tapi yang x bestnye...

Umu pulak yang kena jadi posmen..heh. Kalau duduk di kampung (rumah abah), nescaya kebarangkalian umu menjadi posmen menghantar juadah berbuka di rumah jiran adalah sangat rendah @ langsung tidak ada.

sebab apa?

Sebab bawah umu masih ada 6 orang adik lagi yang boleh di arah dan di pergunakan. hahahaa

Tapi memandangkan di rumah kakak, nak mengharapkan anak-anak buah yang jadi posmen.. rasa x bertimbangrasa pulak lelagi bila memikirkan untuk sampai ke rumah jiran harus melintas jalan dan ada yang  harus melangkah longkang. 

Karang ada yang x lepas langkah longkang....kan tragis tuu..huhuu. Setakat mereka jadi pengapit umu boleh la.. x ada la malu sangat umu jadi posmen sorang-sorang.. :p

Alhamdulillah, tradisi menghantar juadah ke rumah jiran yang di warisi dari rumah abah dan kakak masih umu teruskan walaupun duduk di Sabah ni.. :)

Dan cuba teka siapa pulak yang kena jadi posmen Ramadhan kali ini?

Yesss...betul! Mesti la suami...hohohoo < mangsa keadaan. x ada anak lagi untuk di suruh-suruh :p

Kadangkala, bukan sahaja umu bertukar juadah dengan jiran, tetapi juga dengan anak-anak iqra' yang datang mengaji selepas berbuka. Siap ada bawa mangkuk tingkat lagi... Pening juga umu nak membalas memenuhkan mangkuk-mangkuk tingkat tuuu....uhukk!

Jom layannn.....


 Umu cuma beri sepinggan kecil kek coklat dan keesokannya pinggan umu di balas muffin dan 2 juadah lain dalam magkuk tingkat tuu...

 Adat melayu hantaran perlu di balaskan...

Aduhai, juadah berbuka dan kuih muih umu sudah habis jadinya umu balas buah-buahan di atas. Syukur la bebudak tu sangat suka buah limau..heheheee :D

Ada yang umu beri kuih apam pisang jeee..


Tetapi di balas dengan NASI BERIANI GAM... aduhaiii lagi..
 jadinya keesokan hari, kena masak yang istimewa juga untuk mengisi pinggan mangkuknya...

 Susah payah umu masak Nasi Ayam Madu untuk membalas tau...


Dan terus di balas balik dengan mee goreng. 
Banyak betul udang dan ayam di dalamnya.. 

Tetau la udang-udang kat sini segar dan besar.. 
 
Jadinya..nak x nak, mahu tak mahu.. walau berdua je makan.. kena juga umu masak dan merajinkan diri ke dapur mencuba pelbagai resepi sepanjang Ramadhan ni. Ini kerana setiap hari ada sahaja juadah dari jiran yang sampai ke rumah dan sebagai pengikat silaturrahim.. haruslah umu membalasnya dengan air tangan sendiri, X kan nak bagi juadah yang di beli kuttt.. iskk iskkk..
 
Jom layan apa yang sepanjang tahun ini atau sepanjang hidup umu resepi yang umu x pernah masak.. sudah umu masak dan selamat sampai ke rumah jiran...hehheee :D

 Tepung pelita. 
Buat dalam mangkuk-mangkuk kecil jee... 
Bawah baru alas daun pisang...hik

 Laksa. 
First time sepenuhnya buat sendiri. 
Kalau x selama ini (sebelum khawin) umu jadi tukang pengasing isi dan tulang ikan jeee...

 Lepat Pisang. 
Pepisang yang banyak di Semporna.
Selalu jadi bahan experiment umu buat kek dan apam kukus..hoho
Kali ni buat lepat pulak.

 Bakso
haa...berbola daging yang timbul-timbul tu hadiah dari sorang kakak masthurat yang baru umu kenal. Suami bawa umu ziarah kakak ni kerana sekarang suaminya khuruj di Samarinda, Indonesia. Siap umu bermalam di rumahnya dan suami pula ke malam markaz. 
Suami isteri ini buka perusahaan bebola daging di Merotai, Tawau. 
Jazakillah Ahlia Nizam. Sedap bebola daging akak :) 
InsyaAllah, x lama lagi dah ada brand sendiri kan kak. amiinnn.



Mee Kari :)
Kekerang kat sini sangat besar sampai umu dan suami seram nak makan.
Terus di rebus dan isinya di masak mee kari.
Tapi..tetap seram nak makan jugak sebab isi-isinya besar dan liat..huhuu

Dahh..dah tu cukup kalian menjamu mata. Karang ada yang kurang pahala tengok makanan lelama..hahaa.  Walau apapun. Jazakumullah buat saudara seislam di sini yang menjadikan Ramadhan umu tetap meriah walaupun berada di perantauan..hehe.
 
Rasa tiada beza je menyambut puasa antara Semenajung dan Sabah.
Tapi kalau Raya....waaaa.. tetap kena balik Semenanjung. Banyak beza tuuu..

Jadi apa lagi...
Ayuh.. jangan berlengah.. jangan menangguhkan masa mengikat silaturrahim dengan kejiranan anda.
Sesungguhnya langkah kita menghulurkan juadah berbuka kepada jiran dengan ikhlas, InsyaAllah mampu memecahkan tembok prasangka yang terbina sekian lama...
err..lelagi kitakan masthurat yang digeruni jiran sekeliling kerana berpurdah..
hikhikhik :D
.

Thursday, July 21, 2011

BerKLINIK :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setelah kandungan masuk 4 bulan.. baru hari ini Allah izinkan umu berklinik..huhu

> Sebelum ini ramai yang mengingatkan umu, supaya lebih awal berklinik takut di marah @ tidak di terima untuk berklinik kerana kandungan yang sudah lama..ke guna istilah "besar"? apa-apa laa..

Sebenarnya, 2 bulan lepas dah buat pemeriksaan doktor dan di sahkan.. 
"Tahniah. iya positif. Puan di sahkan pregnant" :)

Tapi apakan daya, nak berklinik memerlukan surat nikah (...yang tidak ada pada kami dan hilang pula waktu di airport ketika proses nak menerbangkannya dari semenanjung ke sabah..huhuu).

Alternatifnya, menggunakan kad nikah yang mana masih tidak siap di pejabat agama ketika itu..huhuu. Sedih betul!

Setelah menunggu beberapa bulan, Alhamdulillah hari selasa lepas dapat email dari kakak yang menghantarnya dalam bentuk imbasan @ nama omputihnya "scan"..hikhik. Jazakillah kak edah dan abg muaz :)

yeay! boleh dah berklinik..

err...atau.. 

yeay! boleh dah start menghabiskan masa berjam-jam di tempat duduk dengan kebosanan menunggu nama di panggil dan di arahkan ke sana dan ke sini... -tertekan di buatnya-

Mengambil ikhtibar pengalaman 2 bulan lalu di mana semasa hendak membuat pemeriksaan doktor... 

err kami pergi hospital pukul 9 pagi dan hanya selesai pada pukul 5petang (tragik x?).. makanya beberapa persediaan telah di buat pada hari ini iaitu...

Pergi hospital lebih awal iaitu pada pukul 7.30pagi (ini Sabah ye..)

> Suami balik dari solat subuh terus masuk dapur tanak nasi dan goreng ikan ..hohoo. Terkejut umu. Rupanya nak makan nasi awal2 di rumah.. Nasib baik lauk paprik baki semalam ada lagi..heheee


 Beg berklinik.. dari Sarawak tau. Jazakillah kak Marina :)

Nampak je beg tu kecik tapi dalamnya ada macam-macam bekalan masa hadapan umu isi..hohoo
- Botol air
- Roti
- Gula-gula
- Dokumen2 yang diperlukan
- Tuala pelbagai guna
- Alatan peribadi (beg duit, handphone dan macam2 :p)
- Buku

Macam beg doremon. Bekalan di atas sangat perlu kerana tempoh untuk umu bercamping di hospital pada hari ini adalah tidak dapat di jangkakan. Err..lelagi x ada cafe kat situ..huhuu


 Buku @ novel yang umu sempat capai masuk dalam beg tadi :)
(x kisah la dah khatam pun... fungsi> penghilang keboringan)


Tawajuh main game!
Suami lagi la boring tuuu... Orang lelakikan :p
Berapa ribu kali entah menguap
(yang penting bilangannya sama dengan umu sebab umu terkesan setiap kali suami menguap..hahaa)


Setelah menunggu hingga pukul 11.15 pagi..

Umu syor pada suami..
"Abg g la balik rumah dulu bersiap. ada mesyuarat kul 11.30 kan. x pe syg tunggu sorang"

Dan setelah jam mencapai ke angka 1 petang.. Alhamdulillah, barulah segala urusan umu di hospital selesai dengan jayanya..fuhhh...

Terus call suami "Abg cepattt...jemput syg!"

Dan, apa yang umu dapat selama lebih kurang 5 jam bertapa di hospital tadi??

- 2 kali di cucuk untuk di ambil darah. Lengan dan jari.... SakiiiiiTTTTTT!
- Beberapa peket ubat < masih lagi berkira-kira mahu makan ke tidak.. hehee


- Dan buku report yang bakal menjadi peneman setia setiap kali berklinik nanti :)

Suami excited dengan buku ini sebab gambarnya pun ada sama di tampal di dalamnya :p
Keluar kereta x sempat masuk rumah dah minta nak baca..hahaa
(macam tengok buku report prestasi anak sekolah la pulak :p)


Okey la..ingatkan lagi sebulan baru ada temu janji begini.... Rupanya, minggu depan dah kena pergi lagi. Doktor nak scan baby @ dalam bahasa melayunya "imbasan"..hikhik

* Dan paling best..bila suami tanya... ada apa-apa x? kena marah x?

jawapannya... TIDAKKK..... di layan dengan penuh mesra dan kasih sayang ada laaaa.... > ni kalau orang yang takut-takutkan umu sampai umu naik takut dengar, mesti jeles..hohoo...

- Rabbi Yassir Wala Tu'assir -
.

Saturday, July 2, 2011

TERRR....update!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...TERupdate juga blog yang bagai rumah tinggal ni..huhuu. 

Boleh di katakan setiap hari umu menghadap internet. Dan setiap kali itu juga umu akan menjengah blog...errr.. bukan untuk mengupdate tapi untuk baca entry terbaru berpandukan list blog para daie dan daieyah sebelah kanan tuuu...

Dannn...setiap kali itu juga umu akan merungut "ishh..nape ramai x update ni?. Setiap kali buka, 3-4 orang aje yang update. > Mengharapkan penulisan orang lain untuk di jadikan perkongsian diri :)

Lepas tu membebel dengan suami... 

"ramai dah yang malas nak tulis dalam blog kan sekarang ni? Tengok tu blog kak ini kak itu. Lama x update tuuu"
(sebut list nama dan dah tentu nama kak marina, cikgu sue, kak aliaazuan, umma ali dan tuan Musa tersenarai sama...heheeeee...jangan marah :))

Nak tahu suami jawab apa?
"Alah, syg pun samaaa...5 weeks tu x berupdate. cuba tengok. jauh dah ke bawah. Penat abg tunggu.. mana la entry terbaru syg ni"




heh...x patut betul suami jawab macam tu. Bukan x tahu umu sejak balik dari khuruj 10hari tu sangat perasan sibuk..heheee.

X tahu la apa yang umu sibuk-sibukkan. Perasan je tuu.. :p

Memula ingat nak bagi karkuzari berkenaan takaza di KK-Kundasang tu. Tapi memandangkan perkara  ni dah berlalu sebulan yang lepas (lama betul!), jadi biar sahaja umu kenang sebagai kenangan terindah ye :)

Owhh..nak tahu macamne umu boleh update blog hari ini?

---- Pasti sahaja dengan izin Allah swt :) :) ----

Asbabnya....First, umu kebosanan duduk di rumah pada hari sabtu di siang hari apabila suami tiada di sisi..huhu > suami g markaz awal. Pukul 11 pagi dah bertolak.

Lagi... internet x slow...

Lagi... tetiba macam umu x busy pulak hari ni..

Lagi... umu dah bosan tengok entry Takaza KK-Kundasang tuu..

Lagi... hari ini tiada home tuition...bestnye tuuu..hehee.

Bayangkan kalau bebudak tu datang.. Kalau add math, ok lagi sebab di universiti jadi makanan ruji je tuu. Jika fizik pun masih ok sebab melibatkan formula dan pengiraan. Tapi bila masuk bab biologi dan kimia....aduhaiiiii...........

(ini lah jadinya bila umu di paksa mengajar subjek umu tidak sedia..ikram sajalah. seperti kata mak budak tu..tolong la ajarkan ustazah(kes umu ajar iqra' kat anak-anaknya ni), kalau di sekolah lagi dia x faham tu.


Bertapa banyaknya benda umu kena rujuk sampaikan spek mata umu yang dah berhabuk dalam bekas tu pun umu kena keluarkan balik...huhuuu....

Dan itu x adalah membuatkan umu ini tekanan sangat. Yang paling tertekan time nak mengajar karangan bahasa melayu dekat budak calon UPSR ni. Ya Allah, bahasa pasar Sabah diorang....


agak-agak muka umu dah macam ni time mengajar!


Okey lah. Rasanya umu kena banyak berehat sabtu dan ahad ni bagi menghadapi bebudak yang tuisyen dari isnin hingga jumaat minggu depan. Banyak juga persediaan yang guru tuisyen kena buat sebenarnya....hmmm baru lah umu tahu apa yang umu perasan sibuk sebenarnya...huhuuu

Dunia ibarat air laut
Di minum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamurgana
Indah di mata namun tiada

Panas yang membahang
Disangka air
Dunia dan nafsu
Bagai bayang-bayang
Di lihat ada di tangkap hilang.. 

-beberapa rangkap Antara 2 Cinta dari Saujana sebagai ingatan diri-


*Walaubagaimanapun, anak-anak tuisyen dan iqra' ini jugalah yang mengisi hari-hari umu dengan kerenah dan telatah mereka di perantauan ni..heheeee :)
.

Wednesday, May 25, 2011

Takaza - KK~Kundasang -

Bismillahirrahmanirrahim...

 kundasang 1 -google-


Alhamdulillah, suami sudah selamat di tafakut minggu lalu.. Dengan izin Allah, kami di pilih  sekali lagi untuk belajar-belajar buat usaha agama cara Nabi SAW di Kota Kinabalu - Kundasang cuti sekolah yang bakal tiba ni. -lagi 3 hari lagi nak bertolak- minta doa ye~

Memula umu ingat, perjalanan ke KK nanti naik flight sebab anggaran perjalanan dari Semporna ke KK mengambil masa 8-10 jam. Bila suami kata konvoi naik kereta....berkerut-kerut dah dahi ni..huhuu. 


 kundasang 2 -google-


Kalau umu x pregnant pun dah boleh muntah-muntah bagi perjalanan yang lama seperti itu, apatah lagi keadaan umu yang sedang morning sickness ni... pesan kepada suami >kena banyak bersabar dengan umu nanti< saje ingatkan awal-awal...hoho.

Tapi InsyaAllah, umu bersangka baik dengan Allah. Bukankah Allah itu  akan melakukan sesuatu terhadap hambaNya mengikut sangkaan hambaNya terhadapNya?

InsyaAllah, jemaah yang akan umu sertai nanti 2couple dari Semporna dan 3couple dari Tawau. Selebihnya mungkin couple dari KK sendiri.. -tapikan, yang buat umu sedikit gementar bila suami bagitahu dalam jemaah  kami nanti ada 4syura-

Nasib la umu kenal ahlia syura Semporna ni > satu-satunya ahlia yang umu kenal dalam jemaah. Lain-lain nanti baru berkenalan selama 10hari hidup bersama... makan setalam, tidur sebedding > err..umu ,x mau dah tumpang bedding orang..g beli bedding sendiri :p

 kundasang 3 -google-

Lepas tu kan, oleh kerana perasaan gementar nak keluar dengan orang-orang lama dalam usaha ni (dah tentu suami diorang syura..orang yang banyak korban untuk usaha, tentu sahaja ahlia mereka korban lagi tinggi..kan), umu pun sibuk buat ulang kaji. Baru nak baca itu ini dan hafal itu ini > kes x amal, tu yang x hafal :p

Siap suami tegur.."buat apa nak baca-baca. bukan ke keluar untuk belajar kan?" > itu ayat perli umu tuu..huhu. Dalam hati umu menjawab "elleh...kalau time di U dulu pun sebelum g kuliah syg  kena gak baca buku dulu. Nanti time proses pembelajaran lagi senang nak faham. Lagi2 lec suka bertanya" > terer x umu menjawab? tapi dalam hati je tuu..hohoo :p

 kundasang 4 -google-

hmm..dan umu juga dengar, akan ada 2 jemaah dari semenanjung akan keluar masthurat di Semporna ni time umu khuruj ke KK nanti. x dapat la umu nusrah masthrat2 dari semenanjung tu.. x pe, umu pas kat kekawan masthurat yang ada. Walaupun masthurat2 ni sedih sebab x dapat sambut takaza, tapi bila dengar  akan ada jemaah semenanjung datang ke Semporna, mereka jadi teruja..terus naik jazbah untuk menyambut dan ikram jemaah semenanjung ni nanti..hehee

Kepada teman-teman yang turut khuruj time cuti nanti seperti kak Marina Ali yang sangat excited nak belajar2 usaha masthurat tuu.. Minta doakan umu sekali ye nanti..hehee < mesti akak senyum2 baca statement umu kan?

 kundasang 5 -google-


Okey la...umu nak g kemas baju tebal-tebal.. Dengar-dengar nanti kami ini 1 route di KK, dan 2 route di Kundasang. Dan dengar kata lagi, Kundasang tu kawasannya berhawa sejuk. Pergunungan mungkin.. Dan tambahan ahlia syura semporna ni lagi, kita nanti keluar khuruj merangkap honeymoon sekali...hohohooo > umu dengar macam x sabar nak ajak berjalan je..

Umuuu.....betulkan niattt!!

Tapi suami siap tambah lagi..
"macam banyak tempat je nak singgah dalam perjalanan nanti"...sambil senyum-senyum....

Abanggg.....betulkan niaatttt!!!

Minta doakan kami yeee...biar niat tu betul-betul kerana LILLAHI TAALA... :)


*heh..sesaja tunjuk gambar-gambar di Kundasang tuu.. :)
.

Wednesday, May 18, 2011

Bila anda seorang GURU............~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..hari guru telah selamat di sambut 2 hari lalu. Umu aje yang lambat nak update..hehee..

Di kesempatan ini..ingin umu mengucapkan SeLaMaT HaRi GuRu buat mereka-mereka yang bergelar guru secara formal mahu pun tidak...err maksud umu, bagi mereka yang sememangnya bergelar guru di sekolah-sekolah mahupun intitusi pendidikan yang tinggi mahupun tidak tinggi serta mereka-mereka yang turut menyumbangkan ilmu bermanfaat buat orang lain :)

Alhamdulillah... tahun ini umu sudah boleh melihat sendiri bagaimana kerjaya seorang guru itu secara peribadi..hehee > bertemu jodoh dengan seorang guru lerrr~

Selama ini hanya melihat gerak geri cikgu hanya di sekolah. Pernah juga terdetik di hati time jadi student dulu "agaknya cikgu ni kalau kat rumah macam mana ye"... naahhh.. sekarang dah tahu bagaimana sebenarnya cikgu ini apabila di rumah..hohoho :p

Isnin lalu, suami balik dari sekolah.. umu sambut melalui pandangan mata melihat di tangannya ada hadiah dan kad ucapan.. umu pulak yang teruja sebab sebelum ni bila jadi student, umu yang bagi cikgu hadiah dan kad ni..hihiii..

Terus belek-belek barang-barang tu semua dan tertarik dengan satu hadiah ni berdasarkan apa yang tertulis di atasnya... > sampaikan suami suruh umu yang buka hadiah2nya..hehee > x malu nie...


Guru paling prihatin?

Lepas tu sedap je mulut tanya..
"eh..macam mana abang boleh dapat anugerah ni?" > soalan macam nak mempersoalkan je kenapa..hahaha
"cikgu yang bagi ke @ murid-murid yang pilih?" tanya lagi sebab macam x percaya je suami boleh dapat sedangkan suami baru je mengajar di sekolah tu..

"Murid-murid la.. dah seminggu borang di edarkan. Abang pun terkejut nama abang di panggil tadi"

heh...bila fikir balik.. dalam hati cakap macam ni.. "err...boleh la kut abang dapat anugerah ni memandangkan  dari apa yang syg boleh lihat, abang mempunyai sifat yang perihatin pada ummat, isteri dan keluarga abang"

jadi, mungkin juga abang ada sifat perihatin pada anak-anak murid abang kat sekolah tuu...~

"lagi, anugerah apa lagi yang ada bang?"

"paling tegas, penyayang,..." yang lain x ingat dah tapi ada 5sifat yang di jadikan anugerah..

-macam x sangka je masih lagi ada anugerah yang semacam ini. Sebab time umu sekolah dulu pun ada juga kami buat anugerah khas sebegini..tujuan selain untuk suka-suka memeriahkan sambutan hari guru, anugerah ini juga sebagai masej halus dari para pelajar kepada guru mereka bahawa para pelajar ini sebenarnya, selalu memerhatikan sifat seorang guru itu sepanjang masa walaupun di luar waktu pembelajaran-

Jadinya tidak hairanlah ada yang menjadikan guru mereka sebagai contoh mahupun idola.. Adalah sangat mengecewakan jika seorang guru itu menunjukkan tauladan yang tidak baik dan tidak sihat kepada pelajar mereka sebagai contoh mengeluarkan kata-kata tidak elok, berpakaian tidak sesuai dengan peranannya sebagai guru dan sebagainya...

-err..tetiba umu teringat akan guru di sekolah dulu merokok di kawasan sekolah, memilih kasih secara keterlaluan di antara pelajar dan ada juga yang tidak menjaga kata-kata yang tidak sepatutnya di keluarkan oleh seorang guru..huhuu...

~Semoga mereka-mereka yang bergelar guru dapat menitik beratkan hal agama dalam diri anak-anak murid mereka walaupun mereka adalah guru matematik, bahasa melayu, sejarah, kimia dan sebagainya kerana hal mendidik agama ini tidak tergantung tugas hanya pada bahu ustaz dan ustazah sahaja~

Ya Allah, Engkau rahmatilah guru-guruku kerana susah payah dan ikhlas nya mereka memberikan ilmu yang bermanfaat kepadaku...
amin.....
.