Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Thursday, August 19, 2010

Dia Milikku lagi.....!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah....
Oleh kerana ini first entry saya di dalam bulan Ramadhan, makanya lebih manis kiranya jika saya dahului dengan ucapan: ...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Kepada semua makhluk di muka bumi ini..hehee
(terutama kepada makhluk-makhluk yang membaca blog saya lerr)

emmm...bagaimana cara nak menyambut? Itu semua terpulang pada kreativiti masing-masing..

Andai anda yakin anda dapat mengaut keuntungan yang berlipat ganda pada bulan yang mulia ini 
maka...lakukanlah.....!
keuntungan apa?
itu terpulang kepada pemikiran anda sendiri di dalam menjawab persoalan 
SIAPAKAH ANDA DI BUMI ALLAH YANG MAHA LUAS INI?

Sebagai seorang peniaga ka?
pemimpin ka?
atau 
Hanya seorang hamba yang sedang mengejar redha Allah dalam menjaga amalan kerana dia tahu..

Ramadhan itu penghulu segala bulan
"Penghulu segala bulan adalah Ramadhan dan penghulu segala hari adalah Jumaat"
Hadis riwayat: At Thabrani


Di buka pintu-pintu syurga dan di tutup pintu-pintu neraka

"Apabila datangnya Ramadhan maka di buka pintu-pintu syurga dan di tutup pintu-pintu neraka dan di belenggu syaitan"
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Di ampunkan dosa-dosa kecil dia antara dua Ramadhan

"Solat lima waktu dan dari jumaat ke jumaat dan dari Ramadhan ke Ramadhan, menghapuskan dosa-dosa diantaranya selagi tidak melakukan dosa-dosa besar"
Hadis riwayat Muslim

dan

Barangsiapa berpuasa dengan penuh keimanan, diampunkan dosanya yang lalu
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan Allah swt, diampunkan untuknya dosa-dosa yang lepas"


Anda sahaja yang boleh menentukan siapakah diri anda... iya, anda wahai saudara ku sayang!
*******

Alhamdulillah..... Allah masih memberi peluang kepada saya untuk berjumpa bulan Ramadhan buat kesian kalinya...
 Makanya, saya tahu..bahawa Ramadhan ini masih menjadi milik saya :)
Jadinya saya perlu menghargai peluang yang di beri..
kerana
Saya tidak tahu dan tidak akan pernah tahu samada Ramadhan berikutnya masih menjadi milik saya..huhuu
Siapa yang boleh menjaminnya untuk saya??
-TIADA-
.

Friday, August 6, 2010

Buruk baiknya berkahwin dalam beragama (i)

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya hendak pulang ke kampung malam ni...InsyaAllah, minta doa semua ye agar urusan saya di permudahkan Allah swt....

Saya juga sebenarnya ingin mengisi sesuatu di dalam blog sebelum saya berangkat pulang. Hendak meninggalkan bekalan.. Tapi saya sendiri keliru .. Hendak tulis apa ye..

Bila dah taip dan jari jemari pula rancak menari di atas huruf2 yang berterabur ni..tiba2 salah satu jari saya menekan "backspace" tanpa henti sehinggalah semua penulisan saya padam kecuali ucapan bismillah di atas...

Nampak sangat fikiran saya sedang menerawang jauh..entah di fikirkan apa..
Jadi..saya mengambil keputusan untuk meng"copy" paste kan apa yang ada di dalam laptop ke dalam blog. Jimat masa sungguh!!

Sebenarnya tidak juga...ambil masa juga saya nak mengedit..huhuu

Makanya ..kitab ini yang menjadi pilihan saya....

(sangat panjang...tapi jika ada yang merasakan dirinya sedang bersangkut paut dengan tajuk tersebut, saya pasti dia akan membacanya dari satu patah ke satu patah perkataan yang lain..dengan izin Allah!)

Kimiya AsSa'adah
(Kimia kebahagiaan)

Oleh : Imam AlGhazali





Buruk Baiknya Berkahwin Dalam Beragama

Nikah kahwin memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Perkara inilah diperhitungkan dalam hidup beragama segala buruk baiknya hendaklah dikira.

Memandangkan bahawa Allah ada berfirman seperti termaktub dalam Al-Quran iaitu

"Tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah,"

maka baiknya berkahwin atau beristeri itu ialah;

Pertama;

Dengan itu hamba-hamba Allah akan bertambah ramai. Golongan Alim ulama ada menyatakan iaitu menjalankan tugas-tugas beranak isteri itu lebih baik dari menjalankan ibadah-ibadah sunnah.

Kedua;

Nikah kahwin itu ada baiknya, seperti sabda Nabi iaitu doa anak-anak itu akan memberi faedah kepada ibu bapanya, apabila ibu bapa itu meninggal dunia; dan anak-anak yang meninggal dunia sebelum ibu bapanya akan memberi pertolongan atau syafaat kepada ibu bapa mereka di hari perbicaraan di akhirat kelak.

*****

Sabda Nabi, "Apabila seoramg anak disuruh memasuki syurga, anak itu menangis dan berkata, "Saya tidak akan masuk tanpa ibu bapa saya.

" Diriwayatkan bahawa satu hari Nabi memegang tangan baju seorang lelaki dan dengan keras menariknya kepada dirinya, sambil berkata, "Beginilah anak-anak kecil menarik ibu bapa mereka masuk ke syuga".

Sambung baginda lagi, "Anak -anak berkumpul di pintu syurga dan mereka berteriak memanggil ibu bapa mereka sehingga ibu bapa mereka yang di luar itu disuruh masuk ke syurga bersama mereka."

*****

Adalah diriwayatkan iaitu seorang Wali Allah yang membujang bermimpi tentang hari perbicaraan di akhirat.

Matahari hampir benar dengan bumi, dan manusia kehausan yang amat sangat. Sekumpulan anak lelaki pergi ke sana dan ke mari memberi air kepada orang-orang yang dahaga itu. Air itu terisi dalam bekas-bekas emas dan perak.

Apabila Wali Allah itu meminta sedikit air, permintaan tidak diperkenankan. Seorang daripada anak-anak itu berkata kepadanya, "Tidak ada anak tuan di sini". Setelah ia terjaga dari mimpi itu, ia pun terus membuat persiapan untuk kahwin.

Ketiga;

Satu lagi baiknya beristeri itu ialah melegakan fikiran tatkala duduk bersama bersenda gurau dengan isteri itu dan ini merehatkan fikiran setelah berpenat lelah menjalankan tugas-tugas ibadah.

*****

Setelah berehat itu bolehlah kembali beribadat dengan semangat yang baru. Bahkan Nabi sendiri, apabila baginda terasa berat dengan wahyu yang diturunkan kepadanya, akan berkata kepada isteri baginda Aisyah, 
 
"Bercakaplah denganku! wahai Aisyah; bercakaplah denganku!" Setelah berbual bersama dengan isterinya itu baginda mendapat kekuatan menanggung beban wahyu yang baru pula. Oleh sebab yang sama juga, beliau selalu menyuruh Bilal berazan dan kadang-kadang baginda menghidu bauan-bauan yang harum wangi.

*****

Telah masyur sabda beliau, "Saya cinta tiga perkara dalam dunia ini, iaitu bauan-bauan yang harum wangi; perempuan; dan kelazatan dalam senbahyang."

Satu ketika Umar bertanya kepada Nabi; Apakah perkara dalam dunia ini yang sepatutnya dicari, baginda menjawab, "Lidah yang sentiasa menyebut nama Allah, hati yang bersyukur, dan isteri yang beriman."


*****

hmmm....penat dah mengedit, masa amat mencemburui saya.. jadinya saya harus segera berkemas untuk pulang ke kampung malam ni...

InsyaAllah.. Saya akan kembali menyambung sebahagian lagi kandungan artikel ini di entry akan datang ye..
Itu pun jika saya masih berada di dalam "mood" yang sama..huhuu

Walau apa pun saya minta...

Doakan urusan saya di permudah kan Allah SWT yeee..
- amin -
.