Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Tuesday, June 29, 2010

Nikmat ! istifar laaaa...

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...
Banyak cerita nak di kongsi bersama sebenarnya...

Di antaranya, berita kemasukan adik saya ke UUM, tahniah Kinah..selamat menyambung pengajian ye. Dan selamat menjalani kehidupan sebagai bakal seorang mahasiswa yang sentiasa bergelumang dengan assignment..hehee.

(Tentu penat abah saya, bila sorang dah tamat, sorang pula baru memulakan pengajian di universiti..huhuu). Dan selamat meneruskan perjuangan buat adik2 yang lain iaitu Diah di USM dan Imah di UPSI..

Juga sudah tentu kepenatan abah bertambah2 apabila dua orang kakak atas saya bakal menyempurnakan separuh agama mereka.. Tahniah di ucapkan buat kak Edah dan kak Ain. Sesungguhnya saya yang tidak sabar2 menanti penghujung tahun 2010 ni... hehee. Semoga semua urusan kalian di permudahkan oleh Allah swt. Amin.

Dan saya??

Entah kenapa dan mengapa saya terlalu banyak meluangkan masa membaca entry2 di blog follower saya yang ke 53 ni. hmm.. x ada keje kut..huhuu. (sebenarnya saya suka mengenali follower2 saya.. dan hati saya akan tertanya2 kenapa dan mengapa mereka sanggup menjadi follower saya. Adakah perkara ini di lakukan secara sukarela @ di paksa?hehee <-- mula merepek dah ni)

Walau apa pun alasan anda semua... saya nasihatkan, sila membaca blog saya secara sambil lalu sahaja. Kerana saya takut, kalau2 penulisan saya di blog ini bukan mendatangkan manfaat sebaliknya mudharat.. Moga di jauhkan....

ingat ye pesan saya. baca secara sambil laluuuu :)

Dan suka di sini saya ingin berkongsi sms yang di forwardkan kepada saya oleh seorang sahabat:

***************************

Kahmas bin al-Hassan berkata:
Saya telah berbuat dosa dan saya tetap menangis kerananya sejak empat puluh tahun.
Ketika di tanya:
Dosa apakah yang telah engkau perbuat itu?
Jawabnya:
Saudaraku telah datang bertamu kepadaku, maka saya membeli ikan untuk makan bersama, tiba-tiba saya berdiri sedang ia masih makan, dan saya telah mengambil tanah dari kebun tetanggaku untuk membersihkan tanganku.
(Tanbihul Ghafilin)

Seorang sahabat berkata:
"tidak dianggap dosa kecil jika terus menerus...."

**************************

emm... begitu lama saya memerhatikan ayat2 tersebut dan berulang kali saya membacanya...
lalu saya memikirkan keadaan diri saya yang sungguh menyedihkan saat ini..

Saya mula memikirkan dosa2 yang saya lakukan secara istiqomah...huhuu
saya memikirkannya lagi... adakah saya pernah menangisi bagi setiap dosa2 yang telah saya perbuat. Sedang bersusah payah cuba saya bermuhasabah diri...

Tiba2 anak semut saya menjerit....
"cik mu..ayah panggil, makan durian"

hmmm...patutlah saya bau durian dengan kuat....rupa2nya di tangan diorang dah comot dengan isi durian. 
x boleh jadi ni.... favourite tuuuuu.... 

zupppp..

Terus lupa apa yang sedang saya perbuat tadi dan saya terus di tenggelami kenikmatan mencicip durian sebiji demi sebiji.. hingga berbiji2...huhuuu

Tengok??
Nikmat dunia yang sekecil itu bisa membuatkan saya menjadi lalai. Istifar la umu....
Itu belum di uji dengan nikmat yang besar lagi tuuuu..

Istifar la umuuu....!!
(sambil meneguk air dengan banyak sebab yakin air boleh elakkan badan panas lepas makan durian berbiji2. Yakin dah salah tuuuuu...istifar la umuuu!!!)
.

Monday, June 21, 2010

- Taubat Nasuha -

Bismillahirrahmanirrahim....


.

Monday, June 14, 2010

Moga Selamat Untuk SEMUANYA!

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah ijtimak di kawasan tengah telah pun berakhir di mana ia diadakan di Markaz Sri Petaling. Ijtimak kali ini  telah bermula dari Asar 11 jun hingga zuhur 13 jun 2010... (emm..maknanya hari ni la tangguh)

Dan seperti yang di war-war kan di televisyen dan di dada-dada akhbar, tarikh tersebut juga bermulanya perlawanan bola sepak piala dunia yang diadakan 4 tahun sekali tu... (semua orang jangan pura2 x tahu ye.... sedangkan saya yang x suka dengan sukan ni pun boleh tahu..huhuu)

Jadinya apa kena mengena ye antara dua peristiwa di atas??


 VS



iyee..peristiwa di atas x ada kena mengena langsung..yang ada kene mengena adalah peserta majlisnya... iaitu kaum LELAKI ler....

Semoga fikir karkun yang berada di dalam ijtimak yang baru berlalu tidak di lalaikan dengan skor jaringan gol pasukan kegemaran yeeee... ;p
(pstt...dah la banyak kedai mamak bawah tu --->> tempat lepak yang popular untuk tengok bola)

Jadinya bawak BERSABAR!!

Dan saya juga x sabar-sabar nak dengar karkuzari dari para peserta...errr..maksud saya peserta ijtimak ye..heheee :D

Dan InsyaAllah, jhor seterusnya akan diadakan di Besut Terengganu pada 16 hingga 18 jun. Semoga semuanya di permudahkan Allah Taala. Amin.
.

Thursday, June 3, 2010

Andai...- x mahu dah!

Bismillahirrahmanirrahim...




Andai sekarang saya boleh segembira dan seriang begini....
Alangkah itu adalah nikmat yang besar  buat saya!

Dan andai...
Jika nikmat tersebut melalai dan melekakan saya
Maka adalah baik bagi saya di jauhkan darinya

Dan alangkah bagusnya jika perkataan andai
tiada dalam kamus hidup saya untuk selamanya
kerana....
Jika ia di guna pakai...

kelak
ia sama membawa erti..

Seakan-akannya saya tidak redha dengan ketentuan Ilahi.
(Nau'zubillahiminzalik)
.