Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, March 28, 2010

~ Zihin (i)

Bismillahirrahmanirrahim.....


Alhamdulillah... kali ini saya hendak berkongsi dan pada masa yang sama turut untuk mengingatkan diri saya sendiri akan hakikat iman... (ehem..sebenarnya saya telah di zihin oleh seseorang. moga Allah swt memberikan kebaikan yang banyak buat dirinya)

Teman-teman,
Untuk menurut dan taat akan perintah Allah swt, kita seharusnya sebelum itu perlu mengenal akan Allah swt terlebih dahulu..iaitu mengenal makrifattullah..(ilmu Tauhid).

Boleh saya katakan bahawa ilmu menjadi imam kepada ibadah. Manakala ilmu Tauhid pula menjadi penghulu segala ilmu kerana dari ilmu tauhid ini, kita dapat mengenal Tuhan yang Esa.

Sebagai contohnya, jika kita tidak mengenal Sultan Mizan, kita tidak tahu siapa baginda, kedudukan baginda @ apa2 sahaja mengenai baginda...sudah pasti dan pasti, segala titahnya akan kita cuaikan... betulkan?? Malahan, jika baginda mencemar duli sekalipun untuk datang ke kampung kita dan lalu di depan kita...pasti sahaja, dengan alasan tidak mengenal baginda, kita tidak memperdulikan akan kehadirannya...

Namun apa pula yang akan berlaku jika sekiranya kita mengenal baginda sebagai Yang di Pertuan Agong?
MasyaAllah.....pasti dan pasti perkara yang sebaliknya akan berlaku... Segala perkataan yang keluar dari mulut baginda akan di teliti dan di ambil berat, di catat malahan di ingat untuk di laksanakan. Maka apabila kita melaksanakan titah baginda....sekaligus kita akan berbangga kerana di gelar rakyat yang taat.

Iye, begitu lah juga kita boleh mengambil perumpamaan yang sedemikian itu di dalam mentaati titah dan perintah dari Yang Maha Memerintah.

Apabila kita mengenal Allah swt, maka dengan mudah hati kita akan ikhlas untuk menurut dan menunaikan perintahnya... Segala amalan ibadah menjadi ringan dan mudah buat kita. InsyaAllah.

Bagaimana kita hendak mengenal Allah swt? jawapannya mudah, segala apa yang ada di langit dan di bumi boleh menjelaskan kepada kita akan sifat Allah swt. Dari situ kita boleh mengenal dan sekaligus mengakui ke Esaan Nya.

Qudrat itu bermaksud kuasa. Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu... Jika di lihat, matahari yang panas membakar itu, sentiasa sahaja kekal dengan sifatnya yang panas. Ini kerana sentiasa berlakunya proses pembakaran yang tiada henti. Menurut kajian sains oleh saintis, proses pembakaran memerlukan kehadiran oksigen untuk memastikan api dapat di hidupkan.

Namun hebatnya Allah swt, dengan kuasanya walaupun tiada oksigen di angkasa, namun matahari masih dapat meneruskan proses pembakarannya yang tiada henti sehingga sampai waktu kehancurannya. Wallahu a'alam.

Fenomena ini tentu sahaja menjadi kepelikan buat kita yang berpegang dengan kepercayaan, untuk berlakunya pembakaran memerlukan oksigen...namun bagi Allah swt, tiada apapun yang mustahil.....

bersambung.... 
.

Saturday, March 27, 2010

---> Hati berlagu riang~

Bismillahirrahmanirrahim........

InsyaAllah.... jom layan sebentar lagu nyanyian Maher Zain untuk ahlia nye.. sungguh2.. mengusik hati saya, walaupun agak terlalu josh bait liriknya.... namun ....

hehee..saya tak nak ulas panjang2... ada pula yang sangka bukan2 nanti.
kepada yang menerima lagu ni terus dari saya..... hargainya ye ~




For The Rest Of my Life

I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know that deep in my heart..
 .

Sunday, March 21, 2010

~Manisnya IMAN....

Bimillahirrahmanirrahim....



hmm..entry kali ini cuma sekadar satu perkongsian yang membuatkan saya berfikir kembali akan kata2 saya @ nasihat2 saya kepada orang2 yang pernah mendengarnya dengan cara terpaksa mahupun dengan niat yang ikhlas...heheee

Ceritanya begini.....
Pada awal semester lepas...saya tiba2 menerima message dari nombor fon yang tidak di kenali..
message tersebut dari seorang budak perempuan (erk...budak ke kalau umurnya 15 tahun? hehee) dari Chini Pahang....

Setelah saling berbalas message beberapa kali.. baru lah saya sedar, bahawa dia adalah seorang kanak2 (dah bertukar kanak2 la pulak..hihiii) yang saya berikan motivasi di sekolah semasa menyertai program anak angkat di Felda Tasik Chini 3 tahun lepas (waktu saya masih bergelar pelajar diploma)...MasyaAllah, terharunya saya...ketika itu dia merupakan pelajar darjah 6 yang hendak mengambil UPSR....

Saya bertanya kembali.... kenapa setelah 3 tahun baru ingat nak menghubungi saya?---> hehee terharu je time tuu
Dia jawab....dia akn mengmbil PMR pada tahun ini (tahun lepas).. Dan kata2 saya kepadanya dan kawan2 kelasnya 3 tahun lepas ketika mereka hendak mengmbil UPSR, membuatkan dia begitu terkesan dan naik la jazbah dalam pelajaran walaupun... mereka merupakan budak2 kampung yang duduk terpencil dari bandar (saya pun budak kampung jugeee...hehee).

Di pendekkan cerita, asbab kata2 motivasi saya... dia telah bersungguh2 dalam belajar walaupun ketika itu tinggal beberapa bulan hendak menduduki UPSR....dan Alhmdulillah, dia mendapat keputusan yang baik yang dia sendiri tidak jangka hingga mendapat tempat di sekolah asrama di bandar ....(Alhamdulillah...Allah beri hikmah akan kata2 saya tika itu....)

Jadinya, tujuan dia menghubungi saya kembali...untuk mendapatkan kata2 motivasi sebelum menghadapi PMR pula...huhuu ---> saya pun terkelu

saya tanyakan padanya..apa kata2 saya yang membuatkan dia begitu terkesan dahulu
(sebabnya time tu..saya rase saya banyak merepek je dengan diorang..heheee)

Jawabnya pendek:
teringat kata2 akak....."ingat Allah selalu, InsyaAllah adik akan berjaya"

Secara jujurnya....saya sememangnya tidak ingat langsung bila dan di mana saya ucapkan kata2 tersebut...

Bila mengenangkan kembali...saat itu adalah saat yang menyeronokkan buat saya..... :)
Mana tidaknya, saya mendapat layanan yang sangat ramah serta mesra alam dari penduduk kampung...

Budak2 tu pula....habis je time sekolah diorng, mesti pergi cari saya di tempat2 aktiviti kemasyarakatan yang kami buat sepanjang program anak angkat tersebut...sepertinya mengecat dan membersihkan kawasan surau, balai raya, klinik, sekolah tadika dan kawasan sekeliling kampung...nak kata..mengekor je diorng time tu....

Sibuk2 membantu saya mengangkat sampah dan sanggup pula bagi pinjam basikal....(tapi siap minta upah aiskrim lagi tuuu)...punya la mereka gembira bila saya beri rm5, diorng semua belari sekeja je hilang dari pandangn mata...dalam mase beberapa minit kemudian, seorang berlari membawa satu beg plastik aiskrim ke arah saya di ikuti ramai budak2 di belakangnya...

Tahu ape yang diorang beli?? 50 batang aiskrim malaysia (yang berharga 10 sen satu)... Ya Allah...terharu betul saya...bayangkan sifat ikram mereka??

MasyaAllah...asbab fikir mereka...maka, ramai la yg menikmati aiskrim tersebut termasuk la peserta program yang lain....(di tambah lagi 10 batang percuma bila budak yang pergi beli tu pandai2 je kata kat mak cik tu, saya pelajar U yang datang dari luar suruh beli...) ---> gembira sungguh mak cik tu sebab saya sudi memborong aiskrimnya....hahaa

Time saya nak buat aktiviti berkayak di tasik pula... diorang boleh bertenggek di tepi tasik melihat saya dan bagi sokongan...hehee..itu lah first time saya berkayak, dan asbab x nak memalukan diri sndiri di depan budak2 tu...saya telah melakukannya dengan begitu bersungguh2..hehe ---> dan berjayaaaaa!!
(malahan diorang pula terlebih gembira dari saya..huhuuu).

Jazakallah semua si penyokong2 kecil (mesti semua sekarang dah besar2...huhuu) -->> adakah bermaksud saya sudah tuaaaa?? TIDAK!!

Walau apa pun..... Saya bersyukur, kerana menyertai program seumpama itu..
secara tidak langsung boleh beri khidmat kepada mereka2 yang memerlukan tenaga saya.

Bila di fikir2... pengorbanan saya ini bukan lah apa2 jika hendak di bandingkan dengan usaha para karkun..asbab fikir mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga dan harta untuk agama, masuk ke kampung2 yang terpencil untuk sebarkan hidayah Allah, makanya mereka yang terpencil ini turut merasai kemanisan IMAN...

Sungguh hebat Allah swt :)
.

Monday, March 15, 2010

~Kasih Ibu _ kenangan buat Ibu..

Bismillahirrahmanirrahim........

Alhamdulillah.... dapat juga saya update blog walaupun hanya sekadar lirik lagu...  Dengan izin Allah, walaupun arwah ibu saya dah meninggalkan alam yg fana ini (semoga ruh ibu di tempat kan di tempat orang2 yg Engkau Kasihi Ya Allah....) ketika saya berumur 5 tahun....namun, ingatan saya padanya tidak pernah pudar jauh sekali padam dalam ingatan saya...

 sekadar gambar hiasan

Dan malam ini, ketika saya sedang menelaah..tiba2 lagu kasih Ibu kedengaran di laptop... sesungguhnya hati saya menjadi sayu...sesayu ketika saya memerlukan dakapan seorang ibu ketika sendu saya berlagu pilu....

Kasih Ibu

Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku

Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali

Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapi
dugaan-Mu

Rahmatilah...Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadap
Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia

Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci

Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu 
oleh : Far East

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: 
"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu :
1. sedekah jariah 
2. ilmu yang bermanfaat buat orang lain 
3. anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


ya Allah...jadikan aku dan adik beradikku anak2 yang soleh-solehah buat kedua ayahbonda..
terimalah doa dan amalan kami untuk di kirimkan kepada ibu kami ya Allah..
ya Allah....ringankan lah ujian kubur buat ibu kami...
ya Allah.....kasihanilah ibu kami... Sebagaimana dia mencurahkan kasih sayangnya kepada kami semasa hidupnya...
ya Allah....kurniakanlah kebaikan kepada ibu kami atas setiap tegukan susu yang kami minum...
ya Allah...Dengan rahmatMu,
kurniakan pertemuan untuk kami di syurga Firdaus Mu kelak.... 
amin..amin..aminnn Ya Allah........

Sunday, March 7, 2010

eemmm..jemaah bisu ~

Bismillahirrahmanirrahim.....

waah..wahh...lama sudah saya x updatekan blog... tapi saya tetap singgah tau melihat2 pengunjung dan penziarah yang datang bertandang...hehee..Jazakallah ye....

juge saya masih tegar membaca entry2 terbaru blog2 yg saya follow.... :)

Sepanjang 2 minggu lepas, kehidupan saya sangat2 sibuk (sibuknya dgn dunia ni mengalahkan sibuk nya fikir Nabi utk ummat...masyaAllah...istifar la umu..)

manakan tidak... sampai saya tidak sedr bilanya si bulan menggantikan matahari di tampatnya.. nasib baik la waktu solat saya sedar..heheee <--- jazakallah lah pada handfon saya yg mmperdengarkan azan setiap kali masuknya waktu solat.....

hmm..semalam malam markas d sri petaling (sabtu malam), dan paginya saya mendapat karkuzari dari seorang teman bahawa semakin ramai orang yang datang pada malam markas.

Subahanallah....

dan juga pertambahan jemaah bisu juga semakin ramai...

Alhamdulillah..

kalau dulu2 mereka ini x sampai pn 10 orang dan sekarang jumlahnya sudah hmpir 20 orang....

teringat saya satu ketika dulu akan perbualan dengan seorang teman yang buat usaha:

saya : di upsi sana x ada third language ye?
teman : x ada la umu. kat uitm ada ye? umu ambik ape?
saya : hehee...mesti la ada. kat sini wajib ambik third language tau. umu ambik french. <---- nada agak berlagak cikit...heheee
teman : owh..untung ye. tapi nanti keje guna ke bahasa french tu?
saya : eeeee...sape kata umu nak guna time keje... umu nanti nak wat usaha kat Perancis laaa <---ayat cover sambil menahan kegeraman sebab di perli..huhuu, tapi time tu juge la saya azam nak kuar masthurat di sane....amin.amin.amin
teman : owh...tapi saya ada juge belajar bahasa ke tiga sekarang. tapi belajar sendiri.
saya : aik..tadi kata x ada. bahasa apa?
teman : bahasa isyarat.

saya pun menjadi kepelikan....ingatkan teman saya nak main2 kan saya.....terus saya perli balik

saya : nape nak kene belajar? nanti senang nak ajar anak murid yang istimewa ye? hehee
teman : itu salah satunya juga, tapi asbab utama nak join bawak jemaah bisu ke oversea. nak buat usaha sama2 dengan jemaah bisu.
saya : erkk.....ada ke jemaah bisu? huhuuu <-- termalu sendiri!

Allahuakhbar.....

Dan itu lah pertama kali saya mendengar mengenai perihal jemaah bisu itu..Subahanallah.... bila saya find out sendiri di internet, ada la juga saya melihat sendiri jemaah bisu dalam halaqah mereka mendengar bayan menggunakan bahasa isyarat di markas sri petaling. Subahanallah....

Bertapa mereka yang kurang sempurna dari kita ini punya jazbah yang sangat mengkagumkan dalam usaha agama. mereka ini punya fikir atas masalah ummat dan risau mereka melebihi risau orang2 yang sempurna sifatnya...  

MasyaAllah...

kata seorang lg teman yang buat usaha ini juga:
" mereka ini sangat kasihan, dengar laporan, mereka ini x kisah pasal agama. ada yang anggap mereka akan confirm masuk syurga atas alasan keadaan mereka yang serba kekurangan. mereka memang x kenal agama, bagaimana hendak di beritahu, mereka ini tidak boleh mendengar, mulut x boleh bercakap, kasihan kan umu...ada juga yang beritahu, Tuhan ini bentuknya macam perempuan....tidak ada siapa nak sampaikan kat mereka ini kebenarannya"

MasyaAllah...terkelu saya membaca msg dari teman saya..huhuu..sedihnya. Jadinya, siapa yang bertanggungjawab atas dakwah pada mereka2 yang bisu ini jika bukan kita? iye..kita ini yang di beri oleh Allah akan fizikal yang sempurna.

Bila saya fikir2 balik...garu kepala juga saya nanti andai di beri ujian oleh Allah swt di hantar ke dalam jemaah masthurt yang punya ahli bisu..huhuu

solutionnya kena la saya cepat2 berguru dengan adik saya yang ada di USM sedang ambik Degree pendidikan khas sekarang <--- bertuahnya adik saya..hehee. dulu saya juga yang takut2kan padanya.. "Diah nanti okey ke nak mengajar budak2 istimewa? tahan ke? x takut ke?"

Sekarang siapa yang bertuah?? saya yang mengambil bahasa french ini ke @ teman dan adik saya yang sedang berusaha belajar bahasa isyarat untuk ikram orang yang tidak sempurna sifatnya?? huhuuu.... sesungguhnya saya dalam kerugian yang besar :(
.