Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, November 14, 2010

-Walimah Umu & Ishak-

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Ya Allah.. Yang Maha Mengasihani,
Kami pinta dengan kerendahan hati,
Agar Engkau mengurniakan kepada pasangan pengantin ini,
Dengan semangat perjuangan dan pengorbanan
Rasulullah s.a.w dan Khadijah al-Kubra..
Kurniakanlah air mata kasih Ali Karamallahu Wajhah dan
Fatimah Az-Zahrah kepada kedua mempelai ini,

Titipkan keberkatan dalam pernikahan mereka,
Seperti keberkatan pernikahan Abu Thalhah dan Ummu Sulaim,
Tiupkan semangat jihad Amar Bin Jamuh dan
Isterinya kepada mereka.
Pasakkan semangat membantu agama Abu Ayyub al Ansari dan
Ummu Ayyub al Ansariah kepada keduanya..
Tiupkan ruh kehidupan sahabat dan sahabiah
Pada kehidupan dan keluarga yang mereka bina ini.

Ya Allah..
Andai semua itu terlalu besar bagi kami,
Maka cukuplah permohonan kami agar redha-Mu
Bersama kedua pasangan pengantin ini…

Jadikanlah pasangan pengantin baru ini,
Sebagai suami isteri yang saling mencintai,
Saling menjaga kehormatan,
Saling menghibur di kala duka,
Saling mengingatkan di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan di dalam ibadat,
Saling merindui syahid di jalan-Mu..

Ya Allah…
Limpahkanlah kebahagiaan
Kepada pasangan pengantin baru ini,
Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Amin Ya Rabbal Alamin..


Allahuakhbar, bertapa terharunya hati ini hanya Allah swt sahaja yang tahu apabila merasakan diri ini di sayangi dari kejauhan. Walau tidak pernah bersua muka dan hanya alam maya sahaja pengikat ukhuwah serta asbab usaha agama lah, kasih sayang ini dengan izin Allah tersimpul indah.. <-- intro..hehee

Jazakumullahu khairan jazak buat rakan-rakan di blog yang menitipkan doa-doa kalian yang sungguh berharga buat umu dan bakal suami, Muhammad Ishak B. Zaini. (oh..teka teki yang sudah pun terjawab..hihii)


Rasulullah saw bersabda :
jika seorang muslim mendoakan saudara muslimnya maka malaikat berkata :
“amin dan bagimu pula kemuliaan sebagaimana doa yg kau doakan untuk saudaramu”.

riwayat Shahih Muslim


Semoga Allah swt memberikan kebaikan yang banyak pula buat kalian semua.. :)

emm...juga, tidak di lupakan kepada rakan-rakan blog yang sudi membuatkan entry khas buat umu dan bakal suami di blog kalian. Terharunya umu atas penghargaan, ucapan, doa juga nasihat di dalam tulisan2 yang di susun indah.. Antaranya yang dapat umu jejak..


Kalau lah kalian boleh melihat apa yang berada di hati umu ketika umu menatap blog kalian, sudah pasti kalian akan melihat bunga2 kasih sayang dan cinta umu yang penuh mekar untuk kalian. Sungguh!

Jazakumullah ye :)

Owh dan juga...kepada rakan-rakan seusaha yang awal-awal menyatakan tidak dapat hadir ke walimah kami nanti kerana menyambut takaza, umu dan bakal suami mohon di selitkan nama kami berdua ye semasa keluar di jalan Allah nanti..ehem, doakan umu juga dapat sambut takaza secepat mungkin selepas bernikah kelak..--> wahh, kedengaran bagai x sabar nak belajar usaha masthurat je..hehee

Umu minta maaf ye tidak dapat lagi menjemput rakan-rakan secara rasmi melalui kad jemputan kerana asbab kesibukan umu (perasan sibuk jee) serta beberapa perkara yang keputusan mesyuaratnya masih belum di capai, makanya kad x siap design lagi..huhuu --> akibat buat kerja saat-saat akhir..

InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan undang mengundang dan di harapkan ia berjalan lancar kelak..

Assalamualaikum wbt

Dengan berbesar hati dan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t,
Di sini, umu mewakili abah tersayang, En. Mohd Nor b. Haron dan ahlia, menjemput tuan-tuan/rakan-rakan/kenalan yang dikasihi untuk hadir ke majlis walimah puteri-puteri kami serta pasangan mereka,

Umu Anisah bt Mohd Nor & Muhammad Ishak b. Zaini
Hurul Ain bt Mohd Nor & Norli Shariman b. Alwi
Siti Walidah bt Mohd Nor & Muaz b. Hassan

pada 18 Disember 2010
Gemas n.9

Semoga kehadiran tuan-tuan akan menyeri dan menambahkan lagi keberkatan majlis kami.


* InsyaAllah, dah siap kadnya nanti....umu masukkan dalam blog ye..hehee.


Minta doanye ye :)


***************
~edited~

Alhamdulillah..siap dah kad jemputan walimahnya :)
Jazakillah pada fatimah (akak), iaitu adik kepada bakal suami yang sabar mendesign kad jemputan walimah di pihak sebelah perempuan.
kak umu sangat suka..hehee

Di jemput hadir ye ke majlis walimah umu dan 2 orang kakak iaitu kak edah dan kak ain :) 



 

Jazakumullah atas doa semua :)
.

22 comments:

  1. Salam..

    Eh, jd pengomen pertama lg. hehehe.
    Amboi...brsemangat sgguh adik kita ni yer. Alhmdulillah, smuanya hmpir trcapai sikit msa lg.
    Akak sgt2 gmbire dgn prkhbaran trsebut.
    'Ala kulli haal, akak n suami doakan yg trbaik utk kalian bdua.
    Ehem2, lg satu. Lps kawin ni terus bg nama tafaqud kuar masturat 3h eh.Jgn lupa tuh!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...

    :)

    semoga Allah memudahkan kerja kak Umu dan bakal suami..insyaAllah..

    hehe,banyak sy belajar dari kak Umu yang bersemangat waja nih..hihi may Allah bless..:)

    satu lagi,nnt jgn lupa update blog utk karkuzari masthurat plak ek..hehe

    :D

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah senang dapat ahlia yang dah tahu segala istilah dalam agama, dapat terima suami sebagai karkun . doakan saya

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Aslmkm.

    Umu kata awal-awal kahwin nanti, dia nak terus set tarikh bulan-bulan yang akan keluar. Pastu nak mula menabung untuk 40hari masturat hujung tahun 2011 pulak.

    Umu tak mahu kalah dengan kawan-kawannya ni. Cayok sayang! ;-)

    Jemaah masturat melahirkan masyarakat akhirat.

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat umu dan Ishak, semuga allah merahmati kamu berdua, terima kaseh kerana menjemput saya, saya amat gembira kerana Ishak n ahlia ishak insyaallah akan nelahirkan zuriat dae allah, Ishak atau Umu kah orang Lancang, coz saya pernah buat usaha d Lancang sekitar awal90an dulu bersama c Alias,Effendi, Non dan abangnya bakar(allahyarham). Masa itu saya tugas di Felda sertik karak.Cuti ini saya keluar 40 hari d Sri Lanka

    ReplyDelete
  7. Tuan Musa,

    Subhanallah, kecik je dunia ni ye. Alhamdulillah berkat usaha tuan menanam dan menyemai benih di lanchang suatu ketika dahulu, maka saya ini adalah antara hasilnya yang tumbuh pada hari ini. Jazakallah. Berkat pengorbanan tuan, saya dapat mengecap nikmat beragama pada hari ini.

    Suka saya nak kalkuzari kat tuan, semua nama yang Tuan Musa sebutkan tu saya kenal sangat-sangat. Malah dah macam kawan-kawan ja dengan mereka walaupun mereka jauh lebih senior. Cikgu Alias sudah berpindah ke Kerdau. MasyaAllah, anak-anaknya ramai, semua dihantar ke Madrasah. Walaupun dah tak satu halkah, tetapi kami masih selalu berjumpa di markaz Jerantut. Selalu sahaja saya berbual mesra dengannya. Sebab keluarga kami 3generasi kawan baik. Mertuanya dengan nenek saya berkawan baik. Cikgu Alias dengan ayah saya juga (Cikgu Zaini) berkawan baik. Ahlianya kawan emak saya juga.

    Acu Fendi pun masih sihat Alhamdulillah. Pakcik Non dah berhijrah ke KL, keperluan di sana, jarang-jarang sekali dia balik juga Lanchang.

    Oh ya, Pakcik Bakar Lanchang belum meninggal, dia masih hidup, sihat Wal'afiat, raya haritu baru ja saya menziarahinya. Sebelah rumah saya pakcik Bakar ni dulu. Beliau yang jadi orang tengah jodoh ayah dan mak saya. Pakcik Bakar adalah jiran mak saya. Dan ayah saya mengajar di SMK Karak zaman 80-an. Jodoh di tangan Allah, arwah ayah khuruj di Lanchang, berjumpa dengan Pakcik Bakar. Dan Pakcik Bakar pun rekomenkan arwah ayah saya dengan jirannya. Maka berkahwinlah abah dan mak saya, dan sayalah zuriatnya. Hehe.

    Lagi, karkun-karkun sekitar lanchang yang sezaman awal 90an, Pakcik Jamil lakum dah meninggal. Geng-geng lakum macam Pakcik Mat Akhir, Pck Rahman Salman, Pakcik Aziz, Pakcik Atan masih ada. Pakcik Khamis Bukit Damar dah agak uzur sekarang ni. Raya aritu saya ada ziarahnya. Tuan tolong doakannya ya. Lanchang pun dah ramai karkun-karkun baru sekarang ni, berkat dari susah payah orang lama-lama macam tuan menjalankan usaha. Haji Arsyad syura Malaysia pun orang Karak kan.

    Itulah serba sedikit kalkuzari di Lanchang sepeninggalan Tuan. Semoga dengan kalkuzari ini dapat membantu mengimbau kenangan tuan era awal 90-an dahulu. Doakan orang-orang Lanchang dapat bangkit macam era tuan buat usaha zaman 80-90an dulu ya.

    Jazakallah juga atas doa tuan untuk walimah kami nanti. Tuan Musa, bolehkah saya nak buat satu permintaan. Sewaktu tuan sedang khuruj di Sri Lanka cuti nanti, tolong selitkan doakan hidayat untuk kami. Di celah-celah doa tuan terhadap umat itu. Lain khasiat doa tengah keluar dan doa tengah tak keluar. Jazakumullahu khairan Jazak.

    ReplyDelete
  8. Tuan Musa, silap Bukan Pakcik Jamil, maksud saya Pakcik Halim Lakum.

    ReplyDelete
  9. tahniah kak umu,semoga Allah merahmati kalian..doakan sy juga ^_^ nk tanya,umur kak umu berapa? =D

    ReplyDelete
  10. Salam umu,
    tahniah dari akak juga..
    semoga dgn perkahwinan ni,akan lahir bakal dai'e dan daiyah suatu hari nanti..insyaAllah..
    semoga bahagia,terus maju dalam usaha agama..:)

    ReplyDelete
  11. Jika jumpa geng Lakum, sampai salam saya pda mereka katakan Cikgu MUsa Sertik rindu sangat-sagat pd mereka semua. Jamil masa dulu tu muda lagi, abang halim meninggal saya tahu tapi Bakar saya ada dengar dia dah meninggal tapi kalau dehat alhamdulillah, arwah ayah anta saya rasa kenal, saya jadi panasaran(indonesia) untuk kembali melihat kawasan sertik,lakum,Mempaga, Lancang.satu lagi namanya Aki yg tinggal di Tanah Pemuda Klau jalan ke Raub, dia telinganya pekakkenal tak dgnnya, Pakcu Zali Bentong kenal lah dgnnya, Saya bgn Pakcu amat rapatlah masa tu kami buat usaha sama2 bersama Harun sertik habis pusing kawasan Bentong, karak,lancang dan semua Felda disekitar situ, masih segar nostalgia buat usaha disana, saya rasa sekarang dgn umur saya dan kesihatan yg kurang amat sukar untuk buat macam dulu. Ishak jika ada kesempatan cuba minta karkuzari dari Md.Akhir Lakum dia sangat rapat dengan saya. Saya rasa anta dgn saya semacam ada satu ikatan walaupun tak pernah jumpa kecuali dalam cermin maya ini saja.

    ReplyDelete
  12. Untuk Pengetahuan IKshak saya sekarang kat Kampong di Kuala Kedah, tepi laut dekat dgn terminal Feri Langkawi, kalau nak kelangkawi kereta boleh park kat rumah saya dan orangnya sekali boleh park juga

    ReplyDelete
  13. Bagi tau umu 2011 nisab saya 40h masturat bolehlah keluar sama-sama dgn saya ke IPB, dulu sudah pergi masturat di NIzamudin, ahlia saya sempat bait dgn hadraji Rah.tapi sudah lama 20 tahun dahulu, sekarang mahu renew lesen semula

    ReplyDelete
  14. Assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

    Subhanallah!

    Cinta dipucuk ulam tiba!!

    tanggal bahgia kita pun tak jauh bedalah, wahai kekasihku, Umu :D

    ternyata, dia-lah yang sering Umu kisahkan ya (ehem2.. )

    Semoga Allah SWT mudahkan persiapan lahir dan bathin utk Umu dan tuan Ishak, dan semoga Allah merahmati keduanya, amiin ya Allah

    hehe.. tentunya Umu pun sedang berbahagia menanti2 hari2 itu ya :D (just like me..hehehe)

    doakan na juga ya Umu :)

    ReplyDelete
  15. Salam pengantin baru. Moga menjadi manusia baik untuk manusia, mulia di mata Allah

    ReplyDelete
  16. Cikgu Musa,

    Iya, saya juga merasakan semacam ada satu ikatan yang kuat antara kita. InsyaAllah saya akan sampaikan salam tuan pada mereka apabila saya pulang kelak. Nanti saya akan minta kalkuzari dari mereka. Bukan orang lain dah Pakcik Mat Akhir tu pada saya, keluarganya dengan saya mempunyai hubungan yang rapat juga. Tahun ini kami berkesempatan dua kali keluar tiga hari bersama. Saya sendiri secara peribadi juga suka meminta nasihat khusus dari Pakcik Mat Akhir yang penuh hikmah itu. Beliau selalu dapat memetik dengan tepat apa yang patut dinasihatkan dari tiga kitab kesukaannya, Fadhail Amal, Ihya Ulumuddin dan Tanbihul Ghafilin. Bicara dan garapan bahasanya tersusun indah.

    Pakcik Bakar juga orang lama yang banyak berjasa merintis jalan usaha di Malaysia sejak zaman 70-an. Karkun Malaysia pertama di kalangan orang awam yang keluar setahun di jalan Allah. Seorang awwalin yang sangat berpengalaman dalam usaha jemaah jalan kaki era 80-an. Terlalu banyak saya dapat belajar hikmah darinya. Kalau tersalah susun bahasa walaupun sekecil-kecil perkara dengannya memang akan kena pancung, namun apa yang dikata itu merupakan seni dakwah yang sangat halus yang sangat berguna.

    "What Is Life?" juga adalah sebuah soalan yang pernah utarakan Pakcik Bakar kepada kami, karkun-karkun lanchang. Saya abadikan kata-katanya itu di blog saya. Soalan yang mempunyai jawapan dan tafsiran yang pelbagai. Dan saya suka jawapan cikgu Alias "I don't know what is life, but i know the real life is life after death." Allahu, terlau banyak yang saya nak kalkuzarikan pada cikgu sepeninggalan cikgu.

    Betapa saya generasi kedua karkun di Lanchang ini amat-amat merindui zaman keemasan kalian menjalankan usaha agama suatu masa dahulu. Jaulah di sana-sini, kalau ijtimak siap sewa bas untuk pergi ke medan ijtimak. Walaupun zaman itu saya masih kecil lagi, bak kata Pakcik Sahak bukit Damar, saya waktu itu masih anak-anak yang merangkak bermain dalam talam. Selalu saya melihat karkun-karkun datang menziarahi abah di rumah, dan ramai wanita-wanita berpurdah datang ke rumah berborak dengan emak. Mungkin cikgu Musa ada di antaranya. Dan suasana agama di Lanchang waktu itu sangat semarak. Di pekan, di pasar malam, tersyiar sunnah di sana sini. Kami generasi kedua mana dapat nak disamakan dengan orang lama, macam tak samanya kedudukan tabi'in dengan para sahabat r.hum.

    ReplyDelete
  17. Cikgu Alias cuti hujung tahun ini akan keluar ke Padang, Indonesia menyambut takaza penghantaran jemaah ke tempat yang ditimpa bencana Tsunami baru-baru ini bersama seorang lagi karkun Lanchang, cikgu Abd Rahman. Kalau ada rezeki, sempatlah cikgu Musa berjumpa dengannya di seri Petaling.

    Pakcu Ghazali Rasul tak perlu nak dikenalkan lagi, reputasinya dalam usaha agama di Malaysia dari dulu sampai sekarang kalah orang muda. Amir sap jemaah khidmat taam ijtimak dan jor. Sanggup berhenti dari kerja pegawai untuk mengabdikan diri dalam usaha agama. Kemana tempat dia merantau sama-ada cinta manis, benta, bentong dan sebagainya semua tempat beliau hidupkan usaha agama. Kesungguhannya susah nak ditandingi. Joss sejak zaman muda lagi, Pakcik Mat Akhir kalkuzari kalau Pakcu naik bas, bila tiba waktu solat, beliau akan tekan loceng di mana-mana masjid terdekat, tunaikan solat dahulu kemudian sambung dengan bas yang lain. Subhanallah. Menjaga amal sampai tahap itu.

    Seorang lagi Karkun Lakum kalau cikgu masih ingat Pakcik Mat Ali, beliau tak joss mana tapi masih steady, sekarang beliau berada di negara Bangladesh, sedang khuruj 4bulan di sana. Kesan dari usaha cikgu Musa dan rakan-rakan seangkatan cikgu dahulu, masjid Lakum sehingga ke hari ini sangat imarah. Zaman ini sukar nak cari masjid yang beratus orang dapat datang solat berjemaah setiap hari seperti masjid Lakum. Allahu Akbar! Allah beri hidayat berkadaran dengan usaha. Yang lain-lain yang cikgu sebutkan tu saya belum kenal lagi, insyaAllah nanti saya minta kalkuzari dari Pakcik Mat Akhir.

    Usaha agama bukan usaha perorangan, bahkan ini adalah usaha bersama, tidak ada yang hebat melainkan Allah. La haulawala quwwata illa Billahil 'Aliyil 'Azim. Setiap orang ada peranan dan sumbangan dari Amir sap sehinggalah kepada orang yang khidmat. Bukan untuk mengangkat orang perorangan, namun bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang. Yang baik tetap dikenang.

    Semoga apa yang dikalkuzarikan ini dapat mengubat kerinduan cikgu pada rakan-rakan cikgu ini, dan moga saya juga dapat mengambil iktibar dan membangkitkan semangat untuk semarak menjalankan usaha agama selepas nikah nanti.

    Semoga saya dapat berjumpa dengan cikgu Musa suatu hari nanti. InsyaAllah saya dan Umu akan berusaha membuat persiapan awal untuk keluar 40hari hujung tahun 2011. Mana tahu kita dapat keluar bersama dalam satu jemaah nanti insyaAllah. Doakan kami ye cikgu Musa. Jazakallahu khairan jazak.

    ReplyDelete
  18. err, tahniah eh..first time datang sini dan first time nak komen...

    barakallahu lakuma...

    semoga bercinta sampai syurga...

    tertarik nak komen sebab 26 dec ni gak hari tua saya..hehe

    ReplyDelete
  19. semoga Allah swt memberkati kalian berdua.... doakan buat ana juga dapat jadi ahliah untuk keluar masturat....semangat azam berkobar2 cuma Allah swt blum izinkan jadi ahliah...doa2kan....

    ReplyDelete
  20. barakallahulakuma

    Saya transit markas jerantut tahun 2000.. kuar 40 hari di pahang. Naik busnak sampai ke jerantut.. pening kepala, nak muntah..

    Tahun 2004 jumpa adik TG Nik Aziz (yg duk di jerantut )di Pakistan keluar setahun...

    ReplyDelete
  21. salam..

    lamanya akak xon9..

    tahniah kak for ur wed =)

    ReplyDelete
  22. Salam
    Akak masih ingat masa akak n abang sham attend walimah umu n sahak di belah sahak.... Bila tenguk kalian berdua, hati akak rasa gembira sgt. Lebih2 bila lihat kebahagiaan adik angkat akak tu yakni suami umu. Akak dah lama kawan dgnnya, dia dah macam adik akak. Dia jugala yg menjadi asbab akak berkawin dgn abang sham.... Rasa gembira sgt bila ishak dah berumahtangga ^_^.Salam
    Akak masih ingat masa akak n abang sham attend walimah umu n sahak di belah sahak.... Bila tenguk kalian berdua, hati akak rasa gembira sgt. Lebih2 bila lihat kebahagiaan adik angkat akak tu yakni suami umu. Akak dah lama kawan dgnnya, dia dah macam adik akak. Dia jugala yg menjadi asbab akak berkawin dgn abang sham.... Rasa gembira sgt bila ishak dah berumahtangga ^_^.

    ReplyDelete