Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Thursday, October 14, 2010

Buruk Baiknya Berkahwin Dalam Beragama (ii)

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah.... melihat tajuk di atas, sudah tentu pembaca dapat mengagak ada siri 1nye kan? Jika x mahu ketinggalan, boleh membacanya di sini..Buruk Baiknya Berkahwin Dalam Beragama (i)

Oleh kerana saya sudah berjanji dahulu jika saya masih berada di dalam "mood" yang sama maka saya akan menyambung kembali mengcopy paste apa yang tercatat di dalam kitab kimiya Assaadah karangan Imam Al Ghazali...

Alhamdulillah, makanya sekarang, saya menunaikan janji..hehee :)

Ini juga salah satu ikram saya terhadap adinda mardhiah yang begitu berminat sekali mengikuti tajuk ini walaupun bagi saya masa untuk dia di dalam bab2 perkahwinan masih jauuuhhhh...hihihiii.. sabar ye dinda :p


Kimiya AsSa'adah
(Kimia kebahagiaan)

Oleh : Imam AlGhazali




Buruk Baiknya Berkahwin Dalam Beragama (ii)

Selanjutnya, baiknya beristeri itu ialah ada orang yang akan menjalankan urusan rumah tangga, seperti memasak, membasuh, menyapu rumah dan lain-lain.

Jika lelaki sibuk dengan kerja-kerja itu, maka tidaklah cukup masa menuntut ilmu; menjalankan peniagaan, atau beribadah dengan sewajarnya. 
Kerana itulah Abu Sulaiman berkata,

"Isteri yang baik itu bukan saja satu berkat di dunia ini tetapi juga di akhirat, kerana isteri itu membuat fikiran lebih rehat dan tenang dan dalam keadaan itu dapat memikirkan hari akhirat."


Satu dari kata-kata Omar ialah;
"Selepas imam, tidak ada kebaikan yang melebihi isteri yang baik."


Berkahwin atau beristeri itu ada baiknya iaitu bersikap sabar dengan sifat-sifat perempuan, menyediakan keperluan-keperluan yang dikehendaki oleh isteri, dan membawa mereka ke jalan ugama, adalah bahagian-bahagian yang paling penting dalam ugama Islam.


Nabi pernah bersabda, 
"Memberi kepada isteri itu wang yang diperluinya adalah lebih penting dari memberi sedekah". 


*****


Suatu ketika, apabila Ibni Mubarak sedang menjalankan kempen peperangan dengan orang-orang kafir, seseorang daripada sahabatnya bertanya kepada beliau,

 "Adakah kerja yang lebih mulia dari perang sabir Allah?" 
jawab Ibni Mubarik, 
"Ya ada, iaitu memberi makanan dan pakaiann kepada isteri dan anak-anak sewajarnya." 


Seorang Wali Allah bernama Basyar Hafi berkata, 
"Ada lebih baik seorang itu bekerja untuk isteri dan anaknya, tidak hanya untuk dirinya sahaja." 


*****


Dalam satu Hadis ada dinyatakan setengah daripada dosa-dosa itu boleh dihapuskan oleh susah payah menyelenggarakan keluarga sendiri.

Diceritakan bahawa seorang Wali Allah telah kematian isteri. Beliau tidak mahu kahwin lagi walaupun orang menyuruhnya berbuat demikian. Kata beliau dia lebih mudah menumpukan fikiran nya jika keseorangan.

Satu malam beliau melihat dalam mimpi pintu syurga terbuka dan banyak malaikat turun. Mereka datang hampir dan melihat kepadanya.

Seorang mereka berkata, inikah dia orang yang mementingkan diri sendiri saja itu?" 
Kawannya menjawab,

"Ya inilah dia". 

Wali Allah itu takut hendak bertanya siapakah mereka yang dimaksudkan mereka itu. Kemudian seorang kanak-kanak lalu berhampiran dengannya. Wali Allah itu bertanya siapakah yang mereka maksudkan itu. Kanak-kanak itu menjawab,

"Engkaulah yang mereka maksudkan itu"
"Adalah hanya seminggu dulu amalan baikmu telah dirakamkan di Syurga bersama-sama dengan auliya Allah lain, tetapi sekarang nama engkau telah dipotong dari senarai nama-nama itu." 
 
Wali Allah itu bergoncang fikirannya. Apabila terjaga beliau pun bersedia berkahwin semula. 
 
Dari segala tersebut di atas itu, maka nampaklah betapa kahwin atau beristeri itu amatlah diperlukan. Buruk dan Kurang Baiknya Berkahwin.


==============================


Alhamdulillah.... sengaja saya berkongsi sedikit demi sedikit kandungan kitab ini agar mereka2 yang membaca (itu pun jika ada yang nak baca..huhuu) tidak keboringan @ dengan kata lain keletihan mata nak membaca setiap entry copy paste saya..hehee

InsyaAllah...lepas dari ini akan ada sambungan entry berkenaan tajuk ini yang ke iii, iv,v dan seterusnya mengikut kesukaan hati saya nak membahagikannya kepada berapa bahagian..hihii..

Kepada yang suka dengan entry ini...harap2 bersabar yee... x lari gunung di kejar! --> erkk..ada kena mengena ke?? hmmmm... :p
.

4 comments:

  1. Aslmkm..

    Selamat menjadi isteri yang solehah.. :-)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam wbt...

    amin..insyaAllah. Jazakallah ats doanya ye :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Bila hari brbhagia tu? InsyaAllah bbrapa bulan lg kot...

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam wbt kak..

    emm... Dengan izin Allah..minta doanya ye :)

    ReplyDelete