Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Saturday, October 30, 2010

Ayat cinta seorang dai'e..

Bismillahirrahmanirrahim...

InsyaAllah, mungkin ini entry terakhir saya ketika saya masih lagi bergelar "anak abah" sebelum bertukar status kepada "ahlia orang"..huhuu. Beza yang saya dapat lihat kat sini...insyaAllah pahala amalan akan di gandakan..hehee --> tu pun kalau jaga amal!!

Dan.. apabila tarikh perpisahan sudah semakin hampir..makanya putaran kenangan silam sejak saya di lahirkan, membesar, bersekolah pelbagai peringkat, memasuki alam kampus dan kehidupan sesudah itu semakin kerap datang berulang lagi dan lagi....dan lagiii..... sayuu betul.

Kiranya dapat saya putarkan masa, sudah tentu saya ingin kembali kepada jangka waktu umur 5 tahun dan ke bawah iaitu ketika arwah ibu masih hidup.. (al-fatihah)... -sungguh....memori yang terindah-

makanya nikmat untuk berkhidmat kepada ibu telah Allah tarik awal-awal lagi... namun Allah masih memberi satu lagi peluang pada saya untuk memberikan khidmat buat abah sebelum saya terbang jauh meninggalkan family... Sungguh..Allah itu Maha Rahman dan Maha Rahim..

Jadinya...ucapan buat abah....
"bah, nantikan kepulangan umu yee...siap sedia untuk berkhidmat! lalalaa" --> gaya macam x sabar nak kena basuh jerr..hehee. X kisah lah... selepas dari ini dah susah nak dengar 'bayan' abah ketika bersarapan, bersantai, berkebun, menguruskan halaman, menonton tv, dalam kereta dan mana-mana yang sempat la abah rasa nak zihin di zihinnya tanpa bertangguh..kikikiii. Abah jangan risau....kali ini umu akan cuba menumpukan 110% perhatian pada setiap butir bicara abah yee... janji!! InsyaAllah ~ ~

owh iye... oleh kerana tajuk entry berbunyi "ayat cinta seorang dai'e".. makanya di sini saya ingin berkongsi sesuatu dengan bakal-bakal ahlia dan juga kepada yang sudah pun menjadi ahlia kepada seorang dai'e illallah....

Semoga ada manfaat.....


***********************************************


Sayangku.....
Ketahuilah bahawa.. abang juga menahan kerinduan...
Di kala kaki ini melangkah khuruj fisabilillah...

Bukannya abang tidak tahu sayang sedang kesepian.. Abang memahami perasaanmu sayang. Di saat abang meninggalkan sayang menuju ke jalan Allah, rintihan kesakitan sayaang suarakan. Namun abang adukan kegelisahan hati abang terhadap sayang pada yang Maha Kuasa.

Sayang, abang cintakan sayang sepenuh hati abang.

Namun, ada waktunya abang perlu kehadapankan cinta Allah, Rasul dan jihad di jalanNya melebihi segalanya. Abang ada tanggungjawab untuk ummat juga. Mereka dan keluarga mereka juga berhajatkan kebahagiaan dunia dan akhirat seperti yang kita dambakan. Mereka juga dahagakan hidayat.

Sayang, abang tahu berat yang sayang rasa. Tapi yakinlah Allah tidak akan sia-siakan kerinduan yang sayang tanggung. Pengorbanan perasaan adalah sumbu bagi pelita hidayat yang amat terang. 

Sayang, bagaimana agaknya hati-hati sahabiah r.ha yang suaminya berbulan-bulan tidak balik. Bagaimana kuatnya hati-hati sahabiah r.ha yang suaminya bertahun-tahun keluar di jalan Allah. Dan apa pula perasaan yang di tanggung isteri Zaid r.hu, Ja'afar r.hu  dan Ibn Rawahah r.hu tatkala menerima perkhabaran dari medan Muktah. Bagaimana kehidupan para sahabiah yang suaminya selalu berjauhan demi hidayat untuk kita. Bagaimana penghulu wanita syurga, Fatimah Az-Zahra membesarkan cucu-cucu kesayangan Baginda SAW tanpa ada suami kesayangan di sisi. 

Sayang, abang ingin sayang di bangkitkan bersama mereka. Untuk itu, abang kena rela meninggalkan sayang untuk seketika. Abang tahu air mata sayang sangat mahal harganya. Namun abang rela melihat air mata sayang tumpah di dunia ini kerana agama kerana abang tidak sanggup melihat air mata sayang menanggung penyesalan di akhirat kelak.

Sayang mesti hidup dan mati dengan penuh kemuliaan. 

Percayalah, deritanya tidak lama kerana akhirnya akan di bayar dengan kebahagiaan. Kita meneguk hidayat adalah dari asbab pengorbanan para sahabat r.hu. Kita juga  mesti sediakan  agama yang subur kepada anak cucu kita. Sayang, kita adalah golongan yang telah Allah muliakan dengan Islam. Jika kita mencari cara lain selain Islam, kita pasti di hina. 

Sayang, abang mahu tatang sayang seperti menatang minyak yang penuh.
 
Sayang adalah segala-galanya bagi abang. Sayang adalah pendamping abang di kala waktu susah dan senang. Juga sayang adalah teman kesayangan abang di medan pengorbanan ini. Bila sayang rindukan abang, kirimkan saja untaian doa-doa berharga dengan hati yang penuh pengharapan pada Allah untuk abang. Kerana itu lebih bernilai dari segalanya.

Sayangku...
Sayang perlu belajar untuk menjadi seorang karkunah yang penyabar kerana dengan itu membuatkan abang  rasa berbangga dengan sayang. Hilangkan kesedihanmu kerana sayang juga perlu tahu bahawa abang juga sangat rindu dan mencintaimu...."


**********************************************


Ya Allah, kiranya aku ini tidak dapat membantu perjuangan suamiku... maka janganlah pula kiranya aku ini membantutkan langkah perjuangan nya di jalan Mu.
Ya Allah, pelihara lah zuriat keturunan kami dalam agama Mu..




~ "dia yang memetik bunga pada musim bunga...mengadu tentang ketidak cukupan tangan" ~
Allahuakhbar..
.

28 comments:

  1. salam,
    amboi umu....siapakah dia d hujung warkah ini? [soalan yg sbnarnya dh dpt diteka jwpannya]

    ReplyDelete
  2. wasalam.......
    Abah.......abah....abah..ni tgok kak umu ni....dia x sabar nak tinggalkn kita lah bah..rotan dia bah...zihin sampai ke pagi pun xpe...ngehh.ngehh.:(
    humm.....hi3.....

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam wbt CS..
    Uhukk..uhukk... ( batuk yang sudah tahu maknanya ~ )

    ReplyDelete
  4. owh adinda ku syg....

    x perlu la dinda menunjukkan ekspresi yg begitu sekali...jelas kepura-puraannya. kanda tahu tentu saja dinda sedang bergumbira sekarang kerana x sabar2 nak mengaut segala kasih sayang ayahanda dari kanda kn.kn..?? hahahaa.. :p

    jgn harap!!-> ayat kejam ckit :D

    ReplyDelete
  5. hoh...hoh...hoh....---->>gelak jahat tp x heran..=D

    ReplyDelete
  6. salam.

    Seperti kukenali siapakah gerangannya.

    ReplyDelete
  7. dinda..

    kanda balass...lalalalaaa ~ --> tanda kanda senang hati atas kejelesan dinda..hahaa :p

    ReplyDelete
  8. Waalaikumslam wbt kak aliaazuan :)

    klu akak kenal...shhhttt.. diam2 tau..hihii :)

    ReplyDelete
  9. salam mana menghilang bisikan masturat..tanda2 menyerah sebelum berjuang...

    ReplyDelete
  10. Waalaikumsalam wbt..

    huhuu..sapa yg sedang menyerah ni? saya x ngaku~ sebb saya tak turun lagi ke medan perang.hihihii :D

    *adoi..ntah sapa nye warkah tu..x pasal2 saya yg kena pancung..isshh!

    ReplyDelete
  11. salam..

    mmg best sgt2..zai, ayu kasi A++++++.....

    ReplyDelete
  12. Salam,apa khabar tuan blog,harap dlm keadaan sihat dan ceria,maaf kerana lama tidak mengomen di sini kerana baru balik tashkil...doa kan sy..(jemput baca entry terbaru sy di blog sy..)

    ReplyDelete
  13. Waalaikumsalam wbt Zai, Ayu dan ank pendg :)

    Amboi...ape yg best sgt tu sampai dapat A? hehee..
    iye..semoga dpt jd peringatan pd kita semuaa yee :)

    Semoga ank pendang sentiasa di pilih Allah.. doakn utk sya juga.

    ReplyDelete
  14. rasa mcm kenal gambar 2..xsilap pernah kluar sklai ngan dia..

    ReplyDelete
  15. owhh...gambar tu saya ambik di salah satu laman sosial. sebabkan pakaiannya mirip2 pakaian sunnah, maka dengan niat nak sebarkan syiar maka saya jadikannya model untuk entry kali ini..hehee

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.
    tulis sendiri ke warkah tu?
    hee,cerita lucu sorang maulana setahun,

    tak brp lama lepas kawen, ada taskil 40h,..
    dalam 40h asik tengok hp je,hihi

    nice

    ReplyDelete
  17. Salam.
    Ha ha ha.
    Peewit peewit lagi.
    Letak gambar siap.
    Peewit peewit.
    :D

    ReplyDelete
  18. salam.....
    ----->>kak umu,napa dinda x taw walimahnya di masjid???aishhh....dinda kena tukar plan la jawabnya......(bila rasa gembira tepuk tangan!!pap!pap!pap!)-->>Astaghfirullah=)

    ReplyDelete
  19. salam...sorry lambat..bizi kak...:(

    hehe,tahniah...best le...doakan saya jugak ek..hihihi

    semoga Allah berkati kalian berdua,cepat2 dapat baby...jadikan mujahida/mujahidah~ heheheheh :P

    wassalam...may Allah bless~

    ReplyDelete
  20. tahniah kepada ustaz sahak....



    >dr Fadhil, MFI

    ReplyDelete
  21. Buat semua..

    Assalamualaikum...

    Ibnu Mutalib,
    huhuu..tidaklah saya pandai mengarang ayat yang sebegitu. jadinya warkah tersebut bukanlah hasil penulisan saya :)

    Bijen M,
    amboi...terasa ciri2 kejelesan di situ..haha :p

    Adinda,
    masih dalam mesyuarat... perancangan terawal begitulah. kita tunggu mesyuarat yang seterusnya bakal menyusul raya haji ni ye..sabarrr :)

    Azharjaafar,
    Alhamdulillah..teka teki yang sudah pun terjawab. Minta doa tuan ye untuk kami :)

    Baya,
    Amin..amin..amin Ya Allah. iye, semoga urusan baya di dunia dan akhirat juga di permudahkan... jazakillah atas doanya. :)

    Fadhil MFI,
    Kenalan kepada ustaz ye? jazakallah ye. minta doanya :)

    ReplyDelete
  22. assalammualaikum...........alia ridwan di sini merangkap kakak umu........aii..adik ku sayang semoga menjadi isteri yg solih.jgn cepat merajuk lagi tau......

    ReplyDelete
  23. ohhhh......kak wangiku!ada disini juga kamu??
    ha ha ha
    hebat..hebat...
    betul tu..kak umu jangan merajuk-merajuk lagi taw
    (",)

    ReplyDelete
  24. Aslmkm

    Bro Azhar Jaafar, :)

    Fadhil MFI, Jazakallah. Moga enta dan ahlia enta yang sangat luas pengalaman dalam menghidupkan usaha masturat di kampus itu juga makin semarak menjalankan usaha agama di seberang lautan sana.

    ReplyDelete
  25. Salam
    bila baca warkah tu, tak sedar ada air yang mengalir di birai mata T_T..... Sedihhhh...... Ni klu baca time suami khuruj lg sedih.... Tringat saat abg sham khuruj 40 hari, masa tu kami baru setahun lebih nikah... Masa abg sham nak melangkah tu, air mata tok sah citer la.... Kesunyian n kesepian x dapat digambar. Tp bila tringat ganjaran isteri yg ditinggalkan maka jd legaSalam
    bila baca warkah tu, tak sedar ada air yang mengalir di birai mata T_T..... Sedihhhh...... Ni klu baca time suami khuruj lg sedih.... Tringat saat abg sham khuruj 40 hari, masa tu kami baru setahun lebih nikah... Masa abg sham nak melangkah tu, air mata tok sah citer la.... Kesunyian n kesepian x dapat digambar. Tp bila tringat ganjaran isteri yg ditinggalkan maka jd lega

    ReplyDelete