Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, September 26, 2010

Hari-hari yang di Raya kan... :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. dapat juga mengupdate blog setelah sekian lama mencari ruang masa untuk berbuat demikian. Makanya pada pukul 0132 am.. entry ini mula di karang..huhuuu <--- sesuai sungguh jika di gunakan masa2 sebegini untuk bertahjud..uhuk..uhukkk..

Sebelum saya mula berkalkuzari berkenaan program sepanjang syawal saya bersama keluarga.. adalah lebih manis kiranya saya mulakan dengan ucapan selamat.. :)


comei sungguh!

Walaupun sekarang kita sudah masuk syawal yang ke 16, dan rata2 sebahagian kita (tidak termasuk saya..huhuu) sudah berjaya menunaikan puasa 6...namun masih tidak terlambat buat saya menghulurkan kata-kata maaf kiranya sepanjang saya berblog, ada penulisan2 saya juga gurauan saya yang tidak menyenag kan hati serta menguris2 hati sanubari anda... mohon di maafkan khilaf yang ada ye... :)

(Perasan pula banyak wat salah....minta di maafkanlah insan yang bernama umu anisah ni yeee)

 
**********


Kebiasaannya... jika di negeri sembilan...sehari sebelum raya, kami menyebutnya "mantai raya". Makanya, jika di lihat di kampung saya...time mantai tu... sangat sibuk lah penduduk kampung ke hulu ke hilir sedaya upaya mencari kelengkapan untuk beraya. Pada kebiasaannya bab makanan lerr... mana nak cri ayam dan itik untuk di sembelih, buluh wat lemang, kelapa utk rendang, kayu api untuk memasak serta 1001 rempah ratus lain yang di perlukan untuk penyediaan berbagai juadah di pagi raya.. <--- memang memenatkan!!

Itu tidak lagi termasuk agenda mengecat rumah di saat2 akhir, menukar langsir dan tirai, membersihkan halaman dan 1001 aktiviti yang tiba2 wujud dan sengaja di wujudkan sekali dalam setahun... <--- sesungguhnya ia satu penyiksaan yang cukup terancang...!hahaa..
 

**********
 

Alhamdulillah, sambutan raya bagi keluarga saya bertambah2 meriah apabila kami mengadakan 2 majlis pertunangan dan 1 merisik pada syawal ke 5 dan ke 9 (waahh..memang kepenatan la abah saya..huhuu.eh x , kami selaku askar2nya pun penat gak sebab tenaga kena kerah siang dan malam..heheee). Tahniah kepada mereka2 yang di tunangkan dan juga yang dirisik...heheee. Semoga ikatan yang di bina mendapat redha Allah swt dan seterusnya di permudahkan untuk hari akadnya nanti. amin..
 
 
 -Hadiah untuk insan yang mulia dalam menjelaskan Hukum Darah Wanita-

secara kebetulan, 3 orang yang diraikan telah mendapat hadiah kitab di atas dari bakal pasangan masing2..hehee

Wahai wanita solehah..
Jangan di risau akan jodoh mu 
kerana muslimin yang bijaksana 
tidak akan hanya terpaut pada kecantikan, 
lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda, 
atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. 
Telah tercatat seungkap nama lelaki di luh mahfuz untukmu. 
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu, 
jika kau tetap di atas jalan yang di redhai, 
insyaAllah si dia turut di atas jalan yang sama...

* yang atas tu bukan kata2 saya..entah sapa punya kata2..saya pinjam ajee...huhuu


**********
 
 
 
hmm...okey, dah tahu antara fadhilat puasa 6 kan? jadi jom bersama2 saya menghabiskan puasa 6 ini dengan jayanya.... huhuu. Kalau yang baru pulang ke bandar @ rumah sendiri, pasti sibuk berkunjung menziarahi jiran tetangga dan memenuhi undangan rumah terbuka sampai x sempat2 nak berpuasa 6 kan? jadi saya syorkan (setelah melihat pengalaman sendiri hingga ke syawal 17)... elok kita penuhi jemputan tersebut pada malam hari kerana nak menunggu hari yang kosong tanpa undangan sehingga habis syawal pun x nampak mana tarikh yang x bertanda....huhuuu murah rezeki betul!


**********

Dan kepada yang akan meneruskan perjuangan di rantau orang.. saya ada pantun buat anda :

Anak muda memetik gitar
Sambil menyandar di pohon kelapa
Walau keseberang laut anda di hantar
Orang yang di tinggalkan jangan di lupa

* ntah pada sapa saya tujukan..huhuu. tiba2 lagu dari kumpulan The zikr berjudul Perantau tergiang2 di telinga....sayu betul hati ni.. ---> sampai nak mengalir air mata tuuu..huhuu. 

InsyaAllah..saya nak g nangis dulu... sehingga bertemu lagi ye....Assalamualaikum :)
.

24 comments:

  1. salam kak,
    kt kelantan kte pggl malam raya sebagai raya eve.hehe..
    Slamat hari raya kak.. spe yg d risik tu kak? dan spe pula yg brtunang?heee...
    murah rezeki abah akak dpt menantu 3 skali gus nnti.hehe...
    maaf zahir batin juga... =)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam wbt zai..
    owh..kelantan pun ada ye dia punya term yg tersendiri..ingtkn n.9 jee..hihi
    emm..ada la tu yg bertunang dan dirisik.. sapa suruh abah akak ramai anak daranya...kan dah pening kepala nak sambut bakal2 menantu..wawawaa :D

    ReplyDelete
  3. Salam alaik.
    Wahh.
    Suka ni,

    "Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu, jika kau tetap di atas jalan yang di redhai, insyaAllah si dia turut di atas jalan yang sama..."

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam wbt Bijen M...

    haa..bdk2 zaman sekrng, klu bab2 mcm ni suka la dia.. g belajar bg habis dulu..hehee :p

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Lama la tak nmpk kat taklim. Ingatkan tunang ke apa ke...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam wbt..
    aik..bila masenye akk penah nmpk umu di taklim? ni yg pelik nii... ayat akak atas tu semacam jerrr...huhuu

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Takde pape...sajer kasi suspen. heeeee..:)

    ReplyDelete
  8. hahaa...ada2 aje akak ni. suspen akk menjadi lerr :)

    ReplyDelete
  9. salam.......akhir2 ni lagu the zikr~~perantau dah familiar...d FB juga ada saudara y letak lagu ni.......mksdnya sungguh mendalam....subahanallah

    ReplyDelete
  10. Waalaikumsalam wbt ya adinda ku sayang..
    iye ada sebelum ni kanda letakkan liriknya di salah sebuah entry blog. mula kenal dengan lagu ni bila seorang teman cuba membandingkan lagu yang kanda suka "sunnah orang berjuang" dengan lagu "perantau" ni. hakikatnya keduanya berkaitan dengan perihal orang yang kuar berdakwah :)

    ReplyDelete
  11. Salam.
    Ceh.
    Ha ha ha.
    Maksud saya orang perempuan zaman sekarang ni bajet nak kahwin dengan laki baik-baik supaya dapat didik dia.
    Padahal sendiri tak mahu didik diri sendiri.

    Sebab tu suka "Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu."

    ReplyDelete
  12. Waalaikumsalam wbt...
    hihihiii...amboi2, nampknya ramai tu pempuan yg dtg minta tn didik mereka ye?? x pe, nasihatkn mereka dengan hikmah..sebab kuota tn pn 4 jer...x leh ramai2 sgt..hahaha =P

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. salam ummu.
    nasihat nenek...

    wahai ummu bunga suntingan
    indah mekar dari jambangan
    walaupun sudah jadi tunangan
    jagalah hati dan perasaan

    ReplyDelete
  15. Sambil menyandar di pohon kelapa,
    Sedar tak sedar dah gelap gelita,
    Teringat teman teringat saudara,
    Teringat kasih teringat cinta.

    Adat orang merantau malam,
    Berpandu lampu menyuluh jalan,
    Adat orang menjunjung Islam,
    Kena sanggup lakukan korban.

    Dagang seorang di rantau orang,
    Tiada teman tiada saudara,
    Yang ditinggal lagi dikenang,
    Janganlah sedih janganlah duka.

    Tinggal di bumi yang kontang cinta,
    Tentu sahaja tak lama di sana,
    Asik terkenang yang jauh di mata,
    Sampai musim pulanglah ia.

    ReplyDelete
  16. Buat adinda ku..

    nape di removed kata2nye dinda..huhuu :p

    ReplyDelete
  17. Buat nenek...

    Waalaikumsalam wbt nek..
    Jazakillah ats nasihat nenek..

    Pahlawan silam handal berpedang
    Pedangnya indah halus buatan
    walau apa jua gelaran yang di sandang
    Allah dan Rasul jadi keutamaan :)

    ReplyDelete
  18. Buat Ishak Zaini..

    huhuu..dah mcm pertandingan berbalas pantun la pulak..x pe, insyaAllah saya beli..hehee

    Teringat teman teringat saudara
    Teringat kasih teringat cinta
    Usah la tuan berduka lara
    Kehidupan akhirat jadikan cita-cita

    Adat orang menjunjung Islam
    Kena sanggup lakukan korban
    Mari di kaji sejarah silam
    Sunnah Rasul ada kejayaan

    Yang ditinggal lagi dikenang
    Janganlah sedih janganlah duka
    Nasihat tuan hatiku tenang
    Walau dalam bentuk seloka

    Asyik terkenang yang jauh di mata
    Sampai musim pulanglah ia
    Bila jauh kurang sengketa
    Jadi ruang rindu berbunga :)

    owh.pandai juga rupanya sya berpantun..perasan! hahaha :p

    ReplyDelete
  19. Buah cempedak di luar pagar
    Buah keranji dalam perahu
    Pisang emas dibawa belayar
    Err.. Selamat Hari Raya Kak Umu!

    dan

    Tahniah!!

    ReplyDelete
  20. Salam.
    Hish.
    Mana ada.
    Saya tak baik mana pun.
    Saya cakap secara general.
    Heheh.
    Tak laratlah ramai-ramai sampai 4.
    Ho ho ho.

    ReplyDelete
  21. Buat Asma'

    owh.. kak umu kena berpantun juge ye baru la adil kn?hehee

    Sunnah Rasul memberi hadiah
    Asbab hati bertambah kasih
    Ucapan selamat juga tahniah
    Buat Asma berhati bersih :)

    Jazakillah Asma'

    ReplyDelete
  22. Buat Bijen M..

    Hehee.. iye saya tahu..saje saya gurau. InsyaAllah nanti saya sampaikn kat sape2 yg berkenaan.. :)

    ReplyDelete
  23. Baru lah nenek tahu pantun tu untuk sape....

    ReplyDelete

  24. Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'

    ReplyDelete