Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Friday, August 6, 2010

Buruk baiknya berkahwin dalam beragama (i)

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya hendak pulang ke kampung malam ni...InsyaAllah, minta doa semua ye agar urusan saya di permudahkan Allah swt....

Saya juga sebenarnya ingin mengisi sesuatu di dalam blog sebelum saya berangkat pulang. Hendak meninggalkan bekalan.. Tapi saya sendiri keliru .. Hendak tulis apa ye..

Bila dah taip dan jari jemari pula rancak menari di atas huruf2 yang berterabur ni..tiba2 salah satu jari saya menekan "backspace" tanpa henti sehinggalah semua penulisan saya padam kecuali ucapan bismillah di atas...

Nampak sangat fikiran saya sedang menerawang jauh..entah di fikirkan apa..
Jadi..saya mengambil keputusan untuk meng"copy" paste kan apa yang ada di dalam laptop ke dalam blog. Jimat masa sungguh!!

Sebenarnya tidak juga...ambil masa juga saya nak mengedit..huhuu

Makanya ..kitab ini yang menjadi pilihan saya....

(sangat panjang...tapi jika ada yang merasakan dirinya sedang bersangkut paut dengan tajuk tersebut, saya pasti dia akan membacanya dari satu patah ke satu patah perkataan yang lain..dengan izin Allah!)

Kimiya AsSa'adah
(Kimia kebahagiaan)

Oleh : Imam AlGhazali





Buruk Baiknya Berkahwin Dalam Beragama

Nikah kahwin memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Perkara inilah diperhitungkan dalam hidup beragama segala buruk baiknya hendaklah dikira.

Memandangkan bahawa Allah ada berfirman seperti termaktub dalam Al-Quran iaitu

"Tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah,"

maka baiknya berkahwin atau beristeri itu ialah;

Pertama;

Dengan itu hamba-hamba Allah akan bertambah ramai. Golongan Alim ulama ada menyatakan iaitu menjalankan tugas-tugas beranak isteri itu lebih baik dari menjalankan ibadah-ibadah sunnah.

Kedua;

Nikah kahwin itu ada baiknya, seperti sabda Nabi iaitu doa anak-anak itu akan memberi faedah kepada ibu bapanya, apabila ibu bapa itu meninggal dunia; dan anak-anak yang meninggal dunia sebelum ibu bapanya akan memberi pertolongan atau syafaat kepada ibu bapa mereka di hari perbicaraan di akhirat kelak.

*****

Sabda Nabi, "Apabila seoramg anak disuruh memasuki syurga, anak itu menangis dan berkata, "Saya tidak akan masuk tanpa ibu bapa saya.

" Diriwayatkan bahawa satu hari Nabi memegang tangan baju seorang lelaki dan dengan keras menariknya kepada dirinya, sambil berkata, "Beginilah anak-anak kecil menarik ibu bapa mereka masuk ke syuga".

Sambung baginda lagi, "Anak -anak berkumpul di pintu syurga dan mereka berteriak memanggil ibu bapa mereka sehingga ibu bapa mereka yang di luar itu disuruh masuk ke syurga bersama mereka."

*****

Adalah diriwayatkan iaitu seorang Wali Allah yang membujang bermimpi tentang hari perbicaraan di akhirat.

Matahari hampir benar dengan bumi, dan manusia kehausan yang amat sangat. Sekumpulan anak lelaki pergi ke sana dan ke mari memberi air kepada orang-orang yang dahaga itu. Air itu terisi dalam bekas-bekas emas dan perak.

Apabila Wali Allah itu meminta sedikit air, permintaan tidak diperkenankan. Seorang daripada anak-anak itu berkata kepadanya, "Tidak ada anak tuan di sini". Setelah ia terjaga dari mimpi itu, ia pun terus membuat persiapan untuk kahwin.

Ketiga;

Satu lagi baiknya beristeri itu ialah melegakan fikiran tatkala duduk bersama bersenda gurau dengan isteri itu dan ini merehatkan fikiran setelah berpenat lelah menjalankan tugas-tugas ibadah.

*****

Setelah berehat itu bolehlah kembali beribadat dengan semangat yang baru. Bahkan Nabi sendiri, apabila baginda terasa berat dengan wahyu yang diturunkan kepadanya, akan berkata kepada isteri baginda Aisyah, 
 
"Bercakaplah denganku! wahai Aisyah; bercakaplah denganku!" Setelah berbual bersama dengan isterinya itu baginda mendapat kekuatan menanggung beban wahyu yang baru pula. Oleh sebab yang sama juga, beliau selalu menyuruh Bilal berazan dan kadang-kadang baginda menghidu bauan-bauan yang harum wangi.

*****

Telah masyur sabda beliau, "Saya cinta tiga perkara dalam dunia ini, iaitu bauan-bauan yang harum wangi; perempuan; dan kelazatan dalam senbahyang."

Satu ketika Umar bertanya kepada Nabi; Apakah perkara dalam dunia ini yang sepatutnya dicari, baginda menjawab, "Lidah yang sentiasa menyebut nama Allah, hati yang bersyukur, dan isteri yang beriman."


*****

hmmm....penat dah mengedit, masa amat mencemburui saya.. jadinya saya harus segera berkemas untuk pulang ke kampung malam ni...

InsyaAllah.. Saya akan kembali menyambung sebahagian lagi kandungan artikel ini di entry akan datang ye..
Itu pun jika saya masih berada di dalam "mood" yang sama..huhuu

Walau apa pun saya minta...

Doakan urusan saya di permudah kan Allah SWT yeee..
- amin -
.

18 comments:

  1. nak jadi isteri mcm tu juga nnti =)

    ReplyDelete
  2. dinda............
    berkahwin dalam beragama?...........i'm still 21..and i dont mind at all since i love kids=)........kawen bukan perkara mudah kanda...bukan mcm penulisan y bo kanda padam2 bila x berkenan....perkahwinan tu..bagi dinda penyatuan bukan setakat 2 jiwa...tp keluarga..betapa banyak hati2 y akan disatukan melalui perkahwinan......makanya...menurut dinda...mulakan 1 langkah y bijak dgn strategi dan azam y kukuh....manusia selalu melakukan sesuatu dgn sebab....pastikan penyatuan itu sesuatu hakikat y manis untuk ditempuhi sepanjang bergelar zaujah=)---->>Jodoh itu rahsia Allah swt........salam aleik

    ReplyDelete
  3. Kahwin satu amanah dan pada masa yang sama merupakan ujian.

    Contohnya ialah Ujian kesabaran dengan kerenah isteri/suami..kerenah anak2..kena yang jenis menangis malam2...Time anak sakit...tak tido malam ler..

    Dan juga Syaitan tak suka tengok pasangan berkahwin happy sentiasa.... macam2 jarum di cucuknya... melalui isteri..lagi mudah...

    Bila tidak berdepan dengan situasi sebenar kita tak akan tahu... Kahwin baru tahu... (Jadi Cik Umu kahwin dulu....hehe)

    satu contoh macam mana Azazil (Panggilan asal sebelum Iblis di laknat). Iblis laknatullah ni sebelum di laknat merupakan ketua para malaikat..hebat lah amalannya... tetapi pada ketika itu ia tidak di uji..

    Tetapi apabila Allah perintahkan sujud (hormat) pada Nabi Adam a.s.... Maka terzahir sifat Iblis laknatullah yang sebenarnya... Ingkar dan takabbur... Iblis laknatullah berkata aku lebih baik dari Adam..

    Orang boleh mengajar bab sabar..di surau/masjid... keluar masjid selipar baru beli kena curi... tak ingat dah bab sabar duk syarah tadi... celaka! siapa yang curi..

    Berdepan dengan situasi..baru tahu..

    Nak lagi... time bila buat ghast umumi ke... khususi ke... pergi rumah ke rumah berjumpa dengan pelbagai jenis manusia... ada yang suka...ada yang marah...ada yang kondem...

    Mulut semua boleh cakap. teori2 semua boleh hafal... bab kahwin ke... bab sabar ke.. bab apa2 pun.... Ujian dia..bila berdepan dengan situasi dan keadaan sebenar...time tu boleh tahu keadaan iman masing2...ada sifat ke tak dak sifat...

    sekian sekadar luahan yang dhoif..

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  4. Anonymous,

    uhuk..uhukkk

    *****

    November Zulu,

    same ler..tapi masih x yakin..huhuu

    ReplyDelete
  5. Adinda...

    Waahh..wahhh..macam x caya je kan dinda bercakap tentang perkahwinan. Dinda dan kanda sendiri tidak pernah melaluinya.. Jadinya situasi kita agak kesamaran di situ..huhuu

    Bagi kanda pula...istikharah dan mesyuarat tu penting... itu adalah langkah pertama dan yang utama..kan..kan?? hehee

    ReplyDelete
  6. Musafir,

    emm..Jazakallah atas peringatannya (emm..ni cakap berdasarkan pengalaman ye?)

    Cara nasihat macam x mahu bagi kawin jee..hehee. gurau!

    Rasanya (bukan rasa..tapi wajib!) method try and error yang biasa saya gunakan x boleh di aplikasikan dalam bab perkahwinan kan..bahayaa..huhuu

    Jadinya saya sedang menunggu nasihat2 yang boleh menaikkan jazbah untuk berumah tangga.. Pasti ada yang tahu formula yang sesuai untuk menyeimbangkan rumusan rumah tangga bahagia mengikut acuan sunnah.. jika ada, silakan berkongsi..huhuu :)

    ReplyDelete
  7. Pengalaman yang dilalui mengandungi hikmah yang ditentukan oleh Allah swt apabila kita redho dan sabar..apabila kita fikir dan tafakkur atas kejadian yang berlaku...

    Mesyuarat dan istikharah..supaya Allah bantu.
    Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

    try n error... biar berdasarkan ilmu lah.

    Tak apa cik umu baca buku dan cedok dari jemaah.. kan cik umu suka nusrah jemaah..banyak pengalaman dah tu..

    Biasanya anak2 ni akan terikut asuhan/tarbiyah dari mak ? Setuju cik umu?

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah permudahkan urusan jodoh cikmu.. amiin ya Rabbal 'alaminn.. :-)

    ReplyDelete
  9. Musafir,

    ermm...soalan terakhir tu saya setuju insyaAllah..huhuu
    Dan maknye pula akan terikut asuhan/ tarbiyah dari ayah anak2nya... setuju tn musafir?

    Makanya kepada si Pengembala...@ yang sedang mempersiapkan diri menambahkan gembalaannya, harus bersiap sedia serba serbi kerana kelak dia akan di tanya perihal gembalaannya...

    Adakah saya sudah bersedia?? huhuuu

    ReplyDelete
  10. Tuan Ishak,

    ermm.... saya amin kan doa nye..huhuu
    Amin..amin..amin..Ya Rabb..
    Moga doa tuan maqbul di sisi Allah swt. Jazakallah ye..doa la lg dan lg :)

    ReplyDelete
  11. salam...
    insyallah moga dipermudahakn dn d percepatkn..
    amin..doa utk sy jg yer...hehe

    ReplyDelete
  12. sudah mudah sangat tu...semoga di beri kekuatan untuk menempuhinya...

    ReplyDelete
  13. Zai,

    Waalaikumsalam wbt.
    ermmm...Jazakillah atas doanya..huhu
    InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan dunia wa akhirah kita semua. amin.

    *****

    Pianed,

    Apa yang mudah tu? hehehee
    iye..Jazakallah atas doa dan usaha tuan selama ini :)

    ReplyDelete
  14. salam..

    InsyaAllah nnti dpt la jodoh yg baik tu...

    ReplyDelete
  15. Waalaikumsalam wbt

    Allahuakhbar, bila umu masukkan entry bab pernikahan..semuanya mendoakan yang baik2 untuk umu berkenaan hal jodoh..
    kalau macam tu..lepas ni umu nak masukkan entry bab harta dunia...mesti lepas ni ramai yang doakan umu cepat jadi kaya kan...haha..

    Walaubagaimanapun...jazakumullah atas doa semua ;)

    ReplyDelete
  16. dinda dah bau2 nasi minyak ni............ahaiiiii.........=)....

    ReplyDelete
  17. owhh..iye ke dinda? nape kat sini kanda terbau2 nasi ambeng ye?? hikhik :p

    ReplyDelete