Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, July 4, 2010

Cerita cintaaa......!! Dasyhat sungguh.

Bismillahirrahmanirrahim....

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata,

"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
 
Berkata Nabi Isa a.s,
"Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi,
"Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, 
"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." 

Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata,
"Aku ini Isa a.s."

Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, 
"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia. 
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.



************

Rasulullah S.A.W telah bersabda,
"Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

***********

Soalan saya yang....
Pertama : Jarrah tu ape ye?

Kedua :  Jika nak di buat perbandingan... keadaan saya x sama langsung dengan pemuda kat atas tu... jadi adakah maknanya......??? 

Ketiga :  Apakah keadaan anda sama @ sipi2 serupa dengan keadaan tersebut? 
kalau iye...beruntungnya anda...huhuuu
 .

10 comments:

  1. syukran..boleh saya post kan kat blog saya...

    ReplyDelete
  2. Jarrah tu lebih kurang anai-anai kot.
    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  3. owh..anai2 ke.. Jazakallah ye :)

    ReplyDelete
  4. Salam umu,
    Ummi pun pnah baca citer ni, jarrah tu sebenarnya zarrah, dalam bahasa sains atom...
    Wallahualam.
    Tak tahulah yek cinta kita pdNya mungkin setgh zarrah dari zarrah pemuda tu, atau mgkin xde lgsung...astaghfirullah...tapi husnuzhon lah juga...saya cinta Allah tapi saya belum ada kekuatan untuk memaparkan cinta saya dalam bentuk amalan spt pemuda tadi...
    Cinta sejati ada ujiannya...mampukah kita???

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam wbt Ya Ummi.. :)

    hmm...zarah? Subahanallah.. bertapa gambarn cinta tu begitu kecil sekali tetapi beri impak yg besar ..huhuu dasyhat nye..

    Pandai betul ummi memujuk ye... Naik blik jazbah ni nak istiqomah kekalkan rasa cinta pada yang haq..hehee
    Cinta sejati itu perlukan bukti Ummi.. terpulang pada kita masing2 nak meraikn cinta itu bagaimana..hehee... :)

    ReplyDelete
  6. subhanaallah... sgt besar cinta Allah.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumsalam wbt Ya Ummi.. :)

    hmm..zarah? Subahanallah... betapa gambaran cinta yang sekecil itu impaknya sgt besar ye ummi..

    Pandai ummi memujuk, naik jazbah umu utk istiqomah mengekalkan rasa cinta pd yg haq..hehee
    Ummi, cinta sejati itu perlukan bukti dan terpulanglah pada kita masing2 utk menunjukkn bukti itu yg bagaimana kan..kan..:)

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Ye, akak pun faham Jarrah tu ialah Zarrah. Biasa org Indonesia bila diorg brckp, hruf Z jd J. Wallahu alam.

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam kak,
    hehee..umu confius sebb dia ckp semut jarrah... heheee. kut2 la ada mkna lain kn.. Jazakillah dgn penerangannya ye :)

    ReplyDelete