Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Monday, July 19, 2010

Andai benar kata tuan2.... silakan!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Saya baru sahaja pulang dari cuti yang panjang (saya je la rasakan panjang... hakikatnya 2 hari jeee..huhuu). Kenapa saya rasakan panjang? kerana aktiviti dan perjalanan menaiki kereta sangat2 memenatkan saya (walaupun bukan saya yang drive)... Dan kerana sesungguhnya, pergi bercuti itu saya rasakan sungguh2 memenatkan!!

Sebenarnya bukan isu di atas yang ingin saya sampaikan di sini..hehee

Saya nak bercerita tentang apa yang saya dapat, sepanjang perjalanan pergi dan balik dari bercuti. Oleh kerana saya dan family kakak bermusafir.. sudah tentu kami akan berhenti di masjid2 dan surau2 yang terdapat di sepanjang jalan yang kami lalui apabila tiba seruan untuk menunaikan solat.

Dan oleh kerana driver (iaitu abang ipar) telah memilih jalan2 kampung dan bukan pula lebuhraya sepanjang perjalanan makanya, perhentian2 di lebuh raya tidaklah kami lalui... (konon2 untuk mendapatkan kedamaian suasana desa la kan sepanjang perjalanan..hikhik)

Dan Alhamdulillah..banyak2 rumah Allah yang kami singgah.. Yang satu ini sangat istimewa. 

kerana apa?

Bukan kerana megahnya masjid itu berdiri..
Bukan kerana makmum yang halimunan...
Dan bukan juga...
kerana ke"hensem"an imamnya...

bukan. bukan. bukan !!!

Tetapi kerana...
Masjid yang kami singgah itu terletak di pinggir kota dan desa (tengah2 kut)...
Jauh dari rumah penduduk (maka kurang juga ahli jemaahnya)
Dan paling istimewanya
Terdapat jemaah pedal (jalan kaki) dari Bangladesh! <-- Tetamu Allah yg istimewa :)




MasyaAllah... Ini lah first time saya berjumpa jemaah di masjid yang sedang keluar..
Jadinya saya pun membuat beberapa siri siasatan (menyibukkan diri je budak sorang ni..hihii).

Hasil siasatan..
Sungguh memusykilkan saya... 
kenapa ruang dapur iaitu tempat jemaah ini memasak clean and clear je?? Tersusun elok je perkakas memasak.. cawan susun bertingkat2. dulang tersandar kemas. Dapur gas dalam keadaan bersih bersinar!

hmmm..musykil. musykil!

okey...x pe. kita pergi tengok tempat lain pulak..
Waahh...kepelikan pula berlaku di tempat sidai pakaian. Macam mana pulak diorang boleh sidai baju ikut saiz ni.. cantik je tersusun di tempat ampaian yang di buat di belakang masjid..huhuu. kalah cara saya menyidai pakaian (rendah diri nii..heheee)

emm...
Tengok pakaian yang di pakai pun...kemas jee. kurtah putih mereka siap berwarna nila lagi tuuu. Kalah kekemasan kurtah dan jubah adik lelaki saya (maafkan kak umu ye Afik..heheeee).

Semuanya sempurna dan Okey!

Lagi2 kawasan masjid terutamanya tempat solat muslimat dan tandasnya bersih jee. Nak kata penduduk yang bersihkan, abang ipar kata makmum orang tempatan 2-3 orang je. Yang tukang azan dan imam adalah jemaah sendiri. (mungkin masjid baru lagi kutttt...x ada bilal dan imamnye sendiri). Makanya saya berfikir sudah tentu lah jemaah juga yang membersihkan masjid tersebut.

Jadinya.. Kesimpulan yang dapat saya buat setelah meneliti hasil siasatan adalah:
Kata2, khabar2 dan penulisan2 oleh pihak2 tertentu yang menyatakan KE"NEGATIF"AN -  KE"NEGATIF"AN orang2 yang buat usaha (yang mereka gelarkan TABLIGH) adalah TIDAK BENAR sama sekali.

emm..mungkin mereka2 ini masih tidak bersetuju dengan hasil siasatan saya kerana saya bukan penyiasat profesional  hanya melihat satu jemaah sahaja. Sudah memandai2 nak membangkang mereka. sudah borro (kata seorang sahabat dalam bahasa bugis!) mengatakan saya sahaja betul dan membela2 jemaah...huhuu

Baiklah......

Jika benar apa yang tuan2 katakan mengenai jemaah (kepada siapa2 yang selalu mengutuk2 dan memperlekehkan jemaah), saya pohon agar tuan2 sendiri secara terus dengan hikmah dan kasih sayang menegur dan menasihati apa2 yang tidak betul dan tidak manis yang di lakukan oleh jemaah. Mereka ini sedang belajar dan memperbaiki diri, makanya dengan izin Allah jika apa yang tuan2 tegur itu membawa manfaat, pasti dan pasti mereka akan menerimanya dengan terbuka. (Kalau boleh, ikut la sekali jemaah keluar 3 hari, kalau ada apa2 yang x kena boleh sound terus...heheee <-- saya syor ajee)

Juga saya pohon.. jangan lah berkasar (kalau saya pun jadi pecah hati di buatnya. Dah la baru nak belajar korban..tinggalkan keluarga tercinta, belanjakan duit untuk manfaat yang x nampak, dan habiskan tenaga untuk kepentingan orang lain..alih2 kena tembak pulak..huhuu)

Ingat senang ye nak buat pengorbanan macam tu??
Jawab sendiri2 dalam hati menggunakan akal yang waras yeee.. :)

Dan saya meninggalkan masjid tersebut sambil di iringi nyanyian merdu dari The Zikr.. (Sayup2 kedengaran salah seorang jemaah itu sedang bercakap tentang kebesaran Allah swt di corong pembesar masjid. Subahanallah....

(Perantau)

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri

Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda

engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan

Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang

Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah 

 .

17 comments:

  1. Sebelum:
    Blabla ni tak betul.
    Blabla ni pengotor.
    Blabla ni blablabla.

    Selepas:
    Eh.
    (Speechless)

    Kesimpulan:
    Keluar dulu baru tahu.

    ReplyDelete
  2. keluar dulu tengok dulu ..rasa dulu baru tahu nikmatnya

    ReplyDelete
  3. salam aleik kekanda......:) im coming....

    kawan bugis????ehemmmm.....__>:)
    nak g taw sat na cek.....bju y x brapa nak kemas tu ...y adik afiq tu.....5 tahun dahulu punya cerita....la ni...adik afiq amat istiqamah dlm menjaga pakaian y dipakainya.....:)

    Benarlah bagai y kekanda katakan....pernah ada kwn y komen dgn mard ....katanya jemaah tabligh ni keluar pakai baju pagoda je....hbis adinda p siasat....lah...namenya pon jemaah tu tgh lakukan khidmat masak guna kawah.......(dlm hati istighfar banyak2....rase nak zihin je)---> Allah bg kefahaman:)

    ReplyDelete
  4. teringat kat amirsab yg garang ritu...
    yg tu la...yg ni la...kuar r klu brani...

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam wbt wahai daie dan daieah semua..

    Bijen M,

    Tuan benar. Makanya kepada mereka yang sedang wat usaha agama ni harus sentiasa terbuka dan rendah hati untuk menerima teguran dan sedaya upaya memperbaiki mana2 yang lemah. Lagi..kena tunaikan sifat ikram ni lebih sikiiitt kutt..huhuu

    **********

    Abd Malik,

    Tuan juga benar. Moga dipilih Allah swt untuk keluar lagi dan lagi. Amin.

    **********

    Adinda,

    ehem..ehemm.. bab afik tu kanda saja je laa. kanda tahu kalau dia baca pun mesti dia gelak2.hihii. Kita sebagai kekanda2 nye la yang harus mengingatkan dia lg n lg supaya x lupa dan leka..
    Dan bab kawan dinda tu, sebagai orang yang faham..dnda kena ternagkan kepada mereka yang x faham agar x salah faham...Walaupun hakikatnya yang bagi faham tu adalah Allah swt :)
    Boleh faham?? :p

    **********

    Nov. Zulu,

    Jazakillah ya ukhti. Salam satu usaha ye :)

    **********

    Penchacaiz,

    huhuu...amirsab garang ke tegas?
    mesyuarat la baik2..jangan sampai pecah hati yee.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam..

    Hehe..jgn tension..jgn tension..drp kita pikir pi'il org lain, baik tumpu pd keje agama. Sesak kepala jdnya nnti. Daaaaan...kita sbgai mnusia (kite2 & org2 yg takleh trime usaha ni)kena bljr berlapang dada & berfikiran trbuka. Kita smua tak smpurna...itu yg kite dok blajar x habih2 ni..Usaha Nabi ni keje yg mulia, mnusia pula ada mcm2 gelagat & kriteria..takkan laa krana ada sdikit yg tak kena di mata, terus takleh terima usaha dkwh ni..Bkn senang rupanya nk bljr sgka baik dgn org ni ya..manusia lbih suka mncari salah silap & kburukan drp melihat kebaikan org..

    Hmm..trpnjg lg...

    ReplyDelete
  7. Waalaikumsalam wbt kak..hehe

    Alhamdulillah..sudi juga akak bagi komen di blog umu..jazakillah :)

    hmm..akak benar. Tapikan kak, kadang2 tu ada teman2 kita yang tahu kita terlibat dengan usaha ni mula la.... sampai pening kepala kita di buatnya. kadang2 tu teman2 tu orang yang kita hormat ilmu agamanya..huhu

    doa je la Allah bagi mereka2 ni faham kan kak :)

    ReplyDelete
  8. Salam Umu,

    Dtg dgn penuh kesudian ni..hehe..

    Kes mcm Umu citer tu biasa trjdi. Bila org boo layan kita, kita kena la buat yg sbaliknya. Org mudah lembut hti dgn ikram. Sbb ikram ni ada ssuatu keistimewaan yg tak trungkap. Bila org ikram kat kita, mudaaaaah je cair kan. Ha,gitu la jgk org lain pun.

    Just bg cntoh (nk kata syor pun bleh la kot), jiran2 kat pnempatan akak ni bleh kata majoritinya x brapa ngam dgn jemaah..(Ni siap buat eksperimen ujikaji ni) hmm..mgkn dgn slalu buat jamuan @ beri makan lbih mudah utk memupuk ksh syg dgn mereka. Brckp dari hati ke hati.. mmg rasa sgt sesuai, krna itu lbh mmberi kesan. Dgn izin Allah mreka mudah terima & rapat dgn kita mlalui cara tu.Alhmdulillah, diorg pun dh mula nk ikut2 gi tklim n dtg umah nak nusrah jemaah.

    Yg penting kita kena usaha spya istiqomah dgn cara kita (iaitu mngikut apa yg Nabi bawa), bkn kantoi dgn cara hidup mreka pula... Jika rasa boleh kantoi dgn gaya hidup mereka, @ tak dpt kontrol diri, baik jgn dulu.

    Hehe..Sekian shjlah ucapan yg pnjg utk hari ini. Wassalam..(smoga Umu tak ngantuk mmbacanya..)

    ReplyDelete
  9. Waalaikumsalam wbt kak

    Alhamdulillah..akak datang lg dan lg. suka umu untuk memuliakan tetamu umu..hehee. InsyaAllah umu x mengantuk mendengar (membaca sebenarnya..hehee) butir bicara akak.

    Betul dah tu kata2 akak, nak dakwah orang yg susah nak faham dan x mahu nak faham dengan menunjukkan akhlak yang baik dan kuat ikram mereka. InsyaAllah nanti Allah sendiri yang akan bagi mereka fahamkan.

    Menarik syor akak atas tu..nanti cuba apply. sebab umu pun ada masalah juga bab2 kejiranan ni..hehee. Jazakillah ye.

    Lain kali datang la lagi..sambil akak bagi nasihat boleh umu hidangkan minuman..hihii :)

    ReplyDelete
  10. aiwah soheh jiddan ya umri ya hayati ya qurratu aini--->>:) hihi
    kanda.......tolong tanyakan kt kwn bugis kanda tu....mcm mne nak ckp...'mayonis lebih'------>>:)sodap ea......

    ReplyDelete
  11. Auhai dinda..bila nye ni ambik kursus bahasa arab..hehee :p

    ontah la dindo, kando pn x tahu eh mcm mano nak ckp. elok jo kito cakap bahaso nogori kito yo?? hehe..berbolit lidah den haa..
    ni mesti nak mintak mayonis lebih kat abg burger ni...x malu nyee :p

    ReplyDelete
  12. Salam..

    Sedapnye minum air teh kat sni...ada begedel daging istimewa pulak lg.

    Eh..a 'ah la..resepinya tak dpt2 lg ni...

    ReplyDelete
  13. hehee..pandainye akak menyambut lawak umu yee :p
    x sangka plak akak ingat lagi tentang resepi tu.. InsyaAllah nanti umu postkan kt next entry. akak cuba dulu..kalau sedap umu plak yang cuba..hehee :D

    ReplyDelete
  14. heh,..alhamdulillah,. x silap ana yang keluar 4 bulan mmg kuat jaga adab. tambahan yang pedal. masalah bila ada yang abru2 keluar,.. bg zihin adab pun still macam tu. x nafikan ada jemaah macam tu. tp alhamdulillah setengah2 tempat org tempatan faham keadaan jemaah.

    lgpun skrg ni zaman allah buka dunia buat org2 yang bagi masa untuk agama .samapaikan sekarang baru kelaur 3 hr dah dapat jawatan itu ini.

    wallahua'lam. btw,nice entry

    ReplyDelete
  15. Jazakallah atas karguzarinye...

    InsyaAllah.. Jika satu hati dan taat pada amir, Allah akan beri keberkatan pada jemaah. Maka usaha yang di lakukan dengan izin Allah akan jadi asbab hidayah tersebar... amin.

    ReplyDelete
  16. Dalam banyak-banyak bangunan masjid kau pergi tu kan.
    Yang mana satu mesjid yang afdal kita sembahyang. Maksud aku mesjid yang mana satu, Allah ada?
    Ape pulak beza mesjid kat negara kita dengan mesjid kat situ? sampai jauh sekali nak pergi?

    ReplyDelete